KATA-KATA MANIS TETAMU, SIALAKAN!@

Showing posts with label ISU MUSLIM DALAM GEREJA. Show all posts
Showing posts with label ISU MUSLIM DALAM GEREJA. Show all posts

Tuesday, August 30, 2011

JAIS mohon sebulan lagi siapkan laporan 'gereja'?? wah wah... lamanyaa...


Ogos 30, 11 9:45pm
Kongsi 22
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memohon tempoh sebulan lagi untuk menyiapkan laporan mengenai serbuan yang dilakukan jabatan itu di Gereja Methodist Damansara Utama pada 3 Ogos lalu, kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

NONEBeliau berkata permohonan itu dibuat oleh jabatan itu pada Khamis lalu semasa beliau mengadakan perjumpaan dengan wakil JAIS dan Harapan Komuniti, penganjur majlis makan malam di gereja itu.

"Pada perjumpaan itu, JAIS menyatakan mereka masih belum menyiapkan laporan dan kami memutuskan untuk memberikan masa kepada mereka bagi menyiapkan laporan itu dan tindakan lain yang perlu," katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan rumah terbuka Aidilfitri di dataran Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Shah Alam hari ini.

Abdul Khalid, bagaimanapun enggan mendedahkan butiran yang dibincangkan pada perjumpaan itu dan hanya berkata perjumpaan membabitkan tiga bahagian.

NONE"Yang pertamanya untuk mengesahkan fakta (berkaitan serbuan JAIS di gereja itu), dan kemudian untuk mengesahkan prosesnya (hak JAIS mengadakan pemeriksaan itu) dan akhir sekali sama ada pemeriksaan itu adalah perkara biasa ataupun tidak.

"Daripada situ, kami boleh buat rumusan untuk memperkemaskan laporan dan untuk mencadangkan tindakan lain," katanya sambil menambah beliau akan mengadakan dua lagi perjumpaan dengan JAIS.

Abdul Khalid berkata JAIS berpendapat mereka mempunyai kes prima facie berdasarkan keterangan yang dikumpul berkaitan pemeriksaan di gereja itu.

Menteri Besar sebelum ini mengumumkan kerajaan negeri telah menubuhkan awatankuasa pendengaran untuk menyiasat pertikaian mengenai serbuan yang dibuat JAIS digereja itu.

Khamis lau wakil JAIS dan Harapan Komuniti mengadakan perjumpaan dengan anggota jawatankuasa pendengaran itu yang terdiri daripada Abdul Khalid, mufti negeri Datuk Tamyes Abd Wahid dan timbalannya Datuk Abdul Majid Omar.

Monday, August 15, 2011

Gereja: Jangan masuk perangkap Umno.. UMNO TERLIBAT??

SUMBER
Khairul Azlam Mohamad   
KUALA TERENGGANU, 15 Ogos: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menyeru pemimpin dan ahli PAS supaya tidak terperangkap atau terjebak dengan ‘perangkap’ Umno dalam isu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan gereja.








“Saya dapat maklumat ‘dalaman’ Jais semalam (14 Ogos), berkait dengan operasi Jais pada 3 Ogos 2011 lalu bahawa ada eleman dan peranan Umno dalam operasi Jais terhadap majlis yang diadakan di kawasan Gereja Methodist, Damansara Utama, Petaling Jaya itu,” ujarnya pada sidang media di pejabat PAS Terengganu, di sini hari ini.
Turut sama ialah Pesuruhjaya dan Setiausaha PAS negeri, Mohd Abdul Wahid Endut dan Yahaya Ali
Beliau berkata, oleh kerana maklumat ‘dalaman’ itu tersangat boleh dipercayai, maka mendedahkannya ekoran timbul pelbagai tafsiran tentang operasi yang dilakukan Jais itu.
Mustafa bersedia mendedahkan maklumat itu kepada Pengarah Jais dalam pertemuan yang akan diadakan nanti.
“Kami akan dedah maklumat-maklumat ini kepada beliau. Ini bergantung kepada Jais, jika esok dia hendak berjumpa kita dedah esok, hendak jumpa bila pun, insya Allah,” ujarnya.    
Sepatutnya, kata beliau pemimpin PAS mengadakan perjumpaan dengan Jais hari ini.
“Tetapi pihak Jais memberi jawapan tidak dapat lagi untuk bertemu kami atas nasihat daripada Tuanku Sultan Selangor berdasarkan surat jawapannya kerana penyiasatan Jais belum lagi selesai,” jelasnya.

Wednesday, August 10, 2011

'Momokan Kristianisasi' - imbas kembali Sabah & SERBUAN KE GEREJA,,


'Momokan Kristianisasi' - imbas kembali Sabah
Aidila Razak
Ogos 11, 11
9:18am
Kongsi 59
Berdasarkan pengalaman kerajaan Sabah pimpinan PBS yang ditumbangkan oleh BN, maka tidak hairanlah jika seseorang mengandaikan serbuan gereja di Petaling Jaya, Selangor minggu lalu adalah sesuatu yang mungkin dirancang, kata beberapa ahli politik veteran Sabah.

NONEMenurut presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee, "momokan Kristianisasi" adalah taktik lama yang digunakan semula itu menunjukkan terdapat "persamaan antara Selangor hari ini dan Sabah era PBS dulu".

Yong (kiri) yang bersama bekas naib presiden PKR Dr Jeffrey Kitingan pada sekitar tahun 1980-an berjaya membongkar terdapat kira-kira 33,000 kes yang didakwa sebagai 'pengundi hantu', tetapi malangnya pendedahan itu ditenggelamkan oleh isu momokan Kristianisasi ke atas PBS.

"Momokan Kristianisasi digunakan... untuk menarik orang Islam kembali kepada Umno, (manakala) penyalahgunaan pengundi hantu dengan menggunakan warga asing dilakukan secara terselindung," kata bekas ketua menteri Sabah itu dalam satu mesej teks kepada Malaysiakini.

Jeffrey, yang merupakan sebahagian daripada pemimpin kerajaan PBS pada tahun 1994, juga mengakui bahawa apa yang berlaku di Selangor hari ini adalah tepat mengambarkan apa yang berlaku di Sabah ketika itu.

NONEJeffrey (kanan), yang mengetuai Institut Kajian Pembangunan (IDS) pada tahun 1980-an, bersama-sama dengan Yong berjaya membongkar bahawa terdapat pertindihan berlipat ganda kad-kad pengenalan yang sama dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Namun ini ditolak terus oleh pemimpin BN.

"NGO Islam yang mempunyai hubungan dengan (ketua BERJAYA) Datuk Harris Salleh kemudiannya memutarkan perkara itu dan menjadikannya isu kaum dan agama dengan mendakwa (kami) menjadikan pertumbuhan penduduk Melayu-Islam sasaran," katanya.

Walau bagaimanapun, kedua-dua pemimpin berpengalaman Sabah ini percaya bahawa taktik lapuk BN tidak mungkin mendapat sokongan meluas pada hari ini kerana sebahagian besar pengundi kini lebih matang dan dapat melihat bahawa momokan Kristianisasi cuma “helah politik".

Bagi ahli parlimem Shah Alam Khalid Samad beliau lebih berhati-hati dengan kenyataannya.

orange book forum klscah 250111 khalid samadJika sebelum ini pendedahan bahawa terdapat penduduk tetap (PR) yang didaftar sebagai pengundi menyaksikan partinya, PAS mempunyai isu menjelang pilihan raya umum akan datang tetapi serbuan gereja berkenaan menjadikan pembangkang lebih defensif.

Khalid yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Selangor percaya tindakan ke atas masyarakat Kristian itu sesuatu yang bermotifkan politik.

"Bagaimana serbuan seperti itu boleh berlaku tanpa pengetahuan anggota exco Selangor mengenai hal ehwal Islam dan Pengarah JAIS - mereka hanya dimaklumkan selepas kejadian itu? Ini menunjukkan kemungkinan ada campur tangan luar," katanya.

isu GEREJA di Selangor...

KIRA-KIRA 20 ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan demonstrasi di depan pagar Bangunan SUK di Shah Alam, hari ini. Demonstrasi itu diadakan sebagai sokongan kepada tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Petaling Jaya selepas mendapat maklumat orang Islam menghadiri majlis di situ. - Foto Roslin Mat Tahir
Aug 10, 2011 1:03 pm

Tuesday, August 9, 2011

PAS kunjungi Jais dan gereja 15 dan 16 Ogos. TABIK LA BRO...

SUMBER
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 9 Ogos: PAS telah menghantar surat rasmi kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan gereja Methodist Damansara Utama bagi menetapkan tarikh pertemuan antara mereka.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar) berkata, kedua-dua surat itu telah dihantar melalui faks ke pejabat kedua-dua badan itu pagi ini.

"Kami cadangkan kunjungan kepada Jais dibuat pada 15 Ogos ini manakala kunjungan ke gereja Methodist pula akan dibuat 16 Ogos ini. Jika kedua-dua pihak bersetuju dengan tarikh itu, kami akan ke sanalah," kata Mustafa kepada Harakahdaily.

Sehingga kini, PAS belum menetapkan siapa wakil mereka ke pertemuan itu namun Mustafa berkata, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tidak akan dapat bersama kerana sudah ke luar negara.

"Besar kemungkinan ia akan diketuai oleh Timbalan Presiden Haji Mohamad Sabu di samping saya dan beberapa yang lain," kata Mustafa.

Pertemuan dengan Jais dan gereja diputuskan oleh mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat Ahad lepas.

Ia bertujuan untuk mendapat gambaran dari mereka sendiri sebelum membuat apa-apa pendirian ekoran tindakan Jais memeriksa gereja berkenaan baru-baru ini.

Tindakan Jais memeriksa gereja itu telah mendapat reaksi yang panas dari pelbagai pihak di negara ini. Ada yang menyokong di samping ada yang membantahnya secara keras.

Ekoran itu, PAS memutuskan untuk mendapatkan bukti dan gambaran yang jelas sebelum mengambil apa-apa sikap.

Saturday, August 6, 2011

ISU GEREJA: Biar JAIS siasat tanpa gangguan, kata NGO Islam

Ogos 6, 11 8:18pm
Kongsi 219
JAIS perlu meneruskan siasatannya jika badan itu mendapati wujud kes gereja terlibat dalam kegiatan menyebarkan agama bukan Islam di kalangan orang Islam, kata NGO Islam Ikatan Muslimin Malaysia.

abdullah zaik pembela seminar on islam under seigePresidennya Abdullah Zaik Abdul Rahman (kiri) berkata, pihak-pihak lain diharapkan tidak mempolitikkan serbuan di Gereja Methodist Damansara Utama, Petaling Jaya kerana ia boleh mengganggu siasatan.

“ISMA mahu JAIS meneruskan siasatan tanpa diganggu oleh mana-mana pihak kerana ia bertepatan dengan bidang tugas JAIS dan undang-undang.

"Kes ini berkait dengan isu sensitif di sisi perlembagaan dan umat Islam dan tidak sepatutnya dijadikan isu politik,” kata Abdullah Zaik.

Dalam kenyatannya hari ini, ISMA juga mempersoal laporan sesetengah media yang dari awal didakwa cuba memberi imej negatif seolah-olah JAIS menceroboh kesucian rumah ibadat dan tidak beretika.

NONE“Saya kesal terhadap sesetengah pemimpin yang seolah-olah hilang ghirah (sensitiviti) terhadap agama sendiri bahkan lebih bersikap ingin membela agama lain atas dasar hak asasi atau menjaga keharmonian antara agama,” kata beliau lagi.

Abdullah Zaik juga menyatakan kebimbangannya terhadap toleransi yang berlebihan - antaranya atas faktor politik - kerana ia membawa kepada sindrom 'kedayusan' di kalangan umat Islam walaupun "kehormatan Islam dan umatnya dicabul di hadapan mata".

"Gejala murtad sama ada dengan memasuki agama lain atau tidak lagi beragama adalah satu jenayah yang mengancam keselamatan negara di sisi Islam.

"Sebagai umat Islam, perbuatan ini sama seperti menconteng arang di muka sendiri dan mencabar maruah dan kehormatan agama Islam," katanya lagi.

ISMA bagaimanapun menegaskan mendukung hubungan harmoni antara kaum dan agama di negara berbilang bangsa tetapi "bertegas dari aspek pelaksanaan undang-undang dan mempertahankan martabat agama dan maruah bangsa".

Friday, August 5, 2011

Gereja: Jangan buat kesimpulan melulu

SUMBER
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 5 Ogos: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Cawangan Negeri Selangor menggesa semua pihak tidak membuat kesimpulan melulu dan memberikan tekanan kepada mana-mana pihak berhubung pemeriksaan yang telah dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (Jais) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap Majlis Makan Muhibah di Gereja Methodist, Damansara Utama, baru-baru ini.

Bagaimanapun, Yang Diper
tuanya, Khairun Abas berkata, pihaknya memandang serius berita berkenaan.
Pemeriksaan tersebut dimaklumkan oleh pihak berkuasa hasil daripada laporan terdapatnya unsur-unsur penyebaran agama lain kepada orang Islam yang bertentangan dengan perlembagaan Persekutuan dalam artikel 11(4).

Dalam laporan awal yang dikeluarkan pihak Jais terdapat beberapa individu muslim menyertai majlis  tersebut dan ia melanggar Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995.

“Abim menggesa semua pihak sewajibnya menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dengan telus dan mencari kebenaran di atas peristiwa yang telah berlaku,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, Abim Selangor merasakan bahawa itulah yang sepatutnya dilakukan oleh setiap warga Malaysia dalam mana-mana pertikaian yang wujud.
Menurutnya, mengambil pendekatan popular apatah lagi kesimpulan yang sempit terutamanya dalam hal-hal yang sangat rapuh seperti itu amat berlawanan dengan semangat kerukunan hidup dalam kepelbagaian masyarakat.
Beliau berkata, setiap institusi penguatkuasa yang wujud perlu dihormati selama mana mereka melaksanakan tugas yang diperuntukkan berlandaskan undang-undang.
Tambahnya, Abim Selangor juga berkeyakinan bahawa pihak berkuasa bertindak mengikut saluran yang diperuntukkan oleh undang-undang.
Justeru, ujarnya sebarang tekanan dan campur tangan di luar skop perundangan dibimbangi akan menjejaskan proses siasatan dan usaha-usaha mencari fakta dan kebenaran dalam hal ini.
“Pihak Abim Selangor juga kesal laporan akhbar yang membangkitkan kembali isu-isu penggunaan kalimah Allah, pengeboman gereja, sekatan Injil Bahasa Melayu yang mana ianya seolah-olah membangkitkan kembali rasa ketidakselesaan beragama yang telah kita nikmati selama ini,” ujarnya.
Katanya, Abim Selangor juga percaya sekiranya semua pihak bersikap tidak prejudis, terbuka dan yakin dengan proses perundangan sedia ada maka sebarang masalah mampu diatasi  dan keharmonian hidup beragama yang dinikmati selama ini dipertahankan.