Harakahdaily |
GOMBAK, 27 Jun: Ceramah umum bagi mengupas isu-isu semasa yang sepatutnya berlaku dengan keadaan tenang telah menjadi tragedis malam tadi apabila ia cuba di batalkan dengan hampir 100 anggota polis telah membuat sekatan di sekitar Gombak. Ketua Pemuda PAS Gombak, Syarhan Humaizi Abd Halim, berkata “ Kami dari pimpinan PAS Gombak benar-benar merasa kesal dengan tindakan polis. Ceramah tersebut sepatutnya berlangsung dengan aman tetapi menjadi sebaliknya sedangkan kami sudah meletakkan banner dan edaran risalah 5 hari sebelum tarikh ceramah diadakan”. Menurutnya, ceramah tersebut diadakan sempena pelancaran Semarak Gelombang Hijau peringkat PAS Gombak yang melibatkan kawasan DUN Hulu Klang dan DUN Batu Caves juga yang telah berlangsung pada hari Sabtu. Sempena pelancaran gelombang tersebut diadakan berbagai program muslimat, nisa’ dan Pemuda PAS Gombak. Antaranya dibuka kaunter pendaftaran pemilih (SPR), kaunter keahlian PAS. Kaunter petugas juga telah didatangi oleh tiga anggota polis untuk membuat semakan samada mereka mengedar risalah Bersih 2.0 atau tidak. Mereka telah memberi amaran agar tidak sekali-kali mengedar risalah Bersih 2.0. Sepanjang program 2 hari itu, semua petugas PAS telah membuat edaran risalah berkaitan dengan pentadbiran kerajaan negeri Selangor dan akhbar Selangorkini dari rumah kerumah. Diadakan juga sukan pemuda, senaman aerobic nisa’ Gombak. Pada hari Ahad malam diadakan ceramah umum untuk diadakan pelancaran Bersih. Namun ianya telah menjadi kotor apabila gangguan dibuat oleh pihak-pihak yang di dalangi oleh puak Umno/BN. Semua yang hadir malam itu, melihat sediri beratusan polis yang datang dengan membuat pengumuman di sekitar taman perumahan Gombak. Siren Polis dipasanng memberi amaran agar rakyat tidak menghadirkan diri dalam ceramah ini. Mereka cuba menghasut dan menakut-nakutkan rakyat. Namun, ekoran amaran itu, ia umpama hebahan kepada orang ramai menyebabkan begitu ramai sekali yang datang untuk memberi sokongan padu. Pihak polis telah mendirikan khemah di tempat sepatutnya ceramah umum di adakan di perkarangan Shell taman Grenwood semenjak Jumaat 24 Jun sehingga malam tadi. Sekatan jalan menyebabkan jalan sekitar gombak mengalami kesesakan yang teruk. Dengan sekatan di buat oleh pihak polis, mereka terpaksa mengubah tempat ceramah ke perkarangan pejabat Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) ADUN Gombak Setia. Hampir ribuan yang hadir di ceramah tersebut dalam keadaan padang yang gelap tanpa didirikan khemah. Namun semua tidak berpatah hati untuk terus menghadirkan diri ke ceramah itu walaupun tidak disediakan tempat duduk yang selesa.. Walaupun dijalankan di premis persendirian, polis masih lagi cuba mengganggu ceramah ini yang menyebabkan ceramah tersebut sepatutnya dikupaskan isu semasa tetapi telah menjadi tazkirah Israk Mikraj yang di sampaikan oleh YDP PAS Gombak, Ustaz Sallehuddin Nasir. Pihak polis hanya membenarkan mereka membuat ceramah sehingga 11.30 malam dan tidak dibenarkan mengupas isu berkaitan dengan BERIH 2.0. Sementara itu, Setiausaha Kerja PAS Gombak Adul Rashid Abdullah pula berkata, ceramah Bersih anjuran Pemuda PAS Gombak malam tadi di PKM Adun Gombak Setia diakhiri dengan penangkapan seorang penduduk setempat yang datang bersama keluarganya. "Kita di fahamkan mangsa yang ditangkap adalah kerana memakai baju Bersih 2.0. Beliau memakai pakaian tersebut didalam dan diluar pakaiannya dipakai “vest” PAS. Hanya memakai pakaian Bersih beliau ditangkap dan isteri serta 2 orang anaknya juga diheret ke balai polis. Kita benar-benar kesal dengan tindakan agresif yang dilakukan oleh pihak polis," katanya. Selepas ceramah seramai 20 petugas Pemuda PAS Gombak menghadirkan diri ke Balai Polis Gombak sehingga 2 pagi untuk bertemu dengan pihak polis untuk membebaskan mangsa terlibat. Baju yang dipakai oleh mangsa dirampas oleh pihak polis. “Polis dan seluruh jentera kerajaan digunakan bagi memuaskan nafsu serakah pimpinan Umno/BN yang mahu terus kekal berkuasa. Namun mereka seharus ingat kuasa Allah SWT adalah lebih besar, semakin mereka menindas rakyat semakin rakyat akan memberontak. Kita lihat nanti 9 Julai betapa seluruh rakyat di seluruh Malaysia menentang kezaliman Umno/BN dengan menyertai Himpunan Bersih 2.0 kita tunggu dan lihat”. |
KATA-KATA MANIS TETAMU, SIALAKAN!@
Monday, June 27, 2011
Ceramah Bersih menjadi kotor di Gombak?? MAKIN PELIK PUAK2 NII..
SUMBER
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment