Pakatan
Rakyat tidak cukup kuat untuk menewaskan BN di Sabah walaupun gabungan
pembangkang dari Semenanjung itu telah dapat menembusi negeri di
Malaysia Timur itu, kata seorang penganalisis politik.
Bercakap
dalam satu forum di Kuala Lumpur malam tadi, penganalisis tersebut yang
tidak mahu namanya disiarkan, berkata parti-parti dalam Pakatan Rakyat
tidak bekerjasama dengan baik dengan parti-parti di Sabah.
"Saya fikir (bagi) pembangkang untuk menumbangkan BN di Sabah, ia
mesti bersatu dan membentuk pakatan pembangkang yang sangat kuat.
"(Bagaimanapun) saya tidak fikir ia sedang berlaku sekarang," katanya di forum yang diadakan untuk menandakan pelancaran buku Democracy at stake? Examining 16 By-election in Malaysia, 2008-2011 di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor.
Ahli
akademik itu berkata kemungkinan berlaku pertandingan banyak penjuru di
kalangan parti-parti pembangkang akan mengurangkan sebarang peluang
mereka untuk menang.
Masalah ini mungkin dapat diselesaikan jika
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat memujuk orang kuat Sabah
seperti Jeffrey Kitingan untuk bersama Pakatan.
Bagaimanapun, beliau merasakan adalah sangat sukar bagi Pakatan
untuk memujuk orang yang berfikiran bebas seperti Jeffrey (kanan).
"Jeffrey
kata partinya (State Reform Party) mahu bertanding semua 60 negeri
kerusi di Sabah dan empat hingga lima kerusi (parlimen) majoriti Kadasan
Dusun," kata penganalisis lagi.
Jika perancangan Jeffrey itu
diteruskan, maka ia akan menjejaskan peruntukan kerusi di kalangan
parti-parti pembangkang yang mahukan pertandingan satu lawan satu dengan
BN.
Beliau juga berkata tindakan dua ahli Parlimen (MP) BN Sabah keluar BN baru-baru ini tidak banyak menguntungkan Pakatan.
Katanya,
Anwar sedang cuba menggunakan Wilfred Bumburing dan Datuk Lajim Ukin,
tetapi beliau tidak fikir yang pengaruh mereka akan melampaui Tuaran.
Beliau
menasihatkan Anwar supaya memberi perhatian yang lebih kepada isu-isu
tempatan untuk meningkatkan peluang Pakatan Rakyat menang ke atas Sabah.
Pada bulan Ogos, MP Tuaran Bumburing dan MP Beaufort Lajim keluar dari BN untuk menyertai Pakatan.
No comments:
Post a Comment