KATA-KATA MANIS TETAMU, SIALAKAN!@

Wednesday, May 30, 2012

Pemuda UMNO, NGO buat laporan polis terhadap Nizar??

SUMBER


JOHOR BAHARU 30 Mei - Pemuda UMNO Pulai dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis terhadap bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin berhubung kenyataannya yang dianggap biadap terhadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim.
Laporan polis itu dibuat pada pukul 9.30 malam tadi oleh Setiausaha Kerja Pemuda UMNO Pulai, Asyik Rahmat di Balai Polis Tampoi.
"Kami sebagai rakyat Johor berasa amat marah dan tersinggung dengan kenyataan Mohamad Nizar yang memfitnah Sultan Johor bahawa baginda telah menyalah guna wang rakyat dalam pembelian nombor plat WWW 1," katanya pada sidang akhbar malam tadi. - BERNAMA

SPR MAKIN BIJAK???

'BIJAK' ATAU TIDAK TINDAKAN SPR YANG TERKINI DI BAWAH???

> PRU-13 larang kempen karikatur

JOHOR BAHRU 30 Mei - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan parti-parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 dilarang memasang poster atau banting yang memaparkan karikatur individu atau personaliti.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, ini kerana bahan kempen seperti itu adalah perkara menyindir, tidak serius, budaya tidak baik serta memperlekehkan seseorang sekali gus tidak sesuai digunakan pada kempen pilihan raya.

RUJUK :: http://utusan.com.my/info.asp?y=2012&dt=0530&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_28.htm

Dokumen aset RM30 juta Azmin, Shamsidar didedahkan?? UMMI HAFILDA DAPAT MANA BUKTI?

SUMBER

KUALA LUMPUR 30 Mei - Ahli Perniagaan, Ummi Hafilda Ali buat pertama kali mendedahkan salinan dokumen sebahagian aset yang dimiliki oleh Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali serta isterinya, Shamsidar Taharin yang bernilai lebih RM3O juta.

Dokumen berkenaan iaitu salinan pembelian syer, deposit bank, resit pembayaran perabot serta salinan penyata dalam beberapa akaun bank itu merupakan sebahagian harta yang dimiliki Azmin dan Shamsidar dalam tempoh dua tahun iaitu 1992 hingga 1994.

Ummi Hafilda memberi tempoh dua minggu kepada Azmin dan Shamsidar untuk membuat laporan polis terhadapnya sekiranya dokumen itu palsu atau beliau sendiri akan menyerahkan dokumen tersebut kepada polis selepas tempoh tersebut.

Kata Ummi Hafilda, beliau juga meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memandang serius kes tersebut kerana aset itu diperoleh Azmin dan Shamsidar semasa Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan. - UTUSAN

Rafizi: Mengapa saya dan bukan pengerusi NFC? > SUSULAN DIPANGGIL BANK NEGARA

4:22PM Mei 30 2012  
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli telah mempersoalkan langkah Bank Negara untuk memanggilnya berhubung dakwaan melakukan kesalahan di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA).

Rafizi, yang telah menerima notis tersebut di bawah Seksyen 87 (1) (a) akta berkenaan, bertanya mengapa bank pusat itu tidak mengambil tindakan terhadap pengerusi National Feedlot Corporation (NFC) Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan keluarganya yang didakwanya "secara terbuka"  memindahkan dana secara "tidak sah" kepada syarikat-syarikat milik keluarga beliau di Singapura dan Kazakhstan.

nfc office front"Perkara ini diakui oleh mereka dan bukankah ini perlu disiasat juga
oleh Bank Negara di bawah Akta Pengubahan Wang Haram (Anti Money Laundering Act)?" soalnya.

Rafizi dipanggil untuk hadir memberi kenyataan jam 2.30 petang ii di Bank Negara.
Bercakap kepada pemberita selepas disoal siasat selama kira-kira 90 minit, beliau berkata pegawai penyiasatan Nur Sharina Rosli dan Azizul Abdul Ghafar bertanya bagaimana beliau memperolehi dokumen sulit tersebut.

"Saya bercakap benar. Saya beritahu semua yang saya tahu," katanya sambil menambah terserahlah sama ada mereka mahu meneruskan tuduhan terhadapnya.

Menemani beliau ialah Naib Presiden PKR, N Surendran dan pengarah biro undang-undang biro parti itu, Latheefa Koya, selaku peguamnya.

Isu tersebut berkaitan dakwaan Rafizi berhubung pembelian di KL Eco City oleh Mohamad Salleh dan keluarganya, yang bernilai sekurang-kurangnya RM10 juta.

Friday, May 25, 2012

Amaran PKR: Tanah lapang Felda terancam???

  • Leven Woon
  • 11:22AM Mei 25 2012
 
Kawasan lapang peneroka tidak akan selamat apabila Felda Global Venture Holdings (FGVH) disenaraikan di Bursa Malaysia, kata PKR.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mendakwa, sebaik sahaja peneroka hilang kawalan terhadap FGVH, tiada apa lagi yang dapat menyekat syarikat itu daripada mengambil alih tanah terbuka atau rumah kedai di kawasan Felda.

NONEWalaupun tanah 10 ekar dan tanah yang dimiliki peneroka tidak dapat disentuh, tetapi kawasan tanpa geran tanah boleh diambil, dakwanya.

Bercakap di konvensyen berhubung hak masyarakat Felda dan Orang Asli, Rafizi memberi amaran, apabila pengambilalihan berlaku, perubahan drastik dalam persekitaran dan kehidupan sosial mereka akan berlaku.

PAS khuatir kempen PRU-13 dicemari keganasan?? AJARAN SIAPA NI?

SUMBER

Abdul Aziz Mustafa, 25 Mei 2012
KUALA LUMPUR: PAS tidak menolak kemungkinan serangan berterusan terhadap ceramah dan majlis Pakatan Rakyat (PR) adalah sebagai amaran dari pihak tertentu bahawa mereka akan menggunakan keganasan dalam pilihan raya akan datang.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, perkara itu tidak mustahil berlaku jika melihat kepada tren kebelakangan ini yang mengupah samseng jalanan melakukan serangan fizikal terhadap pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat.

"Semakin hampir pilihan raya, semakin banyak kita mendengar berita serangan dan keganasan parti tertentu terhadap ceramah-ceramah dan majlis-majlis PR.

"Rakyat hendaklah bersedia menghadapi kemungkinan mereka akan mengganas habis-habisan terutama dalam tempoh berkempen pilihan raya umum akan datang asalkan dapat mempertahankan kuasa," katanya.

Insiden terbaru ialah apabila batu dan telur dibaling dari kawasan ceramah Umno ke tempat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berucap di Apartmen Pantai Permai, Lembah Pantai malam tadi.

Seorang warga emas yang menghadiri ceramah itu cedera dan berdarah di kepalanya akibat serangan itu.

Drama 14 jam berakhir> keluarga SENDIRI JADI TEBUSAN?

SUMBER

Oleh Alias Abd Rani
lias@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
RAWATAN...pasukan paramedik merawat suspek yang cedera ditembak.
RAWATAN...pasukan paramedik merawat suspek yang cedera ditembak.

SIBU: Selepas hampir 14 jam bersabar dan cuba berunding dengan seorang lelaki bersenjata pisau menahan anaknya sendiri berusia tiga tahun serta ibunya sebagai tebusan di sebuah rumah di Jalan Sui Ting, Sungai Teku, di sini, polis terpaksa melepaskan tembakan menggunakan pistol renjatan (taser) terhadap lelaki berkenaan bagi menyelamatkan kanak-kanak serta wanita berkenaan, semalam.

Drama tebusan bermula jam 7 malam kelmarin dan berakhir 9 pagi semalam, bermula apabila suspek berusia 28 tahun dikatakan baru dua hari dibebaskan dari penjara, bertindak memegang anak lelakinya serta mengarahkan ibunya tidak keluar rumah selepas bertengkar dengan wanita berkenaan.

Difahamkan, suspek bersenjatakan pisau pemotong sayur, sebelum itu turut mengugut ibunya mematuhi arahannya sekiranya tidak mahu dia kehilangan nyawa. Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Shafiee Ismail, berkata ibu suspek cuba mententeramkan keadaan namun gagal sehingga memaksa seorang ahli keluarga menghubungi polis.
Beliau berkata, usaha ahli keluarga memujuk suspek berlarutan sehingga jam 1 pagi namun tiada tanda positif krisis itu boleh diselesaikan dengan baik menyebabkan adik wanita berkenaan menghubungi polis.

“Sepasukan anggota tiba di rumah suspek, cuba memujuk lelaki itu tetapi gagal malah suspek bertindak lebih agresif dengan meletakkan pisau pada leher anaknya sambil menjerit supaya anggota kami meninggalkan rumahnya.

“Proses memujuk berlarutan sehingga jam 9 pagi tadi (semalam) sebelum polis mengambil keputusan melepaskan tembakan selepas suspek tidak menunjukkan sebarang perubahan walaupun sudah beberapa kali diarah menyerah diri dan membebaskan tebusan.

“Suspek kelihatan sesekali menjenguk polis yang memenuhi perkarangan rumah melalui tingkap. Pada masa sama, ibunya hanya dibenar memberi sebotol susu kepada cucu lelakinya itu selepas kanak-kanak berkenaan menangis ketakutan,” katanya.

Menurut Shafiee, selepas rundingan menemui jalan buntu, polis tiada pilihan melainkan terpaksa menembak suspek menggunakan pistol taser yang mengenai tubuhnya membolehkan tebusan diselamatkan.
Click Here
Beliau berkata, suspek serta anak dan ibunya kemudian diberi rawatan oleh pasukan paramedik yang berada di tempat kejadian.

“Bagaimanapun, kedua-dua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan dihantar ke Hospital Sibu untuk pemeriksaan.

“Siasatan awal mendapati, suspek pernah ditahan Februari lalu kerana memiliki kenderaan curi. Dia ditahan selepas kereta dipandu terbabas ke dalam parit di Kampung Jeriah selepas dikejar kereta peronda polis.

“Pemeriksaan ketika itu mendapati suspek turut memiliki rekod jenayah, termasuk kes pecah rumah, bergaduh, curi kereta dan rompakan. Polis turut menemui beberapa tiub dadah dipercayai syabu dalam rumah suspek ketika serbuan,” katanya.

Menurut Shafiee, pihaknya akan mendapatkan perintah reman terhadap suspek hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan.