KATA-KATA MANIS TETAMU, SIALAKAN!@

Thursday, July 28, 2011

MIC juga desak PSM6 dibebaskan. HABIS LAH BN???


S Pathmawathy
Jul 28, 11
1:46pm
Kongsi 105
Penahanan berterusan enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) menarik “perhatian dunia” dan mungkin memberi kesan kepada BN pada pilihan raya umum akan datang, kata presiden MIC Datuk G Palanivel .
NONE"Jika awak tonton televisyen setiap hari, ada demonstrasi (di luar negara) dan polis menggunakan gas pemedih mata, meriam air dan semua (untuk menyuraikan orang ramai).

"Tetapi kemudian, mereka akan disuruh berbaris dan dimasukkan ke dalam lori dan dibawa ke balai polis (di mana penunjuk perasaan) akan dikurung selama tiga atau empat jam sebelum dibebaskan,” kata Palanivel pada sidang media hari ini.

Bagaimanapun dalam kes ahli parlimen Sungai Siput Dr D Jeyakumar dan lima yang lain, mereka ditahan kerana menjadi “penggerak utama” perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai, beliau berkata tindakan kerajaan itu hanya memburukkan imej negara.

"Perwakilan rakyat yang dilantik itu akan masih dalam tahanan dan semasa pilihan raya, mereka tidak perlu keluar untuk berkempen - mereka boleh terus menetap di penjara dan menang kerana rakyat akan mengundi mereka,” katanya.

Bimbang dengan sentimen rakyat berhubung penahanan itu, Palanivel menasihatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, supaya fokus untuk mendapatkan sokongan pada pilihan raya ke-13 ini.

Palanivel berkata beliau sedar tindakan kerajaan itu terus menerima bidasan dari dalam dan luar negara dan telah berhubungan dengan Najib beberapa hari lalu dan meminta tahanan itu dibebaskan.

NONEIni kali pertama seseorang ahli parlimen ditahan mengikut Ordinan Darurat yang membenarkan penahanan tanpa bicara selama 60 hari. Penahanan itu boleh dilanjutkan sehingga dua tahun, sama seperti peruntukan dalam Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) yang sedang dipinda.

Selain Jeyakumar, anggota PSM yang ditahan mengikut EO sejak 2 Julai lalu adalah M Sarasvathy, Choo Chon Kai, M Sugumaran, A Letchumanan dan R Saras Babu.

PSM6 itu pada mulanya ditahan bersama 24 orang lain atas dakwaan mahu 'melancarkan perang terhadap Agong', tetapi pada jawapan balas permohonan afidavit habeas corpus berhubung pembebasan mereka, polis mendakwa mereka sebagai penggerak utama BERSIH 2.0.

MP Jeyakumar mulakan mogok lapar??? APA NAK JADI.. ISA DAN ORDINAN DHARURAT SAMA SAJA?


Jul 28, 11 4:32pm
Kongsi 17
Ahli parlimen Sungai Siput Dr D Jeyakumar dipercayai melancarkan mogok lapar kerana kecewa dan hampa dengan penahanan tanpa bicaranya yang berpanjangan mengikut Ordinan Darurat.

Menurut isterinya, R Mohanarani, Jeyakumar memberitahunya berhubung mogok lapar itu semasa beliau melawat suaminya semalam.

jerit habitat day forum 011007 mohanarani“Apabila saya jumpa suami saya Dr Jeyakumar pada 11 pagi semalam, beliau suarakan perasaannya yang sangat hampa dan kecewa dengan pendirian polis dan kerajaan terhadap enam aktivis PSM yang ditahan sejak 2 Julai lalu.

“Menurutnya, polis enggan berganjak dari posisi asal mereka walaupun PSM 6 telah bekerjasama penuh dan menjawab semua soalan yang ditanya semasa soalsiasat dijalankan,” kata Mohanarani dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Menurutnya lagi, Jeyakumar memberitahu beliau akan mogok lapar mulai hari ini dalam usaha mendapatkan keadilan.

“Beliau akan teruskan mogok lapar sehingga semua PSM6 dibebaskan atau dituduh di mahkamah. Saya cuba menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian kerana risau akan kesihatan beliau tetapi beliau bertekad mahu meneruskan mogok lapar,” katanya.

NONEJeyakumar baru-baru ini dikejarkan ke hospital kerana komplikasi jantung sebelum dipindah ke Institut Jantung Negara untuk rawatan lanjut.

Mohanarani berkata bertekad meneruskan mogok lapar kerana telah hilang kepercayaan ke atas polis yang didakwanya 'menembak secara liar' menolak penafian bahawa mereka sebahagian daripada BERSIH 2.0 ataupun Parti Komunis Malaysia.

“Menurut Dr Jeyakumar, beliau telah memberi kerjasama penuh sejak direman di mana beliau telah menandatangani tiga laporan termasuk laporan 45 muka surat di Pulau Pinang.

“Sekarang SB (polis cawangan khas) telah sediakan report dengan 80 mukasurat tetapi Dr Jeyakumar buat keputusan beliau tidak akan tandatanganinya kerana beliau melihat semua siasatan sebagai sia-sia sahaja,” katanya.

NONEDalam kenyataan media berasingan setiausaha agung PSM S Arutchelvan beliau akan ke ibu pejabat polis di Bukit Aman untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai kesihatan ahli parlimen itu.

“Oleh tida pengesahan daripada pihak berkuasa, kami percaya Dr Jeyakumar telah memulakan mogok lapar dan kami amat bimbang dengan keadaan kesihatannya,” katanya.

Biometrik bukan tuntutan Pakatan Rakyat. PENGGUNAANNYA MERBAHAYA?

SUMBER
Fakhri Ali   
SEBERANG JAYA, 28 Julai: Sistem biometrik yang cuba diperkenalkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bukannya menjadi salah satu tuntutan yang dibuat oleh PAS maupun Pakatan Rakyat.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar), berkata demikian ketika ditemui selepas membentangkan kertas kerja beliau dalam program 'Lunch Talk Zakat' anjuran Pusat Urus Zakat, yang telah diadakan di Hotel Sunway, di sini pagi tadi.

Menurut beliau lagi, biometrik banyak berdasarkan kepada data.
Oleh kerana itu, katanya semasa proses mengumpulkan data untuk diaplikasikan dalam sistem biometrik, dengan situasi yang ada keyakinan terhadap SPR adalah menyongsong dan menurun.

"Adalah tidak dinafikan dengan sistem biometrik ini juga kemungkinan besar, pendatang-pendatang asing yang didaftarkan baru-baru ini, kemungkinan data mereka juga akan didaftar serta dimasukkan dalam pangkalan data biometrik ini.

"Penggunaan sistem ini sebenarnya lebih merbahaya. Selain itu ia juga melibatkan kos dan biaya yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan dakwat celup jari yang lebih menjimatkan sepertimana yang telah disarankan sebelum ini.

Pemuda PAS terus dedah penipuan pilihan raya. 1 pengundi, 2 IC?

sumber
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 28 Julai: Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia akan meneruskan siri-siri penerangan dan pendedahan terhadap penipuan dan penyelewengan sistem pilihan raya di negara ini.

Pengarahnya, Mohd Sany Hamzan menegaskan bahawa tidak akan berkrompomi dan akan mengambil tindakan tegas kepada pihak-pihak yang cuba untuk meneruskan agenda ‘kotor’ di dalam melakukan penipuan dan penyelewengan untuk merosakkan sistem pilihan raya di negara ini.

Beliau berkata, pada 26 Julai lalu, pihaknya telah membuat laporan polis terhadap pemilih yang mempunyai dua pengenalan diri di dalam daftar pemilih induk SPR. 

Pihak SPR juga, ujarnya telah mengakui secara terbuka bahawa masih  terdapat ‘pengundi klon/hantu’ yang belum dibersihkan di dalam daftar pemilih.  



“Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia melihat memandang serius terhadap perkara ini yang dan telah mengarahkan supaya setiap Dewan Pemuda PAS Negeri-negeri melakukan pemeriksaan terhadap daftar pemilih induk di negeri masing-masing,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Tambahnya, mereeka akan membuat laporan polis serentak pada hari 29 Julai (esok) di setiap negeri bagi menunjukkan keseriusan Pemuda PAS di dalam menangani isu pemilih yang boleh mengundi di dua, tiga dan banyak tempat mengundi hasil dari kerja ‘silap mata’ pihak yang tidak bertanggungjawab.

Beliau memberitahu, pihaknya akan menganjurkan satu program perbincangan dan pendedahan ilmiah berkaitan isu-isu penipuan pilihan raya dengan menjemput pihak-pihak yang pakar mengenai pilihan raya selain pihak yang berkaitan langsung dengan sistem pilihan raya pada 4 Ogos ini di hotel De Palma Ampang bermula jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Katanya, pelbagai institusi yang berkaitan langsung dan tidak langsung dengan pilihan raya, pihak NGO, parti-parti politik dan orang perseorangan akan dijemput untuk mengambil bahagian.
Pihak media cetak dan elektronik, jurufoto dan blogger juga dijemput hadir, ujarnya. 

Monday, July 25, 2011

Kes Sosilawati: Penyelam tak jumpa kayu kriket... HEBAT BICARA!

 SUMBER
Seorang saksi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di Shah Alam bahawa anggota penyelam dari Pasukan Gerakan Marin (PGM) tidak menemui kayu kriket yang didakwa antara barang bukti dalam kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain sepanjang membuat pencarian di tiga batang sungai di Banting pada September tahun lepas.

L/Koperal Kesatoper Wine anak Assan, 28, yang bertugas sebagai penyelam di PGM Wilayah 1, Pulau Pinang, berkata sepanjang operasi antara 12 September dan 25 September di Sungai Panchau, Sungai Kanchong Laut dan Sungai Lang, pasukannya hanya menemui telefon bimbit, gelung dawai, guni, serpihan disyaki tulang dan pisau.

NONE"Saya, Merzuki (Koperal Merzuki Shahrim) dan Hazriman (Muhamad Hazriman Ismail) tidak jumpa (kayu kriket) tetapi kawan-kawan lain mungkin," katanya ketika disoal balas peguam Manjeet Singh Dhillon yang mewakili tertuduh pertama, N Pathamanabhan.

Wine berkata demikian ketika Manjeet Singh merujuk beliau kepada satu kenyataan dari pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Bakri Zinin pada 17 September 2010 mengenai penemuan kayu kriket oleh pihak polis di dalam Sungai Panchau.

Saksi ke-31 pendakwaan itu memberi keterangan dalam perbicaraan kes Pathmanabhan, 42, dan tiga pekerja ladang, T Thilaiyagan, 20, R Matan, 21, dan R Khatavarayan, 31, yang didakwa membunuh Sosilawati, 47, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44, di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat,
Banting, antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Wine juga berkata selain sebilah pisau yang merupakan eksibit dalam kes itu, beliau turut menemui dua bilah pisau yang lain sepanjang membuat pencarian di sungai tersebut.

Bagaimanapun, beliau memberitahu dua bilah pisau berkenaan tidak ditanda sebagai eksibit selepas dimaklumkan oleh pihak forensik bahawa bahan bukti itu tidak ada kaitan dalam kes pembunuhan berkenaan.

Seorang lagi penyelam dari PGM L/Koperal Muhamad Hazriman Ismail dalam keterangannya juga mengakui bahawa pencarian pasukan mereka di Sungai Pancau menemui lebih daripada sebilah pisau.

"Tidak pasti berapa banyak pisau (ditemui) tetapi lebih daripada satu. Kami bagaimanapun letak semula pisau tersebut dalam sungai," katanya.

"Kenapa letak balik pisau (ke dalam sungai)," soal peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili tertuduh ketiga, Matan.

"Mengikut pihak forensik (pisau) tidak ada kena mengena (dengan kes) dan mereka suruh letak balik," katanya.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir bersambung esok.

- Bernama

Rompak nenek sendiri, pemuda dipenjara 7 tahun. APA NAK JADI AKHIR ZAMAN INI..

Rompak nenek sendiri, pemuda dipenjara 7 tahun

KOTA BHARU 24 Julai - Mahkamah Sesyen di sini, hari ini menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan lima sebatan terhadap seorang pemuda kerana merompak neneknya sendiri Jun lalu.

Gigi, rusuk patah: Keluarga tetap tunggu laporan HKL. HAIRAN JUGA BELUM ADA LAPORAN HKL, PDRM DAH KELUARKAN KEPUTUSAN.. EMM


Keluarga Allahyarham Baharudin Ahmad masih tertanya-tanya bagaimanakah polis mendapat fakta berhubung sebab kematian lelaki yang meninggal dunia semasa menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 di KLCC, Kuala Lumpur dua minggu lalu. 

Sedangkan, pihak keluarga sendiri masih belum menerima laporan bedah siasat yang dijalankan ke atas jenazah Allahyarham pada malam 9 Julai lalu, kata seorang anak mangsa berkenaan, Mohd Nasrul.
"Saya tertanya-tanya, kenapa kami belum dapat lagi (laporan bedah siasat), tapi polis dah keluar kenyataan," kata Mohd Nasrul, 22, ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Beliau juga enggan memberikan komen lanjut berhubung kecederaan yang dialami mangsa berkenaan memandangkan keluarganya masih belum menerima laporan tersebut walau telah berkali-kali mendesak hospital berkenaan.

Pemuda PAS serah memo, sokong tindakan Kedah. KAMI BERSAMU UST AZIZAN!!!

SUMBER
Harakahdaily   
ALOR SETAR, 25 Julai: Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak bagi menyokong tindakan kerajaan negeri itu berhubung larangan hiburan di bulan Ramadhan.

Penyerahan dibuat Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar Dewan Pemuda PAS Pusat, Firdaus Jaafar yang juga ahli parlimen Jerai dan diterima Setiusaha Akhbar menteri besar Kedah, Mohd Helmi Khalid di Pejabat Menteri Besar, Wisma Darul Aman di sini.

Turut serta pada penyerahan itu Adun Bukit Lada Ahmad Izzat bin Shauki dan Ahli Parlimen PKR Kuala Kedah, Ahmad Kassim.

Kandungan memorandum itu antara lain memuji tindakan kerajaan negeri Kedah yang disifatkan sebagai "langkah bijak" dalam usaha mengekang umat Islam melakukan maksiat lebih-lebih lagi dibulan Ramadhan.

"Rakyat negeri Kedah akan lebih terdidik dengan program Ihya’ Ramadhan sambil ruang-ruang mungkar ditutup.

"Dengan suasana yang ada sekarang ini yang lebih membawa kearah gejala sosial, negeri Kedah menggunakan undang-undang sediakan ada bagi membendung kegiatan yang menjurus kearah maksiat.

"Sememangnya tindakan kerajaan negeri Kedah amat bertepatan dengan waktunya walaupun mendapat tentangan daripada pelbagai pihak namun sikap tegas yang ditunjukkan oleh YAB Dato’ Seri (Ustaz Azizan) amat kami hargai," kata Firdaus.

Awal Mei lalu, kerajaan negeri Kedah mengumumkan untuk menguatkuasakan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 sepanjang Ramadhan ini.

Dengan pelaksanaan enakmen itu, pusat hiburan di Kedah akan beroperasi seperti biasa pada bulan Ramadhan namun ia terhad kepada orang bukan Islam sahaja.

Pengendali pusat hiburan juga perlu memastikan tiada orang Islam mengunjungi premis mereka atau berdepan tindakan pembatalan lesen.

Tindakan tersebut dibuat bertujuan mencegah orang bukan Islam melakukan maksiat sepanjang bulan Ramadhan.

Mengulas lanjut, Firdaus yang dihubungi Harakahdaily selepas itu berkata, tindakan kerajaan Kedah itu membuktikan bahawa kerajaan PAS telah berusaha menjalankan amal maaruf nahi mungkar di negeri itu.

"Ini juga memperkukhkan keyakinan kami bahawa betapa pentingnya memilih pemimpin yang bukan sekadar menjaga hal-hal berkaitan dunia namun ianya harus dikaitkan dengan akhirat dengan ertikata lain dunia dan akhirat ‘berjalan’ seiring bagi membentuk jati diri rakyat yang lebih mantap dan seterusnya menjadi insan yang berguna kepada agama,bangsa dan negara," katanya lagi.

Bagaimanapun pada masa yang sama, beliau turut menyeru pihak pengurusan masjid dan surau di negeri itu memainkan peranan memperbanyakkan program hiburan Islam dan Ihya' Ramadhan bagi menarik gologan muda dari terjebak dengan gejala tidak sihat.

Pembantu rumah ditemui mati dicekik.. PEMBUNUH IALAH ORANG YANG DIKENALI? JENAYAH TAK HABIS2..

SUMBER


ANGGOTA polis membawa keluar mayat seorang pembantu rumah warga Filipina yang ditemui mati di Jalan Gasing, Petaling Jaya kelmarin. - UTUSAN/Izham Jaafar


PETALING JAYA 24 Julai - Seorang pembantu rumah warga Filipina ditemui mati dipercayai dicekik di dalam banglo dua tingkat milik majikannya di Jalan 5/50, Jalan Gasing, di sini, malam tadi.

Mangsa berusia 36 tahun ditemui majikannya di dalam keadaan terbaring di bilik tidur yang terletak di tingkat bawah, pukul 11.45 malam.
Ketika kejadian, difahamkan ahli perniagaan yang berusia 30-an serta isteri dan dua anaknya tiada di rumah kerana keluar makan pukul 7 petang.
Menurut Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, polis yang dihubungi majikan mangsa mendapati mangsa dibunuh dipercayai pukul 10 malam.
Katanya, siasatan awal polis menolak kejadian itu bermotifkan samun kerana tiada barang berharga yang hilang selain kesan pergelutan hanya di bilik mangsa.
"Siasatan awal mendapati terdapat kesan lebam akibat dicekik di leher serta luka di kepala mangsa.
"Kita juga percaya mangsa dibunuh orang yang dikenali kerana tiada kesan pecah masuk rumah," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini, awal pagi ini.
Tambah Arjunaidy, ketika ditemui mangsa yang sembilan tahun bekerja dengan majikannya dalam keadaan berpakaian lengkap dan polis menyiasat kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pemuda PAS: Akhirnya SPR akui pengundi hantu... SEBELUM TU SUSAH NAK MENGAKU...


Jul 25, 11 1:03pm
Kongsi 1059
Kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung 'klon' dalam daftar pemilih secara tidak langsung merupakan pengakuan bahawa pengundi hantu benar-benar wujud, dakwa Pemuda PAS.

NONE"Ini merupakan kenyataan 'u-turn' (pusingan-u) SPR mengenai pengundi hantu yang selama ini tidak pernah diakui, malah menuduh Pakatan Rakyat mengada-adakan cerita untuk melunturkan kayakinan rakyat kepadanya," kata pengerusi pemulihan demokrasi dan mobilisasi Pemuda PAS Suhaizan Kaiat.

Suhaizan (kanan) juga berkata, pengakuan itu dianggap kejayaan kepada BERSIH 2.0 apabila pembersihan daftar pemilih termasuk antara lapan tuntutannya.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar semalam dilaporkan berkata, pihaknya tidak pernah menafikan kewujudan 'klon' dalam daftar pemilih.

Sehubungan itu, jelasnya, SPR sentiasa menggesa pengundi untuk tampil memeriksa pendaftaran mereka selain mengharapkan kerjasama parti politik untuk membersihkannya.

Beliau menjawab persolaan yang ditimbulkan Suhaizan sebelum itu berhubung dakwaan pendaftaran berganda di Baling dan Kuala Nerang.

Boleh batal kemenangan
Wan Ahmad (bawah, berkemeja biru) juga berkata, SPR tidak dapat mengeluarkan nama terbabit tanpa pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara, lapor The Star.

Dalam kenyataan hari ini, Suhaizan juga mengkritik proses pembatalan data bertindan yang didakwa memerlukan proses rumit.

wan ahmad wan omar EC secretary in k berangIni kerana Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981 menyatakan daftar yang sedia berkuatkuasa menjadi keterangan prima facie bagi menentukan sama ada seseorang berhak mengundi.

Sehubungan itu, Suhaizan berkata, jika pilihan raya diadakan pada waktu terdekat, ia akan menggunakan daftar pemilih yang diragui.

"Mana-mana parti yang menang dalam pilihanraya ke-13 tetapi mempunyai data-data pemilih yang meragukan mungkin boleh dibatalkan kemenangannya. Ini merupakan sesuatu yang serius bakal akan berlaku.

"Oleh itu Pemuda PAS mendesak agar ditubuhkan suatu suruhanjaya diraja mengkaji sistem perjalanan pilihan raya dalam negara kita yang dilihat bermasalah," katanya yang juga ketua Pemuda PAS Johor.

Saturday, July 23, 2011

Memo bantah cabul hak mahasiswa catat sejarah???? BACA!



Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 23 Julai: Penyerahan Memorandum Bantahan Pencabulan Hak Mahasiswa di Mesir kelmarin telah menjadi detik sejarah bagi memastikan hak mahasiswa tidak dicabul oleh mana-mana pihak.
Pengerusi Gerakan Solidariti Pertahan Hak Mahasiswa (Desak), Nuruddin Zanki memaklumkan bahawa sejarah pencabulan hak mahasiswa telah banyak dilakukan oleh beberapa pihak terutamanya Jabatan Penuntut Malaysia (JPMK), lapor laman web Media Mesir.
"Sebelum ini kita dikejutkan dengan tindakan salah seorang Pegawai Atase bernama Encik Khairi Jalalluddin. Beliau telah banyak bertindak menyusahkan pelajar ketika berurusan dengan pihak mereka.
"Sebelum ini juga Encik Zulkifli bin Din yang merupakan pegawai JPMK turut telah menghina mahasiswa yang tidak mempunyai kewangan, dari negeri Kedah dan Kelantan,” katanya lagi.
Selain itu terdapat juga usaha serius untuk menyekat zakat dan dermasiswa terhadap mahasiswa, antara yang terbabit ialah Negeri Perak, Terengganu dan lain-lain yang disekat zakat mereka.
Pada tahun lepas, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) telah melancarkan Borang Aduan Hak Mahasiswa.
Usaha tersebut bagi membuka ruang kepada mahasiswa untuk membuat aduan tentang pencabulan hak mahasiswa.
Seterusnya segala aduan tersebut telah dihantar secara bertulis kepada Encik Saiful, Kuasa Usaha Sementara, Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) ketika itu.
"Saya mengingatkan bahawa mahasiswa bukanlah bahan mainan. Mahasiswa akan bangkit sekiranya hak mereka dicabul,” kata Nuruddin mengakhiri perbualan.
2,000 sertai solat hajat
Pada 19 Julai lalu, Desak telah menganjurkan solat hajat dan penerangan isu semasa.
Program yang menghimpunkan lebih 2,000 orang mahasiswa tersebut telah didukungi oleh beberapa persatuan pelajar, iaitu Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM), Persatuan Perubatan dan ABIM Mesir.
Di dalam program tersebut, para mahasiswa telah didedahkan dengan beberapa kes pencabulan hak mahasiswa yang dilakukan oleh Jabatan Penuntut Malaysia (JPMK) dan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK).
Antara kes pencabulan hak mahasiswa yang disenaraikan ialah 3 orang mahasiswa yang dihalau daripada Asrama Rumah Melayu Abbasiah (ARMA) tanpa sebarang notis, 40 senarai nama hitam dari negeri Perak yang terlibat dengan perhimpunan Bersih 2.0, beberapa orang yang menerima ugutan dari Negeri Terengganu dan seorang mahasiswa yang telah dibatalkan pengajiannya.
Selain itu beberapa aduan yang diterima, pihak Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) banyak menyusahkan mahasiswa ketika berurusan dengan mereka.
Antaranya, pegawai JPMK akan merujuk album-album gambar Bersih 2.0 terlebih dahulu bagi menjalankan sesi soal siasatke atas mahasiswa dan mahasiswi yang ingin membuat urusan sebagai rakyat Malaysia.

Harakah bantu keluarga tahanan EO.. RM1K 1 KELUARGA!

SUMBER
Aziz Muda   
KUALA LUMPUR, 23 Julai: Akhbar rasmi PAS, Harakah, mengambil inisiatif menghulurkan sumbangan RM1,000 seorang kepada 6 keluarga aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan oleh pihak polis di bawah Ordinan Darurat (EO) sejak 12 hari lalu.

Sunbangan tersebut diserahkan oleh Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman kepada Presiden PSM, Dr Mohd Nasir Hashim yang mewakili 6 keluarga tahanan terbabit.
Menurut Ahmad Lutfi, sumbangan tersebut bertujuan untuk meringankan bebanan keluarga tahanan yang mengalami pelbagai kerumitan sejak mangsa ditahan oleh pihak polis.

"Wang sumbangan tersebut adalah dari Tabung Bantuan Mangsa ISA yang telah diujudkan oleh Harakah sejak 4 tahun lalu sumbangan ahli-ahli PAS," katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan sumbangan tersebut.

Majlis ringkas itu diadakan sempena himpunan aman dan penyerahan memorandum kepada pihak polis bagi mendesak pihak polis membebaskan segera 6 tahanan tersebut anjuran  PSM di hadapan Ibu Pejabat Polis di Bukit Aman, di sini, semalam

Sehingga kini, menurut Lufti, Harakah menerusi tabung tersebut telah menghulurkan sumbangan sebanyak RM7,000 kepada beberapa keluarga mangsa ISA bagi meringankan bebanan yang ditanggung oleh mereka akibat tahanan akta zalim itu.

"Sumbangan yang dihulurkan kepada keluarga tahanan EO pada hari ini pula, walaupun mangsa-mangsa terbabit bukan tahanan ISA, tetapi masih dalam skop itu juga kerana kedua-dua undang-undang itu adalah undang-undang zalim yang menyebabkan mangsa-mangsa ditahan tanpa bicara.
"Ini bermakna, sumbangan yang dihulurkan oleh kami itu adalah mengambil semangat ISA yang ditentang bersama oleh PAS, Pakatan Rakyat dan rakyat di tanah air kita," katanya.

Tidak dapat dinafikan, tegasnya, keluarga mangsa EO dan ISA mengalami pelbagai kerumitan sekiranya seseorang itu ditahan di bawah undang-undang tersebut.

"Mereka yang terbabit pasti memerlukan bantuan dari pelbagai sudut oleh pelbagai pihak termasuk dari segi kewangan.
"Menyedari hakikat itulah, Harakah mengambil inisiatif menubuhkan tabung itu bagi membolehkan mangsa dan keluarganya dibantu dari sudut kewangan walaupun tidak seberapa demi membantu meringankan bebanan hidup mereka," ujarnya.
Sempena menyambut Aidilfitri nanti, jelasnya, Harakah menerusi tabung tersebut akan turut mengambil inisiatif untuk membantu keluarga-keluarga mangsa yang mengalami kerumitan hidup akibat akta tersebut.

K'jaan harus mohon maaf kata Majlis Peguam?? KES TEOH BENG HOCK.. KENAPA?


Jul 23, 11 5:00pm
Kongsi 94
Majlis Peguam hari ini menolak penemuan Suruhanjaya Diraja yang mendapati pembantu politik DAP Teoh Beng Hock membunuh diri.

NONESehubungan dengan itu, presidennya Lim Chee Wee berkata kerajaan dan Suruhaanjaya Pencegahan Rasuah malaysia (SPRM) mesti memohon maaf kepada keluarga Teoh dan memberi pampasan sewajarnya atas kehilangan mereka itu.

"Majlis Peguam meminta kerajaan Malaysia dan SPRM untuk mempertimbangkan bagi memberi permohonan maaf bertulis kepada keluarga Teoh Beng Hock dan rakyat Malaysia, berhubung kematian itu,” katanya.

Katanya, pihak berkuasa juga wajar menyiasat pegawai SPRM yang dinamakan dalam laporan itu sama ada terdapat kemungkinan mereka melanggar Seksyen 304 dan 304A Kanun Keseksaan, iaitu membunuh tanpa niat dan menyebabkan Teoh mati akibat kecuaian mereka.

"Adalah jelas bagi Majlis Peguam bahawa tanggungjawab sepenuhnya kematian Teoh Beng Hock terletak di pihak SPRM dan tindakan segera mesti diambil ke atas pegawainya yang perlu bertanggungjawab ke atas kelakuan mereka,” kata Lim.

Dalam kenyataan medianya kepada Malaysiakini, Lim juga berkata penemuan suruhanjaya itu juga banyak tidak disokong oleh bukti ataupun keterangan saksi kes berkenaan.

Katanya, bercanggah dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Aziz semasa laporan itu diumumkan, pakar forensik psikiatrik Paul Edward Mullen tidak memberi keterangan kononnya Teoh mempunyai “perwatakan yang lemah” sehingga menyebabkannya membunuh diri.

[Baca berita penuh]

Buat apa saya tipu???

sumber
Harakahdaily   
GEORGETOWN, 23 Julai: “Buat apa saya tipu, siapa mahu masuk hospital, duduk saja, tidak boleh berceramah hentam Umno yang zalim,” kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
Justeru, katanya semua yang polis paparkan dalam tayangan video mengenai kemalangan melibatkan beliau pada himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu adalah tidak benar.

“Gambar kereta yang merempuh saya yang sedang membonceng motosikal tidak kelihatan dalam gambar kerana Pajero milik polis berada di hadapan.
“Jika tidak pasti nampak kereta polis (Proton Waja) merempuh sehingga saya terjatuh dari motor,” ujarnya ketika ditemubual di sini, semalam.
Bagi menangkis tohmahan jahat polis, beliau sudah pun mengarahkan peguam PAS, Mohamed Hanipa Maidin menyaman Pengarah Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Salleh Mat Rashid yang melemparkan tuduhan, menghina dan memfitnahnya.
“Alhamdullilah berkat doa rakan-rakan semua pembedahan lutut saya untuk memasukan besi sudah pun selesai,” ujarnya semasa ditanya mengenai kesihatannya selepas pembedahan berkenaan.
Menurut Hanipa yang merupakan timbalan pengerusi Lajnah Undang-undang PAS pula, Mohamad Sabu berkata, jika polis tidak teragak-agak menyamannya kerana mendakwa dia menipu, pihak beliau juga tidak teragak-agak untuk menyaman polis atas dakwaan memfitnah Mohamad.
Sebelum ini Mohamad Sabu mendakwa motosikal yang dinaikinya semasa perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lepas telah dirempuh sebuah kenderaan polis dan menyebabkan beliau terjatuh dan lututnya cedera.
Akibatnya, Mohamad terpaksa menjalani pembedahan lutut dan 2 1/2 skru telah dimasukkan ke dalam lututnya untuk mengukuhkan ligamennya yang koyak.
Namun begitu, Umno dan penyokong mereka mendakwa, Mohamad dan juga Datuk Seri Anwar Ibrahim pura-pura cedera untuk meraih simpati.
Tiga hari lepas, pengawal peribadi Anwar membuat laporan polis ekoran kecederaan yang dihadapinya selepas ditambak dengan gas pemedih mata secara yang tidak betul sehingga menyebabkan tulang pipinya patah terkena balang berisi gas pemedih mata yang ditembak ke arahnya.

Kematian Teoh: SPRM gantung tugas tiga pegawai

Dua hari selepas Suruhanjaya Diraja yang memyiasat kematian Teoh Beng Hock didedahkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengumumkan tiga pegawainya yang dikatakan bertanggungjawab telah digantung tugas.

Ketiga-tiga mereka adalah - pengarah SPRM Hishamuddin Hashim, yang ketika itu timbalan pengarah SPRM Selangor dan ddua pegawai penguatkuasanya Mohd Anuar Ismail dan Mohd Ashraf Mohd Yunus yang terbabit menyoal-siasat Teoh.

Suruhanjaya itu juga telah membentuk sebuah panel siasatan khas yang diketuai oleh timbalan ketua pesuruhjaya SPRM (pengurusan dan profesionalisme) Zakaria Jaffar untuk menjalankan siasatan dalaman berhubung dakwaan dalam laporan itu ke atas ketiga-tiga mereka.

"Bergantung kepada hasil siasatan, semua ketiga-tiga mereka telah digantung tugas ataupun dikecualikan daripada menjalankan sebarang bentuk operasi siasatan,” kata SPRM dalam satu kenyataan hari ini.

Takpe, pakai baju “kotor” tak kena tangkap

sumber

Mangsa tangkapan polis kerana memakai baju kuning “Bersih” Peguam Mohd Fadzli Ramly dan Abdul Manaf Md Hassan tampil dengan memakai baju t-berwarna kuning dengan logo “Kotor 13.0” di Mahkamah Sesyen Kuantan semalam.

Kedua-duanya didakwa memiliki pakaian yang tertera tulisan Bersih 2.0 di markas PAS Kampung Mentara, Rompin, kira-kira jam 10.50 malam, 2 Julai lalu.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali kerana menyiar dan memiliki perkataan yang tertera bagi kepentingan pertubuhan haram.


Kedua-dua dikenakan jaminan sebanyak RM3,000 bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin.

Kedua-dua mangsa tangkapan diwakili peguam, Hon Kai Ping dan Hisham Ramzan.

Perbicaraan kes ini semalam mendapat perhatian luar biasa dengan kehadiran ramai peguam tempatan dan dari luar. Terdapat ramai juga siswazah dari kuliah undang-undang universiti yang hadir.

Thursday, July 21, 2011

Lynas: Badar mahu jumpa Adnan

SUMBER
Hazayani Zakaria   
KUALA LUMPUR, 21 Julai: Badan Bertindak Anti Rare Earth Refinery (Badar) mahu mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berhubung isu kilang memproses nadir bumi (rare earth), Lynas Corporation Ltd.
Pertemuan ini bagi mendapatkan penjelasan lanjut daripada Adnan mengenai kenyataan beliau sebelum ini yang menyifatkan pihak yang menolak Lynas khususnya penduduk tempatan sebagai tidak rasional.

Pengerusi Lajnah Pengguna PAS Pusat, Zulkefly Mohamad Omar (gambar) mempersoalkan kenyataan itu kerana menurutnya segala pandangan pihak yang menolak Lynas sedang diguna pakai oleh kerajaan dan Lynas yang dimiliki Australia itu.
"Kalau Adnan kata kita tak rasional kenapa pandangan-pandangan yang kita beri digunapakai oleh kerajaan termasuk Lynas sendiri?
"Setelah mendapat banyak bantahan dariapda penduduk, Lynas baru nak buka kilang dia untuk lawatan dan hari ini baru ada kesedaran di peringkat Jabatan Alam Sekitar untuk buat EIA (laporan alam sekitar) secara terperinci dan diedarkan kepada orang ramai," kata beliau ketika ditemui di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.
Terdahulu, beliau bersama Badar yang merupakan NGO di bawah lajnah pengguna mengadakan pertemuan dan menyerahkan memorandum bantahan kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang meluluskan pembinaan kilang tersebut.
MITI diwakili  setiausahanya, Datuk Dr Rebecca Fatima Sta Maria dan turut bersama dalam pertemuan itu ialah Pengarah Lembaga Perlesenan Atom Negara Raja Abdul Aziz Raja Adnan selain wakil daripada JAS, Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (MIDA), kementerian kesihatan dan beberapa agensi lagi.
Dalam pertemuan tersebut, Badar mempersoalkan beberapa perkara antaranya mengenai hubungan MITI dan MIDA sehingga tertubuhnya kilang Lynas Advanced Material Plant (Lamp) di Gebeng.
Mereka juga meminta MITI menjelaskan mengapa kelulusan membina kilang Lamp dikeluarkan pada 2007 sedangkan lesen pengilangan dikeluarkan oleh MITI pada 2008.
Selain itu Badar turut mempersoal tindakan MITI mengeluarkan kelulusan lesen pengilangan sebelum kelulusan laporan EIA dikeluarkan pada 2008.
"Masih banyak prosedur yang tidak jelas dalam pembinaan kilang ini yang sudah tentu akan menimbulkan pelbagai masalah terutamanya dari segi keselamatan penduduk berhampiran," katanya.
Sehubungan itu, Badar juga mengadakan pertemuan dengan Lajnah Guaman PAS bagi mengemukakan tindakan undang-undang bagi menyekat pembinaan kilang itu yang dikatakan sudah 65 peratus siap.
Menurutnya juga, tidak terlalu awal untuk pihaknya menaruh harapan untuk menang jika tindakan undang-undang diambil berdasarkan pengalaman kemenangan penduduk Semenyih, Negeri Sembilan yang membantah pembinaan insinerator bagi pelupusan sisa pepejal pada 2007.
"Saya melihat peluang untuk menang besar  banyak prosedur yang tidak dipatuhi dan belum  diikuti oleh Lynas seperti laporan EIA ataupun berkaiatn pembinaan kilang tidak lengkap," katanya yang merupakan salah seorang yang memainkan peranan penting menbantah insinerator Broga.
Tambahnya, penduduk Balok, Kuantan akan dijadikan plaintif dalam afidavit yang akan difailkan.

Penduduk Kuantan resah dengan Lynas???

sumber
Zulkifli Sulong   
KUANTAN, 21 Julai: "Di negara mereka, ditetapkan peraturan zon bafer seluas 30 km dari kilang rare earth (nadir bumi), namun di sini, jika apa-apa berlaku seluruh bandar Kuantan akan terlibat kerana kilang ini hanya 25 km sahaja dari bandar Kuantan."

Fakta inilah yang membuatkan penduduk Kuantan sekarang resah dengan  kehadiran kilang 'lampu' atau 'Lamp' yang akan dibina di kawasan perindustrian Gebeng, 25 km dari bandar Kuantan. Ia disingkatkan dengan nama Lamps On pada papan tandanya di Gebeng.

Namun sebagaimana biasa, masyarakat Cina di sini jauh lebih resah berbanding dengan orang Melayu kerana inilah yang sentiasa berlaku apabila melibatkan sensitiviti masyarakat. Mereka telah mengepalai NGO "Save Malaysia - Stop Lynas' bagi melawan projek ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyalahkan sikap media Melayu yang terlalu 'membela' kerajaan dalam laporan mereka menyebatkan sensitiviti orang Melayu rendah dalam isu sebegini.

Satu keluarga Cina di Kuantan diminta berpindah dari bandar itu oleh ibu mereka kerana takutkan apa yang berlaku di Bukit Merah, Ipoh berlaku lagi di Kuantan dengan pembinaan kilang 'Lamp' ini.

Ini kerana, kilang yang sama di Bukit Merah, Ipoh (bukan Bukit Merah, Taiping) telah diarahkan tutup oleh Mahkamah Tinggi pada tahun 1992 ekoran tindakan penduduk tempatan membantahnya selepas dipercayai menyebabkan pelbagai kecacatan dan kematian kepada penduduk berhampiran kilang ini.
(Papan tanda jalan masuk ke kilang Lynas di kawasan perindustrian Gebeng, Kuantan)
Lamp adalah singkatan dari perkataan Lynas Advanced Material Plant (LAMP) sebuah kilang memproses nadir bumi yang sudah 65 peratus siap (ada yang berkata 90 peratus siap) sekarang ini. Ia dibina di atas tapak sebuah kawasan perindustrian yang berjiran juga dengan kilang-kilang perindustrian yang lain di situ.

Antara kilang yang berkongsi pagar dengan Lamp adalah Polyplastics, BASF Petronas Chemicals dan juga Palmoil Industrial Cluster yang sedang dibina.

Di seberang jalan pula adalah pusat latihan Agensi Penguatkuasaan Meritim Malaysia (APMM).

Pada papan tandanya, tercatat papan tanda LAMPS ON atau Lynas Advanced Material Plant (LAMP) yang dimiliki  Lynas Malaysia Sdn Bhd dan UGL Resources. UGL Resources adalah syarikat utama yang berpengkalan di Australia dalam bidang Pengurusan Aset dan Projek dengan jumlah kakitangan sekitar 42,000 orang.

Mereka telah dianugerahkan Kontrak Pengurusan Projek Pembinaan Lynas di Gebeng pada 22 Februari 2010 dengan nilai kos pengurusan projek di sekitar RM96.8 juta.
UGL Resources bertanggunjawab di dalam urusan rekabentuk kejuruteraan kilang Lynas. Kos infrastruktur Lynas di Gebeng dianggarkan sekitar RM700 juta.
(Bangunan APMM yang siap untuk digunakan hanya dipisahkan dengan jalan raya dan sebuah kilang sahaja dengan kilang Lynas. Ia tidak sampai 5 km jaraknya sebagaimana yang disarankan dalam laporan EIA)

Kilang ini adalah 100 peratus milik Lynas Australia  dan dijadual untuk disiapkan Suku-3 2011 (iaitu September). Tarikh asal dikatakan pada suku-pertama  2011 (Mac).

Selepas siap nanti, nadir bumi yang dilombong di Australia akan dibawa ke perlabuhan Kuantan dengan kapal. Dari kapal, ia akan dibawa dengan lori ke kilang ini untuk diproses sebelum dieksport semula.

Ada beberapa isu penting yang membimbangkan penduduk tempatan.

1) Bahan 'nadir bumi' ini berupa gentian yang sangat halus yang mengandungi bahan radio aktif. Ia sangat merbahaya kalau tertelan atau dihidu dan masuk ke dalam badan.

2) Semasa memproses nadir bumi ini, ia akan melibatkan penggunaan yang asid Hidroklorik dan asid Sulfurik yang banyak. Ia sangat bahaya kalau terlepas bebas ke udara.

3) Prosesnya juga melibatkan banyak air dan air yang telah digunakan akan dilepaskan ke Sungai Gebeng selepas dirawat. Namun setakat manakah rawatan itu berlaku dan apa berlaku jika rawatan ini tidak lengkap.

3) Bahan sisa kilang ini juga mengandungi radio aktif. Di mana ia akan dibuang dengan selamat.

Ke empat-empat  isu inilah telah menyebabkan penduduk tempatan khasnya di Beserah dan Gebeng serta Kuantan menubuhkan NGO khas bagi menghadapinya.

Badan itu adalah Save Malaysia - Stop Lynas dan satu lagi Badan Bertindak Anti-Rare Earth  Refinery (Badar).
(Tiga penggerak utama Badar yang dipimpin oleh Amdan Sura [berdiri di tengah] ketika ditemui di Gebeng Ahad lepas)

Hari ini, Badar telah menyerahkan memorandumnya kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bagi membantah kebenaran yang diberikan MITI untuk pembinaan kilang ini di Malaysia.

Mereka juga bertemu dengan Lajnah Guaman PAS bagi membuat proses tindakan undang-undang bagi menyekat pembinaan kilang ini di Gebeng.

"Pada peringkat awal dahulu kita agak lunak dengan pembinaan kilang ini tetapi setelah mengetahui secara mendalam, kita tidak akan biarkan dan akan menentangnya," kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul hadi Awang kepada Harakahdaily dua hari lalu.

LAPORAN BERKAITAN

Tuesday, July 19, 2011

Bantah sokong Ambiga buta sejarah - Abd Hadi. MESTI BACA!!!

SUMBER
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 19 Julai: PAS menyifatkan pihak yang membantah PAS menyokong perhimpunan Bersih 2.0 dengan alasan ia dipimpin oleh bukan Islam iaitu Datuk S Ambiga sebagai buta sejarah Islam.

"Nabi Muhamad saw menyertai perjanjian Al Fudul di Mekah untuk membantu mereka yang dizalimi ketika Nabi belum menyebarkan Islam. Dan Baginda berkata dalam satu hadisnya, sekiranya ia berlaku lagi (semasa sudah menyebarkan Islam), aku akan menyertainya.

"Jadi berdasarkan sejarah ini, orang yang kata kat PAS itu tidak tahu sejarah Islam sebenarnya," kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam wawancara khasnya dengan Harakahdaily dan Harakah.

Beliau mengulas kenyataan ramai pemimpin BN khasnya di kalangan blogger Umno yang mempertikaikan  PAS yang menyokong perjuangan Bersih 2.0 yang dipimpin oleh Datuk S Ambiga.

Mereka membuat pelbagai dakwaan buruk terhadap Ambiga dan mengecam PAS yang menyokong dan menyertai perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai lepas.

Turut menyertai perhimpunan itu dan ditangkap polis adalah Abdul Hadi sendiri yang terpaksa naik 'black maria' polis dan dibawa ke balai polis Jinjang bersama mangsa tangkapan yang lain.

Menurut Abdul Hadi, semasa Nabi belum menyebarkan Islam, bapa saudara beliau telah mengajaknya bertemu dengan para pemimpin Arab ketika itu di rumah Abdullah Al Judaan di kota Mekah.

Ia turut disertai sama oleh Abu Jahal dan Abu Lahab iaitu dua pembesar Quraisy ketika itu yang banyak menentang perjuangan Islam yang dibawa baginda.

Perjanjian yang dinamakan Al Fudul itu adalah bertujuan untuk mengikat janji bagi mempertahankan mereka yang dizalimi.

Selepas sudah menyebarkan Islam, Baginda menceritakan peristiwa ini kepada para Sahabat Baginda dan berkata, jika perjanjian sebegitu berlaku lagi, Baginda akan menyertainya.

"Saya yakin, Datuk Ambiga adalah profesional yang adil. Begitu juga Tan Sri Samad Said. Takkan mereka sama dengan Abu Jahal dan Abu Lahab. Jadi apa salahnya kita bersama-sama memperjuangkan kebaikan yang ingin dibawa oleh Bersih 2.0 pimpinan mereka," beritahu Abdul Hadi dalam wawancara itu.

Monday, July 18, 2011

Pusat hiburan: Umno patut malu dengan PAS???

SUMBER
Nik Abdul Aziz Nik Mat   
Saya mengikuti perkembangan yang berlaku di Kedah iaitu yang melibatkan isu arahan penutupan pusat-pusat hiburan sepanjang bulan Ramadhan. Seperti biasa, media massa yang dimiliki oleh UMNO terus menerus menghentam PAS dan melaga-lagakan di antara pimpinan Pakatan Rakyat dalam isu ini. Utusan Malaysia yang menjadi lidah rasmi UMNO pula mengambil kesempatan untuk membina keyakinan palsu di benak pembaca dengan tajuknya PAS Tunduk Kepada DAP.

Saya kira UMNO sudah lupa bahawa mereka sendiri yang meluluskan Enekmen Hiburan Dan Tempat-tempat Hiburan 1997 yang mana di dalam dalam Jadual C, muka surat 150 dinyatakan dengan jelas syarat am no.8 seperti berikut: … Jenis-hiburan yang tersebut di atas tidak boleh diadakan pada bulan Ramadhan atau pada hari Jumaat (iaitu, antara jam 6 petang hari Khamis dan jam 2.30 petang hari Jumaat)kecuali izin bertulis daripada Pihak Berkuasa Negeri diperolehi. UMNO sudah lupa bahawa pada tahun 1997, mereka masih lagi menjadi kerajaan di Kedah dan sehingga tahun 2011 ia baru dikuatkuasakan di bawah pentadbiran Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Layakkah UMNO bertempik sorak pada hari ini kononnya PAS tunduk kepada DAP? Jika demikian, selama ini UMNO tunduk kepada siapa? Simpati sungguh saya kepada kaedah permainan politik kampung yang dimainkan oleh UMNO pada hari ini. Barangkali mereka masih terbawa-bawa dengan politik zaman purbakala yang mengharapkan rakyat di’butatulikan’ pancaindera mereka dengan hanya menerima maklumat sehala sahaja.

Berkali-kali saya nyatakan, PAS sangat berbeza dengan UMNO dalam hal bertahaluf dengan non muslim. Di antara PAS dengan DAP misalnya, PAS sentiasa melontarkan dasar-dasar yang selari dengan prinsip Islam. Berbeza dengan UMNO yang bertempik sakan mahu memelihara Islam, alih-alih bukan sahaja tidak mahu menutup pusat hiburan, bahkan melanjutkan masanya dari jam 2.00 pagi kepada jam 3.00 pagi! Ini telah diputuskan di Melaka melalui mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Melaka pada 7 Julai 2011. Saya menurunkan kata-kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam ketika mengumumkan perkara ini, “Keputusan ini diambil sebagai memenuhi permohonan pengusaha terbabit kerana mereka mendapat permintaan pelanggan yang sebahagian besarnya datang bercuti dan mahu berhibur hingga lewat pagi” (Lihat Utusan Malaysia, 8 Julai 2011).

Di Kedah, sewaktu Datuk Seri Azizan mengumumkan bahawa operasi rumah hiburan sepanjang Ramadhan 100% untuk bukan Islam, dan penarikan lessen serta merta akan dilakukan jika terdapat pengunjung muslim, Utusan Malaysia melompat tinggi melatah seolah-olah langit sudah runtuh. PAS dikatakan tunduk kepada DAP sedangkan apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri Kedah ialah memberikan hak kepada bukan Islam dan juga memastikan umat Islam terhindar daripada perkara-perkara yang menjejaskan ibadah sepanjang bulan itu.  Namun apabila kerajaan negeri Melaka mengumumkan untuk melanjutkan tempoh operasi pusat hiburan, di mana Utusan Malaysia? Di mana NGO-NGO yang hebat membela Islam? Sudah hilangkah darah segala pendekar Melayu yang siap mengatur pencak membela kesucian agama mereka?

Hakikatnya, UMNO tidak pernah meletakkan akhirat menjadi agenda dalam perjuangan. Di mana-mana sahaja tempat UMNO berkuasa dan menjadi majoriti, tidak pernah agenda Islam menjadi keutamaan. Berbeza dengan PAS yang ditohmah menjadi alat DAP, PAS mengambil ruang dan peluang yang ada untuk sentiasa melontarkan dasar yang selari dengan Islam. Di Melaka, siapakah yang menjadi majoriti jika bukan UMNO? Jika PAS dikatakan menjadi alat DAP, UMNO alat siapa? Alat nafsu? Sayangnya, UMNO menjadi majoriti langsung tidak menguntungkan Islam. Barangkali itulah sebabnya tangan mereka sentiasa menggapai PAS. Saya katakan, turun sahajalah UMNO dari takhta kuasa, bertenggek di situpun tiada apa yang boleh ditumpang bakti.

Apapun, saya ucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan negeri Kedah. Usah dipeduli nista dan cerca pihak yang berkokok berderai-derai dengan ekor yang memalukan.

Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Menteri Besar Kelantan Darul Naim.
Bertarikh: 18 Julai 2011

Najib disambut dengan lagu 'Yellow Submarine'??? ANIFAH PERTAHANKAN TINDAKAN POLIS DI MALAYSIA???


Jul 18, 11 3:21pm
Kongsi 327
Protes terakhir Jumaat lalu semasa lawatan Perdana Menteri datuk Seri Najib Razak ke London menyaksikan tidak kurang 50 orang rakyat Malaysia dan juga asing berpakaian serba kuning dengan iringi lagu the Beatles 'Yellow Submarine'.

NONETindakan itu sebagai membantah tekanan, sekatan dan hambatan yang dikenakan ke atas perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu.

Bertempat di hadapan Hotel Intercontinental, London, penunjuk perasaan membawa sepanduk yang antaranya tertera “Ya kepada pelancongan, tidak kepada penyiksaan”, “Bebaskan pemimpin kami sekarang”, “Hentikan tahanan tanpa perbicaraan”, “Hentikan perdagangan dengan Malaysia yang kejam' dan melaungkan “Malu, malu, malu Najib”.

Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, bersama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman ketika itu dalam perjalanan ke hotel untuk makan malam.

Tunjuk perasaan bermula pada jam 7 malam hingga 8 malam, 15 Jun dan menurut seorang pemimpin pemuda PKR Ginie Lim ia mendapat sambutan bukan sahaja rakyat Malaysia tetapi juga rakyat Britain.

NONEHanya Anifah yang sanggup bersalaman dan berdialog selama 15 minit dengan penunjuk perasaan manakala perdana menteri, isteri dan sepupunya terus mengangkat kaki menuju hotel berkenaan.

Katanya, beliau prihatin dengan apa yang diluahkan oleh penunjuk perasaan itu tetapi kerajaan perlu menjaga keselamatan orang ramai termasuk ahli perniagaan di kawasan perhimpunan berkenaan.

Anifah juga mempertahankan tindakan keras polis ke atas peserta perhimpunan BERSIH 2.0.

“Tindakan polis berpatutan. Malaysia mempunyai pelbagai bangsa dan jika terjadi huru hara itu mungkin menimbulkan rusuhan perkauman. Kami tidak mahu ambil risiko.

NONE“Awak tidak tahu apa yang berlaku di sana, awak tidak berada di sana” katanya.

Anifah juga ditanya mengenai tahanan enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia yang ditahan mengikut Ordinan Darurat.

Bagaimanapun apabila ditanya bila mereka itu akan dibebaskan, Anifah meminta mereka bertanyakan kepada Hishammuddin.

UiTM tawar Anugerah Ibrahim Ali untuk pelajar?? MCM MANA TUU?


Joseph Sipalan
Jul 18, 11
3:52pm
Kongsi 739
Sebuah universiti tempatan membuka pencalonan bagi Anugerah Ibrahim Ali kepada pelajar yang membuktikan komitmen dan sumbangan mereka dalam memartabatkan bangsa Melayu.

NONEInstitut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (Impak) UiTM memuatkan butiran terperinci anugerah berkenaan yang menawarkan RM5,000 yang ditaja oleh presiden PERKASA itu sendiri di laman webnya.

Selain mesti mempunyai prisip yang jelas dan konsisten, pelajar UiTM yang layak memohon juga mesti mematuhi empat kriteria.
Antaranya membantu merangsang pelajar bagi mengikuti program dan aktiviti berkaitan dengan peningkatan maruah dan martabat bangsa pelajar.

Kriteria lain adalah:

• Menjadi pemimpin persatuan yang berdaftar dengan Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni seperti persatuan kebudayaan, kesenian Melayu atau persatuan kebangsaan lain yang dianggap cemerlang dan berkesan di dalam atau di luar kampus
• Menjadi pemimpin atau jawatankuasa yang memperjuangkan bangsa dan budaya di luar kampus seperti GPMS, ABIM, PERKASA, GAPENA.
• Mendapat pengiktirafan dari badan-badan di luar UiTM

NONEIdea anugerah ini datang daripada Ibrahim sendiri pada forum perpaduan yang dianjurkan oleh Impak pada 17 Oktober tahun lalu dan dibuka kepada pelajar wanita dan lelaki UiTM. Setiap satu bernilai RM2,500.

Mereka mesti memperolehi CGPA sekurang-kurangnya 3.0, tiada tindakan tatatertib atau kesalahan jenayah atau diisytiharkan muflis semasa tempoh pengajian.

Tarikh tutup pencalonan adalah pada 15 September dan anugerah itu akan diberikan pada setiap tahun semasa majlis konvokesyen pada bulan Oktober atau berikutnya.
Ibrahim, yang juga ahli parlimen Bebas Pasir Mas adalah bekas pelajar UiTM.

NONEBeliau belajar di sana dari 1971 hingga 1974. Seorang aktivis pelajar ketika itu, beliau banyak menyertai perhimpunan anti kerajaan.

Ibrahim pernah ditangkap selama dua tahun mengikut Akta Keselamatan dalam Negara (ISA) ketika hampir tamat pengajiannya.

Beliau kini mempin kumpulan pendesak Melayu - PERKASA yang mahu keistimewaan termasuk biasiswa dan segala bantuan hanya dikhususkan kepada orang Melayu sahaja.