Aziz Muda |
KUALA LUMPUR, 26 Ogos: Kerajaan Malaysia terutama Kementerian Dalam Negeri (KDN) diingatkan agar tidak ghairah untuk memutihkan pendatang asing tanpa izin (Pati) ke negara ini, sebaliknya memberikan lebih tumpuan bagi membersihkan daftar pemilih untuk Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 tidak lama lagi. Namun tindakan kerajaan BN menerusi KDN yang begitu bersungguh-sungguh melaksanakan program pemutihan Pati ke negara ini sekarang amat meragukan kerana ia dilihatkan seperti mempunyai muslihat tertentu. Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, program pemutihan Pati yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan BN sekarang dibimbangi turut dijadikan satu alat untuk kerajaan BN mendapatkan pengundi klon bagi pihak mereka. Menurut beliau, kebimbangan beliau itu sememangnya berasas memandangkan Kerajaan BN yang ditunjangi Umno kini sudah semakin keterlaluan sehingga sanggup memberikan taraf kerakyatan yang begitu mudah kepada warganegara luar. |
KATA-KATA MANIS TETAMU, SIALAKAN!@
Saturday, August 27, 2011
Bukan putihkan pendatang, tapi daftar pemilih !!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment