KATA-KATA MANIS TETAMU, SIALAKAN!@

Thursday, July 28, 2011

Pemuda PAS terus dedah penipuan pilihan raya. 1 pengundi, 2 IC?

sumber
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 28 Julai: Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia akan meneruskan siri-siri penerangan dan pendedahan terhadap penipuan dan penyelewengan sistem pilihan raya di negara ini.

Pengarahnya, Mohd Sany Hamzan menegaskan bahawa tidak akan berkrompomi dan akan mengambil tindakan tegas kepada pihak-pihak yang cuba untuk meneruskan agenda ‘kotor’ di dalam melakukan penipuan dan penyelewengan untuk merosakkan sistem pilihan raya di negara ini.

Beliau berkata, pada 26 Julai lalu, pihaknya telah membuat laporan polis terhadap pemilih yang mempunyai dua pengenalan diri di dalam daftar pemilih induk SPR. 

Pihak SPR juga, ujarnya telah mengakui secara terbuka bahawa masih  terdapat ‘pengundi klon/hantu’ yang belum dibersihkan di dalam daftar pemilih.  



“Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia melihat memandang serius terhadap perkara ini yang dan telah mengarahkan supaya setiap Dewan Pemuda PAS Negeri-negeri melakukan pemeriksaan terhadap daftar pemilih induk di negeri masing-masing,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Tambahnya, mereeka akan membuat laporan polis serentak pada hari 29 Julai (esok) di setiap negeri bagi menunjukkan keseriusan Pemuda PAS di dalam menangani isu pemilih yang boleh mengundi di dua, tiga dan banyak tempat mengundi hasil dari kerja ‘silap mata’ pihak yang tidak bertanggungjawab.

Beliau memberitahu, pihaknya akan menganjurkan satu program perbincangan dan pendedahan ilmiah berkaitan isu-isu penipuan pilihan raya dengan menjemput pihak-pihak yang pakar mengenai pilihan raya selain pihak yang berkaitan langsung dengan sistem pilihan raya pada 4 Ogos ini di hotel De Palma Ampang bermula jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Katanya, pelbagai institusi yang berkaitan langsung dan tidak langsung dengan pilihan raya, pihak NGO, parti-parti politik dan orang perseorangan akan dijemput untuk mengambil bahagian.
Pihak media cetak dan elektronik, jurufoto dan blogger juga dijemput hadir, ujarnya. 

No comments:

Post a Comment