KATA-KATA MANIS TETAMU, SIALAKAN!@

Sunday, May 22, 2011

TANAH RUNTUH: JOM TENGOK YANG NI!

(Update Terkini 5.30am) - 17 mayat berjaya dikeluarkan ! [Foto yang tidak disiarkan akhbar]


" Dilaporkan pada jam 5 pagi tadi, 17 mayat remaja lelaki berjaya dikeluarkan dan sebilangan jenazah di hantar ke Hospital Besar Kuala Lumpur untuk dibedah siasat. Takziah kepada semua keluarga mangsa berhadapan kesedihan tidak diduga.
Saya percaya siasatan terperinci dan telus berhubung punca sebenar menyebabkan kejadian tanah runtuh akan dilakukan pihak berwajib. Mahu atau tidak, pasti ada pihak bakal terpaksa menjawab mengenai status kelulusan membenarkan bangunan dibina dicerun bukit.," - Mazidul Akmal Sidek

Catatan dan Foto yang tidak diterbitkan dimana-mana media cetak. Artikel ini ditulis oleh wartawan Mazidul Akmal Sidek yang berada sejak petang kelmarin sehingga jam 1 pagi tadi di tapak kejadian. Ikuti sebahagian laporannya.

Jam 6 petang, hujan turun mencurah curah, tiada tempat berteduh kecuali di bawah pokok di tepi jalan. Saya berasa bimbang jika barangan elektronik, antaranya Samsung Galaxy Tap dan kamera digital terkena air. Mujur beg galas Crumpler saya tidak ditembusi air. Lihat gambar saya rakamkan di lokasi kejadian tanah runtuh menimpa bangunan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat, Kajang, Selangor.




6.09 petang, mangsa mengalami kecederaan parah di kaki digegaskan ke hospital.



Pakaian basah dan tubuh menggigil kesejukan akibat berada di dalam hujan lebih 1 jam. Jam 6.45 ketika hujan mula reda, tiba-tiba puluhan pekerja penyelamat berlari turun dari belakang bangunan dibina di lereng bukit kerana berlaku pergerakan tanah. Lensa kamera saya berkabus namun 3 gambar berikut sempat saya rakamkan.




Sebelum gambar dirakamkan, 2 mangsa dikeluarkan dari bawah runtuhan, maut. Hairan bagaimana bangunan separuh siap itu mendapat kelulusan didirikan di cerun bukit. Lokasi rumah runtuh, di bahagian atas belakang bangunan terbabit dan tidak kelihatan di dalam gambar kerana pihak media tidak dibenarkan mendekati kawasan bencana.


Di surau berhampiran, 2 mayat ditemui awal, sempurna dikafankan. Tidak ramai orang berada di lokasi terbabit kerana majoriti menumpukan perhatian terhadap usaha menyelamatkan mangsa masih tertimbus.




Saya difahamkan, seorang daripada mangsa, Mohd Zaim Azahari, berusia 14 tahun. Adiknya, Mohd Azed, 8 tahun dilaporkan turut terkorban. Saya sempat menemui bapa dan ibu mangsa, Azahari Mat Selek dan Noreha Ariffin di surau terbabit sebelum mayat dihantar ke Hospital Kajang.


Azahari, warden manakala Noreha, tukang masak di asrama Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa terbabit.

Saya percayai kanak-kanak bertudung merah di bawah, adik Mohd Zaim, terselamat ketika bangunan runtuh. Saya terpandang air mata jernih masih mengalir di pipinya sewaktuanak kecil itu melangkah keluar dari surau. Biarpun berusia mentah, saya yakin dia faham, abang dan adiknya kini sudah tiada lagi di dunia ini.

Himpunan Bersih kedua, 9 Julai. JOM!!!



Nazri Abdullah   
KUALA LUMPUR, 21 Mei: Himpunan 'Bersih 2.0' seperti yang dirancang sebelum ini telah diputuskan untuk diadakan pada 9 Julai akan datang di Kuala Lumpur.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Badan Pengerak Mobilisasi Demokrasi PAS, Mohammad Sabu dalam satu sidang media di Pejabat Agung PAS petang ini.

"Tujuannya sama dengan tujuan himpunan Bersih 1 yang lalu iaitu menuntut pilihan raya bersih dan adil.

"Kami dari PAS bersetuju dan akan menghantar 100 ribu ahli untuk himpunan itu," katanya.

Keputusan itu dibuat selepas mesyuarat bersama Jawatankuasa Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) baru-baru ini.

Himpunan dengan nama 'Walk for Democracy' itu katanya akan bermula jam 2 petang.

Bagaimanapun ujarnya, tempat, warna tema dan mekanisme himpunan itu akan diperincikan pihak Bersih sendiri yang dipengerusikan Datuk Ambiga Sreneevasan dalam masa terdekat.

"Kita dari PAS memberi jaminan bahawa himpunan tersebut akan berlangsung dengan aman seperti himpunan Bersih lalu jika tanpa provokasi pihak polis,"katanya.

Turut serta pada sidang media itu, AJK Bersih 2.0 Dr Mohd Hatta Ramli dan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah, Kamaruzzaman Mohamad.

Himpunan Bersih pertama telah diadakan pada 10 November 2007 lalu dengan kehadiran lebih 100 ribu rakyat berarak menuju ke Istana Negara bagi mengiringi penyerahan memorandum kepada Yang DiPertuan Agong.

Mereka mendesak empat perkara termasuk penggunaan dakwat kekal, media yang bebas, pemansuhan undi pos dan pembersihan daftar pemilih.

Ianya diadakan menjelang Pilihan Raya Umum ke 12 yang berlangsung Mac tahun berikutnya.

Bagaimanapun kali ini kata Mohamad, dua lagi tuntutan ditambah iaitu penyalahgunaan institusi kerajaan secara berleluasa, dan menuntut tempoh kempen pilihan raya dipanjangkan.

PAS katanya lagi memandang serius ketempangan demokrasi pilihan raya dan tidak mahu kejadian di Timur Tengah berulang iaitu menggunakan jalan raya untuk menukar kerajaan.

"Kita yakin dengan pilihan raya, tetapi biarlah adil dan saksama.

"Kita lihat penyalahgunaan jentera kerajaan berleluasa sehingga rakyat tidak tahu mana satu parti politik, mana satu kerajaan," katanya lagi.

Sementara itu, Dr Hatta pula berkata, himpunan kali ini dibuat memandangkan empat tuntutan Bersih sebelum ini langsung tidak dilayan oleh kerajaan.

Ianya termasuk isu undi pos yang dakwanya bukan diselesaikan, tetapi lebih dikusutkan.

Sekurang-kurangnya 62 Badan Bukan Kerajaan NGO akan turut serta dalam himpunan itu nanti.

"Kita bagi pihak PAS akan memanfaatkan himpunan di Muktamar nanti untuk menggerakkan mobilisasi rakyat," katanya.

Guru Sarawak pula luahkan kekecewaan dipinggirkan???


Mei 21, 11 9:14pm
Kongsi 318
Golongan guru di Sarawak mahu kaedah struktur gaji yang lebih adil berikutan ada sebilangan mereka berpendapat telah dipinggirkan daripada kenaikan pangkat mengikut kaedah baru yang diumumkan baru-baru ini.

Presiden Kesatuan Guru Sarawak ((STU) William Ghani BinaPresiden Kesatuan Guru Sarawak ((STU) William Ghani Bina berkata kaedah baru kenaikan pangkat guru hanya memberi manfaat kepada kumpulan kecil pendidik dalam profesion itu.

Bercakap pada mesyuarat agung tahunan STU cawangan Sibu dan sambutan Hari Guru di Sibu hari ini, beliau mencadangkan supaya kerajaan merangka sistem penggreddan baru untuk golongan guru.

"Sistem sedia ada hanya melambatkan peluang kenaikan pangkat dan kenaikan gaji bagi guru gred rendah. Ini mematahkan semangat mereka," katanya.

Ghani juga meminta kerajaan merekut sekurang-kurang 70 peratus penduduk tempatan sebagai guru di Sabah dan Sarawak dengan majoriti daripada kawasan luar bandar.

Pada sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan ke-40 pada 16 Mei lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan lima kaedah kenaikan pangkat bagi warga pendidik berkuat kuasa 1 Jan depan.

NONELima kaedah tersebut ialah kenaikan pangkat mengisi kekosongan jawatan, kenaikan pangkat secara Khas Untuk Penyandang (KUP), kenaikan pangkat berdasarkan tempoh perkhidmatan, kenaikan pangkat untuk pengetua atau guru besar cemerlang dan kenaikan pangkat guru cemerlang.

Bagaimanapun, beberapa warga pendidik khususnya dalam kumpulan rendah mendakwa mereka tercicir daripada kaedah baru kenaikan pangkat.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, telah meminta kumpulan itu supaya bersabar kerana kerajaan sedang meneliti perkara itu.

Saturday, May 21, 2011

Selangor bantu mangsa tanah runtuh... RM1 RIBU BAGI SETAIP MANGSA...


Mei 22, 11 9:27am
Kongsi 83
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta barisan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mengucapkan takziah kepada keluarga kepada kanak-kanak yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Madrasah Al Taqwa Felda Semungkis, Hulu Langat.

NONEMenurut TV Selangor, kerajaan negeri juga telah menghantar Misi Bantuan Kemanusiaan Selangor serta Yayasan Amal ke tempat kejadian untuk memberi bantuan segera kepada mangsa yang terselamat dan ahli keluarga mereka.

Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI akan membiayai kos keperluan kepada mereka yang terselamat dalam bencana alam ini serta petugas-petugas yang bertungkus lumus menjalankan misi mencari dan menyelamat.

Menteri Besar akan menyumbangkan RM1,000 kepada setiap keluarga yang anak mereka terkorban dalam kejadian ini sebagai tanda prihatin dengan nasib malang yang tidak dijangka ini.

Beliau turut mengarahkan Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk memastikan kebajikan mereka yang terselamat dijaga.

24 buried alive in landslide at orphanageBuat sementara waktu, Kerajaan Negeri menyediakan penempatan sementara kepada penghuni madrasah dan ahli keluarga mereka yang terlibat di Azwin Resort sehingga misi penyelamat dan mencari mangsa selesai dijalankan.

Khalid menasihatkan keluarga mangsa-mangsa terlibat supaya bersabar dan redha dengan kejadian ini. Semoga roh mangsa yang terkorban di tempatkan bersama orang-orang beriman. Al-Fatihah.

PRU 13: Umno Pulau Pinang bakal hilang kerusi???



Fakhri Ali   
BAYAN LEPAS, 22 Mei: Umno dan Barisan Nasional (BN) jangan bermimpi untuk merampas kembali Pulau Pinang dari Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya umum yang akan datang.

“Rakyat negeri ini telah celik dan sedar selama ini mereka telah dibohongi oleh parti pemerintah sebelum 2008,” kata Exco Kerajaan Negeri, Abdul Malik Abul Kassim (gambar) pada majlis jamuan teh di padang awam, Permatang Damar Laut, petang semalam.

Menurutnya, PR bukan saja mampu mengekalkan kedudukan 29 kerusi yang telah berjaya dirampas dalam pilihan raya umum ke-12 yang lalu, sebaliknya yakin boleh membolos kawasan yang menjadi kubu kuat Umno dan BN dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.

"Kita telah membuat kajian dan penyelidikan mengenai kedudukan kerusi-kerusi yang mampu dimenangi dan ditawan oleh PR dalam pilihan raya yang akan datang.
"Berdasarkan kepada percaturan yang dibuat, PR yakin bukan saja 29 kerusi yang ada dikekalkan milik PKR, PAS dan DAP, sebaliknya kerusi-kerusi Umno yang sudah tidak layak diterajui oleh mereka akan jatuh ke tangan PR," tegasnya lagi.

Tanah Runtuh : Shahrizat: Rumah Al-Taqwa tak berdaftar?? Macam mana tuuu..


Mei 22, 11 8:00am
Kongsi 424
Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Kampung Gahal, Hulu Langat tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau mana-mana agensi di bawah Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

rosmah hilton hotel 221209 sharizatBernama memetik menteri berkenaan Datuk Seri Shahrizat Jalil berkata beliau juga tidak pasti sama ada rumah anak yatim itu berdaftar di bawah mana-mana agensi di kementerian lain.

"Yang terlibat (dalam tragedi ini) ada pelajar, ada anak yatim, ada guru. Kita tidak tahu ia di bawah agensi mana," katanya kepada pemberita semasa melawat kawasan kejadian tanah runtuh di rumah anak yatim itu malam semalam.

Tanah runtuh: 16 terbunuh, 9 selamat. GERAKAN DITERUSKAN UNTUK MENGESAHKAN TIADA LAGI MANGSA TERPERANGKAP! INNA LILLAH...


Mei 22, 11 6:48am
Kongsi 301
Pasukan mencari dan menyelamat mengambil masa kira-kira 15 jam untuk mengeluarkan semua 25 mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat.

24 buried alive in landslide at orphanageOperasi yang bermula pukul 2.45 petang semalam, berakhir kira-kira 5.30 pagi ini dengan penemuan mangsa terakhir pada pukul 5.05 pagi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Supt Azman Ayob ketika memberikan perkembangan terkini mengenai insiden itu kepada pemberita di lokasi kejadian pagi ini berkata mangsa yang terkorban dalam tragedi itu ialah 16 orang manakala sembilan mangsa yang terperangkap selamat.

Mangsa yang meninggal dunia di bawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat, katanya.

Azman berkata lokasi mangsa yang berada berdekatan antara satu sama lain membantu memudahkan usaha mencari dan menyelamat.

24 buried alive in landslide at orphanagePasukan mencari dan menyelamat membabitkan seramai 754 anggota daripada pelbagai agensi bantuan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPAM), pasukan Smart, tentera 4 Divisyen, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan St John.

"Operasi mencari dan menyelamat dihentikan setakat ini dan akan disambung pada 8 pagi ini bagi membuat gerakan terakhir untuk pastikan tidak ada lagi mangsa yang terperangkap," katanya.