

Mahkamah Sesyen Shah Alam mendapati Jenain bersalah atas tuduhan tersebut mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan.

Katanya, pendakwaan telah berjaya membuktikan bahawa peluru yang menyebabkan kematian pelajar sekolah itu merupakan salah satu daripada 21 butir peluru yang ditembak oleh Jenain menggunakan selaras senapang submesin-gan.
Pendakwaan telah membuktikan demikian dengan melangkaui keraguan munasabah, katanya.
Menurutnya lagi, seorang pegawai polis sepatutnya tahu bahawa tembakan pada tetapan automatik itu adalah berbahaya dan boleh menyebabkan kematian.
Berdasarkan kenyataan anggota polis yang turut bertugas ketika insiden itu berlaku, mahkamah turut mendapati bahawa Jenain tidak perlu melepaskan tembakan berkenaan memandangkan motokar yang dipandu Aminulrasyid telahpun dipandu dengan perlahan.
Aminulrasyid telahpun hampir tiba di rumahnya di Seksyen 11, Shah Alam dalam kejadian tersebut apabila beliau maut akibat tembakan bertalu-talu oleh anggota polis yang mengejarnya itu.

Turut hadir di mahkamah hari ini ialah peguam kepada keluarga Allahyarham, N Surendran dan juga anggota keluarga mangsa yang dilihat mengalirkan air mata ketika keputusan dibacakan hari ini.
No comments:
Post a Comment