KATA-KATA MANIS TETAMU, SIALAKAN!@

Tuesday, June 21, 2011

BERSIH 2.0: Fokus Pada Tuntutan Perhimpunan BERSIH 2.0.. dah TERLANCAR!

June 16th, 2011 | Posted in Press Release | No Comments » | Print This Post Print This Post Kenyataan Akhbar: 16 Jun 2011

BERSIH 2.0: Fokus Pada Tuntutan Perhimpunan BERSIH 2.0
Tuntutan-tuntutan Perhimpunan BERSIH 2.0 mempromosikan demokrasi yang telus dan dinamik. Semua warganegara Malaysia termasuk ahli politik yang  berpendirian bahawa rakyat Malaysia mempunyai hak untuk menikmati demokrasi yang telus dan dinamik sepatutnya menyokong dan bukan mengecam tuntutan-tuntutan tersebut.

Peranan badan-badan bukan kerajaan (NGO) di kalangan masyarakat Malaysia yang sangat penting sebagai pendukung aspirasi masyarakat tidak boleh dinafikan. Badan-badan tersebut membentuk masyarakat madani Malaysia serta membantu menyalurkan suara rakyat. Sekiranya ada pihak yang meremehkan kepentingan masyarakat madani Malaysia, maka mereka juga menindas suara rakyat.
BERSIH 2.0 merupakan gabungan 63 NGO yang mempunyai kepentingan dalam mempromosikan demokrasi dan pilihanraya yang bebas serta adil di Malaysia. Pada asalnya, keahlian gabungan BERSIH yang menganjurkan perhimpunan pada tahun 2007 terdiri daripada pihak-pihak NGO dan parti-parti politik. Namun kini, BERSIH 2.0 yang dilancarkan pada 10 November 2010 hanya terdiri daripada ahli-ahli dari golongan masyarakat madani. BERSIH 2.0 merupakan satu gerakan rakyat untuk pilihanraya yang bersih dan adil. Jawatankuasa Induk BERSIH 2.0 terdiri daripada 14 individu yang mewakili pelbagai badan NGO di Malaysia.
BERSIH 2.0 menekankan sekali lagi bahawa Perhimpunan BERSIH 2.0 adalah satu inisiatif yang dipimpin oleh masyarakat madan dan kami telah menjemput golongan-golongan lain, termasuk semua parti-parti politik.

BERSIH 2.0 ingin menjemput semua rakyat Malaysia yang berminat untuk menghadiri dan meluahkan pandangan-pandangan mereka di Majlis Pelancaran Perhimpunan BERSIH 2.0 pada 19 Jun 2011. Kami akan meneliti secara terperinci 8 tuntutan BERSIH 2.0 dalam majlis tersebut.
Maklumat Majlis Pelancaran Perhimpunan BERSIH 2.0:

Tarikh              : Ahad, 19 Jun 2011
Masa               : 8.30pm
Tempat            : Dewan Utama, Dewan Perhimpunan Cina KL dan Selangor, No. 1, Jalan 
Maharajalela, Kuala Lumpur
Yang benar,
Ahli Jawatankuasa Induk
Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0)
Jawatankuasa Induk BERSIH 2.0 terdiri daripada:

Dato’ Ambiga Sreenevasan (Pengerusi), Andrew Khoo, Arumugam K., Dr Farouk Musa, Haris Ibrahim, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, Richard Y W Yeoh, Dr Toh Kin Woon, Dr Wong Chin Huat, Datuk Yeo Yang Poh, Zaid Kamaruddin, Dr Subramaniam Pillay and Arul Prakkash.

No comments:

Post a Comment