sumber
| Aziz Muda, | 23 Jan 2012 |
KUALA LUMPUR, 23 Jan: Kemenangan besar yang dicapai oleh parti-parti beraliran Islam di Mesir pada pilihanraya Parlimen di negara itu merupakan satu tamparan hebat bagi rakyat negara ini jika tidak menyokong PAS dan Pakatan Rakyat pada PRU Ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi. Kemenangan parti-parti Islam di Mesir itu jelas memberikan isyarat bahawa majoriti penduduk dunia kini mulai memberikan kepercayaan kepada parti Islam untuk memerintah mereka berbanding parti-parti lain.
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan At-Tantawi berkata, sebelum keputusan pilihanraya Parlimen Mesir diumumkan kelmarin, penduduk di beberapa buah negara lain di seluruh dunia sebelum ini telah pun menunjukkan minat masing-masing kepada parti-parti Islam.
Menurutnya, perkembangan tersebut jelas menunjukkan abad ini merupakan abad kebangkitan Islam dan ia menepati kata-kata ulama-ulama kontemporari termasuk Dr Yusuf Al-Qaradawi.
No comments:
Post a Comment