KATA-KATA MANIS TETAMU, SIALAKAN!@

Showing posts with label HIMPUNAN SEJUTA UMAT BAGI ISU MURTAD. Show all posts
Showing posts with label HIMPUNAN SEJUTA UMAT BAGI ISU MURTAD. Show all posts

Wednesday, October 26, 2011

Murtad: Ke mana arah sasarannya>> KENAPA HIMPUN DILAYAN? BERSIH 2.0 TAK DILAYAN SEBEGITU? NAHH.. ADA APA2 KOTTT

SUMBER | Print |
Tuan Guru Abdul Hadi Awang   
Satu himpunan besar dikerah bagi menangani gejala murtad yang berlaku dalam masyarakat Islam di Malaysia. Kepada siapa ditujukan sekiranya ia adalah bantahan? Apakah pendekatan dan uslub yang akan diambil? Dua perkara ini perlu dilihat dan difahami sedalam-dalamnya, supaya kerja yang berjenama Islam mengikut landasannya yang sebenar dan menepati kebijaksanaan yang ditunjuk oleh Al Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W.
Kecintaan kepada Islam adalah wajib, sebagaimana mempertahankannya juga adalah wajib. Perlu difahami bahawa setiap langkah hendaklah berlandaskan mesej yang istiqamah. Bukan sahaja berjaya mempertahankan Islam dan memelihara iman yang ada dalam diri dan penganutnya, dalam masa yang sama berjaya menyampaikan dakwah kepada bukan Islam yang menjadi sasaran dakwah Islamiyyah.
Perlu diambil iktibar, mengapa generasi awal Islam yang menghukum dengan keras terhadap orang Islam yang murtad, dalam masa yang sama menarik orang lain masuk Islam beribu kali ganda tanpa paksaan. Ini kerana Islam mengharamkan paksaan terhadap penganut agama lain. Mengapa pula dizaman kita ini diwarwarkan ramai yang murtad sehingga membimbangkan dan diberitakan terlalu berkurangan orang yang berminat kepada Islam. Kalau ada sekalipun kelihatan berkeliaran menunjukkan lesen mengemis daripada Jabatan Agama. Sedangkan dizaman keemasan pemerintahan Islam, orang yang baru menganut Islam boleh memegang jawatan tinggi dalam negara dan ada yang menjadi ketua negara. Malah ada yang menjadi ulama dan ilmuan terbilang yang membina Hadarah Islamiyyah (Tamadun Islam) bukan Islam Hadari yang sudah hampir lenyap suaranya.
Satu masa yang masih dekat berlalunya, ada seorang hamba Allah berjawatan Mufti, mewarwarkan ribuan orang melayu menjadi murtad dan masuk agama kristian dan hindu. Sehingga ada orang yang dipanggil polis dan mufti itu juga dipanggil polis untuk disoal siasat. Namun beritanya hilang entah ke mana, entah diletak dibawah karpet atau di mana failnya. Wallahu’alam, terserah kepada pihak yang berkenaan  sama ada ia berita benar atau provokasi yang sengaja dicetuskan.
Media Islam antarabangsa melaporkan perkembangan pesat Islam di Eropah, Amerika, Asia Tengah dan Afrika. Di England sahaja mereka yang baru masuk Islam mencecah setengah juta orang dalam masa terdekat yang kebanyakannya kalangan terpelajar. Tiba-tiba masyarakat Islam di-Malaysia dilanda taufan murtad.
Kesalahan Murtad dimasukkan dalam perundangan Islam, dalam bahagian hukum jenayah berat. Adapun pendekatannya ditujukan kepada penganut Islam sahaja, tanpa disasarkan kepada penganut agama lain yang berada dalam masyarakat majmuk bersama masyarakat Islam. Orang Islam sendiri yang disalahkan sekiranya berlaku murtad, sama ada individu yang murtad atau kerajaan yang lemah dengan pegangan Islamnya dan tidak adil terhadap rakyatnya kerana tidak beramal dengan hukum-hukum Islam dan akhlaknya yang mulia. Ada pun kalangan bukan Islam diajak berdailog secara ilmiah dan dibuktikan  beramal dengan akhlak Islam dan hukumnya yang adil. Inilah nas Al Quran dan Hadith.
Para ulama sqidah dan Syariat menyatakan kepada umat Islam secara fardu Ain, bahawa batas-batas Iman dan Kufur, serta menegaskan takrif murtad apabila seseorang itu melakukan apa sahaja yang ,membatalkan Iman dan Islamnya atau membatalkan dua kalimah Syahadah secara ilmu dan yakin tanpa paksaan. Murtad itu bukan sahaja menganut agama yang lain daripada Islam, tetapi murtad juga berlaku walaupun tidak menganut apa-apa agama, atau menganut sebahagian ajaran Islam sahaja, iaitu dengan tidak percaya kepada mana-mana ajaran Islam atau menghinanya, sama ada perkara rukun  atau wajib dan sunat atau halal dan haram. atau harus.  Murtad juga boleh berlaku dengan mempersenda-sendakannya secara ucapan, tulisan, kartun, lakunan drama  dan sebagainya.
Adakah umat Islam hari ini diajar batas-batas Iman dan kufur dan perkara –perkara yang membatalkan dua kalimah syahadah? Atau sekadar mempelajari batal sembahayang puasa sahaja. Ini menunjukkan kejahilan boleh menempah murtad walau pun boleh dimaafkan kerana kejahilannya.
Rasulullah S.A.W. mengajar bangsa dan keluarganya batas sempadan diantara  iman dan kufur, dan sempadan kasih kepada Islam, bangsa dan keluarga. Walaupun semuanya wajib dicintai. Tetapi aqidah Islam asas kepada selamatnya keluarga dan bangsa. Sehingga kaumnya menyedari bahawa selamatnya arab dengan Islam, bukan selamat Islam dengan arab, sehingga melahirkan bangsa arab yang berpegang dengan Islam tidak berlaku zalim terhadap kaum lain. Slogan ‘Selamat Melayu Maka Selamat Islam’ menandakan masih kabur kefahaman terhadap batas-batas iman dan kufur.
Seluruh kajian orentalis yang dicatatkan menegaskan terlalu sedikit mereka mencapai kejayaan memurtadkan orang Islam sepanjang zaman penjajah, hanya segelintir sahaja penganut Islam yang berjaya dimurtad meninggalkan agama Islam. Maka dirancang melalui serangan pemikiran untuk memurtadkan umat Islam daripada mana-mana ajaran Islam melalui  pendidikan,  media  dan budaya nafsu yang melalaikan. Bukan melalui cara meninggalkan agama Islam dan masuk agama lain, tetapi melakukan kesalahan murtad dalam keadaan masih merasakan dirinya menganut Islam.
Apabila munculnya Kamal Atarturk yang dianggap bapa Turki Moden, dengan melaksanakan sekulerisme yang memisahkan politik daripada agama Islam saperti yang dimaktubkan dalam kitab Injil Mathew, tampil dengan gagah berani seorang tokoh besar Ulama Turki Shaikh Mustafa Sobri, yang pernah menjadi Shaikhul Islam kepada kerajaan Othmaniyyah. Beliau menegaskan dalam buku yang dikarangnya : “Bahawa teori sekulerisme yang memisahkan politik (urusan pemerintahan negara daripada agama Islam) adalah jalan pintas  paling terdekat menuju kearah murtad.  Fatwa ini dikuatkan oleh Al Marhum Mufti Arab Saudi Shaikh Abdul Aziz bin Baz dan Pengerusi Persatuan Ulama Antarabangsa Dr Yusuf Al Qardawi yang diberi tokoh Maal Hijrah oleh kerajaan Malaysia.
PAS  ingin mengambil contoh para Sahabat R.A. dan generasi awal umat Islam yang meneruskan perjalanan dakwah Rasulullah S.A.W.  dalam menghadapi peristiwa murtad yang paling mencabar dalam seluruh sejarah Islam, dengan kejayaan mengambalikan semula ratusan ribu mereka yang murtad kepada Islam dan ramai kalangan selepas murtad berjaya menegakkan Islam sehingga menumbangkan kuasa besar Parsi yang zalim.
PAS tidak bersedia bangkit laksana keluar beramai-ramai untuk menangkap hanya segelintir  pencuri yang berjaya melepaskan diri, dengan cara pencuri berada sama dikalangan orang ramai yang memburunya, sama-sama meneriakkan : Pencuri! Pencuri! Akhirnya pencuri hilang bersama suara laungan yang berkumandang.
PAS tetap mengambil kira jasa Al Marhum Tunku Abdul Rahaman yang menubuhkan Perkim dan berjaya mengIslamkan tokoh-tokoh besar dizamannya tanpa huru-hara, dan memerhati kalangan mereka yang gagal meneruskan perjuangannya dan Perkim hilang entah dimana. PAS juga mengambil kira kejayaan Al Marhum Tun Datu Mustafa yang berjaya mengIslamkan ribuan rakyat Sabah dengan pertubuhan USIA nya, dan memerhati mereka yang lupakan tugas dakwah susulan kerana ditindih oleh kayu-kayu balak di Sabah dan Serawak .
PAS memilih uslub menyampaikan mesej Islam dengan konsep yang ditunjukkan oleh Al Quran dan Rasulullah S.A.W. dengan cara memantapkan aqidah umat Islam sendiri secara istiqamah yang menghalang murtad dengan ilmu dan syariat yang tegas dan adil,  menghukum penganut Islam, dan menyampaikan dakwah kepada pihak lain tanpa paksaan  dengan uslub hiwar antara agama dan tamadun, serta berhujah dengan ilmu dan amal Islam yang adil dan sempurna.

Wednesday, October 19, 2011

PEMBANGKANG TAK JOIN 'HIMPUN'!

Pembangkang tak sertai HIMPUN


2011/10/20

Perhimpunan Sejuta Umat Islam selamat akidah tak untungkan parti

KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak akan menyertai Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) Sabtu ini di Stadium Shah Alam.

Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat selepas mengadakan mesyuarat semalam dan semua anggota pembangkang sebulat suara mendapati ia tidak akan memberi hasil yang positif kepada parti berkenaan.
PKR bimbang penyertaannya dalam HIMPUN kelak akan dipergunakan dan diperalatkan oleh pihak tertentu terutama daripada beberapa parti politik arus perdana, katanya pada sidang media di lobi Parlimen, semalam.
Anwar yang juga Ketua Pembangkang berkata, PAS turut mengikut langkah PKR dengan tidak menyertai himpunan itu.

PKR tidak mahu menimbulkan kegelisahan dan kecurigaan di antara agama dan kaum lain akibat penyertaannya dalam perhimpunan yang dijangka akan dihadiri seramai sejuta umat Islam di stadium itu, katanya.

Perhimpunan yang bertemakan Selamatkan Akidah itu anjuran bersama badan bukan kerajaan (NGO), NGO Islam, institusi pendidikan, warga korporat, kelab sukan dan riadah, persatuan seni mempertahankan diri, pasukan beruniform, kelab belia, ahli jawatankuasa masjid dan surau, tenaga guru dan beberapa lain-lain badan.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri tidak masuk campur dalam HIMPUN kerana ia dianjurkan oleh NGO.
Bagaimanapun, katanya, pada hari yang sama kerajaan negeri menganjurkan karnival anak muda membabitkan mahasiswa di seluruh negara di Stadium Malawati yang terletak bersebelahan dengan Stadium Shah Alam.

Katanya, program itu sudah dirancang lebih awal serta tiada kaitan dengan perhimpunan itu.

PAS Selangor juga tidak akan menyertai HIMPUN selaras dengan keputusan PAS Pusat.

Pesuruhjayanya, Dr Abdul Rani Osman berkata, perhimpunan berkenaan anjuran NGO dan tidak wajar parti politik seperti PAS untuk menyertainya.

Kita sudah mendapat arahan daripada pimpinan tertinggi PAS pada peringkat Pusat dan kita akur dengan arahan untuk tidak sertai perhimpunan.

Bagaimanapun, kita tidak menyekat mana-mana ahli parti untuk menghadiri perhimpunan itu atas atas kapasiti peribadi atau pembabitan mereka dengan mana-mana NGO, katanya ketika dihubungi di sini. BERNAMA








Monday, October 17, 2011

Himpunan anti murtad: PAS beri sokongan bersyarat... jika penganjurannya bertujuan memantapkan akidah umat Islam dan bukannya menimbulkan ketegangan agama di negara ini.

PAS Selangor akan hanya menyokong konvensyen Himpunan Sejuta Umat pada 22 Oktober ini jika penganjurannya bertujuan memantapkan akidah umat Islam dan bukannya menimbulkan ketegangan agama di negara ini.

NONEBercakap pada sidang akhbar hari ini, pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman berkata PAS berharap penganjuran himpunan itu tidak dijadikan agenda politik yang bertujuan menyerang kerajaan Pakatan Rakyat.

“Sebarang usaha untuk melaga-lagakan antara penganut-peganut pelbagai agama dengan tidak terdapat sebarang bukti kesalahan yang diputuskan di mahkmah perlu dijauhi.

“Tindakan seperti ini hanya bertujuan untuk menutup masalah yang menimpa umat Islam, di mana akidah mereka dicemari oleh fahaman sekularisme dan sebagainya dan sebaliknya meletakkan kesalahan itu kepada pihak lain,” katanya.

Abdul Rani yang juga ADUN Meru berkata PAS pada dasarnya menyokong usaha memanatpkan akidah umat Islam kerana ia satu-satunya cara membina kekuatan Islam.

Bagaimanapun, pihak penganjur sepatutnya memfokus kepada ancaman sebenar Islam seperti “perkauman, sekularisme dan materialisme” dan membincangkan penyelesaian berhubung ancaman itu.

azlan“Adalah diharap pihak penganjur tidak akan terpengaruh dengan usaha pihak tertentu untuk menimbulkan ketegangan di antara agama di negeri Selangor ini.

“Tindakan sedemikian adalah satu agenda politik dan bertujuan menyerang kerajaan Pakatan Rakyat,” katanya.

Sekumpulan NGO Islam akan menganjurkan sebuah majlis yang dinamakan Himpunan Sejuta pada Sabtu ini dengan tema “Selamatkan Akidah Umat “.

Menurut laman web kumpulan itu, antara objektif himpunan itu adalah “mengukur tahap kesatuan dan semangat kekitaan di kalangan orang Islam khasnya terhadap gerak-kerja Kristianisasi termasuk peristiwa 3 Ogos 2011.”

azlanPada 3 Ogos lalu, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat pemeriksaan di premis gereja Methodist di Damansara Utama berikutan terdapat maklumat usaha memurtadkan umat Islam akan dilakukan.

Premis gereja itu digunakan oleh sebuah NGO, Harapan Komuniti bagi majlis makan malam yang turut dihadiri oleh beberapa umat Islam.

Setakat ini, 25 NGO telah mengikrarkan sokongan terhadap Himpunan Sejuta Umat yang dijadualkan di Stadium Shah Alam, termasuk PAS.

Kristianisasi jadi isu perhimpunan 22 Okt> ISU MURTAD SAMPAI BILA AKAN SELESAI?

Ahli parlimen Kulim-Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin berkata beliau akan menimbulkan isu Kristianisasi ke atas orang Islam dalam perhimpunan yang akan diadakan pada 22 Oktober nanti.

Beliau mendakwa, isu tersebut perlu dibangkitkan demi "memperkukuh ukhwah dan kesatuan Islam."

Isu berkenaan juga akan ditimbulkannya untuk  "menangani isu murtad apabila timbul banyak isu dan serangan terhadap akidah umat Islam."

NONE"Saya akan rujuk beberapa kes termasuk cadangan penubuhan negara Kristian dan penglibatan gereja secara langsung.

"Sekarang gereja sudah berani terlibat dalam kes murtad. Dan kita ada bukti itu," dakwanya lagi ketika ditanya dalam sidang media di bangunan parlimen hari ini.

Ditanya sekiranya tindakan itu akan membangkitkan permusuhan antara penganut Islam dan Kristian, bekas pemimpin PKR itu berkata:

"Saya rasa sudah ada pihak pun yang mengapi-apikan isu agama ini untuk kepentingan politik mereka."

"Pada saya ini isu akidah umat Islam. Kalau kena pertahankan, kita pertahankanlah."

Bekas penyokong kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim itu berkata, salah satu bukti yang akan dikemukakannya berhubung kes Lina Joy.

"Isu seperti itulah yang menimbulkan kebimbangan PAS Selangor apabila perhimpunan itu akan dihadiri tokoh yang tidak sebulu dengan PAS, termasuk presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali.

Seorang lagi tokoh yang akan mengetuai perhimpunan itu ialah bekas penyokong kuat Anwar, Mohd Ezam Mohd Nor.

PAS Selangor tidak senang
PAS Selangor tidak senang dengan perkembangan berkenaan yang dibimbangi "bertujuan menimbulkan buruk sangka dan salah faham di antara agama," kata timbalan pesuruhjayanya Khalid Samad.

pakatan cij parliament pc 131108 khalid samad"Kalau kita baca dan dengar ucapan oleh orang tertentu maka nampak gaya itulah premis mereka.

"Kalau ia sebegitu ia bukan perhimpunan untuk mantapkan akidah umat Islam kerana caranya bukan dengan lagakan orang Islam dengan Kristian atau pihak lain," katanya dalam sidang media sebelum itu di parlimen.

Beliau turut mengingatkan penganjur supaya ambil kira perkara tersebut dan "jangan terpengaruh dengan permainan politik yang berlaku di negeri Selangor."

Khalid juga bimbang sekiranya sokongan ke atas kerajaan Selangor terjejas akibat isu yang ditimbulkan itu.

Tambahnya, PAS Selangor pada asasnya menyokong prinsip asas untuk mengadakan perhimpunan itu.

"(Tapi) kalau betul ada agenda untuk lagakan orang Islam dan Kristian, dan menimbulkan kesangsian di kalangan mereka, kemungkinan kita akan tarik diri," katanya.