KATA-KATA MANIS TETAMU, SIALAKAN!@

Showing posts with label kematian Wartawan Bernama di Somalia. Show all posts
Showing posts with label kematian Wartawan Bernama di Somalia. Show all posts

Saturday, September 3, 2011

K'jaan Somalia janji akan siasat.. bagus lah tuu


Sep 3, 11 1:25pm
Kongsi 14
Punca kejadian tembakan peluru sesat yang menyebabkan kematian jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd Nor di Mogadishu pada Jumaat, akan disiasat Kementerian Keselamatan Dalam Negeri Somalia.

Menteri berkenaan Abdisamad Maallin Mohamud berjanji dalang di sebalik kejadian itu dicari dan dihadapkan ke mahkamah.

Noramfaizul Mohd Nor storyBeliau meminta maaf terhadap tragedi itu dan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan seluruh warga Malaysia berikutan kematian Noramfaizul (kanan).

"Ini (tembakan) bukannya daripada kerajaan...bukan daripada Al-Shabaab (pihak berkuasa). Ia dari tembakan pasukan lain dan kita akan menyiasat kenapa ini berlaku dan kenapa (rakyat Malaysia) diserang," kata Abdisamad.

Noramfaizul, 39, yang telah bertugas dengan BernamaTV kira-kira sembilan tahun, maut akibat terkena tembakan peluru sesat semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di Mogadishu, Somalia.

Kejadian berlaku pada 5.40 petang waktu tempatan (Malaysia lima jam lebih awal dari Somalia) semasa kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki anggota misi seramai enam orang dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan dengan diiringi tentera kerajaan Somalia.

Sementara itu, ketua misi bantuan Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata kemalangan yang meragut nyawa Noramfaizul itu sukar diterima rakyat Malaysia.

somalia refugee woman with child 1Abdul Azeez berkata beliau menuntut siasatan menyeluruh serta penjelasan daripada kerajaan Somalia berhubung kejadian itu.

"Kenapa pasukan tentera melakukan ini kepada kita. Ini kita tidak boleh terima. Mesti ada siasatan menyeluruh. Rakyat Somalia mesti mohon maaf kepada rakyat Malaysia," Abdul Azeez berkata kepada Abdisamad.

Abdul Azeez juga berkata jenazah Noramfaizul sudah diuruskan serta persiapan dibuat untuk membawa balik jenazahnya ke Malaysia dengan pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

"Suasana pilu di sini. Semua yang lain selamat. Semalam adalah perjalanan terakhir tetapi terkena peluru sesat...tidak tahu dari mana," kata Abdul Azeez.

noramfaizul mohd norMenurutnya, anggota perubatan kelab itu cuba sedaya menyelamatkan Noramfaizul tetapi gagal.

Misi berkenaan yang berlepas pada 28 Ogos dari Kuala Lumpur bertujuan membantu mangsa bencana kemarau dan kebuluran di Somalia, dijadual pulang esok yang sepatutnya pada Isnin ini.

Najib singkatkan cuti di Perth bagi sambut jenazah


Sep 3, 11 9:34pm
Kongsi 103
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang kini di Perth, Australia akan memendekkan lawatannya itu dan akan pulang ke Kuala Lumpur malam ini bagi membolehkan beliau berada di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang esok.

NONETindakan itu bagi menyambut ketibaan jenazah jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd Nor dari Mogadishu, yang terbunuh akibat terkena tembakan curi di Somalia pada Jumaat lalu.
Bercakap kepada Bernama, Najib berkata Noramfaizul adalah seorang wira Malaysia sebenar yang mewakili peranan kita untuk membantu di mana sahaja bantuan diperlukan".

"Kita telah kehilangan seorang rakyat Malaysia sangat mulia dan benar-benar berdedikasi.

"Beliau bersedia mengambil risiko untuk memberikan liputan meluas mengenai misi kita membantu orang lain di banyak tempat di dunia," kata perdana menteri sambil melahirkan rasa sedih berhubung apa yang berlaku.

Noramfaizul Mohd Nor storyNoramfaizul (kanan), 39, meninggal dunia selepas terkena tembakan curi semasa dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan bersama beberapa petugas media Malaysia lain.
Mereka berada di Mogadishu bagi mengikuti Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia untuk membantu mangsa bencana kemarau dan kebuluran di Somalia.

Allahyarham telah mengikuti beberapa misi kemanusiaan Malaysia di seberang laut yang bertujuan untuk menolong mereka yang amat memerlukan bantuan.

"Beliau seorang yang berdedikasi dan individu yang tidak mementingkan diri yang bersedia untuk bertugas di kawasan persekitaran yang mencabar dan ganas seperti di Gaza dan Pakistan," kata Najib.

somalia soldiers on truck 1Beliau berkata malahan jurukamera BernamaTV itu bersedia untuk pergi ke Somalia selepas beliau menyedari ia mungkin merupakan misi berbahaya.

"Sudah tentu beliau mahu berada di tempat itu bagi merekodkan satu misi kemanusiaan. Anda boleh kata bahawa kematiannya akibat kebinasaan lingkungan.

"Bagaimanapun, kita telah kehilangan seorang yang sangat baik, rakyat Malaysia yang sebenar, seorang wira yang mewakili peranan kita untuk membantu di mana sahaja bantuan diperlukan," katanya dipetik Bernama dari Perth.