Kira-kira 500 orang, kebanyakannya mahasiswa berarak ke ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur bagi menuntut kebebasan akademik yang lebih besar di negara ini.
Bantahan itu kebetulan serentak dengan perbincangan meja bulat Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang didakwa aktivis mahasiswa sebagai "membunuh aktivisme mahasiswa".
Kumpulan itu pada mulanya berkumpul di Masjid Jamek di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur pada jam 2 petang dan tiba di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dua jam kemudian,"Kami mahasiswa universiti boleh berfikir, bukan budak sekolah menengah yang dikawal kerajaan. Kami ada kemampuan untuk menguruskan hal kami sendiri," kata pengerusi gerakan itu BEBAS Muhammad Safwan Anang.
Mereka menuntut pemansuhan AUKU dan Akta Institusi Pendidikan dan Akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta yang didakwa mencabul hak asasi.
Ia dibuat bersama tuntutan lain melibatkan kebebasan akademik di universiti, hak terlibat dalam politik dan autonomi mahasiswa di kampus.
No comments:
Post a Comment