KATA-KATA MANIS TETAMU, SIALAKAN!@

Sunday, August 7, 2011

kadang-kadang menipu, DAN TAK MENJADI!

“ASP Abdul Kadir” dipenjara 8 tahun, 5 sebatan

07/08/2011 6:02pm

KOTA BHARU 7 Ogos – Seorang bekas pekerja hotel dipenjara lapan tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan iaitu menyamar sebagai anggota polis berpangkat Asisten Supritendan (ASP) bagi menipu mangsanya membabitkan kerugian sebanyak RM140,000.
Tertuduh, Abdul Kadir Sa'adi, 34, dari Miri, Sarawak, menghadapi pendakwaan di dua mahkamah berasingan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Di hadapan Majistret Nor Haslinda Che Seman, tertuduh didakwa menyamar sebagai `ASP Abdul Kadir' bagi memperdaya Wan Aeddy Wan Rodin, 26, untuk menyerahkan barangan kemas bernilai RM125,000 pada 2 Jun lalu, lebih kurang pukul 3 petang bertempat di sebuah kedai barangan kemas di bangunan Intan Plaza, di sini. - Utusan

No comments:

Post a Comment