APMM sertai operasi mencari remaja Korea di perairan Sabah
2011/08/07
KUDAT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Sabah dan Labuan menyertai satu gerakan mencari dan menyelamat seorang warga Korea yang dipercayai lemas ketika sedang bermain luncur air di sekitar kawasan pantai Tanjung Simpang Mengayau yang juga pusat pelancongan popular di bahagian pantai utara Sabah, pagi semalam. Menurut kenyataan APMM di sini hari ini, operasi mencari dan menyelamat mangsa lemas itu dikoordinasikan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Daerah Kudat bersama Pasukan Gerakan Marin dan penduduk setempat.
No comments:
Post a Comment