Najib: Jangan ada pihak yang cuba ubah sejarah



"Sebab itulah kita menentang komunis pada zaman itu kerana mereka bertindak kejam di bumi bertuah ini," katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri-Merdeka 2011 di Permatang Pauh.
Perdana Menteri berkata komunis tidak memberi rakyat Malaysia demokrasi, sebaliknya kerajaan yang memerintah ketika ini menghormati proses demokrasi.
"Sebab itu adakala kita menang dan adakala kita kalah tetapi kita harap menang lebih banyak dari kalah," katanya.

"Komunis sekarang lain, komunis dulu lain, dulu mereka ingin kuasai negara dan sebarkan ideologi yang tak beri hak kepada rakyat.
"Kita baik dengan negara komunis sekarang kerana mereka telah tinggalkan ideologi lama mereka," katanya.
Perdana Menteri berkata kerajaan sekarang menghormati suara rakyat, mengamalkan kesederhanaan dan tidak ekstrem.
Beliau berkata rakyat negara ini perlu bersyukur kerana telah memilih pemimpin yang begitu kukuh dalam meletakkan dasar negara yang kena pada tempat dan masa.
Katanya dua faktor yang meletakkan kejayaan negara ialah pemimpin terdahulu meletakkan dasar yang berpandangan jauh dan mempunyai wawasan.

Najib berkata sebagai contoh dalam usaha mendapatkan kemerdekaan negara, pemimpin dahulu memilih jalan rundingan kerana mereka mahu penjajah keluar daripada negara ini.
"Kita memilih jalan rundingan dan muafakat untuk memuafakat dan kita tunjukkan kepada British yang kita tidak rela dijajah," katanya
No comments:
Post a Comment