KATA-KATA MANIS TETAMU, SIALAKAN!@

Friday, December 30, 2011

Lagi kes kanak-kanak didera??? DITOREH KEMALUANNYA? > JAHATNYAA

SUMBER

ALOR SETAR 30 Dis. – Jika semalam, dua beradik ditemui dalam keadaan menyedihkan, dipercayai akibat didera bapa kandungnya sendiri di Pulau Pinang, satu lagi kes penderaan berlaku kali ini melibatkan seorang budak lelaki di Kedah.

Kanak-kanak lelaki berusia lima tahun itu dipercayai didera oleh ibu angkatnya, seorang anggota pasukan keselamatan sejak empat bulan lalu.
Dia bagaimanapun diselamatkan oleh seorang jiran yang prihatin dengan nasib malang yang menimpa kanak-kanak itu.

Jiran itu yang tinggal berhampiran dengan rumah ibu angkatnya di Taman Derga Jaya di sini membawa kanak-kanak itu untuk mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), kelmarin.
Hasil pemeriksaan, terdapat kesan lebam di seluruh badan termasuk mata sebelah kiri dan paling teruk kesan torehan menggunakan benda tajam di kemaluannya.

Seorang penduduk di taman perumahan itu, Siti Azizah Yaakub (gambar), 56, berkata, penduduk taman perumahan kerap mendengar tangisan mangsa dipercayai akibat dipukul ibu angkatnya sejak empat bulan lalu.
Selalunya mangsa hanya menunggu ibu angkatnya di kawasan letak kereta kerana tidak dibenarkan masuk ke dalam rumah. Kadangkala, kanak-kanak ini terpaksa tidur di situ kerana ibu angkatnya keluar dari pagi hingga malam,” katanya yang ditemui di taman perumahan itu hari ini.

Semalam, dua beradik ditemui dikurung dalam tandas rumah di Taman Mawar, Jalan Raja Uda, Butterworth, dipercayai akibat didera bapanya sendiri.
Sementara itu, menurut Siti Azizah, mangsa tinggal bersama ibu angkatnya dan seorang lagi wanita di rumah tersebut sejak lebih empat tahun lalu dan dia difahamkan wanita itu kini pulang ke kampungnya di Kelantan.
“Ibu angkat mangsa jarang berbual dengan penduduk perumahan ini dan hanya menegur sahaja jika berjumpa,” katanya.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd. Jan memberitahu, seorang wanita berusia lingkungan 30-an dipercayai ibu angkat mangsa kini diburu polis dan dia dipercayai berada di Kelantan.
Adzaman berkata, wanita itu meninggalkan mangsa di sebuah rumah jiran di Taman Derga Jaya kira-kira pukul 4.30 petang kelmarin kerana mahu pulang ke kampungnya.
Bagaimanapun, katanya, jirannya yang merupakan seorang wanita berusia 39 tahun kemudian membuat laporan polis setelah mendapati badan mangsa termasuk mata kiri ada kesan lebam dan terdapat kesan torehan pada kemaluan.
“Pengadu (jiran) menyedari kesan torehan pada kemaluan dan lebam-lebam di seluruh badan dan mata mangsa ketika ingin membersihkan mangsa,” katanya.
Adzaman memberitahu, siasatan kes itu dibuat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001 dan jika sabit kesalahan, pesalah boleh dihukum penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

No comments:

Post a Comment