Harakahdaily |
ALOR SETAR, 25 Julai: Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak bagi menyokong tindakan kerajaan negeri itu berhubung larangan hiburan di bulan Ramadhan. Penyerahan dibuat Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar Dewan Pemuda PAS Pusat, Firdaus Jaafar yang juga ahli parlimen Jerai dan diterima Setiusaha Akhbar menteri besar Kedah, Mohd Helmi Khalid di Pejabat Menteri Besar, Wisma Darul Aman di sini. Turut serta pada penyerahan itu Adun Bukit Lada Ahmad Izzat bin Shauki dan Ahli Parlimen PKR Kuala Kedah, Ahmad Kassim. Kandungan memorandum itu antara lain memuji tindakan kerajaan negeri Kedah yang disifatkan sebagai "langkah bijak" dalam usaha mengekang umat Islam melakukan maksiat lebih-lebih lagi dibulan Ramadhan. "Rakyat negeri Kedah akan lebih terdidik dengan program Ihya’ Ramadhan sambil ruang-ruang mungkar ditutup. "Dengan suasana yang ada sekarang ini yang lebih membawa kearah gejala sosial, negeri Kedah menggunakan undang-undang sediakan ada bagi membendung kegiatan yang menjurus kearah maksiat. "Sememangnya tindakan kerajaan negeri Kedah amat bertepatan dengan waktunya walaupun mendapat tentangan daripada pelbagai pihak namun sikap tegas yang ditunjukkan oleh YAB Dato’ Seri (Ustaz Azizan) amat kami hargai," kata Firdaus. Awal Mei lalu, kerajaan negeri Kedah mengumumkan untuk menguatkuasakan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 sepanjang Ramadhan ini. Dengan pelaksanaan enakmen itu, pusat hiburan di Kedah akan beroperasi seperti biasa pada bulan Ramadhan namun ia terhad kepada orang bukan Islam sahaja. Pengendali pusat hiburan juga perlu memastikan tiada orang Islam mengunjungi premis mereka atau berdepan tindakan pembatalan lesen. Tindakan tersebut dibuat bertujuan mencegah orang bukan Islam melakukan maksiat sepanjang bulan Ramadhan. Mengulas lanjut, Firdaus yang dihubungi Harakahdaily selepas itu berkata, tindakan kerajaan Kedah itu membuktikan bahawa kerajaan PAS telah berusaha menjalankan amal maaruf nahi mungkar di negeri itu. "Ini juga memperkukhkan keyakinan kami bahawa betapa pentingnya memilih pemimpin yang bukan sekadar menjaga hal-hal berkaitan dunia namun ianya harus dikaitkan dengan akhirat dengan ertikata lain dunia dan akhirat ‘berjalan’ seiring bagi membentuk jati diri rakyat yang lebih mantap dan seterusnya menjadi insan yang berguna kepada agama,bangsa dan negara," katanya lagi. Bagaimanapun pada masa yang sama, beliau turut menyeru pihak pengurusan masjid dan surau di negeri itu memainkan peranan memperbanyakkan program hiburan Islam dan Ihya' Ramadhan bagi menarik gologan muda dari terjebak dengan gejala tidak sihat. |
KATA-KATA MANIS TETAMU, SIALAKAN!@
Showing posts with label isu larangan kedai hiburan beroperasi Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label isu larangan kedai hiburan beroperasi Ramadhan. Show all posts
Monday, July 25, 2011
Pemuda PAS serah memo, sokong tindakan Kedah. KAMI BERSAMU UST AZIZAN!!!
SUMBER
Monday, July 18, 2011
Pusat hiburan: Umno patut malu dengan PAS???
SUMBER
Nik Abdul Aziz Nik Mat |
Saya mengikuti perkembangan yang berlaku di Kedah iaitu yang melibatkan isu arahan penutupan pusat-pusat hiburan sepanjang bulan Ramadhan. Seperti biasa, media massa yang dimiliki oleh UMNO terus menerus menghentam PAS dan melaga-lagakan di antara pimpinan Pakatan Rakyat dalam isu ini. Utusan Malaysia yang menjadi lidah rasmi UMNO pula mengambil kesempatan untuk membina keyakinan palsu di benak pembaca dengan tajuknya PAS Tunduk Kepada DAP. Saya kira UMNO sudah lupa bahawa mereka sendiri yang meluluskan Enekmen Hiburan Dan Tempat-tempat Hiburan 1997 yang mana di dalam dalam Jadual C, muka surat 150 dinyatakan dengan jelas syarat am no.8 seperti berikut: … Jenis-hiburan yang tersebut di atas tidak boleh diadakan pada bulan Ramadhan atau pada hari Jumaat (iaitu, antara jam 6 petang hari Khamis dan jam 2.30 petang hari Jumaat)kecuali izin bertulis daripada Pihak Berkuasa Negeri diperolehi. UMNO sudah lupa bahawa pada tahun 1997, mereka masih lagi menjadi kerajaan di Kedah dan sehingga tahun 2011 ia baru dikuatkuasakan di bawah pentadbiran Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak. Layakkah UMNO bertempik sorak pada hari ini kononnya PAS tunduk kepada DAP? Jika demikian, selama ini UMNO tunduk kepada siapa? Simpati sungguh saya kepada kaedah permainan politik kampung yang dimainkan oleh UMNO pada hari ini. Barangkali mereka masih terbawa-bawa dengan politik zaman purbakala yang mengharapkan rakyat di’butatulikan’ pancaindera mereka dengan hanya menerima maklumat sehala sahaja. Berkali-kali saya nyatakan, PAS sangat berbeza dengan UMNO dalam hal bertahaluf dengan non muslim. Di antara PAS dengan DAP misalnya, PAS sentiasa melontarkan dasar-dasar yang selari dengan prinsip Islam. Berbeza dengan UMNO yang bertempik sakan mahu memelihara Islam, alih-alih bukan sahaja tidak mahu menutup pusat hiburan, bahkan melanjutkan masanya dari jam 2.00 pagi kepada jam 3.00 pagi! Ini telah diputuskan di Melaka melalui mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Melaka pada 7 Julai 2011. Saya menurunkan kata-kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam ketika mengumumkan perkara ini, “Keputusan ini diambil sebagai memenuhi permohonan pengusaha terbabit kerana mereka mendapat permintaan pelanggan yang sebahagian besarnya datang bercuti dan mahu berhibur hingga lewat pagi” (Lihat Utusan Malaysia, 8 Julai 2011). Di Kedah, sewaktu Datuk Seri Azizan mengumumkan bahawa operasi rumah hiburan sepanjang Ramadhan 100% untuk bukan Islam, dan penarikan lessen serta merta akan dilakukan jika terdapat pengunjung muslim, Utusan Malaysia melompat tinggi melatah seolah-olah langit sudah runtuh. PAS dikatakan tunduk kepada DAP sedangkan apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri Kedah ialah memberikan hak kepada bukan Islam dan juga memastikan umat Islam terhindar daripada perkara-perkara yang menjejaskan ibadah sepanjang bulan itu. Namun apabila kerajaan negeri Melaka mengumumkan untuk melanjutkan tempoh operasi pusat hiburan, di mana Utusan Malaysia? Di mana NGO-NGO yang hebat membela Islam? Sudah hilangkah darah segala pendekar Melayu yang siap mengatur pencak membela kesucian agama mereka? Hakikatnya, UMNO tidak pernah meletakkan akhirat menjadi agenda dalam perjuangan. Di mana-mana sahaja tempat UMNO berkuasa dan menjadi majoriti, tidak pernah agenda Islam menjadi keutamaan. Berbeza dengan PAS yang ditohmah menjadi alat DAP, PAS mengambil ruang dan peluang yang ada untuk sentiasa melontarkan dasar yang selari dengan Islam. Di Melaka, siapakah yang menjadi majoriti jika bukan UMNO? Jika PAS dikatakan menjadi alat DAP, UMNO alat siapa? Alat nafsu? Sayangnya, UMNO menjadi majoriti langsung tidak menguntungkan Islam. Barangkali itulah sebabnya tangan mereka sentiasa menggapai PAS. Saya katakan, turun sahajalah UMNO dari takhta kuasa, bertenggek di situpun tiada apa yang boleh ditumpang bakti. Apapun, saya ucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan negeri Kedah. Usah dipeduli nista dan cerca pihak yang berkokok berderai-derai dengan ekor yang memalukan. Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan Darul Naim. Bertarikh: 18 Julai 2011 |
Friday, July 15, 2011
Larangan: PAS dapatkan penjelasan Kedah esok
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 16 Julai: PAS akan mendapatkan penjelasan dari kerajaan negeri Kedah esok, berhubung keputusan melarang pusat-pusat hiburan beroperasi semasa Ramadhan sebelum memberi sebarang reaksi berhubung perkara itu. Ketika dihubungi Harakahdaily, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata wakil kepada menteri besar Kedah akan memberi penjelasan berhubung perkara itu kepada jawatankuasa pusat pada mesyuarat esok. "Ya, esok kita akan mendapatkan penjelasan daripada Kedah. Menteri besar (Datuk Seri Azizan Abdul Razak) tidak dapat hadir, tetapi wakil beliau akan hadir," katanya. Rabu lalu, kerajaan negeri mengumumkan keputusannya menguatkuasakan larangan kepada pusat-pusat hiburan termasuk pusat karaoke dan disko beroperasi sepanjang Ramadan mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997. Keputusan itu turut disokong beberapa NGO islam yang melihat tindakan itu wajar demi menjaga kecusian bulan Ramadhan. Bagaimanapun, ia juga mendapat bantahan pelbagai pihak terutama parti politik seperti MCA dan Gerakan. Malah, rakan Pakatan Rakyat, DAP meminta kerajaan Kedah supaya membatalkan pelaksanaan larangan ke atas 13 jenis hiburan semasa bulan Ramadan. Dalam satu kenyataan, penasihatnya Lim Kit Siang berkata parti itu akan membangkitkan perkara itu pada mesyuarat pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat minggu hadapan. Pemuda Gerakan Kedah juga mengancam mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan negeri Kedah jika ia gagal menarik balik larangan ke atas pusat-pusat hiburan untuk beroperasi di negeri itu dalam tempoh seminggu. |
Subscribe to:
Posts (Atom)