KATA-KATA MANIS TETAMU, SIALAKAN!@

Showing posts with label pilihanraya Sarawak 2011. Show all posts
Showing posts with label pilihanraya Sarawak 2011. Show all posts

Tuesday, April 19, 2011

PRN Sarawak tidak sekat Pakatan ke Putrajaya. TERUSKAN PERJALANAN...

sumber
Fakhri Ali   
BAYAN LEPAS, 18 April: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, kekalahan dalam pilihan raya negeri (PRN) Sarawak, tidak menyekat kemaraan PAS dan Pakatan Rakyat untuk mencapai hasrat bagi menggagalkan kuasa pemerintahan BN ke Putrajaya.

Sebaliknya, kekalahan itu menjadi satu pendorong semangat untuk terus berjuang bagi memastikan keseluruhan keputusan sebenar mandat rakyat di Semenanjung, akan berpihak kepada PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.
"Jadikan kekalahan dalam PRN Sarawak itu, sebagai satu laluan yang penuh ranjau untuk mencapai hasrat murni menjejak kejayaan yang sedang menanti bersama seribu satu halangan dan tribulasi dari BN," tegasnya lagi.

Sunday, April 17, 2011

DSAI : KENYATAAN MEDIA SELEPAS BN DIISYTIHARKAN MENANG!

Sunday, April 17, 2011

SUMBER Kenyataan Media

Pilihanraya Negeri Sarawak 2011 membuktikan perjuangan menuntut Keadilan untuk semua tanpa mengira batas kaum mahupun kepercayaan bukanlah tugas mudah, namun ianya juga bukan mustahil. Walaupun tidak mengecapi keputusan yang diingini, kita berjaya menanam benih politik murni agar rakyat Sarawak meninggalkan politik perkauman sempit, berani melawan kezaliman yang sekian lama membelenggu dan berusaha memperkukuh amalan Demokratik.

Hakikat yang tidak dapat dinafikan sepanjang tempoh berkempen, berbekalkan sumber yang terhad serta berilitizam dengan kempen yang bersih, Pakatan Rakyat tetap berjaya menembusi kawasan pendalaman, yang sentiasa dianggap kubu kuat Barisan Nasional.

Sungguhpun demikian, sekali lagi kredibiliti dan integriti Suruhanjaya Pilihanraya tercalar kerana wujudnya laporan bahawa Suruhanjaya itu bertindak berat sebelah ataupun sengaja menutup mata terhadap sebarang penipuan ketika hari pengundian. 

Saya difahamkan petugas Parti Keadilan Rakyat dinafikan borang 14 di beberapa kawasan sedangkan borang ini penting untuk memastikan keputusan pilihanraya bersih dari penipuan. Selain itu terdapat juga laporan wujudnya usaha membeli undi di beberapa kawasan seperti Dudong, Bawang Assan dan Meradong. 

Selain itu keengganan SPR untuk mengira semula undi di kawasan Senadin ternyata mengukuhkan lagi dakwaan ramai bahawa Suruhanjaya Pilihanraya bertindak demi kepentingan Barisan Nasional. Calon Parti Keadilan Rakyat, Dr Michael tewas dengan majoriti yang tipis iaitu 58 undi sahaja. Mengapa enggan mengira semula tanpa memberi alasan yang munasabah?

Keputusan ini bukanlah satu pengakhiran, bahkan yakinlah ianya satu permulaan kepada satu tuntutan perubahan yang jitu dan menyeluruh. Pastinya ini tidak dapat dicapai sekiranya rakyat Sarawak tidak bersama sama memastikan ianya terlaksana. Saya menyeru kepada rakyat Sarawak yg mahukan Perubahan dan cintakan Keadilan, tingkatkan usaha, jangan sesekali berputus asa, terus mara dan pastikan regim yang korup ini tumbang pada pilihanraya yg akan datang. Kepada seluruh rakyat Sarawak dan jentera Pakatan Rakyat, saya ucapkan terima kasih dan syabas kerana keberanian serta pengorbanan yg dicurahkan. Dengan izin Allah, kemenangan pasti tiba.

ANWAR IBRAHIM

Saturday, April 16, 2011

MENOLAK analisa bodoh mengikut malaysiakini. MESTI BACA!

sumber

Written By FZT on 17 April, 2011 | 6:05 AM

pas kalah di 5 dewan undangan yang ditandinginya. semua kawasan yang pas tandingi adalah kawasan melayu melanau, setelah dijajah 30 tahun oleh pbb arus pengubahsuaian melayu melanau dilihat amat perlahan berbanding dengan warga kota yang dilimpahi dengan segala maklumat. jaringan luas pemahaman kepada pemberontakan jiwa cina lebih kuat kali ini menyebabkan barisan nasioanal ditolak di keseluruhan dikuching. arus itu amat sederhana dikawasan melayumelanau. sokongan perlahan yang dibuat hanyalah untuk menguji kesungguhan pas untuk hidup dalam melayumelanau sebagaimana melayu memberikan ruang yg sedikit kepada pas untuk terus hidup disemenanjung pada waktu dahulu. kelemahan jentera kempen yang bergantung sepenuhnya orang semenanjung adalah dikatakan punca pas tewas di kawasan dun yang ditandingi. aku bukan menolak keseluruhan faktor faktor kelemahan pas, cuma ada benda benda yang tak perlu dibincangkan dikawasan maya ini, dan bagi aku kelemahan pas sengaja dicari oleh malaysiakini yang diserang teruk menjelang pru sarawak.

cuma pemilihan calon dikatakan dibuat disaat akhir adalah pembohongan malaysiakini yang hanya direka oleh pihak malaysiakini. bagaimana nama calon dikemukakan malam terakhir sedangkan sebelum hari penamaan calon presiden pas telah berbaiah dengan calon calon yang akan bertanding. apakah malaysiakini buta atau pekak tidak dapat diketahui kerana serangan ddos attack melemahkan sistem imun badan malaysiakini. malaysiakini menjadi pencacai yang diyakini oleh penyokong dan pendokong pembangkang walaupun dikatakan telus melaporkan berita. bukan semua kawasan wartawan malaysiakini berkampung. dengan mempunyai pemberita yang 3 kerat apakah mampu melaporkan kesemua dengan tepat atau hanya duduk depan pc dan reka 5 faktor kekalahan pas. corak pemberitaan lebih tepat hanya untuk memfokuskan kepada muktamar, dan serangan kepada timb.presiden pas adalah perkara pokok. inilah kelebihan malaysiakini yang boleh menyerang pembang dan pemerintah untuk dilihat sebagai adil telus.

kempen lambat dimulakan, malaysiakini sedar atau tidak, sekatan dan kekangan pihak spr kepada pembangkang begitu teruk disini, dihari penamaan pun pas masih disekat untuk masuk ke tempat penamaan calon. apakah wartawan malaysiakini bangang ke apa. nak naik bendera pun dicabut buang, wartawan menganalisis dari celah longkang mana entahlah. kempen bukan hentam keromo, pertugas kempen dari semenanjung berwatakan pembantu, jika ditinjau pertugas dari semenanjung berhati hati dalam berkempen kerana kekurangan pengetahuan adat resam kaum disini. melanggar apa saja disini akan memberikan impak yang kurang baik kepada pertugas. kesusahan dan keperitan berkempen disini amat berlainan sepertimana disemenanjung. berhadapan dengan pelbagai kebudayaan dan sosio budaya, melayumelanau bukan sama dengan melayu disemenanjung. walaupun ada melayu didepan bukan bermakna akan sama corak adat dan segalanya berkaitan melayu.

aku cuba menyampaikan dengan bahasa yang mudah, namun apa yang disimpulkan oleh malaysiakini amat menyimpang dan jauh dari dunia realiti disarawak, hanya yang datang akan mengerti apa erti kesusahan dan keperitan. onak duri dirempuh teralar balar dihati didiamkan. demi perjuangan parti yang tidak kenal erti sempadan menyebabakn ramai yang terus datang tanpa mengenal apa saja yang akan ditentang. aku tak mahu mengulas dari sudut pandangan yang memang sudah diketahui, apa yg diperjelaskan disini, banyak lagi sudut kelabu yang tak berani disentuh oleh malaysiakini. keupayaan mereka menilai hanya menipu untuk mereka terus bernafas dalam alam maya. aku bukan menolak keseluruhan faktor itu tapi banyak lagi faktor lain yang boleh diambil kira, dan kegagalan wartawan malaysiakini memahami situasi sebenar diragui.

Analisis segera: 5 faktor kekalahan PAS di S’wak


Lima kelemahan yang dikesan dalam kempen PAS sehingga parti itu tewas di kesemua lima kerusi yang dipertandingkannya hari ini.

Persoalan utama yang ditimbulkan berhubung peluang PAS dalam pilihan raya negeri Sarawak sebelum ini adalah berkaitan dengan pemahaman parti itu ke atas kehendak masyarakat Melayu di negeri tersebut.

Namun, beberapa kelemahan lain dapat diperhatikan dalam kempennya sehingga PAS tewas di kesemua lima kerusi yang dipertandingkannya hari ini.

Kelemahan jentera

Jentera kempen yang rata-rata diketuai daripada PAS di negeri-negeri semenanjung gagal memahami pengundi setempat. Di kawasan luar bandar, sambutan baik daripada pengundi yang ditemui disalahtanggap sebagai menyokong parti Islam itu. Sedangkan masyarakat bersikap sama kepada setiap parti.

Kempen lambat

Kempen lambat dimulakan, termasuk pemilihan calon yang dijalankan di saat-saat akhir. Difahamkan keputusan memilih calon harapan utamanya Abang Ahmad Kerdee Ahmad Abang Masagus sendiri dibuat pada malam terakhir sebelum penamaan calon pada keesokan harinya.
Sementara itu walaupun parti Islam itu telah bertapak sejak hampir sepuluh tahun, ia asalnya lebih mirip kepada gerakan dakwah dan bukannya politik.

Terlalu yakin

Pada hari penamaan calon, melihat sambutan pada Ahmad Kerdee yang seolah-olah bintang filem, PAS dilihat agak memandang rendah pada kemampuan BN. 

Mungkin juga disebabkan laporan akhbar dan cakap-cakap berlakunya pergolakan dalaman BN antara penyokong penyandang ADUN Bolhassan menyebabkan PAS mengambil mudah lawannya.

BN terlalu kuat buat PAS

Tiga kawasan baru yang ditandingi PAS kali ini merupakan kubu kuat BN yang memenangi kawasan itu dengan majoriti antara 2,000 hingga lebih 4,000 undi.

Angka itu dilihat amat sukar dikejar, tambahan lagi melawan BN yang memerintah dengan majoriti besar dalam DUN sejak tahun 1963 lagi apabila negeri itu merdeka bersama Malaysia. 

Cubaan PAS di Beting Maro dan Sadong Jaya sebelum ini juga tidak berjaya dan hanya meraih tidak sampai 900 undi.

Kesetiaan Melayu
 
Sejak awal lagi, masyarakat Melayu di Sarawak dilihat amat setia pada BN dan kepimpinan Tan Sri Taib Mahmud.
Dalam masa yang sama, calon ketua menteri Pakatan Baru Bian – seorang Dayak – dilihat menakutkan masyarakat Melayu.

BN kekal majoriti 2/3 tapi hilang 8 kerusi


Keputusan keseluruhannya, BN memenangi 55 kerusi, DAP (12), PKR (3) dan Bebas (1). Keputusan itu menunjukkan BN kehilangan lapan kerusi, berbanding 63 kerusi yang dimenanginya pada 2006. DAP dan PKR juga menyapu bersih semua lima di Kuching.
Keputusan keseluruhannya, BN memenangi 55 kerusi, DAP (12), PKR (3) dan Bebas (1). Keputusan itu menunjukkan BN kehilangan lapan kerusi, berbanding 63 kerusi yang dimenanginya pada 2006.
DAP menambah enam kerusi kepada 12 kerusi, manakala PKR juga menambah satu kerusi menjadi tiga. DAP dan PKR juga menyapu bersih semua lima kerusi di Kuching. Jumlah pemilih keluar mengundi ialah 70 peratus.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), BN mendapat undi terbanyak dengan 372,379 undi, diikuti DAP (134,847), Snap (15,663), PKR (117,100), PAS (9,719), PCM (2,895) dan Bebas (20,064). 

Manakala seramai 71 calon telah hilang wang deposit.