Spekulasi tarikh p'raya jadi buah mulut
Spekulasi berhubung tarikh pilihan raya giat diperkatakan susulan ucapan perdana menteri di masjlis sambutan ulangtahun Umno, Jumaat lalu bahawa beliau terasa seperti ingin segera mengadap Yang Dipertuan Agong untuk membubarkan Parlimen.Spekulasi di blog dan SMS itu antaranya dikutip akhbar Sinar Harian yang menyebut bahawa tarikh ilihan raya diramal pada 9 Jun manakala hari penamaan calon pula dijangka 26 Mei, lapor akhbar tersebut yang
Najib juga diramal akan membubarkan Parlimen pada Isnin, menurut laporan tersebut yang memetik satu sumber.
Ramalan itu juga dibuat berdasarkan tempoh cuti sekolah dua minggu bermula 28 Mei, menurut laporan tersebut .
Laporan itu juga memetik kenyataan timbalan speaker Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi yang berpendapat kenyataan Najib untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong itu hanya satu gurauan.
Katanya, Najib masih perlu menyelesaikan isu nadi bumi Lynas, manakala Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen hanya akan membentangkan laporan pada awal Julai.
"Jadi saya fikir paling cepat pun awal pada Julai sebelum Ramadan atau selepas Aidilfitri, sekitar September," katanya.
No comments:
Post a Comment