KATA-KATA MANIS TETAMU, SIALAKAN!@

Showing posts with label INFO SEMASA SABAH. Show all posts
Showing posts with label INFO SEMASA SABAH. Show all posts

Saturday, February 18, 2012

Sabah negeri kaya, Kelantan kini miskin>> ucapan PM di Sabah???

Sabah bukan lagi negeri miskin
Oleh Suzianah Jiffar
suzianah@bharian.com.my
2012/02/18

NAJIB bersalaman dengan orang ramai pada pelancaran projek Mini Estet Sejahtera (MESEJ) di Kampung Nala, Tungku, Lahad Datu, semalam.
NAJIB bersalaman dengan orang ramai pada pelancaran projek Mini Estet Sejahtera (MESEJ) di Kampung Nala, Tungku, Lahad Datu, semalam.
Jaminan terus nikmati manfaat pembangunan dibawa kerajaan BN

LAHAD DATU: Sabah sudah berganjak daripada status negeri termiskin di Malaysia susulan pelbagai pembangunan dibawa kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini, kata Datuk Seri Najib Razak.
Perdana Menteri berkata, perangkaan purata pendapatan perkapita mendapati Sabah kini berada di tengah-tengah negeri terkaya dan termiskin, manakala negeri paling miskin ialah Kelantan.
“Ketika Sabah bersama membentuk Malaysia pada 1963, kemiskinan memang wujud di merata tempat dan mungkin ketika itu lebih 70 peratus rakyat negeri ini miskin dan daif. Selepas sekian lama merdeka, Sabah membangun hasil perjuangan BN dan berpotensi besar untuk terus maju.

“Saya beri jaminan kerajaan tidak akan berhenti melaksanakan agenda transformasi pembangunan lebih besar ke negeri ini dan berusaha memastikan miskin tegar dapat disifarkan di Sabah,” katanya berucap melancarkan projek Mini Estet Sejahtera (MESEJ) di Kampung Nala, Tungku, di sini semalam.

Hadir sama Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan. MESEJ Akuakultur Nala dilaksanakan berdasarkan pembangunan insitu dan tanah baru pengkulturan rumpai laut serta penternakan ikan baulu (chanos-chanos).

Projek itu juga membabitkan pembinaan 150 rumah menempatkan kira-kira 70 peserta sejak 17 November tahun lalu.
Najib berkata, bilangan rakyat dikategori miskin di Sabah menurun kepada 7,000 berbanding 30,000 satu ketika dulu dan pencapaian itu hasil usaha berterusan kerajaan negeri serta pelbagai agensi Persekutuan seperti FELDA selain Kementerian Kemajuan Wilayah dan Luar Bandar.

“Walaupun masih ada yang miskin, kejayaan kerajaan BN dalam menangani masalah kemiskinan di Sabah adalah hebat dan besar.

“Cuba tengok Kampung Nala ini, nilai setiap rumah berharga RM45,000 seunit, belum termasuk kos elektrik dan bekalan air. Jika dicampur, ia bermakna kita memberi RM60,000 kepada penduduk Kampung Nala tanpa meminta bayaran satu sen pun. Percayalah, tiada kerajaan di dunia mempunyai program seperti ini melainkan BN,” katanya.

Najib berkata, FELDA memberi sumbangan RM22 juta untuk menjayakan projek MESEJ di Nala dan tiap-tiap tahun agensi itu memperuntukkan RM50 juta kepada kerajaan negeri untuk menjaga nasib rakyat Sabah.

Perdana Menteri berkata, Kementerian Kemajuan Wilayah dan Luar Bandar juga akan menyalurkan elektrik luar bandar membabitkan 15,455 rumah tahun ini, manakala 68,092 rumah bakal menikmati bekalan air, selain 454.8 kilometer jalan akan dibina di Sabah.

Wednesday, October 26, 2011

BN Sabah digesa hormat lantikan oleh KM>> GAWAT JUGA BN SABAH JIKA BEGINI...

Timbalan Ketua Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak menggesa parti-parti komponen BN mengamalkan politik penyesuaian dan menghormati keputusan Ketua Menteri  Datuk Seri Musa Aman berhubung pelantikan politik, khususnya anggota Kabinet negeri.

Dalam membuat lantikan, beliau berkata Musa mengambil kira semua faktor termasuk perubahan landskap politik di negara ini dan merundingi rakan-rakan untuk memastikan setiap komuniti diwakili selaras dengan amalan perkongsian kuasa tulen.

"Musa turut memberi taklimat kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) mengenai keputusan-keputusan besar dan mendapatkan restu beliau. Ketua Menteri memerlukan pasukan yang boleh bekerja bersama-sama dalam Kabinet untuk memandu Sabah menuju masa depan lebih baik.

"Sekiranya kita menghadapi sebarang perbezaan pendapat, kita patut membincangkannya mengikut saluran yang betul dan pintu sentiasa terbuka. Sejak mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri, Barisan Nasional sentiasa mengamalkan formula perkongsian kuasa," katanya kepada Bernama, di Kota Kinabalu hari ini.
Salleh, yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri, mengulas gesaan beberapa pemimpin BN negeri, termasuk daripada Parti Liberal Demokratik (LDP), supaya Gerakan menumpukan usaha untuk memenangi kerusi bagi BN di Semenanjung daripada meletakkan calon di Sabah.
Beberapa pemimpin berkenaan turut dipetik sebagai berkata pemimpin-pemimpin Gerakan di Sabah, yang memegang jawatan menteri dalam Kabinet negeri, memperolehnya "secara teknikal" dan bukannya daripada sokongan rakyat.
Salleh berkata: "Kita tidak sepatutnya mentafsirkan pelantikan oleh Ketua Menteri secara sempit. Tidak wujud keadaan di mana jawatan tertentu diperuntukkan untuk "parti tertentu" dan malahan pada satu masa dahulu jawatan Ketua Menteri Sabah digilirkan".
"Semua pemimpin BN mempunyai peranan untuk dimainkan dan menyumbang bakti kepada rakyat dan memperkukuhkan parti. Kita sepatutnya menumpukan usaha untuk memenangi hati dan minda rakyat menjelang pilihan raya umum akan datang," katanya.
-- Bernama

Tuesday, April 19, 2011

TYT SABAH : Juhar kini bergelar Tun


SUMBER
2011/04/19

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertua Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Juhar Mahiruddin, hari ini menerima anugerah bergelar Tun daripada yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara.

Juhar, 57, menerima anugerah tertinggi negara Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N), pada istiadat penganugerahan selepas majlis pelantikan semula Tun Abdul Rahman Abbas sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang.