KATA-KATA MANIS TETAMU, SIALAKAN!@

Monday, February 27, 2012

Nurul: Mata saya hampir lebam seperti papa << KEJADIAN MENJADI-JADI...

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata, jika tidak ada campurtangan penyokong Pakatan Rakyat pada ceramahnya di Gambang, Pahang semalam, beliau pasti mendapat 'mata lebam' seperti bapanya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

NONEKatanya, serangan terhadapnya oleh lelaki pada ceramah di Felda Lepar Hilir I pada malam semalam itu hampir-hampir mengenainya

"Ia hanya beberapa inci (hampir mengenai), kamu pasti tidak mahu ukur, ia sangat tidak menyenangkan," kata Nurul Izzah.

Menurutnya lagi, penyerang yang memakai baju merah perlahan-lahan memasuki tempat ceramah di sebuah kedai kopi sebelum melancarkan serangan.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Petaling Jaya hari ini, Nurul Izzah berkata sekiranya tiada penyokong yang menahannya, beliau pasti menerima nasib seperti Anwar yang dipukul menjelang perbicaraan kes liwat pertamanya lebih sepuluh tahun lalu.

Nurul Izzah mendedahkan, polis tempatan berjaya mengenali identiti penyerang itu sebagai Asrullah Affendi Abdullah. Bagaimanapun, maklumat lain masih belum diketahui setakat ini.

Nurul Izzah turut menunjukkan kepada pemberita beberapa keping gambar ketika kejadian bagi menyokong dakwaannya.

NONEPagi tadi, akhbar web PKR Keadilandaily melaporkan, anggota Umno setempat sengaja mengganggu ceramah Pakatan dengan menganjurkan sesi karaoke dan menghantar SMS ugutan sebelumnya.

Menurut Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad, ketika giliran Nurul Izzah berucap, kumpulan itu mula menyerbu ke lokasi ceramah sambil melemparkan kata-kata kesat kepada anak perempuan Ketua Umum PKR itu.

Dakwanya, "budak-budak muda" itu cuba memukul Nurul Izzah sehingga beliau dan puteri Anwar itu terpaksa diiringi polis meninggalkan kawasan berkenaan.

UNTUNG M/KAT INDIA SEHARI DUA NI!!!

Najib umum beberapa inisiatif penting untuk kaum India

27/02/2012 2:17am

KAPAR 27 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak malam semalam mengumumkan beberapa inisiatif penting kerajaan untuk masyarakat India di pekan Kapar dan Klang termasuk pembinaan blok baru untuk Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) serta penambahan tempat untuk pelajar India di Kolej Matrikulasi di negara ini.
Perdana Menteri berkata, sumber kewangan yang mencukupi akan disediakan untuk pembinaan satu blok bangunan tambahan bagi SJKT Methodist di Kapar sebagaimana dipohon pihak sekolah dan para ibu bapa.
Dalam ucapannya di hadapan lebih 20,000 masyarakat India pada sambutan Pesta Ponggal di sini, Najib turut berkata, kerajaan mengesyorkan akan membina kesemua tiga bangunan blok baru untuk sekolah SJKT Simpang Lima di Klang.
"Pembinaan tiga blok baru ini adalah untuk menampung pelajar yang kian meningkat di sekolah Tamil kluster yang pertama di Malaysia,” katanya pada majlis yang berlangsung di Padang Kelab Kilat, Kuarters TNB di sini.
Najib turut mengumumkan jumlah pelajar India di kolej Matrikulasi di negara ini akan ditingkatkan daripada 559 sekarang kepada lebih 1,500 pada sesi 2012/2013.
Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim; Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel dan beberapa menteri Kabinet serta pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN). - BERNAMA

BUANG BAYI DI PAHANG, TAK HABIS LAGI???

Mayat bayi perempuan ditemui terapung di Sungai Kuantan

27/02/2012 6:19pm

KUANTAN 27 Feb. – Mayat bayi perempuan ditemui terapung di dalam Sungai Kuantan berdekatan Jambatan Tanjung Lumpur tengah hari tadi.
Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata, mayat bayi itu yang masih mempunyai uri dijumpai tersangkut pada dahan kayu.
"Bayi yang dipercayai berusia lingkungan tujuh bulan itu dijumpai terapung oleh tiga lelaki berusia lingkungan 25 hingga 30 tahun.

4 kementerian bincang lokasi pelupusan sisa Lynas>> SERIUS ISU NI.. MULAQ DAPAT PERHATIAN KERAJAAN!! TAHNIAH PEMBANGKANG

SUMBER


2012/02/27

PETALING JAYA: Empat kementerian sedang berbincang mengenai lokasi bersesuaian bagi menempatkan pelupusan bahan sisa kilang pemprosesan nadir bumi Lynas Corporation (Lynas) di Gebeng, Pahang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon hari ini.

Beliau berkata, perbincangan yang diadakan baru-baru ini akan memberi penyelesaian yang menguntungkan semua pihak bagi menangani isu ini dengan lebih membina.
Koh, bagaimanapun, enggan mendedahkan butiran mengenai langkah terbaru yang membabitkan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi; Kementerian Kesihatan; Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

“Saya rela undur untuk selamatkan perjuangan PKR”[UTUSAN]>> DR BADRUL AMIN DI KEMUNCAK UJIAN DALAM KARIERNYA..

SUMBER


27/02/2012 9:28pm

KUANTAN 27 Feb. - “Saya rela berundur sekiranya pengunduran itu boleh menyelamatkan perjuangan Parti Keadilan Rakyat (PKR),” kata Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Dr. Badrulamin Bahron.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas berhubung tindakan yang mungkin diambilnya selepas didakwa terbabit dalam kes khalwat dengan isteri orang di sebuah hotel di Balok, Sabtu lepas.
Katanya, kejadian itu hanya melibatkan dirinya seorang dan tidak ada kena-mengena dengan parti dan oleh itu beliau mahu menanggungnya sendiri dengan mengambil pendekatan berundur dari parti.

USAHA RAIH SOKONGAN RAKYAT SELANGOR! HARAP SELANGOR MASIH DI BAWAH PR UNTUK KALI KE 2??

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak beramah mesra bersama orang ramai pada Majlis Bersama Warga Petani, Nelayan dan Pekebun Parlimen Sabak Bernam, di Kampung Simpang Empat, Bangan Nakhoda Omar, Sabak Bernam, hari ini. - Foto Syarafiq Abd Samad
Feb 26, 2012 12:22 pm

raptai LANTIKAN EXCO BARU KEDAH!

EXCO Kedah, (dari kiri) Tan Joon Long, Datuk Ir Amiruddin Hamzah, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul, Lim Soo Nee dan Abd Ghani Ahmad antara yang menghadiri raptai pelantikan baru di Istana Anak Bukit, Alor Setar, hari ini. - Foto Lim Poh Chin
Feb 27, 2012 2:37 pm

Sunday, February 26, 2012

Badrulamin dinasihat cuti sebulan untuk bersih nama?? >> JIKA SALAH, AMBIL TINDAKAN YANG SESUAI.. JIKA BELUM DIDAPATI BERSALAH.. ELAKKAN FITNAH.. BERDOSA!

SUMBER

Harakahdaily, 26 Feb 2012
KUALA LUMPUR, 26 Feb: Ketua Penerangan Negeri Selangor, Dr Badrulamin Bahrom (gambar) dinasihatkan supaya mengambil cuti selama sebulan sehingga  beliau dibersihkan dari tuduhan yang dikatakan berkhalwat pada Sabtu lalu.


Kerajaan negeri telah menerima penjelasan Dr Badrulamin berhubung kejadian itu dan mendesak pihak Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) melakukan siasatan secara telus, adil dan profesional demi menjaga maruah beliau sebagai muslim sebagaimana yang dituntut dalam ajaran Islam.

Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor dalam satu kenyataan hari ini menyatakan kerajaan negeri berharap cuti rehat yang diberikan ini dapat digunakan untuk menumpukan perhatian kepada musibah yang sedang ditanggung oleh beliau dan melakukan usaha-usaha bagi membersihkan nama beliau.

“Sepanjang tempoh bercuti ini, tugas-tugas beliau sebagai Ketua Penerangan Kerajaan Negeri Selangor akan diambil alih  sementara waktu oleh Sekretariat akhbar Pejabat Datuk Menteri Besar yang diketuai oleh Setiausaha Akhbar Datuk Menteri Besar.

“Akhir sekali Kerajaan Negeri Selangor menyeru semua pihak supaya tidak membuat andaian-andaian negatif dan menyerahkan hal ini kepada pihak berwajib melakukan penyiasatan,” tambah kenyataan itu.

Lapan jahitan untuk wartawan diserang>> PULAU PINANG PUNYA HIMPUNAN DIKACAU??? YANG KACAU TU SAMSENG UPAHAN?

Wartawan akhbar harian Cina, Kwong Wah Jit Poh - Adam Chew, 29 - yang dibelasah semasa membuat liputan Himpunan Hijau 2.0 di Sudut Pidato, Padang Kota, Esplanade, Pulau Pinang, semalam, terpaksa memerlukan lapan jahitan akibat kecederaan di tangannya itu.

adam chew kwong wah jit poh journalist with blood on fingersPerhimpunan itu diadakan sebagai solidariti kepada Himpunan Hijau di Kuantan, semalam yang diadakan dengan kehadiran hampir 15,000 orang yang membantah keputusan kerajaan membenarkan loji pemprosesan nadir bumi milik Lynas Advanced Material Plant (Lamp) beroperasi di Gebeng, Pahang.

Seorang lagi petugas Kwong Wah - Lee Hong Chun, 25, pula dilaporkan dipukul dengan topi keledar semasa bertugas. Beliau hanya mengalami kecederaan kecil dengan kesan lebam di  kepalanya.

Chew (kanan), bagaimanapun, terpaksa mendapatkan rawatan perubatan di wad kecemasan Hospital Pulau Pinang pada kira-kira jam 8 malam selepas perhimpunan yang diadakan di Sudut Pidato, Padang Kota, Esplanade itu disuraikan oleh pihak polis selepas diganggu oleh kira-kira 50 orang, termasuk pemimpin tempatan dari Pemuda Umno dan kumpulan pendesak Melayu, PERKASA.

Ketika dihubungi, Chew berkata kepalanya sedikit pening selepas dipukul oleh kira-kira enam lelaki yang terdiri daripada peserta kumpulan pro-Lynas, yang cuba untuk menghalang Himpunan Hijau  yang dihadiri lebih daripada 500 orang itu, termasuk oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

NONEKatnya, beliau akan berjumpa doktor sekali lagi hari ini kerana matanya mempunyai kesan seperti darah beku.

"Saya tidak boleh bekerja dan doktor memberi saya cuti sakit serta meminta saya untuk datang semula jika saya mengalami pening mana-mana," katanya kepada Malaysiakini.

Menceritakan pengalamannya itu, Chew berkata beliau ditugaskan membuat liputan perhimpunan solidariti Himpunan Hijau seperti yang diadakan di bandar-bandar lain di seluruh negara, seperti di Kuala Lumpur, Perak dan Kuantan.

"Kejadian berlaku apabila ketua menteri turun dari pentas selepas ucapannya untuk menyertai orang ramai.

penang himpunan hijau 2 260212 02"Kumpulan pro-Lynas cuba mengganggu Lim tetapi kakitangan keselamatan mengepung dan mengekori rapat.

"Tetapi kumpulan itu berjaya untuk memecahkan ‘rantaian manusia’ yang dibuat itu dan saya juga cuba menghalang mereka daripada merapati ketua menteri," kata Chew.

Kumpulan berkenaan sebelum majlis bermula dilaporkan telah mula menjerit kepada orang ramai yang berhimpun secara aman itu dan memberi amaran kepada mereka bahawa isu Lynas itu bukan "isu Pulau Pinang" dengan  melaungkan slogan "Hidup Umno", "Kami mahukan kebebasan" dan "Balik Kuantan (Kembali ke Kuantan)".

Walaupun membuat bising dan memprovokasi peserta, namun tidak ada tindakan diambil terhadap mereka. Mereka juga dikatakan cuba mengganggu ucapan yang disampaikan.

penang lynas himpunan hijau 260212Menurut Chew, kumpulan berkenaan selain menghamburkan kata-kata kesat, turut melemparkan kata-kata perkauman.

Namun apabila ditegur supaya tidak menimbulkan kata-kata perkauman yang boleh mencetuskan perkara yang tidak diingini, kumpulan yang turut disertai oleh pemimpin Umno dan PERKASA itu mula menjadi berang.

"Kemudian mereka tarik tangan saya. Seorang daripada mereka memukul saya dengan topi keledar, dan lima rakannya juga memukul saya di kepala.

"Apa yang saya lakukan ialah cuma menghalang mereka daripada serang CM," katanya.

penang lynas himpunan hijau 260212Malam tadi, Lim juga mengunjungi Chew di hospital dengan beberapa pemimpin DAP dan setiausaha akhbar beliau.

Ketika dihubungi Lim berkata beliau terharu kerana Chew membahayakan dirinya untuk melindunginya namun beliau kecewa dan kesal terhadap apa yang berlaku kepada wartawan itu.

Beliau juga membidas tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang cuba menyemai benih-benih kebencian berbentuk perkauman di kalangan rakyat di negara ini. Menurut Lim, beliau akan mengadakan sidang akhbar pagi ini, untuk mengulas isu berkenaan.

"Saya juga telah arahkan setiausaha akhbar saya untuk memantau keadaan Chew. Jika beliau berasa pening atau tidak sihat, maka beliau mesti dikejarkan ke hospital untuk pemeriksaan lanjut," katanya.

dari blog ANTI PKR>>> TAHNIAH BADRUL AMIN..(DITANGKAP KHALWAT DENGAN BINI ORANG) >> baca dan ambik pengajaran tabiat pendokong UMNO.. mau tuduh tanpa bukti! Biar siasatan dijalankan...

SUMBER

kes dah kantoi.
badrul amin dah boleh join kelab 121.
mat sabu presiden.
badrul amin timbalan presiden.


apa badrul amin buat dengan bini orang jam 3 pagi dalam bilik ?
takkan bagi kuliah agama kot ?
errr...apa komen mat sabu ?

Tuesday, February 21, 2012

Logo Jati macam logo setan? >>> SERIUSSS... SIAPALAH YANG REKA NI?? DR HASSAN MINTA JAWAB...

SUMBER

Harakahdaily, 21 Feb 2012
KUALA LUMPUR, 21 Feb: Jati yang diterajui oleh Datuk Dr Hasan Mohd Ali yang dipecat daripada PAS telah dilancarkan di Shah Alam Convention Center, Shah Alam petang ini.

Walaupun perjuangan tiga jalurnya ialah untuk memartabatkan Islam, Melayu dan institusi Diraja, namun logo Jati dilihat mempunyai persamaan dengan 'logo setan' yang direka bentuk berdasarkan nombor '666'.

Di bawah adalah link di mana Logo Setan itu.
http://artbackwash.blogspot.com/2008/05/satans-logo.html

EGM KPF batal, kemenangan warga Felda!!! TAHNIAH PAS

SUMBER

Mazlan Aliman, 21 Feb 2012
Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK) mengucapkan setinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT ekoran keputusan Lembaga Pengarah Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad(KPF) yang membatalkan Mesyuarat Agung Khas KPF yang bakal diadakan esok. Sambil mengucapkan tahniah atas keputusan tersebut, ANAK sekali lagi mengulangi desakan agar YAB Perdana Menteri membatalkan hasrat penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) ke Bursa Malaysia.


Kehadiran Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda telah menggugat keharmonian kehidupan 1.6 juta warga Felda dengan pelbagai pendekatan yang merugikan. Tindakannya memberi amaran kepada kakitangan Felda jika menyokong pembangkang, memperalat Jabatan Seranta Felda, 'berperang dengan Ketua Peneroka Felda Kebangsaan (Shamsudin Othman)' dan mendalangi usaha penyenaraian FGVH telah menghuru-harakan Felda.

ANAK dengan ini mempertegaskan agar Tan Sri Isa Samad meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Felda serta merta. Tumpukan perhatian sebagai Adun Bagan Pinang manakala rumahtangga Felda biarlah diserah kepada mereka yang berwibawa kerana terdapat 10 ribu anak-anak Felda yang mempunyai latar belakang pendidikan dan kerjaya yang boleh mengambilalih tempat beliau. Jika beliau enggan, Perdana Menteri wajar memecat beliau segera. Mempertahankan Isa Samad adalah suatu kesilapan besar yang menjauhkan hubungan warga Felda dengan kerajaan.

Menolak penyenaraian FGVH bukan bererti kita menolak gagasan mengangkat ekonomi Felda atau ‘mengantarabangsakan' Felda di peta dunia. Proses penambahbaikan ke atas Felda telah dilakukan. Penstrukturan terhadap Felda Holding, Felda Plantation dan pengukuhan KPF juga sedang dibuat. Pandangan kritis ANAK dalam isu Generasi Baru Felda, penyelenggaran kebun peneroka, Kos Tanam Semula, kecelaruan Kadar Perahan Gred dan lain-lain sedang ditangani oleh Felda meskipun sebahagiannya di bawa ke Mahkamah.

Kembalikan ketenangan dan kedamaian di Felda. Tan Sri Isa Samad, Datuk Sabri Ahmad dan  Datuk Eshanudin Mohd Noor sila keluar dari Felda. ANAK mahu dikembalikan semula Datuk Zulkefly Abd Wahab dan Abidin Abd Rahman ke jawatan mereka sebagai Pengarah Besar Felda dan Timbalan Pengarah Besar Felda. Moga perkembangan Felda berterusan dan ANAK bertindak sebagai check dan balance bagi mempastikan Felda berada di landasan yang betul sebagaimana diasaskan Allahyarham  Tun Abd Razak.


Mazlan Aliman,
Presiden ANAK
21 Februari 2012

Harussani: Nabi anjur pertahan Raja, kaum >> MUFTI PERAK SOKONG PERJUANGAN JATI DAN JATI 1 JIHAD BUAT UMAT ISLAM?????

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini menyokong usaha untuk memperjuangkan Islam seperti yang dipromosikan pertubuhan pro-Melayu JATI yang disifatkannya sebagai satu jihad kepada orang Islam.

Katanya jihad itu diwajibkan ke atas orang Islam, apatah lagi apabila serangan ke atas Islam kini "begitu hebat sehingga ramai di kalangan orang Islam menjadi murtad."


NONE"Wajib kita pertahankan akidah kita daripada serangan ejekan atau diperhina. Namun hari ini kita lihat agama kita tidak diambil berat oleh orang Islam sendiri, malah ada yang mempertahankan perbuatan itu," katanya lagi.

Tambahnya, orang Islam juga wajib mempertahankan Raja-raja Melayu memandangkan golongan itulah yang mula-mula sekali menerima Islam di negara ini.

"Maka raja tidak boleh terpisah dengan kita," katanya lagi dalam ucapannya di majlis perasmian penubuhan NGO tersebut di Shah Alam hari ini.

Tambahnya, perjuangan untuk mempertahankan raja juga dianjurkan oleh Nabi Muhammad melalui sabda baginda bahawa "raja itu adalah bayang Allah di bumi ini."

"Jadi kita pertahankan kerana itu disebut oleh Rasulullah. Bukan dalam satu riwayat saja tapi banyak riwayat," tambahnya.

Mengulas mengenai pandangan sesetengah pihak mengenai perjuangan kaum, Harussani berkata Nabi Muhammad sendiri telah menyeru kepada kaum Quraisy pada waktu itu supaya mempertahankan bangsa mereka.

"Ada orang kata kalau kita bercakap bangsa Melayu dikatakan kita ini orang yang nasionalis. Nabi juga bercakap tentang kaumnya.

"Kita pertahankan bangsa kita bukan bermakna taksub dan memang wajib pun kita pertahankan kerana negara ini adalah kepunyaan orang Melayu.

"Salah satu wasiat raja-raja sebelum merdeka ialah selain gunung ganang, sungai atau lubuk-lubuk maka setengah daripada tanah Melayu itu mestilah hak orang Melayu, yang lain itu biarlah berebut sesama kamu," katanya lagi.

Wasiat berkenaan - dokumen yang sering didakwa sebagai asas perjanjian kepada raja-raja Melayu dalam pembentukan Persekutuan Malaysia - turut dinyatakan dalam tayangan video ketika majlis perasmian tersebut.

PAS kerah ahli ke Himpunan Hijau 2.0 Ahad ini << kemuncak prihatin RAKYAT!!! PAHANG JUGA BISA TUMBANG KE TANGAN PR??

SUMBER

Khairil Abdul Rahim, 21 Feb 2012

KUANTAN, 21 Feb: PAS Pahang mengarahkan setiap kawasan di negeri itu menghantar 1,000 ahlinya ke program Himpunan Hijau bagi membantah loji memproses nadir bumi Lynas, Ahad ini.

Pesuruhjayanya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, bagi penyokong-penyokong PAS yang berada di parlimen-parlimen Kuantan, Indera Mahkota, Paya Besar dan Pekan diminta hadir lebih ramai lagi.

"PAS, parti dalam Pakatan Rakyat, NGO dan individu diminta hadir bagi menyatakan sokongan membantah kilang yang kita anggap bom jangka itu kerana lesen sementara operasi telahpun dikeluarkan oleh kerajaan.

“Semua pihak termasuk daripada Umno kita pelawa untuk hadir menyatakan bantahan kerana isu ini melibatkan kepentingan dan keselamatan negara,” tambahnya.

Tuan Ibrahim yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat berkata, setakat ini kepimpinan tertinggi ketiga-tiga parti serta ahli PAS dari Terengganu telah memberikan komitmen untuk hadir.

Katanya, kumpulan mahasiswa dan aktivis alam sekitar juga akan turut hadir bagi menyatakan sokongan.

Perhimpunan membantah Lynas di Gebeng itu merupakan yang kedua selepas perhimpunan pertama pada 9 Oktober di pantai Taman Gelora, Kuantan.

Perhimpunan kedua Ahad ini diadakan di padang awam Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) iaitu bersebelahan Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 pada 26 Februari mulai bermula jam 10 pagi.

Sementara itu, Pengerusi Mobilisasi Himpunan Hijau 2.0 Nasrun Amir, berkata Jumaat ini tiga buah masjid iaitu Masjid Al-Fatah Batu 3, Balok dan Balok Makmor akan mengadakan Solat Hajat selepas Solat Jumaat bagi memohon keselamatan dan kelancaran  perhimpunan berkenaan.

Mengenai program pada Ahad ini Nasrun berkata ia akan diisi dengan pelbagai acara antaranya dendangan lagu Negaraku, bacaan doa selamatkan Malaysia, bacaan puisi oleh Sasterawan negara A. Samad Said dan pernyataan aspirasi kanak-kanak.

“Kami menjangkakan kehadiran sekitar 20,000 orang jika tanpa sebarang gangguan,” jelasnya

Sebelum ini Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob secara terbuka menyatakan kerajaan negeri tidak menghalang program berkenaan dan menganggapnya sah di sisi undang-undang.

Serangan di Sembrong: Empat dipanggil polis>> lagi samseng di Johor.. gamaknya cerah untuk ditawan PR??


Empat individu telah dipanggil bagi membantu siasatan polis berhubung kejadian di Sembrong pada malam Ahad lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah  Kluang Asisten Komisioner Abdul Majid Mohd Ali, kejadian yang menyebabkan kereta ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, rosak dan kemek itu akan disiasat di bawah Seksyen 148 dan 440 Kanun Keseksaan.


NONESeksyen itu berkaitan dengan rusuhan yang menggunakan senjata.

"Antara mereka yang dipanggil adalah saksi kejadian dan mereka yang membuat laporan itu," katanya dalam perbualan telefon dengan Malaysiakini lewat petang semalam.

Beliau berkata polis masih belum mengenal pasti mana-mana suspek lagi.

Abdul Majid, bagaimanapun, enggan mengesahkan dakwaan PKR bahawa kejadian berkenaan berlaku, di sebalik kehadiran sekurang-kurangnya 20 anggota polis yang berpakaian seragam.

"Kami memang mengawal keadaan pada malam itu dan akan menyiasat perkara (yang didakwa) tersebut," katanya.

Semalam, pada sidang akhbarnya, setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution berkata kejadian di pejabat PKR di Jalan Mersing di Sembrong itu membabitkan kira-kira 50 hingga 80 anak muda yang berusia dalam lingkungan 15 hingga 18 tahun.

NONEBeliau juga mendakwa bahawa penduduk tempatan memaklumkan kepada mereka bahawa remaja bermotosikal itu membaling kayu, batu dan juga mercun ke arah kereta Anwar dan mereka dipercayai adalah ahli Umno.

Pada kejadian itu, cermin depan kereta Anwar retak manakala pintu Mercedes Benz miliknya telah kemek. Ketua Pembangkang itu, bagaimanapun tidak mengalami sebarag kecederaan tetapi terpaksa menaiki kereta lain untuk perjalanan pulangnya ke Kuala Lumpur.

Seorang pemimpin PKR tempatan dilaporkan mengalami kecederaan ringan dalam pertengkaran berkenaan.

Sembrong adalah kawasan parlimen Menteri Dalam Negeri yang juga adalah Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

55 tahun Islam dimartabatkan cara Umno

sumber

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, 21 Feb 2012
PAS menyahut cabaran Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak, meminta umat Islam memilih kerajaan yang mampu menjamin, memelihara serta memartabatkan kesucian agama Islam pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang ketika menyampaikan ucaptama Himpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaan 2012. Wajib diketahui bahawa Islam adalah daripada Allah untuk seluruh alam termasuk manusia seluruhnya. Islam bukan ciptaan manusia samada manusia itu ahli PAS atau ahli UMNO atau bukan ahli mana-mana parti, termasuk manusia itu bertaraf ulama di sepanjang zaman dan mereka tidak diizinkan mencipta ajaran Islam sendiri. Mencipta ajaran sendiri yang dianggap setanding atau setaraf ajaran Islam daripada Allah adalah perkara syirik dosa besar. Firman Allah :

أَمْ لَهُمْ شُرَكَاءُ شَرَعُوا لَهُمْ مِنَ الدِّينِ مَا لَمْ يَأْذَنْ بِهِ اللَّهُ وَلَوْلَا كَلِمَةُ الْفَصْلِ لَقُضِيَ بَيْنَهُمْ وَإِنَّ الظَّالِمِينَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ (21) الشورى.

21.  Apakah mereka mempunyai sekutu-sekutu selain Allah yang mensyariatkan untuk mereka ajaran agama yang tidak diizinkan Allah? sekiranya tidak ada ketetapan yang menentukan (dari Allah) tentulah mereka telah dibinasakan. dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan memperoleh azab yang amat pedih.

Allah telah melantik Nabi Muhammad s.a.w rasul akhir zaman supaya membawa Islam ciptaan Allah serta menyampaikan Islam itu dan menafsirkan cara pelaksanaannya secara amali yang dijamin istiqamahnya dengan sifat kerasulan yang wajib terpelihara. Walaupun Allah mewafatkan Rasulullah s.a.w, namun petunjuk Islam yang sempurna tetap dipelihara Allah dalam kitabNya dan difahami oleh kumpulan yang mendokongnya. Pelaksanaannya adalah mengikut acuan daripada Allah, maka acuan yang dicipta selain daripadanya adalah palsu dan bohong.

Sejarah Islam membuktikan, hanya bangsa dan umat yang dibentuk peribadi, keluarga, masyarakat dan negaranya mengikut Islam sahaja, iaitu acuan Allah bukan acuan ciptaan manusia dan cara pelaksanaannya berpandukan Rasulullah s.a.w dan generasi awal yang mengikut jejak langkahnya, mancapai martabat yang mulia dan memperkasakan umat yang beramal dengannya di sepanjang zaman sehingga mampu mengambil alih memimpin dunia yang dirosakkan oleh tamadun sesat. Pemimpin negara yang berpegang dan beramal dengan Islam yang sempurna itu menjadi kuasa besar yang memimpin dunia.

Walau bagaimanapun, kejatuhan umat Islam di zaman mutakhir selepasnya, berlaku selepas penganut Islam meninggalkan ajaran Islam yang sempurna akibat penyelewengan pemimpin dan kerajaannya, menyebabkan tanah air dan bangsa yang menganut Islam dijajah dan dihina. Penjajah mengambil kesempatan di zaman penguasaannya, setelah gagal memurtadkan  umat Islam dengan menukar agamanya walaupun secara paksa. Lalu mereka  menukar cara dengan mengubah acuan baru pelaksanaan Islam bagi umat Islam secara halus dan licik, iaitu dengan cara melaksanakan Islam secara terpilih, beramal dengan sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain, sehinggalah ke peringkat percaya kepada sebahagian dan tidak percaya kepada sebahagian yang lain. Mereka menerapkan dasar dan konsep sekularisme yang memisahkan urusan duniawi dalam agama Kristian di negara mereka  ke dalam agama Islam yang dibentuk acuan pelaksanaannya terhadap umat Islam.

Maka Islam yang sempurna, lengkap dan berkuasa memandu seluruh urusan kehidupan, khususnya pentadbiran negara dihapuskan. Kuasa yang dinamakan agama Islam dibelenggu di bawah Jabatan Agama yang dihadkan bidangnya sekadar urusan ibadat yang terhad, undang-undang  keluarga Islam, harta pusaka dan wakaf, seterusnya Jabatan Hal Ehwal Agama diberi peranan bertindak mengawal sebarang kegiatan yang bersifat politik, ekonomi dan ajaran yang berkait dengan cara hidup mengikut syariat Islam yang memperkasakan umat Islam, disekat dengan undang-undang yang dinamakan Islam juga, bagi mengawasi khutbah jumaat dan pengajian agama. Akhirnya umat Islam jahil agamanya sendiri, para ulamanya lemah, akhirnya hilang martabatnya dan menjadi bangsa yang lemah.

Namun di setiap tanah air umat Islam muncul kumpulan yang mempertahankan Islam dan menentang penjajah di atas nama Islam dan bercita-cita Islam, walaupun ramai kalangan mereka yang gugur syahid di medan jihad, ditali gantung, dibuang negeri dan dipenjara. Akhirnya penjajah mengaku bahawa mereka terpaksa berundur dan mesti kembali pulang ke negeri masing-masing, tetapi kepentingan mereka wajib dipertahankan. Penjajah Barat yang bersikap musuh terhadap Islam dan penganutnya kerana sesat dan dengkinya tidak berundur dengan percuma, tetapi berundur dengan perancangan pula bagi menghalang wujudnya kuasa Islam yang benar-benar berwibawa memperkasakan umat Islam yang dikira mencabar kuasa Barat. Mereka tetap bersifat hasad dan bermusuh sehingga hari kiamat, begitulah pesanan Allah dalam surah Baqarah:

وَلَا يَزَالُونَ يُقَاتِلُونَكُمْ حَتَّى يَرُدُّوكُمْ عَنْ دِينِكُمْ إِنِ اسْتَطَاعُوا وَمَنْ يَرْتَدِدْ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُولَئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُ هُمْ فِي الدُّنْيَا وَالْآَخِرَةِ وَأُولَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُون

217. Mereka tidak henti-hentinya memerangi kamu sampai mereka (dapat) memesongkan kamu daripada agama kamu, seandainya mereka mampu. Sesiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya.

Ayat ini tidak terhad pengajarannya di zaman Rasulullah s.a.w ketika berlakunya sebab tetapi pengajarannya berpanjangan sehingga hari kiamat. Kitab Mustika Hadis jilid kedua terbitan Jabatan Perdana Menteri, terus menjadi teks kuliah dan usrah kalangan ahli PAS, dalam bab perkara merosakkan iman menyatakan bahawa penyelewengan agama yang menghilangkan martabat umat Islam bukan sehaja keluar daripada agama Islam secara menyeluruh dengan menganut agama lain, bahkan berlaku pada setiap satu ajaran Islam daripada keseluruhannya termasuk perkara sunat. Inilah perancangan penjajah.

Lord Cromer ketua pentadbir penjajah Inggeris di Mesir dan Sudan di zaman penjajahannya menegaskan bahawa: “Pihak Barat yang terpaksa berundur, akhirnya terpaksa memberi kemerdekaan kepada tanah jajahan hendaklah merancang supaya pemimpin kerajaan selepas merdeka terdiri daripada kalangan bangsa anak negeri yang berpendidikan dan berpelajaran Barat dan boleh meneruskan dasar dan polisi Barat yang mengekalkan pengaruhnnya sehingga selepas diberi kemerdekaan, seterusnya menghalang kuasa politik Islam bertapak semula “.

UMNO adalah parti yang dipilih oleh penjajah British untuk menjadi teras kerajaan Malaysia setelah diberi kemerdekaan dan wajib diberi kekuatan untuk menang pilihanraya selama-lamanya, supaya martabat umat Islam terus lemah tidak bermaya walaupun telah mencapai kemerdekaan dan penjajah kulit putih tidak ada lagi. Inilah akibat yang menimpa umat Islam selepas lebih lima puluh tahun mencapai kemerdekaan, membina bangunan agama pada zahirnya tetapi merobek dan meruntuh sehingga melemahkan jati diri pada hakikatnya, seterusnnya boleh menjatuhkan martabat umat.

Islam yang dibawa ke rantau ini oleh para pendakwah yang berjasa, adalah Islam yang sempurna sehingga melahirkan raja-raja dan para ulama yang berjasa. Mereka menentang penjajah sejak kejatuhan Melaka pada tahun 1511. Perjuangan kemerdekaan bukannya bermula dengan penubuhan UMNO pada tahun 1946. Sejarah telah diputar belit oleh penjajah dan disambung oleh UMNO. PAS ditubuhkan menjadi mata rantai perjuangan Islam menentang penjajah, ramai kalangan penaja dan pemimpin yang menubuhkan PAS adalah bekas tahanan penjajah, saki-baki daripada para ulama dan raja-raja Melayu yang dibunuh, dibuang negeri dan dihilangkan dalam lipatan sejarah. PAS mengambil pendekatan secara damai cuba membetulkan kemerdekaan dengan memorandum bersama kumpulan Islam sehingga meletakkan beberapa perkara dalam perlembagaan, iaitu Islam agama persekutuan, hak istimewa orang Melayu, bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan raja berpelembagaan. Namun UMNO yang menjadi pemimpin utama, telah menyebabkan berlakunya terhadap umat Islam seperti yang ada pada hari ini.

Islam dikekalkan oleh UMNO mengikut acuan penjajah selepas mengambil alih kepimpinan negara. Pendidikan Islam yang dilumpuhkan oleh penjajah, disambung kerjanya oleh UMNO sehingga sekolah agama rakyat yang menjadi kubu Islam dilemahkan, tulisan jawi berhuruf arab yang menjadi bahasa agama serantau dilemahkan oleh UMNO sehingga hampir hendak disimpan ke dalam muzium. Sekolah-sekolah agama sebelum dan di awal kemerdekaan yang ditubuhkan oleh para ulama sehingga melahirkan pelajar yang boleh berbahasa arab setaraf dengan orang arab, dipinda sistemnya selepas merdeka, sehingga melahirkan pelajar yang lemah bahasa arabnya dan cukup layak menjadi ulama muda terompah kayu UMNO yang diguna pakai sementara kemudian dibuang tanpa maruah. Hukum Islam dipinggirkan pelaksanaannya sehingga keruntuhan moral kalangan umat Islam paling meningkat. Jabatan agama pula lebih berperanan seperti zaman penjajah untuk mengawal kegiatan dakwah di masjid dan surau yang mengancam sekularisme sehingga tidak mampu memperkasakan umat Islam dengan agamanya, laksana tentera yang mempertahankan sekularisme di Turki.
Kadar umat Islam di awal  kemerdekaan hampir lapan puluh peratus, selepas kemerdekaan beberapa tahun menurun kepada enam puluh peratus. Kehilangan jatidiri Melayu Islam di Singapura, pada awalnya Melayu UMNO  Datuk Hamid Jumat menjadi Ketua Menteri akhirnya tenggelam, bukan salah Cina tetapi UMNOlah puncanya kerana mengambil pendekatan betapa kerasnya mempertahankan Melayu, sehingga hendak membunuh bangsa lain tetapi bodoh politik. Kedudukan Melayu Pulau Pinang yang makin lemah bukan salah kaum Cina, tetapi salah UMNO yang memimpinnya kerana mengajar Melayu leka dengan politik wang rasuah, harta wakaf sanggup diseleweng, akhirnya boleh tenggelam bersama UMNO seperti di Singapura. Kehilangan kekurangan kerusi Melayu Islam kerana UMNO terpaksa memberi sedekah kerusinya kepada rakan sejawatnya MCA, GERAKAN dan MIC. Akhir-akhir ini, kaum Cina dan India bersorak kerana calon PAS menang mengalahkan calon MCA, GERAKAN atau MIC, tetapi Melayu yang dilatih oleh UMNO pula menangis kerana rakan sejawatnya MCA, GERAKAN dan MIC kalah.

Bahasa Melayu diterima oleh semua kaum menjadi bahasa kebangsaan kerana sudah menjadi bahasa perantaraan di negara kita. Dewan Bahasa dan Pustaka ditubuhkan serta dikuatkan dengan perlembagaan bagi memperkasakan bahasa kebangsaan menjadi bahasa ilmu  dan pentadbiran, setaraf dengan bahasa lain. Tiba-tiba kedudukannya makin lemah, bukan sahaja dipinggirkan dalam urusan kerajaan malah secara zahir kelihatan diperkecilkan ucapan dan tulisannya dalam amalan di merata tempat dan amalan pemimpin sendiri. Ungkapan bahasa jiwa bangsa diserlahkan oleh para pemimpin dunia, ada kalangan pemimpin beberapa negara yang mampu menguasai beberapa bahasa, namun tetap menggunakan bahasa masing-masing sehingga di peringkat berucap di PBB dan lain-lain. Adapun pemimpin UMNO dalam negara sendiripun  lupa daratan apatah lagi kalau di luar negara, menandakan hilang jiwa bangsanya. Inikah pemimpin yang diharap meninggikan martabat umatnya ?

Hak Istimewa Melayu atau Bumiputera menjadi tongkat untuk memperkasakan Melayu Islam dalam bidang ekonomi, disalahgunakan oleh pemimpin UMNO di semua peringkat daripada menteri kabinet sehinggalah ketua cawangan UMNO dan JKKK. Dalam masa lebih lima puluh tahun,  masih tidak mampu bersaing dengan kaum yang lebih maju, setiap kali konsep Dasar Ekonomi Baru diwarwarkan tongkat hak istimewa diangkat sekadar untuk memukul atau mengugut kaum lain, bukannya untuk menguatkan diri sendiri. Peruntukannya banyak yang diketahui umum kebocorannya, sehingga Bank Bumiputrera yang berkembar dengan UMNO laksana kuku dengan isi, di mana ada pejabat UMNO disitu ada cawangan Bank Bumiputera, akhirnya terpaksa dikebumikan kerana ditelan riba dan pinjaman khianat.

Raja berperlembagaan yang diberi amanah untuk memayungi agama, sepatutnya diperkasakan oleh UMNO yang memegang tampuk politik dengan kekuatan Islam sebagai al-Din yang hebat berkuasa dengan Islam adil untuk semua. Tiba-tiba  UMNO meminda perlembagaan untuk lebih kuasa kepada UMNO dengan memalukan raja-raja, maka pindaan perlembagaan jadilah laksana tikus membaiki labu.

PAS mengajak rakyat memilih PAS ganti UMNO bagi meninggikan martabat umat dengan acuan daripada Allah yang temaktub dalam al-Quran. Firman Allah dalam surah al-Hajj (maksudnya):

40.  Dan sekiranya Allah tidak menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, tentulah telah dirobohkan  gereja-gereja, rumah-rumah ibadat orang Yahudi, tempat-tempat sembahyang dan masjid- masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah. Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agamaNya). Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa.

41.  (Iaitu) orang-orang yang jika kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat ma'ruf dan mencegah dari perbuatan yang munkar
; dan kepada Allahlah kembali segala urusan.

Konsep Islam menerima kewujudan masyarakat majmuk, bukan dengan semangat fanatik perkauman di kalangan kaum berbagai bangsa dan agama tetapi berkonsepkan adil dan hak yang diberi untuk semua secara sifat kemanusiaan ciptaan Allah yang ditunjuk oleh Rasulullah s.a.w. Perkara ini diserlahkan melalui Konvensyen Pakatan Rakyat secara persetujuan bersama mengekalkan konsep yang ada dalam perlembagaan tetapi diamal salah oleh Barisan Nasional yang diketuai UMNO setelah lebih lima puluh tahun mencapai kemerdekaan dengan natijah yang melemahkan martabat umat Islam dan menegangkan hubungan dalam masyarakat berbagai kaum.

PAS telah cuba sedaya upaya di negeri yang pernah diperintah dan sedang diperintah, tetapi dihalang dan diganggu secara tidak adil dan beradab serta melanggar konsep perlembagaan dan menyempitkan hak rakyat. PAS bersama Pakatan Rakyat berbagai parti dan kaum mengajak rakyat menolak pemimpin yang dipilih secara rasuah melalui politik wang dalam parti dan membeli rakyat dengan rasuah juga dalam pilihanraya yang terlalu banyak penipuannya, supaya menjadi rakyat yang berfikir secara matang, ikhlas dan berani.

Pilihanraya menentukan pilihan meninggikan martabat umat Islam,  ialah memilih PAS ganti Umno. Pakatan Rakyat ganti Barisan Nasional. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Orang yang beriman tidak harus disengat sebanyak dua kali daripada satu lubang”. Tidak sedarkah  anda bahawa UMNO telah menyengat orang Melayu Islam sudah dua belas kali pilihanraya daripada satu lubang yang ditabur dengan umpan duit dan janji manis tetapi beracun jangka panjangnya.

Presiden PAS

Saturday, February 18, 2012

Sabah negeri kaya, Kelantan kini miskin>> ucapan PM di Sabah???

Sabah bukan lagi negeri miskin
Oleh Suzianah Jiffar
suzianah@bharian.com.my
2012/02/18

NAJIB bersalaman dengan orang ramai pada pelancaran projek Mini Estet Sejahtera (MESEJ) di Kampung Nala, Tungku, Lahad Datu, semalam.
NAJIB bersalaman dengan orang ramai pada pelancaran projek Mini Estet Sejahtera (MESEJ) di Kampung Nala, Tungku, Lahad Datu, semalam.
Jaminan terus nikmati manfaat pembangunan dibawa kerajaan BN

LAHAD DATU: Sabah sudah berganjak daripada status negeri termiskin di Malaysia susulan pelbagai pembangunan dibawa kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini, kata Datuk Seri Najib Razak.
Perdana Menteri berkata, perangkaan purata pendapatan perkapita mendapati Sabah kini berada di tengah-tengah negeri terkaya dan termiskin, manakala negeri paling miskin ialah Kelantan.
“Ketika Sabah bersama membentuk Malaysia pada 1963, kemiskinan memang wujud di merata tempat dan mungkin ketika itu lebih 70 peratus rakyat negeri ini miskin dan daif. Selepas sekian lama merdeka, Sabah membangun hasil perjuangan BN dan berpotensi besar untuk terus maju.

“Saya beri jaminan kerajaan tidak akan berhenti melaksanakan agenda transformasi pembangunan lebih besar ke negeri ini dan berusaha memastikan miskin tegar dapat disifarkan di Sabah,” katanya berucap melancarkan projek Mini Estet Sejahtera (MESEJ) di Kampung Nala, Tungku, di sini semalam.

Hadir sama Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan. MESEJ Akuakultur Nala dilaksanakan berdasarkan pembangunan insitu dan tanah baru pengkulturan rumpai laut serta penternakan ikan baulu (chanos-chanos).

Projek itu juga membabitkan pembinaan 150 rumah menempatkan kira-kira 70 peserta sejak 17 November tahun lalu.
Najib berkata, bilangan rakyat dikategori miskin di Sabah menurun kepada 7,000 berbanding 30,000 satu ketika dulu dan pencapaian itu hasil usaha berterusan kerajaan negeri serta pelbagai agensi Persekutuan seperti FELDA selain Kementerian Kemajuan Wilayah dan Luar Bandar.

“Walaupun masih ada yang miskin, kejayaan kerajaan BN dalam menangani masalah kemiskinan di Sabah adalah hebat dan besar.

“Cuba tengok Kampung Nala ini, nilai setiap rumah berharga RM45,000 seunit, belum termasuk kos elektrik dan bekalan air. Jika dicampur, ia bermakna kita memberi RM60,000 kepada penduduk Kampung Nala tanpa meminta bayaran satu sen pun. Percayalah, tiada kerajaan di dunia mempunyai program seperti ini melainkan BN,” katanya.

Najib berkata, FELDA memberi sumbangan RM22 juta untuk menjayakan projek MESEJ di Nala dan tiap-tiap tahun agensi itu memperuntukkan RM50 juta kepada kerajaan negeri untuk menjaga nasib rakyat Sabah.

Perdana Menteri berkata, Kementerian Kemajuan Wilayah dan Luar Bandar juga akan menyalurkan elektrik luar bandar membabitkan 15,455 rumah tahun ini, manakala 68,092 rumah bakal menikmati bekalan air, selain 454.8 kilometer jalan akan dibina di Sabah.

TPM DI PENANG, USAHA AKHIR MERAMPAS KERAJAAN PR???

TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama pemimpin Barisan Nasional melambaikan tangan kepada orang ramai pada Majlis Kenduri Rakyat 1Malaysia di Kampung Permatang Tepi, Simpang Empat, Balik Pulau, hari ini. - Foto Rosli Ahmad
Feb 18, 2012 2:52 pm

YB LIM GUAN ENG & DS CHUA SOI LEK BERANI!!!

PRESIDEN MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek (kanan) bersalaman dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sambil disaksikan pengerusi majlis, Tan Ah Chai sebelum memulakan debat di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur, hari ini. Debat bertajuk ‘Adakah Sistem Dua Parti Menjadi Sistem Dua Bangsa?’ bermula jam 5 petang dan berlangsung selama sejam. - Foto Aizuddin Saad
Feb 18, 2012 6:03 pm

TU DIA KEJAHATAN DAP PULAU PINANG???

KISAH PAK CIK MURAD terima BR1M... meh baca!!!

Sementara itu, seorang pesara yang mahu dikenali sebagai Pakcik Murad berkata, memang kaedah yang sama pernah dijadikan modal politik kempen pilihan raya pembangkang di Kelantan dulu di mana para pemimpin parti itu memberi amaran kepada pengundi supaya mengambil apa juga bantuan yang diberikan oleh BN tetapi jangan sekali-kali mengundi BN kerana ia akan menjadi rasuah.

"Saya juga ingat cerita keluarga dulu mengenai pemimpin pembangkang yang menyuruh mereka mengambil bantuan yang diberikan oleh BN tetapi jangan undi BN sebaliknya undilah pembangkang supaya tidak menjadi penerima rasuah," katanya.

Beliau menghentam keras niat jahat pembangkang yang kini cuba memainkan cerita yang sama untuk memanipulasi bantuan ikhlas yang diberikan oleh kerajaan supaya rakyat bukan saja tidak bersyukur malah membenci kerajaan yang membantu meringankan beban kewangan mereka. - BERNAMA

Saturday, February 11, 2012

DAH HARAM MENYAMBUT HARI VALENTINE, KENA ADEGIL JUGAK WAHAI MELAYU MUSLIM???

BENARKAN DI SABAH BERLAKU ADEGAN MENYAYAT HATI INI???

REAL KA GAMBAR NI? TAK ADA PEMIMPIN DUNIA MAHU BERGAMBAR DENGAN PRESIDEN IRAN??? PEMIMPIN ISLAM PON BOIKOT? ISH ISH..

Gempa di Chile!! Jangan kata di Malaysia tak kena!!

Gempa bumi sederhana landa Chile

12/02/2012 1:56am

WASHINGTON 12 Feb. - Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.9 skala Ritcher menggegarkan wilayah tengah Chile pada lewat kelmarin.
Menurut Pusat Kaji Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa tersebut berlaku pada pukul 11.58 malam (10.58 pagi waktu Malaysia), kira-kira 52 kilometer di barat daya bandar Concepcion.
Tambahnya, tiada laporan kerozsakan atau kecederaan buat masa ini. - AFP

Hari Suami Isteri Kelantan


10 FEB 2012: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat memberi sejambak bunga kepada isteri beliau, Tuan Sabariah Tuan Ishak sebagai tanda simbolik perasmian sambutan Hari Suami Isteri yang diadakan di Balai Islam, Lundang, Kota Bharu. - UTUSAN/AIZZUL A. MAJID

Thursday, February 9, 2012

Menjawab komen Fuad Zakarshi>> MEH BACA KENYATAAN TOK GURU MB KELANTAN, MARAH NAMPAK??

SUMBER

Nik Abdul Aziz Nik Mat, 09 Feb 2012
Merujuk kepada komen Fuad Zakarshi (UM & BH 8 Februari 2012) yang mencadangkan agar saya ditarbiyah semula atas sebab enggan memberi komen terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim atas isu negara Israel. Ia sesuatu yang jelas tersesat.

Saya amat kesal atas pemikiran sekular seorang timbalan menteri juga bekas seorang guru Yayasan Anda di bawah bumbung ABIM yang dikatakan pernah menyokong kepimpinan Anwar Ibrahim kelihatan begitu dungu dalam menilai mana satu yang benar dan mana pula yang salah.


Sepatutnya sebagai seorang yang pernah mengagumi Anwar Ibrahim dan pernah duduk sebumbung Yayasan Anda/Markaz ABIM sepatutnya sudah tahu permainan kotor media tajaan Barat (WSJ) itu yang kerjanya untuk menjatuh kredibliti seorang yang tidak sebulu dengan Israel.

Begitu juga akhbar Barat dan pro-Barat juga yang acapkali mengulang-ulang kes liwat (menuduh Anwar) atas sebab untuk memalukan hamba Allah ini.

Apakah hak Fuad Zakarshi mencadang saya ditarbiyah semula? Sedang beliau sendiri sudah dilihat gagal memahami prinsip tarbiyah. Kalau benar dia memahami tarbiyah, masakan boleh membuat respon atas fakta yang diputar oleh WSJ, hantu media Barat yang sentiasa bertindak untuk memecah belah umat Islam. Logikkah saya mengulas atas fakta yang belum pasti benar kerana ia bukan dari sumber pertama.

Sebaiknya Fuad dapat berjumpa sendiri Anwar jika benar ingin mencari pencerahan. Kerana Anwar pernah jadi ketuanya.

Justeru adalah sesuai kalau dia ingin mencari kebenaran, baik sahaja pergi beribadat di masjid. Tapi bagi seorang yang mendokong ideologi kebangsaan sekular, sudah tentu tidak sesuai mencari kebenaran di masjid.

Saya cadangkan lebih baik mencari kebenaran di bilik tandas. Kerana dalam tandas sudah tentu sesuai––banyak syaitan dan iblis yang boleh merangsang fikirannya––menjadi waras selari dengan otak sekular.

Maka, tak payahlah asak dan menyibuk untuk mentarbiyah semula orang lain. Kerana asas tarbiyah itu hendaklah dipaksikan dengan keredahaan Allah.

Mana ada hak bagi manusia seumpama Fuad Zakarshi untuk mentarbiyah orang lain, sedangkan dia sendiri sedang menganut ideologi yang bercanggah dengan keredhaan Allah SWT.

MENGAPA HARAM UMAT ISLAM SAMBUT HARI VALENTINE???



Sambutan Hari Kekasih . vol 2

Nasrudin bin Hassan, 09 Feb 2012
[ pencerahan ]
1. Valentine's Day bukan dari ajaran dan syiar Islam. Menetapkan 14 Feb saban tahun sebagai hari sambutannya juga tiada dalam Taqwim Islam. Justeru itu tidak berbangkit langsung soal keharusan ummat Islam menyambutnya saban tahun. Lagikan sambutan Maulud Nabi saw terdapat khilaf yang besar di dalam Islam, inikan pula sambutan Valentine's Day.

2. Apa yang saya tulis di Sambutan Hari Kekasih adalah mengenai cara meraikan kekasih hati, samaada bagi mereka yang berada di ambang perkahwinan atau yang telahpun mendirikan rumahtangga.
Meraikan kekasih hati dengan syarat , adab dan akhlak yang saya nyatakan adalah dibenarkan oleh Islam. Inilah juga antara modul yang terdapat dalam Lajnah atau biro Baitul Muslim Jamaah Islam.

3. Justeru, ia tidak kena mengena dengan Valentine's Day. Saya juga telah tegaskan Islam tidak menetapkan tarikh tertentu untuk meraikan kekasih hatinya. Ia boleh dilakukan pada bila - bila masa dengan memastikan 3 adab dan akhlak Islami dilaksanakan iaitu :

a] tidak berdua - duaan kecuali ditemani mahram
b] tidak mendedahkan aurat apatah lagi berpakaian seksi
c] tidak melakukan perbuatan yang dilarang oleh agama.

4. Ertinya saya sedang mengemukakan alternatif agar anak - anak muda muslim tidak perlu terpengaruh dengan budaya dan syiar agama lain. Sebaliknya Islam mempunyai kaedah tersendiri dalam membina rasa cinta dan menyemai benih kasih.

5. Matlamat tidak menghalalkan cara sebagaimana cara yang salah tidak boleh dilakukan biarpun untuk mencapai matlamat yang baik. Justeru itu, cara jangan bertentangan dengan syariat dan matlamatnya pula mestilah berasaskan syariat Allah swt.
---------------------------------------------------------------
Penulis adalah Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

MENGAPA TAKUT PEMERHATI PRU DARI NEGARA ASING???

Sekat pemerhati luar: SPR cuba sembunyikan sesuatu?

Salmah Mat Husain, 09 Feb 2012
KOTA BHARU, 9 Feb: PAS menyifatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seolah-olah cuba mahu menyembunyikan sesuatu ekoran tindakannya tidak membenarkan pemerhati luar memantau pilihan raya umum ke 13.

(Nik Amar dakwa Wan Ahmad cuba sembunyikan sesuatu)

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah berkata, berbeza pula dengan PAS yang mengalu-alukan pemerhati asing.

"Kalau SPR betul-betul telus,  sepatutnya terima pemerhati asing. Buat apa takut," kata beliau kepada Harakahdaily.

Sunday, February 5, 2012

BENARLAH APA YANG NABI SAW SABDA HARAM SAMBUNG RAMBUT.. INILAH BAHANA DI LONDON!

Haramkan trend sambung rambut

LONDON 5 Feb. - Pakar rambut menggesa trend menyambung rambut diharamkan selepas seorang wanita maut akibat gam yang digunakan untuk melekatkan rambut berkenaan.

Pakar sains rambut dan kulit kepala, Barry Stephens berkata, bahan kimia yang digunakan untuk rambut sambungan itu boleh menjadi berbahaya jika terkena kulit.
''Kedai salon selalunya menggunakan gam lateks dan kebanyakan orang di United Kingdom mengalami alahan terhadap bahan itu.

''Jika seorang wanita itu sedang berpeluh, akan berlaku kemungkinan gam tersebut akan memasuki saluran darahnya,'' katanya.

Beliau berkata, keadaan itu akan menyebabkan reaksi alergi.

Fokus PRU13, jangan sibuk cabut kemuncup >> PESAN TUAN IBRAHIM... SAYA SOKONG.. jangan asyik.. jangan lalai...

sumber

Zulkifli Sulong, 05 Feb 2012
KUALA TERENGGANU, 5 Feb: PAS mengarahkan semua jenteranya memberikan fokus sepenuhnya untuk memenangi pilihan raya umum akan datang kerana peluang  untuk PAS menang amat besar.

"Kita sekarang nak hadapi pilihan raya jadi kena fokus. Masa ini tak perlu cabut kemuncup kat baju atau stokin kita, fokus kepada nak sumbat gol.

"Ini tak, penjaga gol pun dok sibuk sabut kemuncuk sampai orang sumbat gol pun tak sedar," kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika memberi taklimat kepada jentera penerangan PAS Terengganu.

BUNUH AHLI KELUARGA SENDIRI SEBAGAI TEBUS MARUAH DIHARAMKAN??? TEMBAK, TIKAM ANAK SENDIRI.. ADOII...

Haram bunuh 'tebus maruah'

MONTREAL 5 Feb. - Lebih 30 imam di Kanada dan Amerika Syarikat (AS) semalam meluluskan fatwa yang mengutuk 'pembunuhan demi menebus maruah keluarga'.

Fatwa tersebut dikeluarkan selepas sebuah mahkamah di Kanada mendapati sepasang suami isteri yang berasal dari Afghanistan dan anak lelaki mereka bersalah membunuh empat ahli keluarga perempuan yang dituduh mencemarkan nama baik keluarga itu.

* Sejak 2002, Kanada sudah menyaksikan 13 kes 'pembunuhan demi menebus maruah keluarga', gejala yang lebih kerap berlaku di Asia Barat dan Asia Selatan, kata profesor psikiatri, Amin Muhammed daripada Universiti Memorial di Saint John's, Newfoundland. - AFP

Wednesday, February 1, 2012

Hasan Ali dakwa Pakatan ancaman kepada Islam>> MAKIN CELARU???

 
SUMBER
 

Bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali tampil dalam ceramah keduanya di Bandar Baru Bangi pada malam tadi dengan amaran bahawa Pakatan Rakyat merupakan ancaman kepada Islam.

Hasan mendakwa, Pakatan antara lainnya akan menyokong Israel dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik.

NONE"Kalau ikut bacaan saya, mengikut apa yang diberitahu kepada saya, kalau mereka berkuasa mereka akan jadikan Malaysia ini menjadi republik," katanya.

Hasan juga mendakwa, Pakatan akan menggugurkan Perkara 153 dalam perlembagaan Malaysia yang melindungi hak keistimewaan orang Melayu.


Bagaimanapun, parti berkenaan masih tidak boleh berbuat demikian, kerana tindakan itu memerlukan kelulusan daripada Majlis Raja-raja.

Oleh sebab itulah, katanya rakyat perlu menyokong gerakan JATI – kuasa ketiga yang memperjuang agenda Islam, Melayu dan Raja-raja dalam pilihan raya akan datang.

Hasan juga cuba meraih simpati dengan dakwaan bahawa beliau dipecat daripada PAS akibat tekanan daripada PKR dan juga dihalang daripada menjalankan hukum Islam ketika berada di dalam Pakatan.
Serang Anwar

Beliau juga giat menyerang ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkannya sebagai "rakyat Malaysia yang tetap akan menjadi perdana menteri walau di dalam penjara."

Katanya, Anwar dalam syarahan di London School of Economics sebelum ini antara lainnya telah menyebut mengenai pluralisme agama – satu fahaman yang disifatkannya sebagai syirik.

NONE"Bahaya orang ini. Kalau jumpa ular, bunuh yang mana dulu saya tak tahulah. Dalam satu cara, lebih bahaya daripada (pengerusi DAP) Karpal Singh," katanya lagi yang disambut ketawa oleh sebahagian daripada kira-kira 1,000 orang yang hadir.

Mengimbau kembali saat apabila Pakatan memenangi Selangor pada 2008, Hasan juga menceritakan bahawa beliau telah diberitahu oleh pemimpin Pakatan Rakyat supaya tidak menguatkuasa  menguatkuasa enakmen jenayah Syariah di Selangor.

"Saya nak kuatkuasakan (undang-undang) yang berkaitan zina, rumah urut, arak, apa mereka kata? Bila kita menang kita bersetuju bahawa kita tidak boleh lakukan yang bertentangan dengan hak asasi manusia."

Lebih teruk lagi, kata Hasan, apabila diberitahu bahawa tindakan itu juga menyalahi hak asasi manusia sekiranya dilakukan ke atas orang Islam.

"Siapa yang halang? DAP dan PKR. DAP dan PKR saya faham kerana ia parti yang agak bercampur, yang saya tak faham orang parti saya.

"Siapa penghalang pertama?," soalnya yang disambut dengan laungan "Khalid Samad" oleh beberapa orang hadirin.

NONEKatanya lagi, beliau sedih apabila orang bekas partinya itu sendiri boleh berdiri di belakang DAP – golongan yang menurutnya pernah berkata "kalau nak laksana hudud, undang-undang Islam, langkah mayat saya dulu."

"DAP kecam saya boleh terima, tapi orang pakai kopiah putih kecam saya, saya tak boleh terima," katanya lagi yang mengaitkannya dengan satu kunjungan yang diterimanya daripada seorang wakil PAS pusat.

Katanya, wakil yang tidak dinamakannya itu telah memberitahunya untuk mengurangkan penguatkuasaan dan serbuan oleh Jabatan Agama Islam Selangor yang diketuainya sebelum ini.

"Yang penting kita nak tawan Putrajaya dulu," katanya, mengulangi saranan yang dikemukakan oleh wakil tersebut.

NONEBekas timbalan pegawai daerah itu, yang mendabik dada sebagai pegawai pertama yang membaca khutbah Jumaat dalam sejarah Malaysia, juga berkata beliau tidak boleh menerima saranan tersebut.

"Biar tak sembahyang, zina, minum arak dulu asalkan pergi Putrajaya?," soalnya.

Turut berucap dalam ceramah tersebut ialah bekas ketua penerangan PAS Selangor, Hassan Basri yang turut membidas Anwar berhubung kenyataan yang didakwa mengiktiraf negara Israel.

Azizan: Saya tak boleh campur tangan isu Kuin >> JOM BACA KENYATAAN MB KEDAH YANG TEGAS.. BN UMNO GAGAL LAGI??

Written by Harakahdaily  
Khamis, 02 Feb 2012 12:02
ALOR SETAR, 2 Jan: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak (gambar) berkata pihaknya tidak boleh campurtangan dalam pengurusan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) berhubung penggantungan lima pelajarnya.

Menurutnya, pengurusan Kuin adalah satu badan bebas dan tidak wajar untuknya mempengaruhi sebarang keputusan yang dibuat kolej itu.

"(Pengurusan Kuin) sebagai satu badan bebas, apa keputusan dibuat selagi tak bercanggah dengan prinsip nyata biar mereka putuskan. Saya tak boleh campur tangan. Saya pun tak boleh cakap banyak kerana perkara ini telahpun dibawa ke mahkamah...bukan kami tetapi pelajar tu yang bawa ke mahkamah," katanya dipetik Bernama.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini semalam.

Beliau yang juga Pengerusi Kuin turut menegaskan tindakan yang dikenakan terhadap pelajar tersebut bukan mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971 kerana Auku adalah bagi Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sedangkan Kuin adalah IPT Swasta (IPTS).

"Mereka yang tak faham...tembak tak betul menyebabkan semua orang keliru dan pening kepala. Saya dah beri jawapan (undang-undang) IPTS lain daripada IPTA," katanya.

Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS negeri berkata beliau telah menerangkan perkara itu kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan telah mengarahkan setiausaha politiknya supaya ke Kuala Lumpur bersama dokumen berkenaan untuk menerangkannya lagi.


Lima pelajar universiti itu digantung pada April lalu kerana memprotes tindakan universiti mengosongkan asrama mereka di kediaman Ar-Razi, di sini.

Bagaimanapun, empat daripada pelajar terbabit sudah dibenarkan menyambung semula pengajian baru-baru ini, manakala seorang lagi masih dalam penggantungan.

POLIS LEPASKAN TEMBAKAN HINGGA CEDERA REMAJA DIJATUHKAN HUKUMAN PENJARA 6 BULAN!

MAHKAMAH Majistret Seremban hari ini menjatuhkan hukuman penjara enam bulan terhadap Konstabel Mohd Hakimi Shamsul (kanan) selepas didapati bersalah terhadap tuduhan melepaskan tembakan sehingga mencederakan seorang remaja, dua tahun lalu. - Foto BERNAMA
Feb 1, 2012 3:12 pm

KETUA POLIS MASIH HIDUP!

KETUA Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar (tengah) tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini, setelah melakukan lawatan kerja di United Kingdom (UK) sejak 25 Januari lalu. Beliau dijemput oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar (kanan) dan Ketua Polis Selangor, Tun Hisan Tun Hamzah (kiri), di KLIA . - Foto Ahmad Irham Mohd Noor
Feb 2, 2012 11:10 am

PM: Laporan Rosmah 'belanja sakan sengaja direka >> PM BELA ISTERI DIA.. HAIYYA.. TAMPARAN HEBAT LAGI...

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempertahankan Datin Seri Rosmah Mansor dengan mendakwa bahawa laporan kononnya isteri beliau berbelanja sakan di Sydney baru-baru ini "sengaja direka" untuk memburukkan imej mereka.

Beliau menjawab soalan yang dikemukakan oleh seorang pengguna di Twitter yang meminta beliau untuk mengesahkan sama ada tulisan di blog fesyen Australia - Frockwriter yang menganggarkan isterinya membelanjakan sekitar A $100,000 (RM323,000) untuk membeli pakaian oleh pereka terkenal.

NONE"Ini cerita yang dibesar-besarkan dan sengaja direka untuk menjejaskan persepsi rakyat tentang pemimpin mereka," katanya di Twitter malam tadi.
Sebelum ini, wartawan fesyen Patty Huntington dalam blognya Frockwriter mendedahkan bahawa Rosmah ‘berbelanja sakan’ membeli pakaian pereka eksklusif di Sydney, Australia. Tulisannya kemudian dipetik oleh akhbar The Sydney Morning Herald pada 21 Januari.

Dalam seksyen 'Private Sydney' kolumnis akhbar itu, Andrew Hornery memanggil Rosmah sebagai "first lady of shopping', kerana dikatakan telah membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney.

carl kapp sydney designerMemetik pereka fesyen Sydney Carl Kapp (kiri), kolumnis itu melaporkan bahawa "pelanggan terbesar" Kapp telah membelanjakan jumlah yang mengejutkan sewaktu "percutian peribadi" di sana.
Menurut kolum itu lagi, Rosmah dan Najib, semasa cuti tersebut,
menginap di penthouse A$20,000 (RM65,100) semalam di Hotel Darling.


Dengan tajuk 'Super Kerr Now a Model Citizen', kolum itu turut melaporkan bahawa Rosmah telah meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan Kapp ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya.