KATA-KATA MANIS TETAMU, SIALAKAN!@

Sunday, September 18, 2011

PERKASA: Kekalkan elemen pencegahan ISA. INI SATU ORANG ISLAM TAK FAHAM HUKUM ISLAM???


Sep 18, 11 7:40pm
Kongsi 44
PERKASA berharap dua undang-undang baru yang menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 mempunyai penambahbaikan dan lebih adil kepada tahanan.

azlanPresidennya Datuk Ibrahim Ali berkata pada masa yang sama, PERKASA juga mahu elemen pencegahan dalam ISA yang selama ini menjadi instrumen kepada polis bagi mengekang kegiatan subversif di negara ini dikekalkan.

Turut harus dikekalkan ialah elemen pemulihan yang juga sangat berkesan dalam menangani isu keselamatan di negara ini, katanya kepada pemberita, di Kuala Lumpur hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam perutusan Hari Malaysia pada Khamis lepas mengumumkan pemansuhan ISA dan sebagai ganti dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan negara.

Mengulas lanjut, Ibrahim berkata keberkesanan aspek pencegahan dan pemulihan dalam ISA sebelum ini dibuktikan dalam banyak kes termasuk mengekang ajaran sesat seperti Al-Arqam dan kumpulan ekstremis Al-Maunah.

azlan"Justeru, jika ia tidak dipertahankan, bagaimana kerajaan mahu mengatasi kegiatan yang serupa, contohnya jika ada pihak yang cuba menggugat perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

"Ini kerana dalam keadaan dunia yang serba canggih, sesuatu tuduhan itu sukar untuk dibuktikan di mahkamah, ia termasuk ceramah-ceramah yang mempersoalkan hak-hak orang Melayu. Malah, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) pun sukar untuk buktikan perkara ini," katanya.

No comments:

Post a Comment