KATA-KATA MANIS TETAMU, SIALAKAN!@

Monday, March 5, 2012

Empat 'lubuk' GRO digempur?? mengapa makin menjadi2???

sumber


Sebahagian gadis pelayan pelanggan ditahan dalam operasi Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat di Seremban, semalam.


SEREMBAN 4 Mac - Empat 'lubuk' pusat hiburan terbesar menyediakan gadis pelayan pelanggan (GRO) di Taman AST dekat sini di gempur polis lagi malam tadi dan hasilnya seramai 102 wanita warga asing ditahan.

Kali terakhir Taman AST diserbu polis adalah pada 9 Januari lalu yang berjaya menahan 14 GRO warga Vietnam.
Kejayaan terbaru polis itu kali ini melibatkan seramai 90 wanita warga China, 11 dari Vietnam dan Filipina, seorang.
Turut ditahan dalam operasi Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri itu ialah 103 pelanggan lelaki yang berusia 20 hingga 30 tahun, selain empat penjaga premis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid memberitahu, operasi dilancarkan pukul 9 malam itu diketuai Pegawai Turus D7 IPK negeri, Asisten Supritendan Yusharifuddin Mohd. Yusop.
Katanya, ketika serbuan beberapa GRO cuba menyorok di dalam beberapa 'lubang tikus' tetapi berjaya dikesan oleh anggota polis yang membuat serbuan.
Tambah beliau lagi, semua GRO yang berusia 21 hingga 45 tahun itu semasa ditahan sedang leka melayan pelanggan di empat pusat hiburan terbabit.
"Hasil siasatan awal mendapati wanita berkenaan masuk dengan cara sah tetapi menyalahgunakan pas untuk tujuan bekerja di negara ini secara haram," jelasnya.
Hamdan menjelaskan, ada juga antara GRO itu menyalahgunakan pas lawatan sosial, pas pelajar dan permit bekerja di bidang industri dengan bekerja sebagai GRO di pusat hiburan.
"Pelanggan yang ditahan itu dibebaskan selepas keterangan mereka diambil," ujarnya.
Menurut beliau, GRO tersebut ditahan mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan kerana mencari pelanggan bagi tujuan maksiat.

No comments:

Post a Comment