Muhammad Hafizuddin Muhamed Noor |
Menuju BERSIH 2.0, sudah beratus-ratus laporan polis dibuat oleh wakil-wakil BN melalui UMNO di seluruh Malaysia dan proksi-proksi yang dihantar atau ditubuhkan di pelbagai NGO. Termasuklah ugutan pihak kerajaan untuk menggunakan 'penjara kekal' ISA. Hentaman demi hentaman di peringkat awal kepada seluruh aktivis masyarakat yang digemparkan bahawa penangkapan awal secara besar-besaran oleh pihak polis bagi menyekat gegaran BERSIH 2.0 ini. Pihak kerajaan perlulah bersikap adil dengan lawan mereka. Jika BN menggunakan KOTOR, maka lawan mereka pastilah menggunakan BERSIH. Doktrin KOTOR melalui siaran televisyen sebenarnya lebih hebat dan tiada lawan yang mampu menyekatnya. Persepsi betapa teruknya Pakatan Rakyat dan betapa mulianya UMNO diserap ke dalam minda rakyat melalui 'risalah saraf' Utusan Malaysia dan sekutunya. Jadi, BERSIH tidaklah setanding KOTOR yang dianjurkan oleh UMNO. BERSIH hanyalah sekadar perhimpunan aman yang ingin membuat beberapa tuntutan sempena pilihanraya umum. BERSIH hanyalah sekadar berjalan kaki secara beramai-ramai yang pastinya tidak menimbulkan kekacauan serta keganasan yang dimanipulasikan oleh beberapa pihak. Tidak relevan bagi pihak berkuasa untuk memulakan kekacauan. Tiada hujan tanpa awan. Mana mungkin akan berlaku huru-hara tanpa satu tekanan atau desakan. Itulah bidang tugas polis FRU yang hadir pada setiap kali demonstrasi. FRU datang dengan pelbagai pakaian, samada uniform biru berkepala merah atau uniform rakyat yang menjadi provokator utama. Persoalan demokrasi dan kebebasan bersuara sudah tidak perlu diperbahaskan lagi. Malaysia mengamalkan perkara tersebut hanyalah untuk menutup mulut ahli-ahli akademik. BERSIH 2.0 dikatakan bakal menggemparkan dunia politik tanah air sepertimana BERSIH kali pertama. Itulah muhasabah bagi UMNO yang digunakan untuk BERSIH 2.0. Apa pun ancaman yang digunakan untuk menyekat kemaraan aktivis rakyat, perkara itu tidak dipandang pun. Jika kerajaan BN belajar menyekat daripada pengalaman kerajaan Mesir, Yaman dan Tunisia sebelum ini, maka rakyat memperoleh semangat juang daripada rakyat mereka. Justeru, kerajaan Putrajaya tidaklah perlu takut jika kekuatan mereka sangat tinggi. BERSIH 2.0 hanyalah himpunan rakyat membuang KOTOR. |
KATA-KATA MANIS TETAMU, SIALAKAN!@
Sunday, June 19, 2011
Himpunan Bersih 2.0 membuang kotor??? SIAPA DAN APA BARANG YANG KOTOR?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment