KATA-KATA MANIS TETAMU, SIALAKAN!@

Sunday, September 2, 2012

Gelora pantai timur> insiden Kedah vs Trengganu panasss!!




PERTEMUAN antara Terengganu dan Kedah pada aksi Kumpulan B kempen Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam tadi dicemari insiden ‘panas’.
Pada perlawanan yang berkesudahan seri 1-1 itu, tiga kad merah telah dilayangkan, masing-masing satu kepada penyerang import Terengganu, Francis Forkey Doe dan penjaga gol Kedah, Mohd. Helmi Eliza Elias serta dan rakan sepasukan, Wan Mohd Shukri.
Terengganu yang terdesak untuk meraih kemenangan bagi menghidupkan peluang untuk mara ke peringkat suku akhir terpaksa menerima padah apabila perlawanan tersebut dicemari insiden pergaduhan yang dicetuskan oleh pemain kedua-dua pasukan pada minit ke-75.
Insiden itu bermula apabila Forkey Doe mengkasari Mohd. Helmi Eliza.
Kedah terus menerima tamparan apabila seorang lagi pemain, Wan Mohd. Shukri diarah keluar padang selepas mengasari pemain gantian, Abdul Manaf Mamat pada masa kecederaan.
Lebih teruk, pengendali skuad Penyu, Peter James Butler kelihatan bertengkar sesama sendiri dengan penjaga gol, Mohd. Sharbinee Allawee Ramli selepas digantikan dengan Mohd. Sharmiza Yusoff pada minit ke-25.

Forkey Doe membuka jaringan menerusi sepakan percuma pada minit ke-20 sebelum Baddrol Bakhtiar menyamakan kedudukan hasil sepakan sudut pada minit ke-63.

Sementara itu, Kelantan berjaya meleburkan rekod tanpa kalah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) apabila mencatat kemenangan tipis 4-3 dalam aksi sengit di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.
Skuad Kijang mendahului perlawanan menerusi Mohd. Afiq Azmi pada minit ke-8 sebelum penyerang import ATM, Marlon Alex James menyamakan kedudukan pada minit ke-27.
Skuad kendalian Bojan Hodak kembali di depan hasil jaringan Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-29 sebelum Marlon (ke-36) dan Hairuddin Omar (ke-43) meletakkan ATM kembali di depan.
Mohd. Nor Farhan Muhammad mengikat kedudukan sebelum pemain gantian Nurul Azuan Roya muncul wira Kelantan apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-86, sekali gus memastikan skuad The Red Warriors meraih tiga mata di laman sendiri.

No comments:

Post a Comment