KATA-KATA MANIS TETAMU, SIALAKAN!@

Showing posts with label MUKTAMAR PEMUDA PAS MALAYSIA 2011. Show all posts
Showing posts with label MUKTAMAR PEMUDA PAS MALAYSIA 2011. Show all posts

Thursday, June 2, 2011

Nik Abduh B Nik Aziz Timbalan Ketua Pemuda PAS

sumber
Harakahdaily   
SHAH ALAM, 2 Jun: Nik Abduh Nik Abdul Aziz dipilih menjadi timbalan ketua Dewan Pemuda PAS selepas beliau mengalahkan tiga lagi calon untuk jawatan itu.
Naib ketua pula dimenangi oleh Raja Al Hiss Raja Yaakob, iaitu bekas Setiausaha Politik Datuk Mahfuz Omar ketika beliau menjadi Ketua Pemuda PAS sebelum ini.
Yang menarik juga, 13 dari 17 pemimpin Pemuda PAS yang terpilih sessi ini adalah berpendidikan agama.
Berikut adalah senarai Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Pusat untuk Sesi 2011/2013:

Pengerusi Tetap: Ustaz Misbahul Munir Haji Masduki

Timbalan Pengerusi Tetap: Ustaz Kamal Ashaari

Ketua: Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi

Timbalan Ketua: Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz

Naib Ketua: Raja Al Hiss  Raja Yaakob

Ahli Jawatankuasa:
1) Ustaz Riduan Mohd Noor
2) Khairul Faizi Ahmad Kamil
3) Ustaz Ahmad Baihaqi Atiqullah
4) Adram Musa
5) Ustaz Kamaruzzaman Mohamad
6) Ustaz Ahmad Fadley Shaari
7) Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi
8) Ustaz Nazri Chik
9) Ustaz Yusni Mat Piah
10) Mohd Sany Hamzan
11) Ustaz Syed Abdul Qadir Al Jufri
12) Ustaz Mohd Noor Hamzah

Ada ketawa di tengah kepanasan muktamar pemuda... yob!

SUMBER
Harakahdaily   
SHAH ALAM, 2 Jun: Walaupun pemilihannya agak panas, namun perjalanan Muktamar Pemuda PAS Pusat di Auditorium MBSA dekat sini penuh dengan keceriaan.

Muktamar yang dikendalikan oleh tokoh pemuda PAS dari Perak, Misbahul Munir Masduki penuh dengan gelak ketawa di samping ucapan yang berapi-api dan teriakan takbir dari para pemimpin dan perwakilannya.

Ia juga disulami dengan lawak dan gurau senda dari perwakilan dan pemimpin Pemuda PAS sehingga kadang-kadang ditegur dengan gurauan oleh Misbahul Munir, antara tokoh utama kerajan Pakatan Perak di bawah Pakatan Rakyat sebelum ini.

"Yup, ini bukan muktamar pemuda PAS Perak, ini muktamar pusat," kata Pengerusi Tetap, Misbahul Munir Masduki kepada Mohd Sany Hamzan, Pengarah Jabatan Seni dan Budaya (DACS) Pemuda PAS.

Sany (gambar) yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Selangor bercakap dengan loghat Perak ketika menjawab persoalan dari perwakilan Perak mengenai aktiviti Pemuda.

"Saya nak tunjukkan, orang Selangor pun boleh juga cakap Perak juga yup," balas Sany disambut gelak ketawa perwakilan dan pemerhati.

Namun, Misbah bertegas, ini muktamar Pemuda PAS Pusat bukan Pemuda PAS Perak.

Sany dalam jawapannya menjelas, bukan soal Pemuda PAS Pusat tidak menganjurkan aktiviti tetapi sambutan dari pemuda negeri amat lemah terutama dari negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat sendiri.

"Ia termasuk di Perak sendiri ketika negeri itu diperintah oleh Pakatan Rakyat," kata Sany.

Sany yang memimpin DACS banyak menganjurkan pelbagai program untuk remaja dan pemuda di seluruh negara.

"Remaja nak futsal, kita anjur futsal, pemuda nak bola kita anjur bola...tetapi pendekatannya cara kitalah..soalnya kerjasama dari negeri-negeri," kata Sany.