PENDANG: “Cucu saya teringin nak makan ikan puyu sambal. Dia sendiri pergi memancing ikan di sawah belakang rumah dan menyuruh saya masak sambal.
“Saya reda dengan kematiannya kerana dia sempat menjamah ikan puyu sambal itu sehari sebelum kejadian,” kata Aisyah Saad, 82, nenek kepada Mohd Hilmi Omar, 17, yang maut disambar petir ketika berteduh di bawah pokok kelapa di Kampung Alor Kumbang, Bukit Jenun di sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang, mangsa menemani bapa saudaranya, Awang Daud, 58, membajak sawah kira-kira 300 meter dari rumahnya.
Aisyah berkata, cucunya itu tinggal bersamanya sejak tiga bulan lalu kerana kesihatannya tidak mengizinkan untuk dia bergerak seorang diri.
No comments:
Post a Comment