KATA-KATA MANIS TETAMU, SIALAKAN!@

Monday, September 17, 2012

PAS Sabah rakam takziah kepada keluarga mangsa

sumber

Harakahdaily, 18 Sep 2012

KOTA KINABALU: Pesuruhjaya PAS Sabah, Mohd Aminuddin Aling merakamkan ucapan takziah kepada Presiden Pakatan Perubahan Sabah (PPS) Datuk Seri Lajim Ukin dan ahli keluarga lima orang termasuk dua pasangan suami isteri maut dalam satu kemalangan jalan raya di Sepanggar, berdekatan bangunan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Kinabalu di sini, malam kelmarin.

"Bagi Pihak Badan Perhubungan PAS Negeri Sabah, saya mengucapkan takziah. Bersabarlah dengan ujian Allah. Semoga roh mereka yang terkorban dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh," ujarnya.

Dalam kejadian jam 11.40 malam itu, mangsa yang merupakan kakitangan dan penyokong Lajim dalam perjalanan dari Tuaran setelah menghadiri sambutan Hari Malaysia menuju ke Beaufort menggunakan kenderaan pacuan empat roda jenis Isuzu Invader.

Kejadian dipercayai berlaku selepas sebuah kereta Naza Ria yang datang dari arah lampu isyarat Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sepanggar, terbabas dan memasuki laluan bertentangan akibat dirempuh sebuah kenderaan jenis Mitsubishi Triton dari arah belakang.

Kereta Naza Ria terbabit kemudian bertembung dengan kenderaan dinaiki mangsa yang datang dari arah bulatan Sepanggar menuju ke pusat bandar.

No comments:

Post a Comment