KATA-KATA MANIS TETAMU, SIALAKAN!@

Tuesday, July 31, 2012

Adam AF berubah bukan untuk sertai parti politik???

SUMBER

celahgelegar.blogspot.com, 31 Jul 2012

“Saya mempelajari agama disebabkan ia kewajipan saya sebagai seorang Islam kerana mungkin sebelum ini saya lalai, tetapi itu bukan bermakna saya hendak menyertai parti politik,”
kata penyanyi terkenal, Adam AF selepas timbul spekulasi dia bakal menyertai sebuah parti politik berikutan perubahannya yang kini mendalami Islam.

Adam atau nama sebenar, Mohd Aizam Mat Saman, 28, berkata, spekulasi itu mungkin timbul selepas gambarnya yang memakai jubah dan berkopiah tersebar di laman sosial.

“Baru-baru ini saya mengikuti tazkirah di masjid di kampung saya di Sabah dan ada orang yang mahu bergambar dengan saya. Saya tidak mempunyai masalah untuk bergambar cuma apabila disebarkan di laman sosial, ia menimbulkan pelbagai spekulasi sehingga mengaitkan saya kononnya mahu menyertai parti politik.


“Saya tegaskan, saya tidak mempunyai kecenderungan menyertai mana-mana parti politik kerana perubahan yang saya alami sekarang semata-mata daripada hidayah Allah kepada saya,” katanya, semalam.


Adam berkata, Allah memberi hidayah supaya dia memperbaiki diri, bukan untuk menyertai mana-mana parti politik.

Sehubungan itu, dia meminta spekulasi itu dihentikan kerana memberi banyak kesan kepada dirinya. Mengenai perubahan dilaluinya, Adam berkata, kesedaran bermula ketika dia menunaikan umrah bersama pelakon, Ashraf Muslim tahun lalu dan dipertemukan dengan seorang haji berusia 22 tahun di Makkah.

“Saya masih lagi dengan karier nyanyian dan terbabit dalam bidang lakonan kerana ia adalah mata pencarian saya setakat ini. Kalau perlu menari, saya akan menari cuma tidak berlebihan.

“Saya sedang memperbaiki diri dengan melaksanakan semua perintah Allah dan masih bergantung kepada bidang nyanyian sebagai sumber rezeki,” katanya.

Adam berkata, dia gembira dengan penghijrahan ramai artis sekarang, cuma baginya seseorang itu tidak boleh terlalu cepat mengisytiharkan dia berhijrah, tetapi masih belum mengenali diri sendiri.

“Kita kenal diri sendiri, kenal Allah dan seterusnya seseorang itu mengikut perjalanan dakwah Rasulullah SAW. Seseorang yang mengikuti perjalanan itu tidak akan mengeluarkan kata-kata yang boleh menyakiti hati orang lain,” katanya.

Agong perkenan batal pelantikan Lajim ke kabinet

  • Bernama
  • 3:51PM Jul 31 2012
 
Pelantikan Datuk Seri Lajim Ukin sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dibatalkan serta merta.
Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah memberi perkenan terhadap pembatalan pelantikan itu.
Ia adalah mengikut peruntukan Fasal (3) Perkara 43A yang dibacakan bersama Fasal(5) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan.
Lajim pada Sabtu lepas mengumumkan peletakan jawatan sebagai anggota Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan Pengerusi BN Beaufort berkuatkuasa serta-merta.
Beliau bagaimanapun masih kekal sebagai anggota Umno.
Lajim yang mengumumkan peletakan jawatannya di Likas Jaya, dekat Kota Kinabalu, dilaporkan menyerahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menentukan kedudukannya sebagai timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan.
Najib kemudian pada satu majlis di Pekan dilaporkan berkata kedudukan Lajim sebagai timbalan menteri akan diputuskan pada Isnin.
Lajim, 57, dipilih ke Parlimen selepas pilihan raya umum 2008 menggantikan penyandang kerusi Beaufort, Azizah Mohd Dun selepas menewaskan Lajim Md Yusof (PKR), dengan majoriti 10,914 undi.
   
Beliau kemudian dilantik menjadi Timbalan Menteri Pengangkutan pada tahun 2008 sebelum ditukarkan portfolio kepada Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 2009.

-  Bernama

Pakatan tubuh JK pilih tema Hari Kemerdekaan>> ADA 250 CADANGAN DARI RAKYAT?

