KATA-KATA MANIS TETAMU, SIALAKAN!@

Tuesday, November 29, 2011

Pemuda PAS sokong tindakan Majlis Peguam >> PEGUAM MAKIN BERANIIII

Written by Harakahdaily  
KUALA LUMPUR, 29 Nov: Dewan Pemuda PAS Pusat menyokong penuh tindakan Majlis Peguam Malaysia dan Kumpulan Aktivis Occupy yang mengadakan perarakan membantah RUU Perhimpunan Aman di Parlimen hari ini.

Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily, exconya, Mohd Sany Hamzan (gambar) berkata, sememangnya usaha menbantah undang-undang yang disifatkan 'kejam' itu wajar disokong oleh semua rakyat Malaysia.

"Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Majlis Peguam Malaysia, Kumpulan Aktivis Occupy yang telah melakukan bantahan secara serius terhadap Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 201.

"Seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan keamanan perlu melahirkan sokongan terhadap usaha untuk membantah dan memprotes cadangan Rang Undang-Undang perhimpunan Aman 2011 ini," katanya yang juga pengarah pilihan raya dewan itu.

Ku Li saran guru diberi lebih penghargaan>> memancing guru???

Ahli parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menyarankan kerajaan supaya memberi pelbagai penghargaan kepada guru yang berjaya melahirkan lebih ramai pelajar cemerlang.

tengku razaleigh hamzahBeliau berkata berbanding penjawat awam lain, tugas guru lebih berat demi meletak asas kepada masa depan rakyat.

Walaupun sudah banyak penghargaan diberikan kerajaan, ia belum memadai membalas curahan bakti seorang guru, katanya di Gua Musang hari ini.

Peneroka gesa Najib pilih, nak Isa atau undi>> makin beraniiii

Written by Nazri Abdullah  
KUALA LUMPUR, 29 Nov: Sebuah badan induk yang mewakili seluruh peneroka semalam memberi kata dua kepada Perdana Menteri sama ada sayangkan undi mereka pada pilihan raya umum akan datang atau lebih sayangkan Tan Sri Isa Samad.

Dilihat sebagai peringatan tegas kepada Najib, Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKPP) Felda dan Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Felda yang menaungi sejumlah 120,000 peneroka seluruh negara, menggesa perdana menteri itu menunaikan tuntutan mereka agar menyuruh Isa yang juga Pengerusi Felda berundur segera.

Selain Isa, yang dilihat 'membawa masalah' sejak dilantik setahun lalu, mereka juga menggesa Pengarah Seranta Felda Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid dan Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd, Datuk Sabri Ahmad agar berundur sama.

“Di atas segala polemik, isu dan masalah yang timbul, JKPP dan GPW dengan ini sebulat suara mengusulkan kepada Tan Sri Isa Samad, Datuk Sabri Ahmad dan Datuk Noor Ehsanuddin agar mengundur diri secara terhormat.

"Jika hasrat kami ini tidak ditunaikan oleh YAB Persana Menteri, jelaslah sokongan peneroka Felda semasa pilihan raya umum ke-13 tidak lagi diperlukan oleh kerajaan memerintah,” kata mereka dalam satu kenyataan media semalam.

Satu sidang media juga turut diadakan di sebuah hotel di Ampang semalam yang dikendalikan Ketua Peneroka Kebangsaan Shamsuddin Othman (gambar) yang juga salah seorang ahli lembaga pengarah Felda.

Turut serta pada sidang media itu, naib-naib pengerusi JKPP Wilayah serta GWP.

Kata dua itu dibuat sebagai bantahan dan rasa kesal mereka ekoran didakwa telah dipinggirkan oleh Isa daripada membuat keputusan berhubung penyenaraian Felda Global Ventures.

Selain itu, ianya juga sebagai bantahan kepada tindakan Isa yang didakwa secara terbuka telah mengeluarkan kenyataan menghina Shamsuddin selaku ketua kepada peneroka.

Mereka mendakwa, Isa pada satu taklimat mengenai proses penyenaraian di Kuala Pilah pada 12 November lalu telah menghina Shamsuddin dengan mengeluarkan ayat seperti “jika budak kecil, saya dah lempang”, “munafik”, “pembohong”, “penipu”, “jika saya jumpa saya akan lutu dia”.

Tindakan tersebut dilihat bukan sahaja menghina Shamsuddin, malah juga menghina seluruh peneroka.

"Segala pendapat dan pandangan kami pada hari ini adalah melampaui kepentingan parti politik dan sebagai bukti, ramai JKPP pada hari ini mempunyai jawatan tinggi dalam Umno Bahagian dan lain-lain.

"Namin ini tidak bermakna para peneroka dan penerokawati mudah untuk diperkotak-katikkan dan dihina ilmu dan pengalaman kami dalam bersama-sama mentadbir Felda," kata kenyataan mereka lagi.

Wednesday, November 23, 2011

'Fahaman Wahabi tak sesuai diamal di Malaysia'>> SEJAUH MANA KEBENARANNYA?

Kerajaan berpendirian bahawa fahaman Muhammad Abdul Wahab (Wahabi) tidak sesat namun ia tidak sesuai diamalkan di negara ini kerana dikhuatiri boleh membawa kepada perpecahan umat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

NONEBeliau berkata kerajaan memandang berat terhadap kekeliruan dan perselisihan faham yang timbul berhubung isu ini tetapi setakat ini ia masih terkawal.

"Kumpulan yang menyokong pegangan Muhammad Abdul Wahab ini tidak terkeluar daripada Ahli Sunnah Wal-Jamaah, namun apa yang mesti diatasi dan ditangani adalah isu-isu kontroversi yang bersangkut dengan masalah furu'iyyah (cabang) yang cuba dibangkitkan mereka," katanya ketika menjawab soalan Mohd Nor Othman (BN-Hulu Terengganu) pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Mohd Nor ingin tahu sejauh manakah fahaman Wahabi meresap dalam kalangan masyarakat.

Jamil Khir berkata keputusan itu berdasarkan hasil beberapa perbincangan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan iaitu pada kali ke-12 (1985), kali ke-14 (1985), kali ke-16 (1986), kali ke-40 (1996), kali ke-42 (1997) dan kali ke-44 (1998).

Ia juga turut dibincangkan dalam mesyuarat Panel Kajian Aqidah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kali ke-14 tahun 2000 dan kali ke-20 pada tahun 2002 serta kali ke-23 pada 2003, katanya.

Beliau berkata kesemua keputusan itu adalah untuk menyekat penularan isu atas alasan isu-isu khilafiyyah fiqhiyyah yang dibangkitkan dan boleh menggugat perpaduan umat islam di Malaysia.

pas for all campaign launch 110907 nasharudin mat isaKepada soalan tambahan Nasharudin Mat Isa (Pas-Bachok) tentang aspek ancaman yang boleh dilihat dari gerakan Wahabi, Jamil Khir berkata situasi yang berlaku hari ini adalah khilaf yang diperbesarkan sehingga menimbulkan sensitiviti umat.

"Keadaan ini sekali gus menimbulkan pandangan berbeza kepada kelompok masyarakat. Justeru, demi menjaga kesejahteraan rakyat, kerajaan memberi pendekatan bahawa Sunnah Wal Jamaah merupakan pegangan akidah dalam konteks negara Malaysia dan Mazhab Syafie menjadi pegangan," katanya.

KELETIHAN PUNCA MALAYSIA TEWAS 0-2 DENGAN SYRIA SEMALAM?

Bolasepak kelayakan Olimpik: Malaysia tumpas 0-2
Skuad Olimpik negara gagal bangkit semula setelah tumpas 0-2 kepada Syria pada perlawanan kedua pusingan ketiga kumpulan C kelayakan Olimpik 2012 yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.

Sebelum ini, pada perlawanan pertama pusingan ketiga, Malaysia tumpas 0-2 kepada Jepun di Stadium Tosu, Fukuoka.

Perlawanan itu disaksikan kira-kira 20,000 penyokong dan berlangsung secara sengit apabila kedua-dua pasukan saling berbalas serangan.

Skuad bawah 23 tahun bimbingan Ong Kim Swee bermula garang apabila Ahmad Fakri Saarani melakukan cubaan seawal minit kedua namun melepasi gawang gol.

Gandingan Ahmad Fakri dan Wan Zack Haikal Wan Noor telah mengkucar-kacirkan benteng pertahanan skuad Helang Merah (Syria).

Pada hujung babak pertama, Wan Zack Haikal hampir memberi gol pendahuluan kepada skuad Olimpik negara menerusi tandukan hasil sepakan percuma oleh Mohamad Fandi Othman, namun cubaannya tersasar.

Selepas rehat, Skuad Helang Merah memecah kebuntuan pada minit ke-50 menerusi pemain tengah, Solaiman Solaiman menumpaskan penjaga gawang negara, Khairul Fahmi Che Mat.

Tersentak dengan jaringan tersebut, skuad Harimau Muda kembali menyusun jentera serang bagi mencari gol penyamaan.

Khairul Fahmi menjadi wira apabila berjaya menyelamatkan beberapa cubaan berbahaya yang dilakukan jentera serangan Syria.

Syria memperkukuhkan lagi kedudukan menerusi jaringan kedua yang disempurnakan Nassouh Nakkdahli pada minit ke-88.

Ahad ini, Skuad Harimau Muda akan bertemu Bahrain yang sebelum ini kalah kepada Jepun 0-2 di Stadium Al-Riffa, Bahrain pada Selasa.

Sementara itu, ketua jurulatih skuad Olimpik negara Ong Kim Swee berkata hilang fokus dan keletihan pada separuh masa kedua menjadi punca kekalahan 0-2 skuad Olimpik negara itu.

Menurutnya, kelalaian benteng pertahanan pada separuh masa kedua juga antara punca kekalahan dan membuka peluang kepada Syria untuk menjaringkan gol kedua.

"Benteng pertahanan kita hilang konsentrasi pada separuh masa kedua permainan.

"Tambahan pula, mereka keletihan kerana baru sahaja tiba di tanah air dan saya hanya sempat melatih mereka selama dua jam sahaja," katanya pada sidang akhbar selepas perlawanan tamat.

Kim Swee berkata beliau tidak mempunyai banyak pilihan pemain untuk diturunkan pada perlawanan itu ekoran beberapa masalah yang menimpa pemainnya.

"Mohd Fadhli Mohd Shas demam panas pagi tadi dan tidak boleh beraksi manakala Mohd Irfan Fazail mengalami kecederaan. Kedua-dua mereka dijangka pulih dalam masa dua atau tiga hari ini untuk diturunkan pada perlawanan menentang Bahrain Ahad ini," katanya.

Mengenai persediaan menentang Bahrain di stadium sama, jurulatih berusia 40 tahun itu berkata beliau akan menurunkan beberapa pemain yang tidak dapat beraksi malam ini.

"Saya mungkin akan menurunkan kesebelasan utama seperti Mohd Fadhli Mohd Shas, Mohd Irfan Fazail serta Syahrul Azwari Ibrahim untuk mengembalikan peluang kita menduduki tangga kedua kumpulan (di belakang Jepun)," katanya.

Beliau turut melahirkan rasa terharu dengan sokongan padu peminat bola sepak tempatan pada perlawanan itu.

Sementara itu, jurulatih Syria Immad Eddin Khankan berkata beliau kagum dengan corak permainan Wan Zack Haikal Wan Noor.

"Dia berupaya mengkucar-kacirkan barisan pertahanan tetapi kami berjaya mengawalnya sepanjang permainan," katanya.

Dewan Rakyat tolak usul 13 ditahan ISA>> USAHA PAS YANG RAKYAT RAMAI TAK TAHU...

Written by Hazayani Zakaria  
KUALA LUMPUR, 23 Nov: Dewan Rakyat hari ini menolak usul yang dibawa Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berhubung penahanan 13 orang di Sabah di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul itu untuk dibahaskan atas alasan menjaga keselamatan dan kerahsiaan negara.
Beliau sebaliknya berkata, hanya Kementerian Dalam Negeri (KDN) ada hak untuk mendedahkan perkara itu dan pihak yang mahu mengetahuinya harus berhubung dengan KDN sendiri.
Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS mahu usul itu dibahaskan kerana melibatkan tindakan kerajaan yang dilihat bertentangan dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk memansuhkan ISA.
"Sudah berapa lama kami (Pakatan Rakyat) tegaskan kalau mereka benar-benar bersalah bawa ke muka pengadilan, bukan guna ISA," katanya.
Tindakannya itu menyebabkan beberapa wakil BN bangun membantah.

Tuesday, November 22, 2011

Akta Perhimpunan Aman usaha BN sekat kebebasan rakyat>> BILA LAWYER PAS BERBICARA

Rang undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang dibentangkan di Dewan Rakyat, semalam sama sekali bersifat mencegah atau melarang sama sekali sebarang perhimpunan di negara ini, kata bagi AJK PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin.

Menurut Mohamed Hanipa yang juga seorang peguam, tindakan menamakan rang undang-undang itu sebagai Akta Perhimpunan Aman sedangkan hakikatnya melarang perhimpunan adalah jelas satu lagi siri penipuan kerajaan BN Umno dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke atas rakyat.

NONEBeliau juga dipetik oleh Harakahdaily sebagai berkata, mana-mana orang yang waras pemikirannya akan dengan mudah memahami sekatan terbaru yang cuba dikuatkuasakan ke atas rakyat itu.

“Sebagai peguam dan AJK PAS Pusat, saya akan mengusulkan kepada pihak PAS untuk mencabar rang undang-undang ini di mahkamah supaya ia tidak akan dimuktamadkan sebagai akta.

“Pada hari ini kami peguam PAS akan melancarkan secara rasmi ‘perang’ ke atas akta zalim ini melalui saluran undang-undang yang sedia ada,” katanya.


Semalam, ketika pembentangan rang undang-undang itu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz berkata antara kandungan penting undang-undang yang dicadangkan itu, termasuk:
  • Notis awal 30 hari untuk berhimpun, kecuali mereka yang berada di kawasan yang dtetapkan oleh menteri dalam negeri.
  • Selepas memaklumkan, perhimpunan boleh diteruskan, kecuali terdapat bantahan daripada polis.
  • Tiada protes jalanan dibenarkan.

  • Tiada protes dalam 50 meter daripada kawasan yang dilarang, termasuk hospital, sekolah dan rumah ibadat.
Menurut Mohamed Hanipa, Akta Perhimpunan Aman sepatutnya memudahkan perhimpunan aman bukan menyusahkannya.

NONEKatanya, jika Akta Polis 1967 khususnya seksyen 27 dan 27A sudah bersifat ‘draconian dan zalim, akta yang ingin digubal ini beribu-ribu kali lebih zalim daripada Akta Polis yang ingin digantikan.

“Hanya kerajaan zalim seperti Umno sahaja berupaya terfikir untuk menggubal akta sezalim itu.

“Rang undang-undang ini juga secara jelas unconstitutional kerana ia bertentangan dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Mohamed Hanipa juga dipetik Harakahdaily sebagai berkata, meskipun Perkara 10 membenarkan sebarang akta digubal oleh Parlimen untuk menghadkan perlaksanaan hak berhimpun namun had itu, katanya, tidak boleh sama sekali sampai ke tahap menghapuskan sama sekali hak rakyat kepada perhimpunan aman.

pas rally kedah crowd PAS Kedah Youth gatheringTambahnya, secara jelas akta yang ingin digubal mempunyai motif sebegitu.

“Pengalaman saya mengendalikan banyak kes yang melibatkan tuduhan perhimpunan haram khususnya yang melibatkan ahli dan pemimpin PAS menunjukkan bahawa akta ini digubal sebagai manifestasi kekecewaan pihak kerajaan melalui Peguam Negara yang acap kali tewas di dalam kes-kes yang melibatkan tuduhan perhimpunan haram,” katanya.

Bagi beliau, akta yang ingin diluluskan di Parlimen itu memburukkan lagi wajah buruk kerajaan BN dan Peguam Negara.

“Apa pun percayalah akta ini akan mempercepatkan lagi ajal kerajaan Umno BN insya Allah,” katanya kepada akhbar rasmi PAS itu.

Lim: Ini rang undang-undang perhimpunan haram>> BERCANGGAH DENGAN KEBEBASAN YANG PM LAUNGKAN?

DAP kecewa dengan tindakan kerajaan memperkenalkan undang-undang perhimpunan aman yang dianggap bertentangan dengan janji perdana menteri untuk memberi lebih kebebasan dalam membuat perhimpunan.

Setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng berkata, rang undang-undang berkenaan memberi kuasa yang luas kepada polis untuk menahan individu yang menyertai perhimpunan.

"Terpulang kepada polis untuk menentukan sama ada sesuatu perhimpunan itu aman atau tidak,"  katanya lagi yang berpendapat undang-undang tersebut lebih menyekat.

Beliau berkata demikian dengan merujuk Seksyen 8 dalam rang undang-undang berkenaan yang menyatakan bahawa seseorang pegawai polis boleh mengambil langkah yang difikirkannya perlu untuk memastikan perhimpunan berkenaan dikendalikan dengan teratur.

Lim turut mempertikaikan peruntukan undang-undang berkenaan yang melipatgandakan jumlah denda yang boleh dikenakan kepada peserta dan penganjur terlibat.

Seksyen 9(5) dalam rang undang-undang berkenaan memberi kuasa kepada polis untuk mengenakan denda ke atas penganjur sebanyak RM10,000 sekiranya tidak mengemukakan notis untuk mengadakan perhimpunan kepada polis.

Seksyen 21(3) dalam dokumen sama turut memberi kuasa kepada polis untuk mengenakan denda sehingga RM20,000 berbanding denda sebanyak RM2,000 kepada individu yang ditahan dalam perhimpunan.

Malah, rang undang-undang yang dibacakan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini turut meluaskan lagi kawasan larangan untuk mengadakan perhimpunan.

Tempat larangan yang dinyatakan dalam rang undang-undang berkenaan mengambil takrif kawasan yang diisytiharkan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959.

"Maknanya semua tempat pun tak boleh berhimpun. Dalam hutan pun tak boleh sebab mungkin ada loji rawatan air," kata Lim dalam sidang media di bangunan parlimen hari ini.

Selain loji rawatan air, kawasan larangan juga meliputi tempat ibadat, stesen janakuasa elektrik, stesen minyak, terminal pengangkutan, tadika dan juga sekolah, kata Lim.

Menurut rang undang-undang tersebut, polis mempunyai kuasa untuk menyuraikan perhimpunan sekiranya diadakan di kawasan berkenaan atau dalam lingkungan 50 meter daripada kawasan larangan tersebut.

"Dulu tempat-tempat ini tidak ada dinyatakan... Jadi mungkin boleh dinyatakan menteri tempat-tempat yang dibenarkan (untuk berhimpun," katanya lagi.

Ditanya mengenai tawaran kerajaan sebelum ini untuk mengadakan perhimpunan di dalam stadium, seperti yang dilakukan Perhimpunan Sejuta Umat, Lim berkata beliau langkah seperti itu perlu mengambil kira perhimpunan pada skala kecil.

"Kalau (jumlah peserta perhimpunan) kecil tak perlu buat di stadium. Kalau tidak, mungkin BERSIH saja yang boleh buat perhimpunan di stadium," katanya lagi.

Bil Perhimpunan Aman haramkan protes jalanan>> undang kontroversii??


[Rang undang-undang Perhimpunan Aman] 
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz hari ini membentangkan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman di Dewan Rakyat bagi menjamin kebebasan berhimpun.

Antara kandungan penting undang-undang yang dicadangkan itu:

(1) Notis awal 30 hari untuk berhimpun, kecuali mereka yang berada di kawasan yang dtetapkan oleh menteri dalam negeri.

(2) Selepas memaklumkan, perhimpunan boleh diteruskan, kecuali terdapat bantahan daripada polis.
(3) Tiada protes jalanan dibenarkan.

(4) Tiada protes dalam 50 meter daripada kawasan yang dilarang, termasuk hospital, sekolah dan rumah ibadat.

(5) Seksyen 9(5) membenarkan polis mendenda penganjur sehingga RM10,000 sekiranya tiada notis awal mengadakan perhimpunan diserahkan kepada polis.

(6) Seksyen 21(3) membenarkan polis mendenda pihak yang ditangkap sehingga RM20,000;

(7) Individu bawah umur 21 tidak dibenar menganjurkan perhimpunan; dan

(8) Kanak-kanak bawah 15 tahun tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam perhimpunan, termasuk berkaitan kebudayaan dan acara keagamaan seperti perarakan kematian yang diluluskan oleh menteri dalam negeri.

Dijadual untuk bacaan kedua pada minggu depan, rang undang-undang itu dibentangkan serentak dengan rang undang-undang lain untuk meminda Akta Polis, yang antaranya menyaratkan permit polis diperoleh sebelum mengadakan perhimpunan.

Monday, November 21, 2011

ANGGOTA KELUARGA MANGSA ISA TAWAU SABAH SERHA MEMORANDUM KEPADA SUHAKAM SABAH

sumber

Written by Harakahdaily  
KUALA LUMPUR, 21 Nov: Anggota keluarga mangsa yang ditahan pihak polis di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Sabah baru-baru ini menyerahkan satu memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

Penyerahan itu dibuat di pejabat suruhanjaya itu di Kota Kinabalu kepada Pesuruhjaya Suhakam, Jannie Lasimbang kira-kira jam 9 pagi tadi.

Turut mengiringi penyerahan itu AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman, Pesuruhjaya PAS Sabah Mohamad Aminuddin Aling, Ketua Penerangan, Hisamudin Sulaiman serta Ketua Pemuda Lahirul Latigu.

Mazlan yang dihubungi Harakahdaily memberitahu, dalam pertemuan sejam dengan Suhakam itu, anggota keluarga menuntut pihak Suhakam campur tangan dengan mendesak tahanan dibebaskan segera.

"Keluarga mahu pihak Suhakam jumpa tahanan.

"Kita dapat maklumat, kemungkinan mereka yang ditahan akan dipaksa mengaku bersalah," katanya yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat.

Menurutnya juga, keluarga juga melahirkan kebimbangan jika mangsa yang ditahan itu dibawa keluar dari Kota Kinabalu sama ada ke Kuala Lumpur atau ke luar Sabah.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam mendakwa kumpulan 13 individu yang ditahan pihak berkuasa di Tawau, Sabah awal minggu ini amat berbahaya kepada keselamatan negara dan serantau.

Menurut beliau, kumpulan 13 individu terbabit termasuk enam warga asing "tidak takut mati" dan "mahu mati jihad" dan menyifatkan isu penahanan 13 individu terbabit sebagai "amat serius" dan berkata, pada ketika ini mereka sedang ditahan di pusat tahanan di Tawau.

Hishammuddin juga mendedahkan, operasi penahanan 13 individu yang dilaksanakan oleh unit khas anti keganasan polis turut menemui sejumlah besar senjata api dan bahan letupan.

Tuduhan jahat

Mengulas lanjut, Mazlan berkata tuduhan oleh Hishamuddin itu berniat jahat dan mendahului siasatan.

Menurutnya, anggota keluarga dalam pertemuan dengan Suhakam juga memaklumkan, mereka yakin mangsa tidak terlibat dengan aktiviti keganasan seperti didakwa oleh pihak KDN.

"Saya yakin mereka ditangkap untuk disiasat, tetapi bagaimana boleh menteri membuat kesimpulan mendahului siasatan polis.

"Bagi saya ini sangkaan berniat jahat yang memalukan mangsa dan keluarga mangsa," katanya sambil mendesak mangsa tahanan dibawa ke mahkamah segera jika dibuktikan bersalah.

Sunday, November 20, 2011

ISA: PAS harap polis hormati PM>> KASIHANILAH MANGSA ISA!!!

SUMBER | Print |
Nazri Abdullah   
KUALA LUMPUR, 19 Nov: PAS mengingatkan pihak keselamatan membebaskan segera semua tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sekaligus menghormati keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang telah mengumumkan akta itu dimansuhkan.

AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman ketika dihubungi Harakahdaily berkata, tindakan terbaru pihak polis yang menangkap 13 orang di bawah akta itu di Sabah adalah satu penghinaan kepada Najib dan juga seluruh rakyat yang dijanjikan pemansuhan akta itu.
"Kalau polis ada bukti, heret ke mahkamah, dakwa mereka, bukan guna ISA.
"Kuasa polis 'lebih besar' dari perdana menteri nampaknya. Ini satu penghinaan kepada pengumuman PM," katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar semalam bahawa penahanan 13 orang yang didakwa anggota kumpulan militan, dibuat selepas polis mendapat maklumat risikan dari dalam dan luar negara.
Ismail semalam juga mengesahkan tujuh rakyat Malaysia dan enam warganegara asing ditahan di Sabah sejak Isnin lalu mengikut Seksyen 73 (1) ISA kerana disyaki ada kaitan dengan usaha untuk menghidupkan kembali gerakan militan di Sabah.
Identiti dan nama kumpulan militan itu tidak dinyatakan namun sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan polis menahan anggota militan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan Abu Omar yang juga dikenali sebagai kumpulan Kaltim dan berpangkalan di Kalimantan.
Serah memo ke Suhakam
Dalam pada itu, Mazlan yang kini berada di Sabah memaklumkan satu memorandum akan diserahkan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Kota Kinabalu pada 21 November ini.
Memorandum dari anggota keluarga tahanan itu menuntut Suhakam mendesak kerajaan membebaskan semua tahanan tersebut.
Selain kepada Suhakam, pihak keluarga juga akan menyerahkan memorandum tersebut kepada perdana menteri di parlimen.
Pada masa sama, Mazlan turut mengalukan kenyataan Pengerusi Suhakam Tan Sri Hasmy Agam yang meluahkan rasa kecewa penangkapan terbaru di bawah akta itu.
Hasmy Agam semalam juga menggesa agar pihak berkuasa membebaskan kesemua mereka yang ditahan di bawah undang-undang tersebut dan memberikan hak mereka kepada perbicaraan terbuka dengan diwakili peguam.

Selain itu, PAS Sabah juga ujar Mazlan telah melancarkan derma kilat bagi membantu anggota keluarga mangsa tahanan.

"Rata-rata isteri tahanan ini bergantung kepada pekerjaan suami.

"Tidak lama lagi akan buka sekolah, sudah tentu mereka perlukan wang untuk perbelanjaan sekolah anak-anak," katanya sambil menyeru orang ramai turut sama membantu.

ISA: Hishammuddin sengaja nak malukan Najib >> BETUL KOTT?

SUMBER | Print |
Aziz Muda   
KUALA LUMPUR, 19 Nov: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein didakwa sengaja bertindak untuk memalukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan penahanan 13 orang di bawah ISA di Sabah sejak Isnin lalu.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar) berkata, penahanan tersebut tidak sewajarnya berlaku setelah Perdana Menteri sendiri mengumumkan pemansuhan ISA.

Menurut beliau, pengumuman pemansuhan akta zalim itu dibuat oleh Perdana Menteri dengan memilih hari amat bersejarah bagi negara pada 16 September lalu.

Katanya, pengumuman tersebut jelas menunjukkan usaha Perdana Menteri untuk memansuhkan akta-akta zalim yang dilaksanakan di negara ini sejak sekian lama sejajar dengan perkembangan masa.

"Namun penahanan 13 orang di bawah ISA di Sabah itu pasti menimbulkan pelbagai tanda tanya kepada pelbagai pihak. Ia seperti menggambarkan keadaan tertentu yang berlaku di kalangan pemimpin BN," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, penahanan 13 orang yang didakwa anggota kumpulan militan itu dibuat selepas polis mendapat maklumat risikan dari dalam dan luar negara.
Ismail juga mengesahkan tujuh rakyat Malaysia dan enam warganegara asing ditahan di Sabah sejak Isnin lalu mengikut Seksyen 73 (1) ISA kerana disyaki ada kaitan dengan usaha untuk menghidupkan kembali gerakan militan di Sabah.

Identiti dan nama kumpulan militan itu tidak dinyatakan, namun sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan polis menahan anggota militan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan Abu Omar yang juga dikenali sebagai kumpulan Kaltim dan berpangkalan di Kalimantan.

Menurut Salahuddin, pertanyaan umum yang timbul kepada orang ramai ekoran penahanan itu, adakah pihak polis yang berada di bawah Hishamuddin sengaja melakukan tindakan itu untuk memalukan Najib?
Katanya, andaian tersebut mempunyai asas yang kuat sehingga memperlihatkan Perdana Menteri hanyalah berseorangan dalam usaha untuk memansuhkan akta tersebut.

"Tindakan tersebut tidak akan berlaku jika tidak terdapat motif besar dari Datuk Seri Hishamuddin untuk menjatuhkan Perdana Menteri?" katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Dengan penahanan 13 orang itu, tambah beliau, usaha yang sedang dilakukan oleh Najib untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) itu jelas tidak turut sama didokongi Hishamuddin.

"Pada hal setelah pengumuman itu dibuat oleh Perdana Menteri sendiri, penahanan seseorang di bawah ISA sepatutnya sudah tidak berlaku lagi di negara ini," ujar beliau.

Serah bantuan RM100 di pejabat Umno?>> BOLEH TAHAN.. DUIT DEPA KOT?

SUMBER | Print |
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 20 Nov: Dakwaan banyak pihak bahawa pemberian bantuan persekolahan RM100 dijadikan alat politik Umno BN menagih undi, nampaknya ada kebenarannya.

Semalam, Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang juga ketua Wanita PKR mendedahkan wang bantuan RM100 kepada murid sekolah yang sepatunya diadakan di sekolah, diberikan di pejabat Umno.

Zuraida mendakwa sebuah sekolah rendah di Ampang membawa pelajarnya ke pejabat Umno bahagian untuk mendapatkan wang bantuan terbabit.

Malah bantuan tersebut diberikan oleh Ketua Umno bahagian Datuk Ismail Kijo di bangunan Umno Ampang di Jalan Bukit Belacan.

“Saya dapat panggilan dari guru besar dan ibu bapa yang memberitahu murid-murid terpaksa dibawa ke bangunan Umno Ampang untuk menerima wang itu.

“Sepatutnya bantuan itu diserahkan oleh kakitangan kerajaan atau pun daripada Kementerian Pelajaran,” kata Zuraida dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR semalam.


Wang bantuan persekolahan RM100 diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada pembentangan Belanjawan 2012 lalu.

Ianya sepatutnya diserahkan kepada pelajar melalui satu majlis penyerahan yang diadakan di sekolah, dan bukan di pejabat Umno.

agenda terdesak

Sebelum ini, beberapa pemimpin Pakatan Rakyat mendakwa Umno sangat terdesak sehingga terpaksa menggunakan projek pemberian RM100 itu sebagai medan politik mereka.

Dalam sesetengah majlis penyerahan yang diadakan, ibu bapa yang hadir bagi menerima wang tersebut didakwa dipaksa menunggu dan mendengar 'ceramah politik' dari pemimpin Umno yang turut dijemput serta dalam program itu.

Malah, satu surat yang mendedahkan arahan khas daripada Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pelajaran Malaysia Datuk Dr Rosli Mohamed bertarikh 11 November lalu kepada pengurusan sekolah dan pengarah pelajaran negeri agar menjemput wakil rakyat BN ke program penyampaian bantuan itu juga dilihat ada agenda politik tertentu.

Kandungan surat itu menyatakan, mesyuarat jemaah menteri pada 28 Oktober memutuskan, wakil rakyat atau "wakil terpilih kerajaan persekutuan" hendaklah membantu menyampaikan bantuan itu kerana ia "touch point" kerajaan kepada rakyat.

"Ini menunjukkan bahawa duit tersebut bukan sangat bertujuan untuk membantu murid atau keluarga, tetapi lebih kepada kepentingan politik, (tunjukkan) yang beri itu Umno atau BN," kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berkata, arahan Dr Rosli itu jelas menunjukkan bagaimana ketua pentadbir kementerian tidak profesional, tidak amanah dan tidak jujur kerana "menjadikan kementerian sebagai alat politik".

"Saya nasihatkan dia berhentilah bermain politik. Ia menyalahi prinsip penjawat awam tidak boleh memihak," kata anggota parlimen Machang itu.

Hasan Ali: Pakatan perlu terbuka perjuangkan Islam>> KITA USAHA BANTU DR HASSAN.. JANGAN RENDAHKAN BELIAUU...

Datuk Hasan Ali mengaku amanah yang dipikulnya dalam menegakkan syiar Islam selaku exco Hal Ehwal Islam dan Adat-Adat Melayu di Selangor memberi kesan kepada hubungan beliau dengan  pemimpin PAS.
hasan ali umno pas selangor talk quality hotel 300708 05Hasan menegaskan beliau sentiasa bersedia menerima teguran dan kritikan namun kecewa kerana adakala  tindakannya, walaupun  betul daripada segi menegakkan Islam, ditolak atas perkiraan politik.
"Saya mengalu-alukan (pendapat), saya bukanlah seorang yang apa yang saya katakan itu benar semuanya dan juga tidak mengatakan apa yang saya lakukan itu salah semuanya,” kata Hasan dalam wawancara dengn portal pro-kerajaan, Antarapos.com.
“Tetapi ini… kadang-kadang yang benar pun atas nama politik kita tak sokong nampaknya. Bahkan kita ingin pula bukan saja tidak sokong tapi kita sebarkan supaya orang menentang kita," tambah beliau.        
Dalam wawancara itu, Hasan turut  menzahirkan karenah wakil-wakil komponen Pakatan Rakyat yang cuba menjadikan perkara-perkara yang jelas dalam Islam sebagai isu hak asasi.
Hasan berkata istilah-istilah seperti hak kebebasan dipergunakan sehingga menyekat beliau dalam menjalankan amanah yang diberi kepadanya.

Bekas askar dakwa nyawa dipertaruh kerana rasuah >> TU LA.. KADANG-KADANG KITA BUKAN TAHU.. KECUALI ANTARA MEREKA DEDAHKANNYA...


Beberapa bekas anggota tentera, yang telah berkhidmat selama beberapa dekad, tampil dan mendakwa gejala rasuah dalam Kementerian Pertahanan telah meletakkan nyawa mereka ibarat ‘telur di hujung tanduk’.

3 man jungle patrol teamSeorang daripada mereka, semasa forum mengenai rasuah dalam industri pertahanan, memberitahu Malaysiakini, bahawa tindakan itu telah menyaksikan beberapa rakannya menjadi ‘kudung’ dan sebahagian besar mereka "menderita secara senyap".

Lelaki yang enggan namanya didedahkan itu kerana khuatir akan dikenakan tindakan tatatertib berkata, pegawai bukan tentera telah menolak cadangan pihak ketenteraan dan sebaliknya membeli peralatan kurang bermutu yang mempertaruhkan nyawa perajurit negara.

"Kita beli mesin gun AK 33 yang selepas tembakan sebanyak tiga pusingan akan tersekat. Ini memaksa askar mencampangkan senapang itu dan berjuang menggunakan parang,” katanya merujuk kepada satu operasi yang tidak dinamakannya.

military tentera askar soldier malaysia 260307 mobile artilleryContoh lain, katanya, sekitar tahun 1970-an, kaki askar-askar dijangkiti sehingga ada yang terpaksa dipotong kerana but yang dibekalkan mereka karat. Ini kerana but yang dibekalkan itu diperbuat daripada kepingan zink dan bukannya aluminium seperti yang sepatutnya.

But berkenaan bertujuan melindungi kaki askar dari pancang perangkap samar yang tersembunyi ketika peperangan gerila di hutan. Namun, katanya, ia gagal untuk berbuat demikian kerana senang berkarat ketika askar-askar meredah hutan ketika hujan lebat.

Beliau turut memberi contoh, bagaimana, poncho atau baju hujan yang berkualiti rendah itu seringkali menyaksikan perajurit basah kuyup setiap kali hujan.

"Saya dalam kesejukan berada di hutan sedangkan seseorang telah mendapat habuan besar dan berseronok di tempat lain," katanya pada majlis anjuran Transparency International di Subang.

military malaysia army tentera 131106 jungleLelaki itu juga mendakwa mutu makanan yang berkualiti rendah dibekalkan kepada pasukan tentera dan sekiranya pegawai mereka membuat bantahan, mereka pula akan dipindahkan ke tempat lain sebagai hukuman.

"Mereka tidak peduli. Saya percaya ia masih berterusan. Askar-askar kita  yang menderita,” rintihnya lagi.

PAS sambut baik mansuh guru kerja 9 jam>> SEBAB ELAK SALAH SANGKA, TPM MANSUH?? AIYOYO...

SUMBER | Print |
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 20 Nov: PAS mengalu-alukan keputusan kerajaan yang mengumumkan projek perintis yang mewajibkan guru bekerja sembilan jam sehari bermula Januari ini di empat negeri tidak akan diteruskan.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan tersebut sangat wajar dan selari dengan desakan PAS selama ini yang mahu warga pendidik dibela, bukan dibebankan dengan ditambah waktu berkerja.

"Kita alu-alukan keputusan kerajaan membatalkan projek printis guru kerja sembilan jam ini.

"Saya sendiri sebelum ini turut menyuarakan bantahan kepada pihak kementerian di Dewan Rakyat, agar ianya dimansuhkan kerana khuatir kesan negatif kepada proses pengajaran guru dalam kelas," katanya yang juga ahli parlimen Pokok Sena.

Beliau mengulas pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam bahawa projek perintis yang mewajibkan guru bekerja sembilan jam sehari itu dibatalkan.

Langkah itu menurut Muhyiddin, bertujuan mengelak salah sangka dan kekeliruan di kalangan masyarakat dan guru sendiri terhadap pelaksanaan program tersebut.

Katanya, ianya tidak perlu perlu diteruskan jika guru sendiri tidak memahami kehendak sebenar program tersebut yang bertujuan memperkasakan perkhidmatan guru di negara ini.

Mengulas lanjut, Mahfuz sekali lagi menegaskan, pihak kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran perlu juga mendapat pandangan pihak Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) sebelum membuat sebarang ketetapan terhadap tugas guru.

Zul nafi minta duit, dakwa Azizah dipaksa letak jawatan>> boleh tahan MP Kulim- Bandar Bharu nii...

Ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin hari ini menafikan bahawa beliau meminta RM60,000 untuk mengosongkan kerusinya bagi membolehkan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding.

NONESambil menyifatkan pendedahan yang dibuat oleh Syed Husin Ali menerusi bukunya, Memoir Perjuangan Politik sebagai pembohongan, Zulkifli berkata, veteran PKR itu sendiri yang berjumpanya mewakili Anwar untuk menawarkan supaya kerusi itu dikosongkan.

“Teman (saya) menafikan sekeras-kerasnya tuduhan Syed Husin tesebut.

“Sebaliknya teman ingin menegaskan bahawa Syed Husin sepatutnya lebih tahu apa yang dikisahkan beliau itu satu pembohongan kerana sebenarnya Syed Husin sendiri yang berjumpa dengan teman mewakili Anwar Ibrahim.

Wednesday, November 16, 2011

NAJIB UMUM MANSUH ISA!!! 10 aktivis Islam Tawau ditahan tanpa bicara guna akta apa?

NAJIB UMUM MANSUH ISA!!! 10 aktivis Islam Tawau ditahan tanpa bicara guna akta apa?

Masyarakat seluruh Tawau tergempar dengan berita penangkapan 10 pendakwah dan aktivis Islam di Tawau pada hari Isnin 14 November 2011. PAS Sabah mohon supaya pihak polis mengeluarkan kenyataan bagi menjelaskan kedudukan sebenar supaya berita ini tidak disalah tafsir dan akan menimbulkan pelbagai sangkaan buruk terhadap setiap orang yang ditangkap.

Tangkapan pendakwah dan aktivis Islam dengan perbagai profesion tersebut dilakukan oleh pegawai-pegawai polis dari Jabatan Pasukan Petugas Khas (Operasi Counter Terorism) Bukit Aman diketuai oleh DSP Azman bin Omar. Keluarga/Waris orang yang ditangkap dimaklumkan sehari kemudian yang mereka ditangkap di bawah Seksyen 73 (1) AKDN 1960 (ISA).

Penangkapan tanpa waran, tanpa notis atau dimaklumkan dilakukan di hadapan isteri dan anak-anak terlalu tragis. Situasi ini dilakukan oleh pihak polis yang lengkap bersenjata dengan cara yang kasar bagai satu rompakan dan dirampas beberapa komputer riba (laptop) dan sejumlah wang tunai.


Baru sahaja Perdana Menteri menghebahkan dengan gahnya bahawa ISA akan dimansuhkan kini kelegaan rakyat dikejutkan dengan tangkapan ISA. Di manakah kesungguhan Perdana Menteri,? Jujurkah beliau semasa membuat kenyataan pamansuhan ISA? Kini AKTA ISA yang ’draconian’ (mengerikan) itu menjelma kembali.
Notis tangkapan ini diserahkan kepada keluarga mangsa.
Antara yang ditangkap adalah pendakwah yang disegani di seluruh Tawau. Apakah tangkapan ini menunjukkan sikap ’bengis’ kerajaan (UMNO-BN) terhadap kerja-kerja Islam? Masyarakat yang sakit moral kini sangat perlukan pendakwah kenapa mereka ditangkap. Anehnya pembawa punca keruntuhan akhlak dan moral dibiar berleluasa. tanpa tindakan yang proaktif.

PAS Sabah sangat dukacita dan kesal terhadap tindakan kejam dan tidak berperikemanusiaan yang akan menyebabkan porak-poranda kepada seluruh keluarga orang-orang yang ditahan dan sekali gus memberi kesan atau impak yang negatif terhadap masa hadapan anak-anak mereka. PAS Sabah menuntut, supaya semua tahanan tersebut dibebaskan serta merta tanpa syarat.
/sabahkini

MAJLIS ANUGERAH PELAJAR PASTI NURUL IKHWAN FELDA UMAS,TAWAU (1)

 EN DISAM.. TUAN RUMAH

 ANTARA TETAMU YANG HADIR

 KHUSYUK ATAU CINTA.. HE HE

 GELAGAT ANAK-ANAK










UCAPAN PERASMIAN





MAJLIS BERLANSUNG DENGAN JAYANYA PAGI TADI... DIMULAKAN DENGAN UCAPAN ALUAN OLEH MUDIR PASTI, BACAAN DOA SELAMAT OLEH HJ YUSUF AYAH USTAZAH NURUL HUDA, UCAPAN PERASMIAN OLEH UST LUKMAN.. 

KEMUDIAN DISAMPAIKAN ANUGERAN SAIDINA ALI, ANUGERAH KHAS KEPADA PELAJAR TERBAIK KEPIMPINAN, KEBERSIHAN DAN HAFAZAN, ANUGERAH KEHADIRAN TERBAIK, ANUGERAH CEMERLANG SERTA CENDERAHATI KEPADA SEMUA PELAJAR USIA 4 HINGGA 6 TAHUN.. JUGA DIBERIKAN C/HATI BUAT PERASMI, TUAN RUMAH, MUDIR SERTA PENASIHAT PASTI... 

BERSAMBUNG....

Monday, November 14, 2011

Obesiti: Malaysia nombor satu??? >> tapiii... tak mustahill...

Obesiti: Malaysia nombor satu

KUALA LUMPUR 14 Nov. – Dewan Rakyat hari ini diberitahu Malaysia berada pada kedudukan pertama di kalangan negara-negara ASEAN dan keenam di rantau Asia Pasifik yang berhadapan masalah obesiti di kalangan penduduk.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, antara punca masalah itu adalah kerana pengambilan gula berlebihan di kalangan rakyat.

“Justeru, semua pihak perlu mengambil perhatian serius tentang isu ini,” katanya.

SISTEM AKREDITASI DI IPT TEMPATAN UNTUK SAMBUNG BELAJAR TIME KERJA???

KUALA LUMPUR 14 Nov. - Semua institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan perlu mempunyai sistem akreditasi yang mampu menarik minat orang ramai yang sudah bekerja untuk menyambung pelajaran bagi menjayakan program pembelajaran sepanjang hayat.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, buat masa ini hanya Universiti Terbuka Malaysia (OUM) yang telah mengorak langkah mengadakan kerangka akreditasi sendiri dengan mengambil kira pengalaman seseorang bagi mengikuti kursus yang ditawarkan.

Menurut beliau, inisiatif seperti itu sebenarnya sudah lama dilaksanakan di negara seperti Amerika Syarikat (AS), Australia, United Kingdom (UK) serta Kanada yang dipercayai dapat merapatkan jurang perbezaan modal insan antara Malaysia dengan negara maju.

RAJA JORDAN MOHON PEMERINTAH SYIRIA LETAK JAWATAN! >> NEGARA ARAB MAKIN BIJAK...

Presiden Syria patut berundur: Raja Jordan


2011/11/15

DAMSYIK: Raja Jordan Raja Abdullah II meminta Presiden Syria, Bashar al-Assad meletakkan jawatan selepas rejim pemerintahannya semakin lemah terutama dengan tekanan yang bakal dihadapi daripada Kesatuan Eropah (EU).

Syria kini semakin dipisahkan oleh EU yang memberi tekanan kepada Liga Arab agar menggantung keahlian negara itu berikutan tunjuk perasaan rakyat dan pertumpahan darah yang semakin berlarutan.
Pemimpin pertama Arab yang meminta berbuat demikian, Raja Abdullah bertitah yang disiarkan stesn televisyen BBC: “Saya percaya, kalau saya berada di tempatnya, saya akan meletakkan jawatan.

Gempa terbaru 5.2 magnitud landa timur Turki

SUMBER

08:34:35 AM
ANKARA: Gempa terbaru 5.2 magnitud menggegarkan timur Turki awal hari ini tetapi belum dapat disahkan gempa kali ini di wilayah sama, minggu lalu.

KOTA SEPUTEH MILIK ADUN BN KEMBALI!!! >> TERUSKAN DATUK.. PRU 13 BAKAL MENJERUT LEHER PIMPINAN ZALIM...

ADUN Kota Siputeh boleh hadiri sidang DUN

PUTRAJAYA 14 Nov. - Selepas 21 bulan menunggu untuk menghadiri Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, wakil rakyat bagi kerusi DUN Kota Siputeh, Datuk Abu Hasan Sarif akhirnya dibenarkan menghadiri persidangan itu, esok.
Ia berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini membenarkan permohonan ADUN itu untuk mengetepikan perintah Mahkamah Rayuan pada 2 November lalu yang melarangnya menghadiri sidang berkenaan.
Keputusan itu sekali gus menggantikan keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan permohonan Speaker DUN, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail untuk mengantung pelaksanaan satu keputusan mahkamah terdahulu yang mengembalikan kerusi berkenaan kepada Abu Hasan.
Keputusan sebulat suara itu dicapai oleh panel tiga hakim diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin yang bersidang bersama Datuk Hashim Yusoff dan Datuk Ahmad Maarop.

Sikap suka putar belit fakta>> SIAPA PUTAR BELIT DATUK SERI? SAYA ATAU KAMU? HE HE..



Muhyiddin Yassin bersama Mohd. Shafie Apdal menyaksikan persembahan silat oleh kanak-kanak Tadika Kemas pada majlis Sambutan 50 Tahun Kemas di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA


KUALA LUMPUR 14 Nov. - Sikap suka memutar belit fakta dan menabur janji-janji kosong adalah bukti kegagalan pembangkang menubuhkan sebuah kerajaan yang telus dan adil.
Itu sebahagian daripada amanat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disampaikan kepada kira-kira 6,500 kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) pada ucapan tertutup Sambutan 50 tahun Kemas, di sini, hari ini.
Pesanan beliau itu dikongsi oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal selepas perasmian majlis di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Muhyiddin berkata, keghairahan pembangkang menghakis kepercayaan rakyat kepada kerajaan melalui pelbagai tuduhan dan fakta yang diputarbelit selain dikaburkan dengan janji-janji kosong.
"Dalam isu belanjawan misalnya penyampaian kerajaan dituduh tidak betul malah mereka mengaku mampu melakukan dengan lebih baik.
"Mereka juga janjikan kerajaan yang mengamalkan sistem pemerintahan telus sedangkan apa yang berlaku di Selangor dan Kedah terbukti sebaliknya," katanya.

APEC 2011 GAH DI DUNIA KERANA GAH USA?

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak (barisan kedua, dua dari kiri) menghadiri sesi bergambar sempena bermulanya Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Kapolei, Hawaii, awal pagi ini. Turut bergambar (barisan depan dari kiri) ialah Perdana Menteri Kanada, Stephen Harper, Perdana Menteri Australia, Julia Gillard, Presiden Russia, Dmitry Medvedev, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, Perdana Menteri Jepun, Yoshihiko Noda, (barisan belakang dari kiri) - Timbalan Perdana Menteri New Zealand, Bill English, Presiden Korea Selatan, Lee Myung-Bak, Menteri Perdagangan Mexico, Bruno Ferrari dan Perdana Menteri Papua New Guinea, Peter O'Neill. - AFP
Nov 14, 2011 11:24 am

Maksiat ‘ayam hutan’?? > GUNA 3 PELACUR

BILA MAU HABIS DA KISAH NI??

Oleh Ahmad Othman
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
OPERASI...tilam dalam pondok yang digunakan pelacur terbabit.
OPERASI...tilam dalam pondok yang digunakan pelacur terbabit.
RAMPAS...wang dan barangan yang dirampas daripada Pak Uban.
RAMPAS...wang dan barangan yang dirampas daripada Pak Uban.
KOTA TINGGI: Seorang lelaki yang dikenali sebagai Pak Uban mengambil jalan mudah untuk mencari rezeki pada usianya yang semakin senja apabila membina sebuah pusat pelacuran mini berhampiran lombong pasir di sini.
Pusat maksiat beroperasi 24 jam di Batu 16, Jalan Kota Tinggi-Mersing itu mempunyai tiga pondok, dua daripadanya untuk pelacuran manakala satu lagi untuk pelanggan bersembang sementara menunggu giliran.
Pak Uban yang berusia 65 tahun menggajikan tiga wanita warga asing yang dijadikan pemuas nafsu seks pelanggan yang bukan saja terdiri daripada pekerja lombong terbabit, malah buruh ladang serta penduduk tempatan.

Kegiatan haram di Hutan Simpan Panti itu berlarutan sejak lebih sebulan lalu dan sukar dikesan berikutan lokasinya yang tersembunyi dan berhampiran rumah kongsi pekerja.