KATA-KATA MANIS TETAMU, SIALAKAN!@

Friday, September 30, 2011

PAS tegaskan pendirian rasmi mengenai hudud


Sep 30, 11 11:36am
Kongsi 116
PAS berpendirian bahawa Kelantan dan Terengganu mempunyai hak untuk memperkanunkan Enakmen Jenayah Syariah masing-masing yang telah diperakui kewujudannya oleh Pakatan Rakyat.
Majlis pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat kelmarin, telah memperakui kewujudan Enakmen Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003.

pas muktamar 130610 tuan ibrahim tuan manMenurut PAS, persoalan sejauhmana kesediaan kerajaan pusat memberi kebenaran, merupakan perkara kedua yang perlu diselesaikan melalui proses yang sesuai dan munasabah.

Perkara itu ditegaskan dalam satu kenyataan pendirian rasmi parti itu yang dikeluarkan oleh ketua penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (kiri).
Menurutnya, rakyat Kelantan khususnya memilih PAS atas dasar Islam yang di bawanya, kerana itu mereka seharusnya diberi hak bagi mengamalkan ajaran mereka.
"Sebarang usaha menghalang adalah bertentangan dengan semangat demokrasi yang dipersetujui bersama.

"Kini terpulang kepada kerajaan Kelantan bagi membawa Enakmen berkenaan di peringkat yang seterusnya," katanya.

Mengenai perbezaan pandangan DAP terhadap Enakmen Jenayah Syariah, PAS berpendirian bahawa ia berpusat di atas penafsiran bahawa ianya bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

"Persoalan penafsiran ini adalah suatu isu yang sangat relatif kerana wujud perbezaan ketara antara pandangan pengamal undang-undang kedua belah pihak, terutama kaedah untuk mengatasinya.

"PAS melihat soal tafsiran mana yang menepati peruntukan perlembagaan hanya akan dapat diputuskan oleh mahkamah perundangan," tambahnya.
Berikut adalah kenyataan rasmi berhubung pendirian PAS:
Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin menegaskan bahawa aktiviti dan perjuangan PAS adalah dalam kerangka demokrasi dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan jaminan kebebasan mengamalkan agama-agama lain, kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mempertahankan hak bahasa ibunda masing-masing, kedudukan dan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu serta kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak-hak semua kaum yang telah dijamin oleh Perlembagaan.

PAS juga ingin menegaskan komitmen untuk melaksanakan perubahan menyeluruh dalam negara kita ini, menerusi muafakat rakyat yang telah dipersetujui dalam penegasan bersama yang disebutkan dalam Platfom Dasar Bersama Pakatan Rakyat (Pakatan Rakyat Common Policy Platform) dan Dokumen Buku Jingga.

PAS juga amat berpegang dan memperjuangkan prinsip negara berkebajikan yang menuntut dilaksanakan keadilan Islam untuk semua dalam masyarakat, dan menolak sekeras-kerasnya tindakan yang berunsur kezaliman terhadap mana-mana rakyat dalam semua tindakannya samada di peringkat dasar parti atau kerajaan yang dipimpin oleh PAS.

Perbezaan pandangan DAP terhadap Enakmen Jenayah Syariah adalah berpusat di atas penafsiran bahawa ianya bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Persoalan penafsiran ini adalah suatu isu yang sangat relatif kerana wujud perbezaan ketara antara pandangan pengamal undang-undang kedua belah pihak, terutama kaedah untuk mengatasinya. PAS melihat soal tafsiran mana yang menepati peruntukan perlembagaan hanya akan dapat diputuskan oleh mahkamah perundangan.

Sehubungan dengan perakuan bahawa Enakmen Jenayah Syariah II (1993) Kelantan dan Enakmen Jenayah Syariah (2003) Terengganu yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri masing-masing, maka PAS melihat kerajaan negeri mempunyai hak bagi memperkanunkan undang-undang tersebut.

Persoalan sejauh mana kesediaan Kerajaan Pusat memberi kebenaran merupakan perkara kedua yang perlu diselesaikan melalui proses yang sesuai dan munasabah.

Rakyat Kelantan khususnya memilih PAS atas dasar Islam yang di bawanya, kerana itu mereka seharusnya diberi hak bagi mengamalkan ajaran mereka. Sebarang usaha menghalang adalah bertentangan dengan semangat demokrasi yang dipersetujui bersama. Kini terpulang kepada kerajaan Kelantan bagi membawa Enakmen berkenaan di peringkat yang seterusnya.

Utusan bersalah fitnah Khalid Samad

SUMBER | Print |
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 30 Sept: Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Dr Prasad Sandosham Abraham hari ini memutuskan akhbar Utusan Malaysia telah memfitnah ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad (gambar) berkaitan berita di muka hadapan akhbar itu bertarikh 11 Oktober 2009 yang bertajuk ' Zulkifli bidas Pak Janggut'.

Berita itu antara lain melaporkan 'Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin membidas individu yang digelarnya Pak Janggut yang sanggup memutar belit ayat-ayat Al Quran untuk mempertahankan pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23 Shah Alam..'

Di dalam samannya yang menamakan Ketua Pengarang Utusan, penerbit dan pencetak akhbar itu, Khalid menyatakan berita fitnah itu merujuk kepada beliau meskipun nama beliau tidak disebut.

Ini kerana sebelum berita itu diterbitkan, beliau ada menulis surat kepada penduduk Seksyen 23 di mana di dalam surat tersebut Khalid ada menukilkan ayat-ayat Al-Quran bagi menegaskan perlunya umat Islam berlaku adil dalam isu pembinaan kuil di Sekyen 23 Shah Alam.

Hakim bersetuju bahawa artikel tersebut merujuk kepada Khalid dan hakim berkata tuduhan memutar belit ayat al-Quran adalah fitnah yang serius, lebih serius dari menuduh orang Islam sebagai Abu Jahal.

Hakim juga menetapkan 11 Oktober ini untuk mendengar hujah peguam kedua-dua pihak berkaitan isu gantirugi.

Khalid Samad yang juga AJK PAS Pusat diwakili peguam Mohamed Hanipa Maidin dan Azhana Khairudin manakala Utusan diwakili peguam Mohan dari Tetuan Shafiee & Mohan.

USUL MANSUH ISA MAC 2012?? ALAHAIII.. LAMA LAGIII

Abdul Rahim Sabri
Sep 30, 11
6:37pm
Kongsi 38
Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan akan mengemukakan usul untuk memansuhkan akta ISA 1960 ke parlimen pada Mac depan.

Sementara itu, usul untuk memansuhkan Akta Kediaman Terhad 1959 dan Akta Buang Negeri 1959 pula akan dibawa ke parlimen pada sesi bermula minggu depan, katanya lagi.

Selain itu, usul pindaan ke atas Seksyen 27 Akta Polis 1967 pula akan dibentangkan pada November, tambahnya.

"Minggu depan saya akan mulakan proses itu. Tetapi akta ISA, kita kata bulan Mac tahun hadapan sebab kita kena gubal dua akta baru. Yang lain, yang mana kita boleh buat cepat, kita akan buat cepat.

Isa kini musuh nombor 1 warga Felda?

sumber | Print |
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 30 Sept: Bagi warga Felda, Pengerusi baru mereka, Tan Sri Isa Samad kini menjadi musuh nombor satu mereka.

Tidak sampai setahun dilantik oleh Datuk Seri Najib Razak untuk menjaga Felda, Isa didakwa menunjukkan belangnya yang sebenar satu per satu.

Kemuncak kemarahan mereka kepada Isa adalah perlantikan beliau sendiri sebagai Pengerusi Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPF) dalam mesyuaratnya menjelang Aidil Fitri lalu.
(Bangunan KPF yang tersergam indah)

Mesyuarat itu pula dibuat kononnya atas sekeping surat yang ditunjukkan Isa kononnya persetujuan Najib agar beliau mengambilalih KPF.

Yang tragisnya bagi warga Felda, pengambilalihan ini dibuat ketika pemegang jawatan itu, Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abd Wahad tidak ada.

Ketika itu, Dzulkifli sedang menunaikan umrah di Makkah dan hanya pulang ke tanah pada hari keempat Aidilfitri.


Bagi warga Felda, Datuk Dzulkifli adalah pemimpin terbaik Felda yang mereka temui.

Semasa Datuk Dzulkifli menjadi pengerusi KPF, ahlinya yang terdiri dari peneroka dan kakitangan Felda mendapat dividen terbaik.

Hampir setiap tahun, KPF akan memberikan sekitar 15 peratus dividen setiap tahun, jauh lebih baik dari mana-mana koperasi di negara ini.

Hasilnya, KPF telah diangkat menjadi koperasi contoh di peringkat negara dan dipuji di peringkat antarabangsa.

Julai lalu, KPF muncul antara 10 koperasi cemerlang di negara ini apabila menerima Anugerah Koperasi Cemerlang (Kluster Besar) 2011.

Kepercayaan orang ramai, pengurusan dan pentadbiran yang baik merupakan faktor utama yang membolehkan KPF memenangi anugerah tersebut.

Malah, kejayaannya merangkul anugerah tersebut merupakan bukti selanjutnya prestasi semasa koperasi itu serta kemampuannya memberikan sumbangan kepada masyarakat dan memainkan peranan aktif untuk terus memperkukuhkan gerakan koperasi di dalam negara.

Selain KPF, Bank Rakyat turut menerima anugerah yang sama.
(Perdana Menteri menyampaikan anugerah koperasi terbaik kepada KPF)
KPF yang ditubuhkan pada tahun 1980 merupakan koperasi warga petani terbesar di Malaysia.

Kini, selepas Isa merampas kuasa sebagai pengerusi KPF, para ahlinya menjadi tertanya-tanya, apakah nasib mereka selepas ini.

Ke manakah duit puluhan juta yang mereka kumpulkan selama ini dalam koperasi itu akan dibelanjakan Isa selepas ini.

KPF telah ditubuhkan pada 1 Julai 1980 di bawah Ordinan Koperasi 1948 untuk menjadi simpanan dan pelaburan anggota Felda.

Penubuhan KPF ini untuk memberi peluang secara adil kepada warga Felda untuk turut serta memiliki ekuiti dalam syarikat-syarikat Felda melaluinya.

Hasrat untuk menubuhkan KPF sebagai suatu wadah simpanan pelaburan warga Felda telah dicetuskan pada Mesyuarat Lembaga FELDA yang ke 102 pada 15 Januari 1980 Yang dipengerusikan oleh Y.M Tan Sri Raja Muhammad Alias.

Dengan iltizam yang tinggi pihak pengurusan ketika itu, maka KPF telah ditubuhkan pada 1 Julai 1980 di Bawah Ordinan Koperasi 1948 (Digantikan oleh Akta Koperasi 1993).

KPF telah menjadi wadah simpanan dan pelaburan warga Felda yang unggul sehingga kini.

Setiap pelabur dibenarkan melabur sehingga RM250,000 dan ramai ahlinya mempunyai pelaburan sebanyak itu.

Thursday, September 29, 2011

Guan Eng mohon maaf pada Sultan Johor

Sep 30, 11 1:27pm
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memohon maaf kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar kerana menyinggung perasaan baginda berhubung satu kenyataan yang didakwa memburukkan Johor dan mengenai kadar jenayah di negeri itu.

Lim berkata beliau memohon maaf sepenuhnya kepada baginda dan rakyat negeri Johor.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Pulau Pinang hari ini, Lim berkata, beliau tidak mempunyai sebarang niat untuk memburukkan Johor atau mana-mana negeri lain.

Pendirian rasmi PAS mengenai hudud. JOM BACA!!!

SUMBER | Print |
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 30 Sept: Selaras dengan pendirian Pakatan Rakyat yang mengiktiraf Enakmen Jenayah Syariah di Kelantan dan Terengganu, PAS berpendirian kedua-dua negeri itu berhak memperkanunkan undang-undang tersebut.

Dalam satu kenyataan menyatakan pendirian rasmi parti itu, Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, persoalan kini, sejauh mana kesediaan Kerajaan Pusat memberi kebenaran untuk melaksanakannya.

Menurutnya, perbezaan pandangan dengan DAP khususnya dalam soal penafsiran "bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan" adalah sangat relatif kerana wujud perbezaan ketara antara pandangan pengamal undang-undang kedua belah pihak, terutama kaedah untuk mengatasinya.
"PAS melihat soal tafsiran mana yang menepati peruntukan perlembagaan hanya akan dapat diputuskan oleh mahkamah perundangan," katanya.
Berikut adalah kenyataan rasmi berhubung pendirian PAS:

1.   Parti Islam SeMalaysia  (PAS) ingin menegaskan bahawa aktiviti dan perjuangan PAS adalah dalam kerangka demokrasi dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan jaminan kebebasan mengamalkan agama-agama lain, kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mempertahankan hak bahasa ibunda masing-masing, kedudukan dan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu serta kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak-hak semua kaum yang telah dijamin oleh Perlembagaan.

2. PAS juga ingin menegaskan komitmen untuk melaksanakan perubahan menyeluruh dalam negara kita ini, menerusi muafakat rakyat yang telah dipersetujui dalam penegasan bersama yang disebutkan dalam Platfom Dasar Bersama Pakatan Rakyat (Pakatan Rakyat Common Policy Platform) dan Dokumen Buku Jingga.

3. PAS juga amat berpegang dan memperjuangkan prinsip negara berkebajikan yang menuntut dilaksanakan keadilan Islam untuk semua dalam masyarakat, dan menolak sekeras-kerasnya tindakan yang berunsur kezaliman terhadap mana-mana rakyat dalam semua tindakannya samada di peringkat dasar parti atau kerajaan yang dipimpin oleh PAS.

4. Perbezaan pandangan DAP terhadap Enakmen Jenayah Syariah adalah berpusat di atas penafsiran bahawa ianya bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Persoalan penafsiran ini adalah suatu isu yang sangat relatif kerana wujud perbezaan ketara antara pandangan pengamal undang-undang kedua belah pihak, terutama kaedah untuk mengatasinya. PAS melihat soal tafsiran mana yang menepati peruntukan perlembagaan hanya akan dapat diputuskan oleh mahkamah perundangan.

5. Sehubungan dengan perakuan bahawa Enakmen Jenayah Syariah II (1993) Kelantan dan Enakmen Jenayah Syariah (2003) Terengganu yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri masing-masing, maka PAS melihat kerajaan negeri mempunyai hak bagi memperkanunkan undang-undang tersebut. Persoalan sejauh mana kesediaan Kerajaan Pusat memberi kebenaran merupakan perkara kedua yang perlu diselesaikan melalui proses yang sesuai dan munasabah. Rakyat Kelantan khususnya memilih PAS atas dasar Islam yang di bawanya, kerana itu mereka seharusnya diberi hak bagi mengamalkan ajaran mereka.  Sebarang usaha menghalang adalah bertentangan dengan semangat demokrasi yang dipersetujui bersama. Kini terpulang kepada kerajaan Kelantan bagi membawa Enakmen berkenaan di peringkat yang seterusnya.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS
30 September 2011

Saturday, September 24, 2011

PM: Hudud tidak akan dilaksanakan di M'sia???? LA HAU LA WALA QUWWATA ILLA BILLAH

Sep 24, 11 4:17pm
Kongsi 1256
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata undang-undang berasaskan hukum hudud tidak akan dilaksanakan di negara ini kerana realiti keseimbangan jumlah masyarakatnya tidak mengizinkan undang-undang sebegitu dikuatkuasakan.

"Undang-Undang hudud, tidak akan laksanakan di Malaysia ini tetapi kita terima ini adalah undang-undang Tuhan dan sebagai sebuah parti yang terdiri daripada orang Islam, kita terima hakikat ini tetapi jika ia hendak dilaksanakan ia mesti berpaksikan kepada realiti.

"Jika ditanya para ulama sekalipun, undang-undang Islam itu tidak boleh dilaksanakan melainkan kita sudah mengambil kira persekitaran dan realiti sebenar masyarakat ketika itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival 1Malaysia di Tanjung Tualang dekat Batu Gajah.

Najib berkata kerajaan kini telah pun mengambil kira prinsip "Maqasid Syariah" iaitu matlamat sebenar dalam pentadbiran untuk menyelesaikan permasalahan rakyat.

"Lagipun, matlamat sesuatu pentadbiran mengikut Islam ialah prinsip Maqasid Syariah yang antara prinsipnya ialah mempertahankan agama, nyawa, akhlak dan harta benda. Jadi dengan undang-undang yang sedia ada, prinsip maqasid syariah boleh dan mampu kita pertahankan," kata Najib.

Isu hudud petanda akhir pilihanraya??? ULASAN KETUA PEMUDA PAS MALAYSIA

SUMBER | Print |
Nasrudin bin Hassan   
1. Tidak ada petir, tidak ada guruh, tiba - tiba isu perlaksanaan hukum hudud timbul kembali. Pada pandangan saya, apabila timbul  isu perlaksanaan hukum hudud dan ia dimulakan oleh pemimpin dan mantan pemimpin UMNO dan BN maka ia menandakan masuknya musim pilihanraya.

2. Isu perlaksanaan hukum hudud tidak akan kedengaran atau ia tidak akan menjadi polemik jika tidak kerana datangnya musim pilihanraya. Isu ini tidak pernah muncul pada musim panas mahupun musim sejuk. Juga tidak timbul pada musim kemarau atau musim hujan. Bahkan isu hukum hudud ini tidak langsung kedengaran pada musim - musim lain seperti musim haji, musim perayaan, musim cuti hatta musim durian sekalipun. Isu hudud hanya muncul dengan segala ribut polemiknya apabila tiba musim pilihanraya.

3. Hudud adalah sebahagian dari syariat Allah swt yang telah dinaskan di dalam al Quranul Karim. Tuntutan melaksanakannya adalah kekal sejak ia diwartakan oleh Allah swt sebagai Tuhan yang mencipta langit, bumi, manusia dan seluruh alam cakrawala ini. Justeru itu, ia bukan satu isu ! sebaliknya ia adalah ilmu dan syariat yang mesti dipelajari, difahami, dilaksana dan dihayati oleh ummat Islam.

4. Saya kagum dan menyokong kenyataan YAB Ayahanda Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Menteri Besar Kelantan yang konsisten dengan pendirian dan prinsip perjuangan Islam yang didokong. Sebetulnya adalah satu keistiqamahan yang dituntut kepada semua pemimpin dan anggota Jamaah Islam. Maka saya tidak nampak sebarang isu atau polemik di situ melainkan musim pilihanraya telah tiba.

5. Perbahasan mengenai hudud tidak selayaknya di media kerana ia bukan isu politik untuk dipolemikkan, tetapi ia adalah ilmu dan syariat yang mempunyai kaedah, usul dan feqh yang perlu dipelajari dengan jujur, difahami dengan halus, diamal dengan telus dan dihayati dengan tekun.

6. Perbahasan dan pengkajian mengenai hudud mesti melalui seminar kefahaman yang berterusan, pengajian khusus di pusat pengajian Islam seperti Universiti, madrasah, masjid, usrah, forum, diskusi, wacana, dialog atau halaqah - halaqah tertentu yang dilakukan secara berterusan.

7. Saya menyarankan kepada semua termasuk non muslim dan khasnya kepada pemimpin - pemimpin Umno dan BN yang mahu memahami dan mendalami hukum hudud dan perlaksanaannya supaya daftar dan menyertai  kelas pengajian di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad [KUIZM]. Inilah antara tempat yang sesuai untuk belajar, berdiskusi dan berwacana kearah memahami hukum hudud yang sebenar sebagaimana yang dikehendaki oleh syara'

8. Berbahas dan berpolemik di dada media, pula mendedahkan isu ini kepada komentar orang ramai yang bercakap tidak berasaskan ilmu adalah suatu yang tidak selayaknya berlaku justeru ia  akan mendedahkan kesucian hukum Allah swt ini kepada pencemaran fikrah [pemikiran] dan aqidah [keyakinan].

9. Musim pilihanraya hampir serupa dengan musim tengkujuh dalam beberapa aspek terutama ribut yang menghuru - harakan dan petir yang gegak gempita. Kini Umno dan Agensinya sedang porak peranda ekoran siri pendedahan yang konsisten Dewan Pemuda PAS Malaysia terhadap penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan konspirasi memenangkan Umno dan BN melalui cara yang tidak demokratik.

10. Selesaikan dulu kepincangan politik dan ketempangan demokrasi negara kerana inilah isu sebenar yang sedang dihadapi oleh rakyat keseluruhannya mendepani pilihanraya umum yang akan datang.

Hak mereka mengundi tercalar dengan wujudnya ic klon dan nama pemilih yang bertindih.

Kedaulatan negara terganggu dengan wujudnya pemegang ic berkod 71 tanpa dikenali dan diketahui asal usulnya dengan jumlah melebih 170 ribu.

Demokrasi tercemar apabila peraturan yang digubal tidak konsisten dan tidak saksama.

Integriti pengendali sistem pilihanraya [SPR] negara yang tercalar kerana sikap yang bias dan tidak telus.
-------------------------------------------------------------------------
Nasrudin bin Hassan adalah Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Monday, September 19, 2011

PENGHINAAN BULAN SYAWAL DI FELDA UMAS???

Sunday, 18 September 2011

SUMBER

KONSERT KARNIVAL IKTIRAF MEDIA WILAYAH SAHABAT

Mantap FELDA Umas,Dapat mengumpulkan ramai warga dalam KONSERT ini,tetapi dukacitanya dalam program keagamaan susah pula untuk hadir.Konsert ini banyak melahirkan penyanyi-penyanyi FELDA Umas,Dimana terdapat ramai anak-anak muda FELDA Umas menyertai  "BATLE OF THE BAND",""UMAS IDOL", Karaoke terbuka dan sebagainya.Secara peribadinya saya melihat sendiri pola aktiviti daripada anak-anak asuhan UMNO/BN tidak akan terlepas daripada aktiviti yang kurang sihat bagi saya.Mungkin juga ini adalah salah satu strategik untuk mendekatkan anak-anak muda supaya menyokong UMNO/BN,iaitu gunakan hiburan.











lihatlah kemeriahannya MANTAP FELDA UMAS

Sunday, September 18, 2011

Bangladesh dakwa diberi kerakyatan mudah M'sia??? BAHAYA!!!



Sep 18, 11 3:42pm
Kongsi 690
Laman web Biro Hal Ehwal NGO pejabat Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina hari ini menyiarkan laporan dengan memetik sumber yang mendakwa bahawa pekerja Bangladesh di Malaysia diberi kewarganegaraan dengan mudah asalkan mengundi parti yang mewakili kerajaan pemerintah.

azlanPejabat Perdana Menteri Bangladesh itu dikatakan telah menerima pengesahan daripada sebilangan pekerja Bangladesh dalam beberapa sektor di Malaysia bahawa mereka diberi taraf kewarganegaraan sejak tahun lepas, lapor Bernama.

Menurut laman web itu, Hasina telah bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menurut sumber dengan kedudukan yang tinggi mendakwa Najib memberi jaminan menimbang isu itu ketika beliau (Hasina) berada di Malaysia untuk menghadiri Forum Dunia 66 Ekonomi Islam di Kuala Lumpur pada bulan Mei 2010.

Sementara itu, agensi berita nasional itu juga melaporkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan itu.

Sambil menolak dakwaan bahawa golongan itu juga diberi hak mengundi pada pilihan raya di Malaysia, Muhyiddin berkata kerajaan tidak perlu berbuat demikian apatah lagi jika ia dikaitkan dengan proses pilihan raya.

Katanya kerajaan tidak begitu terdesak sehingga perlu memberikan taraf kewarganegaraan semata-mata untuk meraih undi dan memastikan kemenangan pada pilihan raya akan datang.

azlan"Kita boleh minta penjelasan dari pihak Bangladesh apakah benar kenyataan itu dibuat oleh Perdana Menteri kerana dari segi soal kerajaan kita tidak buat begitu. Seseorang yang hendak jadi warganegara perlu melalui pelbagai proses, tempoh masa berapa lama dah berada di sini, sama ada dia betul-betul tahu keadaan di sini dan sebagainya sebagaimana yang biasa kita lakukan.

"Tidak ada kita bagi keistimewaan kepada warga Bangladesh. Apatah lagi dikaitkan dengan pilihan raya. Macam kita ini terdesak sangat nak minta orang seperti itu didaftarkan jadi warganegara dan nak suruh dia pergi undi. Kalaupun undi, dia masuk tong dan kita tak tau dia undi siapa pun," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Nasional Parti Makkal Sakti Malaysia
2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, hari ini.

Justeru, Muhyiddin berkata beliau akan meminta pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Bangladesh menyemak perkara berkenaan sama ada ia benar atau tidak, lapor Bernama lagi.

Mansuh ISA: Kerajaan perlu penuhi syarat ‘taubat’. JOM BACA!!!!


SUMBER| Print |
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 18 Sept: Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairuddin Razali menegaskan bahawa kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh Umno sekarang hendaklah memenuhi syarat ‘bertaubat’ sebelum ianya diterima.
Beliau menegaskan demikian sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri Malaysia dalam satu perutusan kelmarin yang mengambil keputusan untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Malaysia.
“Kita mengalu-alukan tindakan tersebut tetapi kita juga mendesak tidak akan undang-undang yang baru pada masa yang akan datang yang mempunyai matlamat dan pendekatan yang sama diwujudkan untuk menggantikan ISA, jangan bertukar kulit sahaja tapi isi tetap serupa,” ulas beliau ketika dihubungi semalam.
Katanya, kerajaan Malaysia yang mengambil keputusan untuk memansuhkan ISA hendaklah memenuhi sekurang-kurangnya empat syarat ‘taubat’ sekiranya mahu membuktikan keikhlasan kerajaan.
Menurutnya, syarat taubat yang pertama ialah kerajaan hendaklah benar-benar menyesal terhadap segala dosa yang telah dilakukan sebelum ini khususnya terhadap mangsa-mangsa kezaliman ISA yang telah terseksa di atas kehilangan orang yang dikasihi di dalam kehidupan mereka, apatah lagi mereka ditahan tanpa sebarang perbicaraan yang adil.
Tambahnya, syarat taubat yang kedua ialah kerajaan hendaklah berazam dan bertekad tidak mengulangi kezaliman yang telah dilakukan sebelum ini.
Kata beliau, ianya bermaksud jangan ada lagi undang- undang yang menyerupainya ataupun hampir menyerupainya, juga bermaksud kerajaan juga wajib memansuhkan semua undang-undang yang menzalimi rakyat dan menyekat kebebasan rakyat.
Beliau berkata, syarat taubat yang ketiga ialah kerajaan hendaklah meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya terhadap para mangsa ISA yang menderita selama ini kerana kezaliman undang-undang tanpa bicara itu.
Syarat taubat keempat, ujarnya ialah mengembalikan hak kepada mereka yang berhak.
Ini, jelasnya bermaksud kerajaan wajib membebaskan seluruh tahanan ISA segera tanpa sebarang syarat.
Ini juga, katanya termasuk pampasan dan gantirugi yang sewajarnya hendaklah dibayar kepada para tahanan ISA sekiranya masih hidup atau kepada pihak waris sekiranya tahanan ISA itu telah meninggal dunia.
“Dan syarat yang paling penting walaupun ianya berkaitan dengan hati dan tidak dapat diukur dengan zahir, yang mana ianya telah diletakkan oleh para ulama ialah pemansuhan ISA ini mestilah dilakukan kerana ingin mencapai keredhaan Allah SWT dan bukannya kerana ingin memancing undi atau kepentingan politik singkat dan terdesak sahaja untuk mengekalkan undang-undang jahiliah yang bukan datang daripada Allah SWT, apatah lagi kita sedang berada di gerbang pilihanraya umum yang ke-13,” katanya.
Beliau menambah, sekiranya kerajaan benar-benar ikhlas, bukan sahaja ISA yang dimansuhkan bahkan semua undang-undang yang zalim hendaklah dimansuhkan dan digantikan dengan keadilan Islam.

PERKASA: Kekalkan elemen pencegahan ISA. INI SATU ORANG ISLAM TAK FAHAM HUKUM ISLAM???


Sep 18, 11 7:40pm
Kongsi 44
PERKASA berharap dua undang-undang baru yang menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 mempunyai penambahbaikan dan lebih adil kepada tahanan.

azlanPresidennya Datuk Ibrahim Ali berkata pada masa yang sama, PERKASA juga mahu elemen pencegahan dalam ISA yang selama ini menjadi instrumen kepada polis bagi mengekang kegiatan subversif di negara ini dikekalkan.

Turut harus dikekalkan ialah elemen pemulihan yang juga sangat berkesan dalam menangani isu keselamatan di negara ini, katanya kepada pemberita, di Kuala Lumpur hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam perutusan Hari Malaysia pada Khamis lepas mengumumkan pemansuhan ISA dan sebagai ganti dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan negara.

Mengulas lanjut, Ibrahim berkata keberkesanan aspek pencegahan dan pemulihan dalam ISA sebelum ini dibuktikan dalam banyak kes termasuk mengekang ajaran sesat seperti Al-Arqam dan kumpulan ekstremis Al-Maunah.

azlan"Justeru, jika ia tidak dipertahankan, bagaimana kerajaan mahu mengatasi kegiatan yang serupa, contohnya jika ada pihak yang cuba menggugat perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

"Ini kerana dalam keadaan dunia yang serba canggih, sesuatu tuduhan itu sukar untuk dibuktikan di mahkamah, ia termasuk ceramah-ceramah yang mempersoalkan hak-hak orang Melayu. Malah, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) pun sukar untuk buktikan perkara ini," katanya.

Pak Samad: Pemansuhan ISA 'kemenangan ghaib'


Sep 18, 11 7:26pm
Kongsi 144
Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said menganggap pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang diumum Datuk Seri Najib Razak sebagai suatu "kemenangan ghaib".

Beliau berkata, perdana menteri itu tentunya tidak akan mengakui hal berkenaan tetapi pastinya ada usaha yang menggerak dan mendesak ke arah itu.

"Selama 54 tahun tidak terfikir ISA harus dihakis, tiba-tiba sahaja dapat ilham dan (mereka) harus mengakui kelompok anak muda tidak tahan lagi (dengan ISA). 

Beliau juga tidak terkejut berikutan keengganan kerajaan mengakui pemansuhan ISA itu disebabkan tekanan berterusan dari pelbagai pihak khususnya anak muda. 

"Tidak pula diceritakan bahawasanya desakan itulah yang mendorongnya untuk berubah. Kalau tidak ada desakan, saya tidak fikir ia akan mansuh kerana ISA sangat mujarab untuk menekan," katanya.

Beliau berkata demikian pada pelancaran antologi sajak Puisi Jadi Senjata yang diterbitkan sehari sebelum himpunan BERSIH 2.0 sebagai tanda sokongan anak muda kepada sasterawan itu.

Perubahan regim


Sinonim dengan gelaran sasterawan rakyat, beliau berharap antalogi puisi itu turut disebar di pedalaman di semua negeri dan tidak hanya berlegar di kawasan kota.

Pada majlis pelancaran itu, beliau mengingatkan betapa perubahan regim hanya mampu dilakukan golongan anak muda.

"Saya sangat yakin hanya suara muda boleh merubah. Orang tua kebanyakannya sudah bersikap (mengambil pendirian), maksudnya mereka tidak mahu diganggu," katanya.

Mengulas lanjut, beliau yakin penerbitan antologi sususan penggiat seni, Fazallah Pit, membuktikan seni bukan hanya hiburan kerana di tangan anak muda, puisi menjadi senjata.

"Selama ini seni hanya dianggap hiburan tapi di tangan anak muda, puisi jadi senjata.

"Yang berjuang orang lain, yang menyambut kemerdekaan orang lain. Yang berjuang, yang berkuasa orang lain dan kuasa itu berlanjutan sampai 54 tahun.

"Sudah waktunya, setidak-tidaknya untuk satu term (penggal) kita berikan kelainan," katanya yang sering berkempen supaya ditumbangkan BN dalam pilihan raya akhir-akhir ini.

Nik Aziz harap kaum India kekal bersama Pakatan. JIKA INDIA DAN CINA KEKAL BERSAMA PR, NAH NAH...


SUMBER| Print |
Harakahdaily   
KOTA BHARU, 18 Sept: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap kaum India terus kekal bersama Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.
Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menyatakan demikian sebagai respons kepada surat permohonan Makkal Sakti untuk menjadi komponen Pakatan Rakyat.
Pemangku Presiden Makkal Sakti, A Vathemurthy, menyerahkan surat permohonan itu kepada beliau di Pejabat Menteri Besar, Kota Darulnaim di sini, pagi tadi.
“Semoga sokongan kaum India terus kekal bersama Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum yang akan datang, insya Allah,” katanya.
Sementara itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz turut menyampaikan sijil kepada wakil pelajar cemerlang sempena Majlis Sambutan 100 tahun Peranakan India Kelantan di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), semalam.

Selamat tinggal ISA, selamat datang GST. BARANG NAIK MENJELANG PILIHANRAYA?

sumber | Print |
Abdul Aziz Mustafa   
KUALA LUMPUR, 18 Sept: Pemaksaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) hanya boleh dielakkan dengan menolak Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"(Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) telah memberi isyarat yang jelas bahawa GST akan dipaksakan ke atas rakyat selepas pilihan raya akan datang, maksudnya selepas BN menang dalam pilihan raya akan datang.
"Dengan sendirinya ia memberi mesej yang jelas kepada rakyat supaya menolak BN habis-habisan dalam pilihan raya akan datang jika mereka tidak mahu GST dipaksakan ke atas mereka," katanya.
Baru-baru ini, Perdana Menteri berkata: "Persoalannya ialah masa. Saya berpendapat apabila tiba masanya, dalam masa terdekat... kemungkinan selepas pilihan raya akan datang, kami akan memperkenalkan GST".
Mahfuz menyifatkan tindakan memaksakan GST ke atas rakyat itu sebagai gambaran jelas sikap tidak bertanggungjawab kerajaan BN.
"Dari dulu lagi, asal menghadapi masalah, simpanan rakyat seperti di dalam KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) dikerjakan oleh kerajaan BN.
"Sekarang, zaman pemerintahan Najib, lebih teruk lagi. Asal menghadapi masalah kewangan, rakyat hendak disiksa.
"Hendak rentap subsidi dari rakyat dengan alasan subsidi adalah candu kepada rakyat, hendak paksakan GST dan pelbagai tindakan lain menyiksa rakyat dengan memaksa mereka menanggung beban ketidakmampuan kerajaan BN yang sudah kehilangan akal untuk meningkatkan pendapatan negara," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Menurut Mahfuz, sebuah kerajaan yang bertanggungjawab sepatutnya mencari jalan untuk mengurangkan beban rakyat dan bukannya seperti kerajaan BN yang jelas begitu ketagih untuk menyiksa dan membebankan rakyat.
"Bila menghadapi masalah kewangan, langsung tidak terfikir untuk menghentikan sikap boros, menghentikan projek yang bukan-bukan seperti hendak membina bangunan 100 tingkat dengan membelasah hasil simpanan rakyat, menghentikan rasuah, melaksanakan tender terbuka dan pelbagai amalan yang boleh menjimat dan meningkatkan pendapatan negara.
"Yang kerajaan BN tahu hanyalah hendak menyiksa rakyat dengan memaksa rakyat mengeluarkan lebih banyak lagi wang dari poket mereka, tidak kiralah dengan merentap subsidi, memaksakan cukai seperti GST, menguatkuasakan pelbagai saman dan lain-lain tindakan yang tujuannya hanya satu, iaitu memeras wang rakyat dan meragut wang dari poket rakyat," katanya.
Menurut Mahfuz, tidak ada gunanya menggula-gulakan rakyat kononnya dengan mengajak mereka mengucapkan selamat tinggal kepada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), tetapi pada masa yang sama memaksa mereka mengucapkan selamat datang kepada GST.

Friday, September 16, 2011

Kerajaan akui ISA zalim - GMI... akhirnya akui juga apa yang PR cakap selama ini!!!

 
| Print |
Hazayani Zakaria   
KUALA LUMPUR, 16 Sept: Pengumuman kerajaan untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mengesahkan bahawa berlaku kezaliman terhadap mangsa akta tersebut sejak ia ditubuhkan pada 1960.

Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mula sedar kebangkitan rakyat yang mahukan kebebasan dalam demokrasi yang merupakan mesej yang dibawa oleh GMI sendiri.

"Ini sebagai pembuktian berlakunya kongkongan dan cengkaman ISA ke atas rakyat selama ini.

"Perdana Menteri menginsafi bahawa realiti negara Malaysia telah berubah, dan rakyat mahukan Malaysia menjadi lebih terbuka dan dinamik demokrasinya," kata beliau pada sidang media tergempar GMI bersama Suara Rakyat Malaysia (Suaram) di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH), dekat sini, hari ini.

Menyifatkan pengumuman itu sebagai kejayaan GMI, beliau juga berkata, pengumuman itu membuktikan ISA digunakan ke atas individu yang berbeza ideologi politik dengan kerajaan.


"Beliau (Najib) memberi komitmen bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik.

"Ini jelas mengisyaratkan penahanan aktivis 10 reformasi atas dakwaan ingin menggulingkan kerajaan dengan bahan-bahan letupan merupakan satu kesilapan dan penyalahgunaan kuasa ISA," katanya.

Turut hadir pada sidang media tersebut bekas tahanan ISA, Mat Sah Satray dan isterinya yang juga aktivis GMI, Norlaila Othman dan ahli jawatankuasa PAS Pusat, Nuridah Salleh.

Masih ragu-ragu

Pengumuman itu yang dibacakan Najib dalam pengumuman khas malam tadi sempena hari Malaysia itu bagaimanapun masih diragui GMI.

Antara persoalan yang timbul mengenai segala peruntukan dalam ISA khususnya berhubung dengan tahan tanpa bicara dan kuasa yang digunakan polis dan Menteri Dalam Negeri.

"Adakah peruntukan tersebut dipindahkan kepada dua undang-undang baru yang bakal digubal?
"Kelihatannya perintah mahkamah dikecualikan untuk undang-undang berkenaan," katanya.
GMI juga mahu kerajaan menyatakan dengan jelas bila ISA akan betul-betul dimansuhkan dan semua tahanan akan dibebaskan.

"Berapa lamakah tempoh ISA akan dimansuhkan? Jika memakan masa sehingga dua tahun sebagaimana tempoh pertama kali PM sebutkan tentang keji semula ISA sehingga sekarang, maka jangan salahkan rakyat jika menganggap pengumuman ini sebagai umpan dan sandir\wara pilihan raua ke 13 serta survival politik BN," katanya.

Selain itu tegasnya, kerajaan harus menutup Kem Kamunting serta merta selepas membebaskan tahanan di dalamnya.
"Apa akan jadi dengan Kem Kamunting? Kem ini mesti ditutup dan dijadikan warisa dunia seperti Robben Island di Afrika Selatan sebagai pengajaran kepada kezaliman dan kekejaman yang berlaku di bawah ISA," tegasnya.
Najib juga katanya harus membentangkan usul pemansuhan ISA pada sesi Parlimen akan datang.
Perkara tersebut turut disokong Nuridah yang meminta Najib membuktikan keikhlasannya untuk memasuhkan akta zalim itu.
"Kita minta kerajaan melihat gesaan -gesaan GMI ini dan membentangkan usul pemansuhan ISA ini ke Parlimen pada sesi terdekat ini kalau betul-betul ikhlas nak mansuhkan ISA," katanya.
Minta pampasan
Sementara itu, GMI turut menuntut kerajaan memohon maaf dan membayar papmpasan setara kepada tahanan ISA setimpal dengan penyeksaan dan pengalaman pahit yang dilalui tahanan dan keluarga mereka.
Selain itu, GMI mahu mereka yang terlibat dalam meyeksa dan menganiaya tahanan ISA mesti dibawa ke muka pengadilan.
"Kerajaan, menteri berkenaan dan polis mestilah amanah dalam melaksanakan pelbagai prinsip yang ditegaskan oleh Perdana Menteri dalam ucapannya, bukan sekadar servis bibir.
Norlaila yang turut meminta kerajaan membayar pampasan kepada mangsa pula berkata, ianya perlu kerana banyak kes penceraian berlaku akibat suami ditahan ISA.
"Saya tuntut pampasan daripada kerajaan kerana adakah kerajaan sedar ada isteri meminta cerai apabila suami ditahan ISA dan tahanan yang keluar hilang pekerjaan dan sukar untuk mendapat pekerjaan baru serta masih dianggap pengganas," katanya yang aktif berjuang dalam GMI selama tujuh tahun suaminya ditahan di Kem Kamunting.

Negara perlukan akta halang kerajan zalimi rakyat? SELAMA INI KERAJAAN SAHAJA BOLEH GUNA AKTA SEKAT RAKYAT, KAN KA?

SUMBER | Print |
Abd Aziz Mustafa   
KUALA LUMPUR, 16 Sept: Negara memerlukan akta yang menghalang kerajaan dari menzalimi rakyat dan bukan sekadar penghapusan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Malah beliau melihat pengumuman penghapusan ISA adalah usaha terdesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memulihkan popularitinya yang merudum.

"Najib tertekan dan terkesan dengan tuntutan kuasa rakyat yang antara lain menuntut penghapusan ISA dan dalam keadaan terdesak ketika popularitinya merudum, beliau menyangka pengumuman penghapusan ISA adalah penawar kepada tekanan yang dihadapinya.

"Langkah drastik untuk mencari populariti itu bukan sahaja tidak akan memulihkan imejnya yang makin merudum malah mungkin menyebabkan Najib makin tidak popular di dalam Umno kerana ISA selama ini sentiasa menjadi talian hayat dan alat Umno untuk mempertahankan kuasanya," katanya.

Mahfuz juga menyifatkan langkah Najib itu membuktikan betapa terdesaknya beliau untuk terus berkuasa.

"Najib nampaknya sanggup melakukan apa sahaja dalam usahanya untuk membuktikan kepada musuh-musuhnya di dalam Umno bahawa beliau boleh kembali popular di kalangan rakyat seperti sebelum ini sehingga sanggup menghapuskan 'tangkal azimat' serta 'khurafat' Umno untuk terus berkuasa iaitu ISA," katanya.

Walaupun tidak teruja dengan pengumuman Najib itu, Ahli Parlimen Pokok Sena yang pernah ditahan di bwah ISA itu tetap menganggap pengumuman Najib itu sebagai kemenangan kuasa rakyat yang menuntut penghapusan ISA.

"Tahniah kepada rakyat dan Gerakan Mansuhkan ISA kerana ia tetap satu kemenangan apabila Najib sudah ke peringkat menyangka penghapusan ISA adalah penawar dan ubat kepada masalah imejnya yang merosot dan merudum kini," katanya.

Namun, Mahfuz yakin rakyat tetap tidak lupa betapa bengisnya Umno mempertahankan ISA yang menjadi selama ini merupakan alat mempertahankan kuasanya.

"Rakyat yang menentang ISA bukan sahaja difitnahkan oleh para pemimpin dan media Umno malah pihak polis diperalatkan untuk mengganasi mereka yang berhimpun secara aman untuk menentang ISA seperti yang berlaku dalam perhimpunan aman menentang ISA pada 1 Ogos 2009 lalu," katanya.

Sebab itulah, kata Mahfuz lagi, kerajaan bukan sahaja mesti membebaskan semua tahanan ISA, membayar ganti rugi dan memohon maaf kepada semua yang pernah menjadi mangsa ISA, malah kerajan juga mesti memohon maaf kepada rakyat yang diganasi dan difitnahkan secara tidak bertamadun kerana menuntut penghapusan ISA termasuk mereka yang diganasi dan difitnahkan ketika berhimpun secara aman dalam himpunan 1 Ogos 2009 itu.

Bukan setakat itu sahaja, kata beliau, kerajaan juga hendaklah memastikan pemansuhan total undang-undang yang memberi kuasa kepada menteri untuk menahan tanpa bicara.

"Jika menteri masih diberi kuasa untuk menahan tanpa bicara, ia terdedah kepada manipulasi, penyalahgunaan kuasa dan menjadi alat memangsakan musuh-musuh politik kerajaan yang berkuasa.

"ISA dahulu pun diakwa digubal untuk menghadapi ancaman pengganas komunis tetapi akhirnya digunakan berkali-kali ke atas pembangkang yang dilihat mengancam kuasa Umno," kata Mahfuz.

Beliau juga mempersoalkan apa perlunya kuasa menahan tanpa bicara jika kerajaan berlaku adil dan tidak menyalahgunakan kuasa.

"Kemunculan pengganas dan teroris boleh dikurangkan dan tidak akan berleluasa jika kerajaan berusaha untuk memaksimumkan keadilan dan tidak menyalahgunakan kuasa.

"Tetapi, jika perjalanan dan pengendalian pilihan raya pun tidak bersih dan tidak adil, tidak ada jaminan teroris tidak akan wujud dan tidak ada gunanya akta yang menghalalkan penahanan tanpa bicara untuk menggantikan ISA kononnya untuk menghadapi teroris," katanya.

Beliau menggesa rakyat terus berjuang menuntut penghapusan apa jua undang-undang yang menghalalkan menteri bertindak sesuka hati menahan tanpa bicara.

"Bukan akta seperti itu yang boleh menjamin keselamatan negara dan ketenteraman awam tetapi yang diperlukan oleh negara ini ialah undang-undang yang menghalang kerajaan menzalimi rakyat kerana yang lebih banyak menzalimi rakyat negara ini bukannya pengganas atau teroris tetapi kerajaan sendiri," tegas Mahfuz.

Hisham: Akta baru ganti ISA tak ambil masa lama?>??


Sep 15, 11 10:45pm
Kongsi 327
Proses menggubal undang-undang baru menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 yang telah dimansuhkan tidak akan mengambil masa yang lama kerana kerajaan tidak perlu membentangkan sebarang pindaan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata undang-undang baru itu akan merujuk undang-undang di negara lain sebagai contoh.

"Undang-undang yang berhubung kait dengan keganasan, contohnya Akta Patriot di Amerika Syarikat, Akta Anti Keganasan di United Kingdom dan Australia, semua ini boleh dijadikan contoh dalam kita hendak memerangi keganasan," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas ucapan khas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sempena sambutan Hari Malaysia di Auditorium Perdana Angkasapuri malam ini.

Dalam ucapannya, Perdana Menteri mengumumkan pemansuhan terus ISA selain kajian komprehensif pihak kerajaan terhadap beberapa undang-undang lain, antaranya Akta Kediaman Terhad 1933, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Akta Polis 1967.

Kajian itu akan dimulakan dengan mengambil kira pandangan pihak dan agensi yang berkaitan, katanya.

Hishammuddin juga berkata fokus utama kerajaan selepas ini ialah mencari keseimbangan antara kepentingan dan keselamatan, serta kepentingan suasana demokrasi semasa dalam menggubal undang-undang baru itu.

Selepas pemansuhan ISA, kerajaan perlu lebih matang menangani risiko dengan pewujudan dua undang-undang baru yang bakal digubal.

"Risikonya berhubung kait dengan mencari keseimbangan antara keselamatan dan kepentingan negara, selaras dengan tuntutan dan suasana demokrasi semasa, jadi risiko dalam apa jua keadaan sentiasa wujud.

"Saya yakin dengan apa yang diumumkan malam ini, perjalanannya bermula dua tahun dahulu, dan ia telahpun mengambil kira pandangan pihak berkuasa seperti polis, tentera dan agensi yang terlibat dengan ISA," katanya.

Kira-kira 700 wakil agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan kakitangan awam menghadiri acara khas itu, yang diakhiri dengan nyanyian lagu sempena sambutan Hari Malaysia bersama-sama perdana menteri.