KATA-KATA MANIS TETAMU, SIALAKAN!@

Thursday, September 8, 2011

Wow...Besarnya....!!

sumber

Seekor buaya air masin terbesar sepanjang 21 kaki (sepanjang 6.4 meter) seberat 1075 kilogram telah ditangkap hidup-hidup selepas diburuselama tiga minggu, didakwa telah ditangkap di Filipina pada 04 September 2011, menurut Associated Press.


Buaya gergasi tersebut disyaki telah menyerang beberapa orang dan membunuh dua orang. Buaya tersebut, yang diberi nama Lolong - oleh pendduduk setempat - ditangkap dan sedang dikurung di bangunan sementara di kampung Consuelo, dekat bandar Bunawan, Filipina.

Pegawai-pegawai Persekutuan Hidupan Liar berusaha untuk mengesahkan sama ada reptilia itu adalah buaya terbesar pernah ditangkap, Theresa Mundita Lim, Biro Kawasan Perlindungan Filipina dan Hidupan Liar, memberitahu AP.


Buku Guinness of World Records pernah menyenaraikan seekor buaya terbesar sepanjang 17.97 kaki (5.48 meter) - iaitu seekor buaya air masin Australia - pernah ditangkap dan diletakkan dalam kurungan. Namun ahli herpetologi Brady Barr, yang juga wakil Channel National Geographic, memberitahu pertemuan mengejutkan belum diperiksa.

Kata Barr lagi "Saya akan terkejut jika ia benar-benar enam meter," sambil menambah bahawa ahli sains perlu mengesahkan dakwaan ini.

Ahli Biologi Alligator Allan Woodward bersetuju dengan pandangan itu. "Tidak pernah ada buaya yang lebih panjang dari 18 kaki (5.5 meter)," kata Woodward lagi, "(Jika itu benar) itu adalah pertemuan yang luar biasa."


Untuk (membukikan) sama ada buaya itu yang telah melakukan serangan(dan membunuuh dua orang sebelum itu) - ia mustahil untukdiketahui- melainkan jika haiwan itu dibunuh, dipotong dan dibuka (perutnya), Barr berkata. "Ia hebat.... mereka tidak membunuhnya," kata Barr. "Itu patut dipuji (dan) sangat jarang berlaku."Pegawai-pegawai telah mendorong haiwan itu muntah, tiada tiada kesan manusia dari perutnya
.

Edwin Cox Elorde, Datuk Bandar Bunawan perbandaran di Filipina,
membentang tangannya ke atas buaya air masin besar.

Penduduk kampung berpesta untuk meraikan tangkapan buaya tersebut, seramai seratus orang terpaksa (dikerah untuk) menarik buaya tersebut dengan tali dari sungai, menurut Associated Press.

Herpetologist Barr berkata bahawa kebanyakan serangan buaya berlaku kerana orang ramai telah memusnahkan habitat buaya atau mangsanya. Dalam kes seperti ini, "buaya ini (biasanya) beralih kepada sumber makanan yang lain, dan yang sedihnya kadang-kadang yang (menjadi mangsanya adalah) manusia," kata Barr.

Terdapat kes tersalah identiti, apabila buaya menganggap manusia adalah spesis mangsa tipikalnya. Terdapat juga "buaya penyangak" yang sengaja membunuh manusia, walaupun ia jarang berlaku, Barr berkata. Secara umumnya, beliau berkata, "buaya bukanlah jahat".



Menurut Kesatuan Antarabangsa Bagi Pemuliharaan Alam Semulajadi, spesis buaya air masin gergasi yang ditangkap adalah spesis berisiko rendah untukl pupus. Terdapat kira-kira seribu spesis berkeliaran sekitar kawasan paya selatan Filipina, di mana tangkapan buaya tersebut dilakukan , Pegawai Hidupan Liar Filipina Glen Rebong memberitahu Associated Press.

Walaupun spesies itu tidak berada di bawah ancaman serius, ia dilindungi dari diburu oleh undang-undang, tekan Barr. "Ia amat menyedihkan saya untuk melihat haiwan yang besar seperti itu ditangkap," katanya lagi.

Setiausaha Alam Sekitar Dan Sumber Asli Filipina, Ramon Paje, memberitahu AP bahawa buaya itu telah ditangkap kerana ia memberi ancaman kepada masyarakat. Tetapi dia menambah bahawa kehadiran reptilia itu adalah satu peringatan bahawa habitatnya perlu dilindungi.



Persekutuan Hidupan Liar Filipina, Ronnie Sumiller, yang mengetuai pasukan yang menangkap buaya raksasa itu, memberitahu AP, bahawa berkemungkinan buaya yang lebih besar akan dikesan dalam paya berdekatan. "Ada satu yang lebih besar, dan ia boleh menimbulkan masalah," Sumiller memberitahu agensi berita.

Dipetik, diterjemah dan diedit dari : http://news.nationalgeographic.com/news/2011/09/pictures/110906-giant-crocodile-philippines-biggest-ever-caught-captured/#/giant-saltwater-crocodile-found-philippines-hunter_39954_600x450.jpg:

No comments:

Post a Comment