Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 9 Mei: Seramai 20 peneroka dari sembilan Felda di Johor hari ini membuat aduan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam)berkenaan kegagalan anak syarikat Felda, Felda Technoplant Sdn Bhd menguruskan kebun mereka. Felda Technoplant dipertanggungjawabkan menguruskan kebun peneroka di bawah skim penanaman semula, di mana peneroka dihalang daripada menanam semula secara persendirian tanpa seliaan Felda Technoplant. Melalui rancangan ini peneroka diberi wang sara hidup setiap bulan bagi menampung kos tanaman mereka sebelum kelapa sawit mengeluarkan hasil. Akibat terpaksa menyerahkan tanggungjawab penanaman semula kepada Felda Technoplant, peneroka terpaksa menanggung hutang tanpa kerelaan sehingga mencecah RM90 ribu hingga RM120 ribu setahun. Aduan dan penyerahan memorandum tersebut diketuai Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman dan didengar Pesuruhjaya Suhakam, Muhammad Sha'ani Abdullah. "Kes ini sudah banyak kali diutarakan oleh peneroka kerana berkait langsung dengan hutang peneroka yang dipanggil pinjaman sara hidup tapi tidak pernah dilayan sebaliknya peneroka yang banyak mengkritik digelar penderhaka, tidak tahu bersyukur," kata Mazlan dalam pertemuan kira-kira satu jam di pejabat Suhakam, dekat sini. Selain itu hutang peneroka turut dikenakan faedah sebanyak 6.2 peratus, kadar yang tidak pernah berubah sejak dahulu. "Kalau dulu, faedah ini dikenakan sebab Felda ada hutang dengan Bank Dunia. Tapi sekarang hutang Felda dengan Bank Duni ssudah selesai kenapa kadar faedah tidak diturunkan dan dibebankan kepada peneroka?" soalnya yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat. Mazlan yang juga mendakwa Felda Technoplant mengerjakan kerja penyelenggaraan kebun secara sambil lewa selain menggunakan benih dan baja yang bermutu rendah. "Peneroka sudah memohon untuk membeli sendiri baja di pasaran tapi dilarang. Mereka terpaksa menggunakan baja yang disediakan Felda yang ternyata tidak bermutu. Peneroka yang urus kebun mereka sendiri boleh dapat 9 hingga 10 tan kelapa sawit tapi guna baja Felda, boleh dapat 5 hingga 6 tan sahaja," katanya lagi. Mazlan turut mendedahkan bukti bergambar kebun yang dipenuhi semak samun akibat tidak diselenggara Technoplant kepada media. Sehubungan itu, Mazlan menggesa pihak Suhakam menyiasat aduan itu kerana ianya sangat menindas peneroka yang kebanyakannya hanya bergantung kepada hasil kelapa sawit. Sementara itu, Sha'ani dalam responsnya mengakui prestasi anak syarikat Felda semakin merosot akhir-akhir ini. Beliau berkata, pihaknya akan sesegera mungkin mengadakan pertemuan dengan pihak atasan Felda bagi mendapat penjelasan lanjut di samping membawa media melawat kebun-kebun yang didakwa gagal diuruskan dengan baik."Segala masalah ada aspek hak asasi manusia kerana masalah peneroka ini berkaitan nafkah manusia. "Berdasarkan gambar-gambar yang ditunjukkan itu, memang nampak penyelesaian yang diambil Felda sangat lambat dan memang prestasi anak syarikat Felda sangat mengecewakan. "Saya menyertai lawatan ke Gebeng baru-baru ini dan saya lihat ada kepala dan tangki lori milik Felda dibiarkan reput. Ini harta Felda, harta peneroka dan sudah tentu wang rakyat. Kenapa harus dibazirkan," katanya. Peneroka yang hadir adalah daripada Felda Nitar 2, Sungai Mas, papan Timur, Redong, Tenggaroh 1, Bukit Besar, Sungai Sayong, Bukit Apong dan Bukit Ramon, Johor. |
KATA-KATA MANIS TETAMU, SIALAKAN!@
Monday, May 9, 2011
Felda gagal urus kebun, peneroka adu Suhakam???
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment