Presiden Kesatuan Wartawan Nasional (NUJ), Hata Wahari mencadangkan pengarang berita yang tidak mengamalkan etika kewartawanan dalam menyampaikan isu semasa didakwa di mahkamah atau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Ini kerana, menurut beliau berita-berita yang mengandungi unsur fitnah dan hasutan dengan mudah boleh membakar sentimen rakyat yang akhirnya menjejaskan keharmonian negara.
"Sebenarnya tindakan lebih keras patut diambil dan memastikan editor yang bertanggungjawab terhadap pengeluaran berita-berita tersebut, bukan sahaja didakwa di mahkamah atas Akta Fitnah tetapi patut ditahan di bawah Akta ISA kerana cuba mencetuskan pergolakan perkauman dan keagamaan di negara kita," katanya dalam wawancara dengan TV Selangor.
No comments:
Post a Comment