SUMBER

Hazayani Zakaria, 31 Jul 2012
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat menubuhkan jawatankuasa pemilihan tema Hari Kemerdekaan bagi menukar tema yang diberikan kerajaan, 'Janji Ditepati' yang merupakan slogan Barisan Nasional.

Jawatankuasa tersebut akan dipengerusikan oleh Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said dan dianggotai bekas Menteri Kabinet, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil, bekas ahli jawatankuasa kerja Gerakan, Dr Toh Kin Woon dan pengarah eksekutif  Women's Aid Organisation ( WAO), Ivy Josiah.

Menurut Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, jawatankuasa itu akan memilih tema Hari Kemerdekaan yang dicadangkan oleh rakyat, selepas Pakatan membuka ruang kepada sesiapa sahaja untuk berbuat demikian.

"Sebelum ini kita beri tempoh seminggu kepada kerajaan untuk tukar tema hari merdeka agar lebih inklusif dan merangkumi semangat kemerdekaan rakyat Malaysia," kata beliau pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat bersama wakil DAP dan PKR.

Beliau berkata, selepas pengumuman tersebut, Pakatan menerima lebih kurang 250 cadangan tema kemerdekaan daripada pelbagai pihak.

"Setakat ini kita terima lebih kurang 250 cadangan tema daripada rakyat, jadi kita tubuhkan jawatankuasa untuk memilih tema yang terbaik," katanya.

Hadir sama, Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, Bukit Bendera, Liew Chin Tong dan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari.

Monday, July 23, 2012

Mahkamah batal saman kerajaan negeri Terengganu ke atas pemimpin Pas ?

sumber

Harakahdaily, 23 Jul 2012
KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datin Yeoh Wee Siam membatalkan saman Kerajaan Negeri Trengganu ke atas Dr Syed Azman Syed Ahmad dan 3 yang lain selepas Hakim tersebut menerima bantahan awal peguam Dr Syed Azman.

Kerajaan Negeri Trengganu adalah Plaintif pertama dalam saman tersebut selain tiga Plaintif yang lain iaitu Datuk Seri Haji Ahmad bin Said (MB Trengganu) dan  Mek Hawa binti Abdul Rahman dan Hamie Azreen bin Ami Nordin yang berniaga atas nama Hamie Enterprise.

Selain Dr Syed Azman yang dijadikan Defendan Pertama dalam saman itu defendan-defendan lain adalah Setiausaha Agung PAS Datuk Haji Mustafa Ali, Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman dan Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd.

hukum ATLIT OLIMPIK 'TANGGUH PUASA' UNTUK SERTAI TEMASYA LONDON 2012?

  • Abdul Rahim Sabri
  • 5:01PM Jul 23 2012
 
Mufti Perlis Dr Juanda Jaya bersetuju dengan pandangan Mufti Perak Tan Sri Harussani dan bekas mufti Perlis Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin supaya atlit Muslim yang mewakili Malaysia di temasya Sukan Olimpik, menangguhkan ibadah puasa.

NONE"Setuju (dengan Harussani dan Dr Asri) sebab mereka (atlit) musafir dan mereka berhak ambil rukhsah dan keringanan yang diperkenankan oleh syarak," kata Dr Juanda melalui kiriman SMS kepada Malaysiakini.

Bagaimanapun, tokoh agama itu berkata ia terserah kepada atlit tersebut sama ada berpuasa ataupun tidak sekalipun ia merupakan "keluasan agama".

Dr Juanda mengulas pandangan Harussani dan Dr Asri yang dilaporkan berkata, atlit Muslim boleh menangguhkan puasa bagi mengelakkan daripada dituduh tidak beri kerjasama, diboikot atau boleh menjejaskan peluang kemenangan.

Malah Dr Asri yang juga pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia (USM) dilaporkan The New Straits Times sebagai berkata, atlit boleh berbuat demikian kerana mereka bermusafir.

accin roslan police report against sexuality 2Isu berkenaan turut mendapat perhatian Persatuan Ulama Malaysia (PUM) yang menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) supaya bersidang bagi memutuskan pandangan mereka berhubung perkara itu.

Setiausaha PUM Dr Mohd Roslan Mohd Nor kepada dihubungi Malaysiakini petang ini berkata pandangan yang dikemukakan itu bukan pandangan rasmi kerajaan.
"Umat Islam memerlukan satu panduan yang sama. Kita menghormati padangan Tan Sri Harussani dan Dr Asri. Tetapi pandangan mereka tidak mewakili satu badan yang berpusat dari kerajaan.

"Itu pandangan peribadi mereka," katanya yang menambah PUM telah berbincang mengenai perkara itu sebelum ini.
Bagaimanapun masyarakat Islam sangat memerlukan keputusan majlis itu dan PUM mahu diselaraskan di peringkat kebangsaan, kata Dr Mohd Roslan lagi.

Friday, July 13, 2012

Himpunan Oren: Orang ramai mula masuk ke ibu kota

Himpunan Oren: Orang ramai mula masuk ke ibu kota

Harakahdaily,14 Jul 2012
(Mazlan Aliman bersama Salahudin dan Tamrin di gerai makan selepas ceramah malam tadi di Taman Melewar)

KUALA LUMPUR: Orang ramai mula berpusu-pusu ke Kuala Lumpur dari segenap penjuru masuk ke bandaraya bagi menyertai perhimpuna Oren membantah penyenaraian Felda Global Venture Berhad (FGVH) hari ini.

Walaupun perhimpunan dijangka akan bermula jam 2 petang, namun orang ramai mulai datang ke ibu kota sejak malam tadi lagi bagi mengelakkan kesesakan. Mereka tidur di surau dan masjid di sekitar ibu kota di samping hotel-hotel murah sekitar ibu kota.
Malam tadi mereka berkumpul di Taman Melewar bagi mendengar ceramah khas yang diadakan di sana.

Sebelum ini, Koodinator Gerakan Selamatkan Felda (GSF) Mazlan Aliman berkata, polis telah memberikan kebenaran kepada perhimpunan ini.

Para peserta himpunan dibenarkan berarak bermula di perkarangan letak kereta Kompleks Mahkamah Jalan Duta sehingga 600 meter dari pintu 3 Istana Negara.

"Kita akan hantar lapan orang wakil daripada GSF untuk mengadap Agung esok, nama mereka kita akan umumkan esok. Kita akan diringi dengan kenderaan ke Istana," katanya kepada media di pintu masuk Balai Polis Kepong selepas rundingan dengan polis semalam.

Mazlan berkata, perarakan yang dijangka sejauh 2.5 kilometer menuju ke Istana Negara akan dikawal serta diringi pihak polis dengan kerjasama 1000 anggota Unit Amal Malaysia.

Tambahnya, para perserta Himpunan Oren tidak dibenarkan menggunakan laluan utama sebaliknya menyusur ke tepi menghala ke Lembaga Peperiksaan kemudian menuju ke Segambut seterusnya ke pintu Istana Negara.

HIMPUNAN OREN HARI NI! PENEROKA FELDA BACA TULISAN NI...

TULISAN : http://www.facebook.com/wanadib.wanroslan


Penyenaraian fgvh adalah satu lagi projek mentekedarah rakyat & menguntungkan kroni2 tajaan bn. Adakah ini yg maknanya slogan, 'janji ditepati'? Tun razak pasti menangis jika dpt saksikan apa yg berlaku skrg, felda yg diasaskannya demi menolong warga2 felda, sudah pun digadai pihak2 berkepentingan. & yg lebih malang, anaknya terlibat. Cuba kita analisa sedikit apa yg terjadi disebalik penyenaraian fgvh:


-Tanah2 peneroka sudah pun separuh tergadai. Krn bila penyenaraian ini gagal/rugi, sudah tentu tanah2 ini tergadai. 

-Berapa byk peneroka2 dpt saham? 800 shm. Pengurus2 felda dpt 16,000 shm, ceo dpt 160,000 & yg pengerusi (isa samad) dpt 180,000. Sedangkan mereka yg dpt byk, x pun berpenat lelah membangunkan tanah2 tersebut. Peneroka2 yg sudah byk berpenat lelah, hanya dpt 800 shm jer. x ker kerja giler tu!!


-Dlm erti kata lain, peneroka kena skrg, & bakal kena pulak kemudian (ataupun menjadi mangsa), sedangkan merekalah yg membangunkan tanah2 tersebut, & berpenat lelah deminya.


Inilah sistem yg zalim, menipu pihak2 dibawah & menguntungkan pihak2 diatas. Pihak2 diatas untung berganda2 & x menghadapi risiko, smentara pihak dibawah bukan sj mendapat shm ciput, bahkan berhadapan risiko kehilangan pemilikan tanah buat selama2nya...

Tuesday, July 10, 2012

Mansuh ISA, agenda politik kerajaan

SUMBER

GMI & Suaram, 10 Jul 2012
50 tahun rakyat berjuang menuntut penghapusan akta zalim ISA. Perjuangan rakyat ini dilakukan atas penuh sedar bahawa ISA mencabul keadilan dan menzalimi rakyat dengan hukuman tanpa perbicaraan. Ribuan aktivis telah menjadi mangsa akta zalim ini. Sepanjang perjuangan ini juga Kerajaan Malaysia terus menafikan dakwaan banyak pihak yang mengatakan ISA sebagai senjata politik pihak pemerintah.
Kenyataan terbaru Perdana Menteri menunjukkan Kerajaan selama ini seolah-olah menipu rakyat dengan mengatakan ISA adalah undang-undang telus yang digunakan untuk keselamatan negara dan tidak pernah disalah guna. Menurut laporan portal Malaysiakini bertarikh 9 Julai, Perdana Menteri semasa berucap di hadapan penjawat awam di Putrajaya mengatakan ISA dimansuhkan kerana tidak membantu survival politik pemerintah. ISA tidak berjaya mengekang kemaraan politik bahkan menyemarakkan kemaraan politik orang yang ditahan.

Kenyataan ini menunjukkan pemansuhan ISA bukanlah atas dasar Kerajaan benar-benar ingin berubah dan menghormati tuntutan rakyat, tetapi lebih untuk menjaga kepentingan politik Barisan Nasional yang semakin tergugat sejak tsunami politik 2008. Perdana Menteri seolah-olah mengesahkan bahawa ISA digunakan untuk mengekang kemaraan politik pihak lawan tetapi usaha itu telah gagal dan berubah menjadi sebaliknya. Oleh kerana kezaliman ISA telah menjadi elemen motivasi yang memacu kebangkitan rakyat, maka secara terdesak Kerajaan terpaksa memansuhkan ISA. Pemansuhan ini bukanlah atas dasar Kerajaan Barisan Nasional menginsafi kesilapan ekoran kezaliman ISA, tetapi hanya semata-mata ingin menyelamatkan survival politik parti yang memerintah. Maka benarlah selama ini apa yang dikatakan oleh masyarakat sivil dan Gerakan Mansuhkan ISA yang menyifatkan ISA sebagai alat politik Kerajaan yang digunakan untuk menjaga keselamatan parti pemerintah dan bukannya keselamatan negara.

Oleh itu tidak hairan jika Kerajaan enggan membebaskan baki tahanan ISA yang masih dikurung di Kem Tahanan Kamunting. Hal ini kerana baki tahanan merupakan individu biasa yang tidak boleh mendatangkan risiko politik kepada Barisan Nasional. Oleh itu pembebasan mereka bukan perkara kritikal yang perlu dipertimbangkan. Sedangkan mereka juga masih dizalimi di bawah ISA yang menafikan hak mereka untuk mendapat keadilan. 45 orang ini juga dijadikan alat oleh Kerajaan untuk mempertahankan ego parti pemerintah yang selama ini menyifatkan ISA sebagai undang-undang yang adil.

Kenyataan Perdana Menteri ini juga GMI sifatkan sebagai amat tidak bertanggungjawab. Perdana Menteri seperti mengatakan segala tindakan dalam ISA seperti menangkap tanpa bicara, menyeksa tahanan, mengurung tahanan bertahun-tahun dan kemudian membebaskan tahanan, merupakan langkah rasmi yang direstui oleh Kerajaan untuk mengekang kebangkitan seteru politik pemerintah. Tanpa menyesali segala penyeksaan dalam ISA, Perdana Menteri sebaliknya seperti mengiktiraf segala kerja kotor yang berlaku dan tidak menyifatkannya sebagai satu kesalahan.

Jika Perdana Menteri menyifatkan ISA sebagai telah gagal mengekang kemaraan politik lawan, maka apakah SOSMA atau Akta Kesalahan Keselamatan yang menggantikan ISA akan mengambil alih tugas tersebut dengan lebih berkesan?. Keadaan ini menyebabkan rakyat memiliki asas yang kuat untuk meragui ketelusan Kerajaan dalam menggubal akta baru ini.

Walaupun terdapat klausa khusus dalam akta baru yang mengatakan tidak akan ada penahanan bermotifkan perbezaan politik, namun klausa itu masih bersifat umum. Sebagai contohnya, sepanjang ISA digunakan untuk mengekang politik lawan, alasan yang digunakan untuk menangkap tidak menjelaskan bahawa penangkapan itu kerana perbezaaan poltitik, namun lebih kepada tuduhan yang direka seperti ancaman untuk mengadakan rusuhan dan ancaman untuk menggulingkan kerajaan.

GMI menuntut:

Perdana Menteri segera memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya kepada bekas-bekas tahanan ISA dan keluarga yang telah dizalimi. GMI menyifatkan Perdana Menteri telah mengkhianati kepercayaan rakyat yang menganggap pemansuhan ISA sebagai langkah positif Kerajaan yang ingin berubah menjadi lebih baik. Namun jelas pemansuhan tersebut hanya digunakan untuk memulihkan kepercayaan rakyat terhadap Barisan Nasional yang semakin terhakis.

Kerajaan perlu segera membebaskan kesemua baki tahanan ISA tanpa sebarang kelengahan. Semua tahanan perlu dibebaskan atau diberi hak perbicaraan di mahkamah. GMI menuntut Menteri Dalam Negeri mengunakan kuasa yang diperuntukkan di bawah Klausa 32 Akta Kesalahan Keselamatan untuk membatalkan perintah tahanan sekaligus membebaskan semua tahanan ISA

Kerajaan perlu menubuhkan Suruhanjaya Keadilan dan Rekonsiliasi bagi menyiasat kes-kes penyeksaan dalam tahanan ISA dan membawa pihak yang terbabit ke muka pengadilan. Tahanan ISA dan keluarga juga perlu diberi pampasan yang setimpal dengan penderitaan yang telah mereka alami.

Kerajaan juga perlu menarik balik atau memansuhkan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah khas) yang digubal bagi menggantikan ISA. GMI berpendirian undang-undang pencegahan seperti akta baru ini tidak perlu ada kerana berisiko untuk disalah guna seperti mana kerajaan telah menyalah gunakan ISA.

Sekian.

Syed Ibrahim Syed Noh
Pengerusi GMI

Syukri Razab
Penyelaras Suaram

Najib takut PRU, mageran kekalkan kuasa?

sumber

Abdul Aziz Mustafa, 10 Jul 2012
KUALA LUMPUR: Adakah pilihan raya tidak akan diadakan langsung jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak berjumpa tarikh dan waktu yang sesuai dan menguntungkan Barisan Nasional (BN)?

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan, adakah Najib akan mengisytiharkan pemerintahan Majlis Gerakan Negara (Mageran) di bawahnya untuk membolehkan beliau terus berkuasa jika beliau terus tidak berjumpa tarikh dan waktu yang sesuai dan menguntungkan BN untuk mengadakan pilihan raya.

"Inilah kali pertama dalam sejarah kita melihat seorang Perdana Menteri yang paling takut untuk menghadapi pilihan raya sehingga beliau kelihatan seolah-olah tidak mahu mengadakan pilihan raya sama sekali kerana tidak berani dan tidak mampu menghadapi arus kebangkitan rakyat.

Nizar saman Utusan dan TV3 berhubung plat WWW1?? SAMAN 1 JUTA?? WOW WOW! KENAPA SAMAN?

3:24PM Jul 10 2012  
Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini memfailkan saman fitnah berjumlah RM100 juta terhadap Utusan Melayu (M) Berhad dan Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) kerana didakwa menerbitkan pernyataan fitnah berhubung pembelian nombor plat kenderaan WWW 1 yang dibida pada harga RM520,000.
  
Mohammad Nizar memfailkan dua saman itu secara berasingan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil, di sini melalui Tetuan Awi & Co.
  
Dalam pernyataan tuntutannya beliau menamakan Utusan Melayu dan TV3 sebagai defendan dan menuntut ganti rugi sebanyak RM50 juta daripada setiap defendan.
  
Katanya beliau telah mengeluarkan satu kenyataan melalui akaun Twitter miliknya pada 28 Mei lepas berhubung nombor plat itu.
  
Mohammad Nizar yang merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang mendakwa pada 30 Mei lepas, TV3 telah mengeluarkan berita melalui Buletin Utama pukul 8 malam, berhubung kenyataannya itu.
  
Beliau berkata keesokannya pada 31  Mei, Utusan Melayu menerbitkan satu artikel di halaman 11, akhbar Utusan Malaysia berhubung kenyataannya itu.
  
Mohammad Nizar mendakwa pernyataan ftnah itu antara lain membawa maksud bahawa beliau adalah seorang penderhaka kepada sultan amnya, dan Sultan Johor khususnya, beliau adalah ahli politik yang anti-sultan dan seorang ahli politik yang cuba menghasut rakyat untuk membenci Sultan Johor.
  
Bercakap kepada pemberita selepas memfailkan writ saman itu, Mohammad Nizar berkata pihaknya akan menyerahkan writ itu kepada kedua-dua defendan.
  
Beliau berkata sebanyak 41 laporan polis telah dibuat berhubung kenyataannya dalam twitternya itu dan siasatan polis berhubung perkara itu masih lagi berjalan.

- Bernama

Bank tolak ‘OT’ apabila kakitangan tunai solat? SEAKAN ZALIM...

SUMBER

Mohd Nor Yahya, 10 Jul 2012

KOTA BHARU: Kakitangan sebuah bank di sini yang berehat untuk makan dan menunaikan solat diarah menolak jumlah jam kerja lebih masa (OT).

Arahan itu terkandung dalam pekeliling yang dikeluarkan pengurusan bank terbabit bertarikh 5 Julai lalu.

Pekeliling berkenaan menyebut “Masa yang diambil untuk makan tengahari/malam, solat dan sebagainya pada waktu kerja lebih masa hendaklah ditolak daripada jumlah jam bekerja”.

Pengerusi Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) Cawangan Kelantan/Terengganu,  Mohd Azhar Yusuf berkata, tindakan tersebut amat bertentangan dengan prinsip kebebasan beragama dan menyentuh sensitiviti umat Islam.

“Pihak NUBE amat kesal tindakan bank perdagangan tersebut, sedangkan bank di negara ini sudah berpuluh tahun wujud.

“Ini amat membimbangkan. Mungkin sekiranya tindakan bank terbabit tidak dibantah, kemungkinan bank-bank lain akan mengikutinya,” kata beliau pada sidang media di sini, hari ini.  Turut hadir Timbalan Pengerusinya, Wan Mohd Affendi Hussin.

Sehubungan itu NUBE Kelantan membuat laporan bertulis kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHAEIK). Difahamkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan pemegang saham bank tersebut.

(Tunggu pendedahan lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang)

Calon PAS bertanding di Mukah?

sumber

Hazayani Zakaria, 10 Jul 2012
KUALA LUMPUR: PAS berkemungkinan besar akan meletakkan calonnya di P.213 Parlimen Mukah, Sarawak pada pilihan raya umum ke-13.

Untuk tujuan itu, Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat (JPPP) menghantar tiga wakil kawasan pembantu bagi memperkemas jentera di kawasan tersebut bermula 2 hingga 6 Julai lalu.

Mereka terdiri daripada Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Nor Mohamad (gambar bawah), timbalan Pesuruhjaya Melaka, Bahiki Islamil dan timbalan Pesuruhjaya Pulau Pinang, Rosidi Husain.

Ahli Parlimen BN Mukah, Datuk Sri Dr Muhammad Leo Michael Toyad dikatakan mempunyai sedikit masalah dengan penduduk beragama Kristian.

"Kalau BN kekalkan calon, kita ada harapan untuk menang dengan syarat PAS meletakkan calon yang berwibawa," kata PJ Pas WP. 

Thursday, July 5, 2012

Hudud: Akhirnya perjuangan PAS ditiru Umno?>> kisah ADUN JOHOR CADANG HUDUD DIPERKENALKAN DI JOHOR...

  • Riduan Mohd Nor
  • 10:16AM Jul 4 2012
 
ULASAN Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melihat cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemelah, Johor dari Umno Datuk Ayub Rahmat untuk menjadikan Johor sebagai sebuah negeri pertama yang melaksanakan hukum hudud membuktikan bahawa perjuangan PAS selama ini terbukti benar.

DPPM melihat cadangan Datuk Ayub Rahmat ini adalah cadangan yang baik dan wajar disahut oleh semua umat Islam. Seharusnya Datuk Ayub sedari bahawa cadangan beliau adalah usaha perjuangan PAS sejak awal penubuhannya.
Mungkin baru hari ini beliau faham bahawa perjuangan menegakkan syariat Islam adalah kewajipan setiap pemerintahan Islam untuk laksanakannya, dan ia bukan isu politik kepartian semata-mata.
Mungkin juga beliau baru menyedari bahawa dengan usaha inilah PAS semakin diterima baik oleh segenap masyarakat tanpa mengira kaum sehingga bukan Islam turut menerima dan menghormati pendirian PAS.

Jika dakwaan Umno selama ini bahawa PAS berjuang menegakkan syariat Islam secara ‘versi PAS’, inilah masanya Umno pula membuktikan perjuangan Islam mengikut syariat Islam yang sebenar.
Elok juga Umno tunjukkan bagaimana syariat Islam mengikut Al Qur’an dan Sunnah Rasulullah SAW supaya PAS boleh jadikan panduan kerana PAS sentiasa bersedia menerima teguran jika ada kaedah sebenar pelaksanaannya tidak tepat sebagaimana dakwaan Umno.

Apabila Umno juga sudah mula bercakap soal hudud, ini membuktikan dakwah PAS sudah sampai sehingga ke relung jantung ahli dan pemimpin Umno. Terbukti, perjuangan mendaulatkan Islam yang diperjuangkan oleh PAS bukan omongan kosong dan juga perjuangan sia-sia.

Sebaliknya syariat Islam pasti akan diberi kemenangan oleh Allah SWT meskipun pelbagai halangan yang telah dan sedang menimpa. DPPM bergembira kerana Datuk Ayub sedar bahawa perjuangan menegakkan Islam sedang meniti kejayaan di mana-mana negara termasuk di negara ini, dan DPPM bersedia memberikan kerjasama sekiranya benar cadangan ini untuk dilaksanakan.

Adalah diharapkan ucapan Datuk Ayub ini adalah lahir dari nuraninya sendiri yang ikhlas dan insaf dengan melihat syariat Islam sebagai penyelesai masalah kebejatan sosial serta jenayah yang semakin berleluasa di negara ini.

Ucapan ini diharapkan bukan bermotif politik sempit semata-mata yang merasakan Umno sudah kehilangan sokongan rakyat, justeru terpaksa beralih kepada isu tertentu bagi meraih simpati orang Melayu dan umat Islam di negara ini.
Soalnya, adakah cadangan ini pula akan disambut baik oleh kepemimpinan tertinggi Umno atau hanya sekadar satu lagi ilusi yang akhirnya akan dibakul sampahkan kelak.

RIDUAN MOHD NOR ketua Penerangan Pemuda PAS. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Sharifah Aini, Ning Baizura mampu gegarkan politik Malaysia jika masuk PAS??? WAH WAH...

SUMBER

http://sanggahtoksago.blogspot.com, 05 Jul 2012
Sehingga pagi ini, pemburuan saya terhadap cerita diva Datuk Sharifah Aini atau Kak Pah dan penyanyi bersuara lantang Ning Baizura nak masuk PAS belum menemui jawapan. Sumber-sumber "penyiasat" bebas saya, tidak memberi apa-apa maklumat berkaitan. Juara lagu 1990, Aishah Ariffin yang saya hubungi juga masih belum dapat menghubungi Kak Pah. Katanya, nombor telefon lama sudah bertukar. Dah tamat perkhidmatan. "Tengah cari no telefon baru dia," kata Aishah kepada saya.
Namun siasatan terus berjalan bagi mendapatkan kepastian. Jika benar kedua-duanya masuk PAS, sudah pasti yang memberi impak politik yang besar terhadap PAS dan Pakatan Rakyat serta upaya melakari wajah baharu politik Malaysia. Pada hemat saya, cerita biduanita terkenal tanahair Kak Pah nak masuk PAS muncul sebaik diva itu mendaftarkan diri sebagai pengundi setelah selama ini dia tidak pernah mengundi seumur hidupnya. Rentetan peristiwa itu terdapat desas-desus yang mengatakan Datuk Shahrifah Aini akan menyertai parti Islam PAS dan akan mengumumkannya secara rasmi pada bulan Julai ini.

Nampaknya berita itu dilihat ada kredibilitinya apabila Sinar Harian 30 Jun 2012 bertajuk "Salahuddin: tanding di Johor bukan bunuh diri" turut memetik kenyataan yang dikeluarkan oleh Naib Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub yang menyebutkan dalam satu ceramahnya di Johor baru-baru ini. Salahuddin turut menyebut nama Ning Baizura yang juga dikatakan akan menyertai PAS tidak lama lagi. Apapun, saya sedang meneruskan siasatan untuk mempastikan ianya menjadi kenyataan.

Gambar Anwar boleh ditipu???

SUMBER

http://www.tranungkite.net, 05 Jul 2012
Kalau ini pun mata anda tertipu


Lagi selebriti akan diisytihar sertai PAS 14 Julai ini?? ALHAMDULILLAH

2:17PM Jul 5 2012  
Ketua Penerangan PAS Wilayah Persekutuan (WP) Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata beberapa tokoh penting dan selebriti popular akan mengisytiharkan menyertai parti itu dalam Himpunan Hijau PAS peringkat WP pada 14 Julai depan.

"PAS Wilayah Persekutuan juga meneruskan fenomena penghijrahan artis dan tokoh politik dan pegawai kerajaan ke dalam PAS.
"Dijangkakan ada beberapa tokoh penting serta selebriti terkenal akan diisytihar ke dalam PAS dalam majlis tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pegawai tinggi kerajaan yang menyertai PAS sebelum ini termasuk bekas timbalan menteri pelajaran Datuk Salleh Jafaruddin dan bekas pengarah jabatan siasatan jenayah Bukit Aman Datuk Fauzi Shaari.

Menurutnya, artis terkenal seperti Hairi Othman dan Zulkifli Ismail akan turut memeraihkan majlis ini nanti.

Suhaimi berkata PAS WP akan meneruskan momentum kejayaan Himpunan Hijau di negeri-negeri dengan penganjuran Xpresi Hijau dan Himpunan Hijau menuju Putrajaya di peringkat WP pada 14 Julai ini.

"Kali ini PAS WP memilih dua lokasi di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpu sebagai pusat penganjurannya.

"Pada sebelah siangnya, Xpresi Hijau akan menggamit warga kota dengan Konvoi Motosikal anak-anak muda Kuala Lumpur mengelilingi bandaraya. Program akan bermula seawal jam 9 pagi dan akan bergerak mengikut kawasan menjelajah Kuala Lumpur.

"Dijangkakan 1,000 motosikal serta 200 kereta akan memenuhi segenap pelusuk Kuala Lumpur dengan pakaian serba hijau serta bendera PAS di kenderaan masing-masing," katanya.

Menurut Suhaimi lagi, antara tetamu utama yag bakal hadir pada program Xpresi Hijau ini adalah Yasir Said, bekas juara Cub Prix Asia bersama dengan pimpinan Alternative Riding Club (ARC) serta pimpinan PAS WP.

Di sebelah malamnya pula, katanya, PAS WP akan menganjurkan kemuncak Himpunan Hijau Menuju Putrajaya di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru yang mempunyai nostalgianya tersendiri, untuk menjadi tuan rumah kepada puluhan ribu warga kota yang menyertai himpunan tersebut.

Dimulakan dengan solat maghrib berjemaah, disusuli pula Munajat Warga Kota Hadapi PRU ke-13 yang akan dipimpin oleh Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairuddin Aman Razali At Takiri.

Selepas solat Isyak pada jam 9 malam, kemuncak program bermula dengan pidato pimpinan PAS pusat, antaranya Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, ahli jawatankuasa PAS Pusat - Ustaz Idris Ahmad dan Mazlan Aliman yang juga Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda (ANAK).
Yang lainnya ialah Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Malaysia, Nasrudin Hassan, Timbalannya Nik Mohd Abduh, Setiasuaha DPP Malaysia, Khairul Faizi Ahmad Kamil dan Timbalan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS, Balasubramaniam.

Selain mereka, katanya, PAS WP juga menjemput bekas Pengarah Pelajaran Perak Datuk Adnan Ibrahim, Naib Presiden Kanan Felcra Bhd, Datuk Ramli Buyung, lagenda bolasepak negara Abdullah Ali.