Ambil tanah: Kerajaan perlu bersihkan nama | | Print | |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 13 Okt: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meminta kerajaan Malaysia menyiasat dakwaan kononnya Malaysia telah mengambil tanah 1,000 hektar secara haram di Kalimantan Barat. “Dakwaan ini telah mengakibatkan kemarahan kepada rakyat Indonesia dan akibatnya mereka mengadakan demontrasi di depan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta,” ujar ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor. Justeru itu, katanya DPPM meminta kerajaan segera membersihkan namanya melalui kenyataan rasmi berhubung isu itu. Dakwaan itu, ujarnya amat serius dan ia berkaitan dengan kedaulatan negara Malaysia dan Indonesia walaupun ia tidak berasas. |
No comments:
Post a Comment