KATA-KATA MANIS TETAMU, SIALAKAN!@

Monday, October 17, 2011

Kristianisasi jadi isu perhimpunan 22 Okt> ISU MURTAD SAMPAI BILA AKAN SELESAI?

Ahli parlimen Kulim-Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin berkata beliau akan menimbulkan isu Kristianisasi ke atas orang Islam dalam perhimpunan yang akan diadakan pada 22 Oktober nanti.

Beliau mendakwa, isu tersebut perlu dibangkitkan demi "memperkukuh ukhwah dan kesatuan Islam."

Isu berkenaan juga akan ditimbulkannya untuk  "menangani isu murtad apabila timbul banyak isu dan serangan terhadap akidah umat Islam."

NONE"Saya akan rujuk beberapa kes termasuk cadangan penubuhan negara Kristian dan penglibatan gereja secara langsung.

"Sekarang gereja sudah berani terlibat dalam kes murtad. Dan kita ada bukti itu," dakwanya lagi ketika ditanya dalam sidang media di bangunan parlimen hari ini.

Ditanya sekiranya tindakan itu akan membangkitkan permusuhan antara penganut Islam dan Kristian, bekas pemimpin PKR itu berkata:

"Saya rasa sudah ada pihak pun yang mengapi-apikan isu agama ini untuk kepentingan politik mereka."

"Pada saya ini isu akidah umat Islam. Kalau kena pertahankan, kita pertahankanlah."

Bekas penyokong kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim itu berkata, salah satu bukti yang akan dikemukakannya berhubung kes Lina Joy.

"Isu seperti itulah yang menimbulkan kebimbangan PAS Selangor apabila perhimpunan itu akan dihadiri tokoh yang tidak sebulu dengan PAS, termasuk presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali.

Seorang lagi tokoh yang akan mengetuai perhimpunan itu ialah bekas penyokong kuat Anwar, Mohd Ezam Mohd Nor.

PAS Selangor tidak senang
PAS Selangor tidak senang dengan perkembangan berkenaan yang dibimbangi "bertujuan menimbulkan buruk sangka dan salah faham di antara agama," kata timbalan pesuruhjayanya Khalid Samad.

pakatan cij parliament pc 131108 khalid samad"Kalau kita baca dan dengar ucapan oleh orang tertentu maka nampak gaya itulah premis mereka.

"Kalau ia sebegitu ia bukan perhimpunan untuk mantapkan akidah umat Islam kerana caranya bukan dengan lagakan orang Islam dengan Kristian atau pihak lain," katanya dalam sidang media sebelum itu di parlimen.

Beliau turut mengingatkan penganjur supaya ambil kira perkara tersebut dan "jangan terpengaruh dengan permainan politik yang berlaku di negeri Selangor."

Khalid juga bimbang sekiranya sokongan ke atas kerajaan Selangor terjejas akibat isu yang ditimbulkan itu.

Tambahnya, PAS Selangor pada asasnya menyokong prinsip asas untuk mengadakan perhimpunan itu.

"(Tapi) kalau betul ada agenda untuk lagakan orang Islam dan Kristian, dan menimbulkan kesangsian di kalangan mereka, kemungkinan kita akan tarik diri," katanya.

No comments:

Post a Comment