KATA-KATA MANIS TETAMU, SIALAKAN!@

Friday, March 30, 2012

Dadah: 889 rakyat Malaysia ditahan di luar negara???

SUMBER : NAK BUAT MCM MANA?

2012/03/30

KUALA LUMPUR: Seramai 889 rakyat Malaysia ditahan di luar negara atas kesalahan dadah sejak 10 tahun lalu, sekali gus menjadikan jumlah paling tinggi rakyat negara ini ditahan atas kesalahan itu berbanding kes jenayah lain yang dilakukan di negara luar.

Ini diikuti dengan pemalsuan kad kredit iaitu 248 orang, lain-lain (158), mencuri (105), Imigresen (85), jenayah komersial (84), menipu (65), pemerdagangan manusia (50), pemalsuan dokumen (44) dan membunuh seramai 27 orang.

Jawatankuasa khas tentukan lagu Bawaku Pergi

SUMBER


Rais Yatim bersalam dengan Sulaiman Awang pada Majlis Tautan Kasih Sekalung Budi di Pejabat Penerangan Daerah, Jelebu, Negeri Sembilan, semalam.


JELEBU 29 Mac - Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas penilai bagi menentukan kedudukan sama ada lagu 'Bawaku Pergi' nyanyian pelawak dan pelakon terkenal, Zizan akan diharamkan atau sebaliknya.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, sebelum sesebuah lagu itu diputuskan untuk diharamkan, sebuah panel perlu diwujudkan bagi meneliti setiap aspek kandungan lagu tersebut.
"Kita teliti terlebih dahulu lagu itu dan jawatankuasa penilai juga sudah kita wujudkan, jadi beri kita sedikit masa untuk membuat penilaian sebelum sebarang keputusan dibuat.
"Saya juga akan mengesyorkan kepada RTM khasnya bahagian muzik kementerian untuk memberi laporan bagaimana dan apakah pendirian masyarakat terhadap lagu ini dan apakah tindakan yang perlu diambil berhubung seni kata, lirik dan lenggok alunan lagu itu," katanya.

ANAK MUDA TAK MENDAFTAR UNTUK MENGUNDI>??

Separuh generasi muda tidak mendaftar sebagai pengundi


2012/03/30

PETALING JAYA: Sekurang-kurangnya separuh daripada bilangan golongan muda yang layak untuk mendaftar sebagai pemilih tidak berminat berbuat demikian, menurut kaji selidik firma tinjauan pendapat, Merdeka Centre dan Institut Kebangsaan Integriti Pilihan Raya (NIEI).

Pengarah Merdeka Centre, Ibrahim Suffian, berkata kajian yang dijalankan tahun lalu itu mendapati mereka yang berumur antara 21 dan 30 tahun tidak berminat kerana mereka merasakan ia tidak penting atau memerlukan tindakan segera.

DSAI BIOSEKSUAL PULAK?? ADA BUKTI KA?

BETUL DAH AYAT TU.. CUMA KEPADA SIAPA DIMAKSUDKAN??? DSAI YANG terlibat, kamu ada bukti dan saksi??? ULAMAK PON tak reti kaedah Hukum Usul Feqh??

1) bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat, Prof. Madya Mohd. Noor Deris berkata, umat Islam wajib menolak pemimpin yang mengamalkan biseksual sekiranya mereka benar-benar sayangkan negara ini.

2) Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa'amah berkata, individu yang mengamalkan biseksual adalah golongan fasik yang tidak boleh diterima sama sekali sebagai pemimpin dan wajib ditentang.
 
sumber

PENGHUNI PENJARA BERSENJATA???

PENGHUNI penjara bertungkus-lumus memadamkan api di atas bumbung penjara di San Pedro Sula, Honduras, hari ini. Pihak berkuasa Honduras berkata puluhan banduan maut di penjara selepas penghuni bersenjata mula membakar penjara semasa rusuhan. (berita lanjut) - Foto AP
Mar 30, 2012 10:07 am

kematian pihak Istana

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengaminkan doa ketika menziarahi jenazah Almarhum Raja Datuk Seri Ashman Shah, 54, di Balairongseri Istana Iskandariah, di Kuala Kangsar, hari ini. Almarhum Raja Ashman Shah mangkat di kediamannya di Bukit Damansara pada 1.30 pagi tadi dan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas solat Asar. - Foto BERNAMA
Mar 30, 2012 5:56 pm

Monday, March 26, 2012

TANGGUNGJAWAB SOSIAL PENGURUSAN PASTI (PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM) DAERAH TAWAU








SUMBANGAN OLEH PASTI KAWASAN TAWAU DISAMPAIKAN OLEH SDR DARAMANSAH BIN LAMASA SELAKU TIMB KETUA PEMUDA PAS KAWASAN TAWAU, SABAH... SUMBANGAN DISERAHKAN KEPADA SDR TAMBRIN DAN GURU GURU PASTI TERPILIH...

PEMBUNUH DIRANG ANGGUK TANDA FAHAM.. KASIHAN...

JOHOR BAHRU: Seorang buruh dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, terhadap tuduhan membunuh seorang kanak-kanak perempuan, Nurul Nadirah Abdullah atau lebih dikenali sebagai Dirang, awal bulan ini.

Muidin Maidin, 24, dituduh membunuh Nurul Nadirah, 5, di ladang kelapa sawit, Jalan Suria 47, Bandar Seri Alam, Masai, di sini, antara jam 11 pagi dan 7 malam, 1 Mac lalu.
Muidin yang didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Mohd Isa Mohamed.

SUMBER

BICARA TIMBALAN PRESIDEN!!!

BUTTERWORTH 26 Mac – Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 11 hingga 15 Jun depan bagi perbicaraan terhadap Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atas dakwaan membuat tohmahan memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka yang terlibat dalam tragedi serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong.

BB1M DAN BR1M DILANJUT LANJUT LANJUT... SAMPAI BILA DAAA

PUTRAJAYA 26 Mac – Tempoh sah laku Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) yang sepatutnya tamat pada 31 Mac ini dilanjutkan sehingga 30 April ini, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Saturday, March 24, 2012

PBT Selangor yang terbaik - Sistem Star Rating??? >> HEBAT NEGERI PR

SUMBER

Harakahdaily, 24 Mac 2012
SHAH ALAM, 24 Mac: Negeri Selangor mendahului negeri-negeri lain di Malaysia apabila dua majlis bandaraya dan enam majlis perbandaran mendapat empat bintang dalam “Sistem Star Rating” bagi Pihak Berkuasa Tempatan pada 2010/2011.

Majlis bandaraya dan majlis perbandaran di Negeri Selangor yang mendapat empat bintang ialah  Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Perbandaran Klang (MPK), Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

Manakala empat majlis daerah di Selangor mendapat taraf tiga bintang iaitu Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) dan Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS).

Keputusan ini satu peningkatan drastik dan memberangsangkan bagi kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan di Negeri Selangor.

Ia juga membuktikan kerjasama baik antara kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan dalam usaha meningkatkan perkhidmatan kepada rakyat.

Sehingga kini difahamkan Kementerian yang berkenaan tidak mahu mengisytiharkan keputusan ini ekoran kejayaan utama negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat khasnya Selangor.

Kejayaan dicapai Selangor ini berlaku ketika media BN terus-terusan memburuk-burukkan kerajaan negeri Selangor dalam media mereka.

"Saya mengucapkan tahniah kepada semua Dato’ Bandar dan Yang di-Pertua (YDP) pihak berkuasa tempatan serta pegawai mereka dan berharap mereka akan terus berusaha bagi memastikan penyampaian perkhidmatan berjalan dengan baik," kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim (gambar).

Sebanyak 354 indikator digunakan dalam Sistem Star Rating bagi Pihak Berkuasa Tempatan  berdasarkan 4 bidang utama iaitu pengurusan, perkhidmatan-perkhidmatan teras, pengurusan pelanggan dan penyertaan komuniti.

Sistem ini – yang bermula pada 2008 atas saranan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan – juga menggunakan borang soal selidik daripada responden yang terdiri daripada penduduk (70%), peniaga (20%) dan NGO (10%).

Sistem Star Rating bagi Pihak Berkuasa Tempatan bagi tahun 2010/2011 ini, tiada satu pun pihak berkuasa tempatan di Malaysia yang berjaya mendapat taraf 5 bintang.

Monday, March 19, 2012

Krisis Kedah: Pemuda PAS akui tolak Phahrolrazi?? >> konflik adik beradik.. selesai elok elok laa


Pemuda PAS Kedah benar-benar mahukan dua pemimpin kanannya – Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh – berundur daripada kepimpinan PAS negeri sebagai timbalan pesuruhjaya I dan II negeri itu, kata seorang pemimpin kanannya.

Sumber yang enggan dikenali itu bagaimanapun berkata, tiada dalang yang bertindak sebagai perantara untuk tujuan itu, seperti yang didakwa Phahrolrazi.

NONE"Pemuda bukan bodoh. Tiada siapa yang suruh Pemuda. Ingat kita tak tahu ke apa yang mereka (Phahrolrazi (kiri) dan Ismail) buat. Dari awal lagi Pemuda cadang supaya timbalan pesuruhjaya I dan II digugurkan. Ini adalah pendirian Pemuda. Pemuda bukan sebodoh dan sehina itu nak disuruh-suruh.

"Tiba-tiba ada pula kenyataan yang kata ada dalang hasut. Hebat sangat ke dalang tu sampai nak hasut kita?" kata sumber dalaman itu lagi.

Thursday, March 15, 2012

Pegawai kanan Felda ditugas 'gunting akhbar' di JPM ???

Setiausaha Koperasi Permodalan Felda (KPF) Abidin Abdul Rahman dilaporkan telah ‘disingkirkan’ ke Jabatan Perdana Menteri kerana didakwa membantah pelantikan Tan Sri Isa Samad sebagai pengerusi koperasi itu, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

NONEAbidin yang juga adalah Timbalan Pengarah Besar (Pembangunan Komuniti) Felda, kata Mahfuz (kanan), hanya diberikan tugas menggunting keratan akhbar untuk perpustakaan di jabatan itu sejak 1 Mac lalu.

Menurut beliau, Abidin terpaksa menanggung akibatnya apabila menyuarakan kebimbangan ahli pada Disember lalu berhubung cadangan melantik Isa, yang merupakan pengerusi Felda untuk memimpin KPF. Langkah itu dianggap melanggar peraturan koperasi.

Mahfuz berkata Abidin memaklumkan bahawa beliau hanya akan menerima pelantikan Isa sebagai pengerusi KPF jika bekas menteri besar Negeri Sembilan itu adalah seorang ahli koperasi.

azlan"Dan untuk menjadi ahli, Isa (kanan) mestilah sama ada seorang peneroka Felda atau kakitangan operasinya," kata Mahfuz kepada Malaysiakini semalam.

Mahfuz juga mendakwa bahawa pada asalnya lembaga pengarah Felda mencadangkan supaya Abidin dipindahkan ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tetapi oleh  kerana Felda adalah sebuah badan berkanun manakala JPA adalah entiti kerajaan, maka, ia tidak menjadi kenyataan.

Beliau ke Jabatan Perdana Menteri, kata Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena.

NONE"Ini tindakan memalukan (oleh kerajaan) untuk mengaibkan pegawai kerajaan," kata Mahfuz.

Sebelum ini, Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abdul Wahab (kiri) pula terpaksa mengambil cuti belajar selama sembilan bulan kerana membantah pelantikan Isa.

Adalah difahamkan juga kedua-dua pegawai kanan Felda itu juga membantah cadangan saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia.

FGVH: Anak dakwa Ahmad Maslan berbohong???

SUMBER

Hazayani Zakaria, 15 Mac 2012
KUALA LUMPUR, 15 Mac: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) mendakwa Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berbohong bahawa tanah peneroka tidak terjejas selepas penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia.
Presidennya, Mazlan Aliman berkata, beliau mempunyai bukti bagaimana harta peneroka diambil melalui penyenaraian FGVH.

Menurutnya, Felda yang ketika ini merupakan badan berkanun memiliki seratus peratus FGVH manakala peneroka termasuk ahli keluarga dan kakitangan Felda memiliki seratus peratus KPF.

Sementara itu, FGVH dan KPF berkongsi memiliki Felda Holding Berhad (FHB) dan nisbah pemilikan mereka ialah 49:51.

Ini bermakna KPF adalah pemilik majoriti FHB.

FHB memiliki pelbagai anak syarikat. Kerana KPF adalah pemilik 51 peratus FHB, maka ianya adalah juga pemilik syarikat-syarikat yang berada di bawah FHB.

Namun ketika ini, KPF tidak ada apa-apa saham dalam FGVH.

" Setelah jalan mesyuarat agung khas KPF gagal digunakan ke arah menyenaraikan FGVH, penasihat dan pengurus penyenaraian iaitu CIMB dan Maybak telah mengemukakan jalan penyenaraian alternatif.

"Maklumat terpecaya memberitahu, jumlah saham FGVH yang diperbesar bakal berjumlah 3,420 juta unit. Nilai IPO dianggarkan RM5.85 se saham. Bermakna, pelaksanaan IPO bakal menghasilkan RM20 bilion kepada FGVH," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Tambahnya lagi, Felda bakal mengambilalih 51 peratus milikan ekuiti KPF dalam FHB dan lain-lain saham milik KPF dalam syarikat-syarikatdi bawah FHB dan digantikan dengan 1,265 juta unit saham biasa (boleh mengundi) dalam FGVH (37 peratus) dari kesemua saham FGVH yang diperbesar.

"Tetapi saham ini kemudiannya diserahkan kepada IHC, dan sebagai balasannya, KPF diberi saham keutamaan (tanpa kuasa mengundi) dalam IHC, sekaligus menyahkan KPF kuasa pengawalan dan pembuatan keputusan ke atas hartanya sendiri.

"Undang-undang mana yang dipakai dan apa proses yang diikut dalam pengambilalihan saham milik KPF itu leh Felda tidak diketahui," katanya lagi.

Selepas penyenaraian FGVH, KPF memiliki saham FGVH pada namanya sahaja dan yang berkuasa penuh ke atas harta itu ialah IHC.

"Dengan ini dijangka dividen yang akan diterima dari FGVH oleh KPF akan merosot kerana ia terpaksa membayar belanja pengurusan kepada IHC.

"Pendek kata, KPF bakal menjadi bangkai bernyawa, ada harta tetapii beri pihak lain mengawal dan mengurus," jelasnya.

Sehubungan itu, beliau mengulangi kesediaan untuk berdialog dengan Ahmad mengenai penyenaraian FGVH.

"Ahmad Maslan jangan hipokrit, bercakap dalam dewan, bercakap dengan orang lain tapi bila ajak dialog tak mahu," katanya.

Semalam, Ahmad berkata, tiada seinci pun tanah peneroka akan diambil selepas penyenaraian FGVH.

Beliau turut menuduh Mazlan menjadi dalang yang menghasut peneroka agar menolak penyenaraian.

MB SELANGOR DIPINDAH KAWASAN MENGUNDI TANPA KEIZINAN???

Kawasan mengundi bagi Menteri Besar Selangor, Tan Sri  Abdul Khalid Ibrahim nampaknya telah ditukar tanpa pengetahuannya, seperti yang terbukti menerusi carian di lamanweb Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

NONESemakan di lamanweb tersebut mendapati Khalid (kanan) kini
merupakan pengundi di kawasan pilihan raya Lembah Pantai yang diwakili Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Lokaliti mengundi beliau disenaraikan sebagai Rumah Kakitangan Universiti di bawah daerah mengundi Universiti.

Bagaimanapun, difahamkan Khalid sebelum ini mengundi di kawasan Parlimen Petaling Jaya Selatan. Tidak jelas sudah berapa lama beliau menjadi pengundi di sana.

Ketika dihubungi, seorang pegawai pejabat menteri besar yang enggan namanya disiarkan, mengesahkan Khalid tidak membuat sebarang perubahan pada kawasan mengundinya atau dalam kad pengenalannya.

"Setakat yang beliau tahu, beliau masih pengundi di Petaling Jaya (Selatan) dan alamat pada kad pengenalan beliau adalah di Pasir Tuntung, Kuala Selangor - bandar kelahirannya," kata sumber yang rapat dengan menteri besar itu.

Sumber itu menambah bahawa menteri besar yang telah dimaklumkan mengenainya "memandang berat" perkara itu dan akan menyemak dengan SPR dan Jabatan Pendaftaran.

Tindakan mensabotaj MB?

Malaysiakini membuat semakan tersebut selepas Ketua Pemuda Umno Seputeh, Mohd Razlan Muhammad Rafii, menyiarkan di blognya bahawa Khalid telah menjadi "pengundi hantu" di Lembah Pantai.

NONEMohd Razlan juga mendakwa peralihan kawasan mengundi itu, yang
hanya boleh berlaku jika menteri besar itu  menukar alamat pada kad pengenalannya, adalah kerja dalam untuk mensabotaj Khalid.

Khalid tidak boleh bertanding sebagai ADUN di Selangor jika kad pengenalannya menunjukkan dia pemastautin di Kuala Lumpur.

Menurut peraturan SPR, calon yang bertanding kerusi DUN mesti menjadi penduduk negeri berkenaan.

Ini bermakna beliau tidak boleh lagi menjadi menteri besar untuk penggal kedua.

UMNO SABAH BACUL???

Tindakan Kerajaan BN Sabah yang di dalangi Ketua Menteri, Dato' Seri Musa Aman menghalang saya masuk ke Sabah sebagai angkuh, bongkak dan bacul. Notis Penolakan Masuk di bawah Seksyen 65(1)(a) Akta Imigresen 1959/63 yang ditandatangani oleh Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Sabah, Addy Rizal bin Jamlidi telah mencabul hak asasi saya sebagai warganegara Malaysia.

Berkali-kali saya mempersoalkan kenapa saya di tahan dan tidak di benarkan masuk ke Sabah?
Apa kesalahan saya; apa jenayah yang saya lakukan?
Mereka mengatakan tiada alasan dan sebab melainkan arahan Pihak Berkuasa Negeri!
Saya di kawal ketat, dalam keadaan lapar; bukan sahaja tidak diberi makan; segelas air pun tiada!

Saya telah membuat laporan Polis di Pejabat Imigresen Lapangan Terbang Kota Kinabalu dan di hantar balik melalui penerbangan Air Asia ke Kuala Lumpur sekitar jam 11 malam tadi. Hampir dua tahun yang lalu, regim Taib Mahmod juga telah memperalatkan Imigresen untuk menghalang saya masuk ke Sarawak.

Saya berkeyakinan ini semua berpunca dari kebimbangan dan ketakutan regim Musa Aman dan Taib Mahmod dari kebangkitan rakyat yang menentang kezaliman Kerajaan BN. Isu rampasan tanah Adat atau NCR berleluasa dan sangat kritikal. Kuasa Ketua Menteri sangat besar; sewenang-wenangnya tanah yang di duduki dan di usahakan penduduk puluhan tahun di rampas. Kononnya penduduk menceroboh kawasan hutan simpan dan tadahan air.

Ada rumah penduduk yang dibakar, kebun di sodok oleh jentolak, tanaman musnah dicincang lumat oleh anggota penguatkuasa kerajaan negeri seperti Jabatan Hutan dll. Peliknya; kawasan yang dirampas di beri pula kepada syarikat-syarikat kroni atas nama pembangunan. Rakyat menderita dan hilang pergantungan. Hatta; menuntut hak di Mahkamah pun di tangkap, dipukul dan di penjarakan seperti yang berlaku di Pensiangan.

Saya mengetuai Lajnah(Biro) Pembangunan Tanah & Wilayah PAS Pusat bersama rakan-rakan berulang alik ke Sabah Sarawak secara konsisten bertahun lamanya. Turun ke kawasan Pedalaman dan menyaksikan penderitaan rakyat. Kemiskinan tegar, kemunduran melampau, sangat kurangnya kemudahan asas dan tersiksanya rakyat akibat cengkaman regim BN yang menindas rakyat. 20 tahun ke belakang jika dibandingkan Semenanjung. Bahkan jika di ukur dengan negeri Kelantan pun seperti langit dengan bumi!
Kelantan jauh lebih maju dan membangun daripada Sabah dan Sarawak.

Saya bawa wakil penduduk ke Parlimen bertemu menteri dan pimpinan BN dan Pakatan Rakyat. Kita iringi mereka membuat aduan di Suhakam. Suhakam mengakui isu tanah Sabah dan Sarawak begitu kritikal dan political will pimpinan BN untuk menyelesaikannya sangat menyedihkan. Laporan Polis, serahan memorandum, bawa kes ke Mahkamah dan apa ruang telah kami lakukan. 

Pagi ini Himpunan 123 BANGKIT di adakan di perkarangan Pejabat Ketua Menteri. Ratusan rakyat yang datang dari Tawau, Keningau, Pensiangan, Kudat, Lahad Datu, Sandakan, Sepanggar dll dengan Bas sewa khas serta pengangkutan awam di layan begitu buruk oleh Musa Aman. Harapan tinggi rakyat yang sengsara kerana tanah mereka di dirampas untuk mengiringi pimpinan Ngo dan pimpinan etnik kaum menyerah memorandum di anggap remeh Kerajaan BN.

Adakah wajar pegawai rendah di tugaskan menerima memorandum hanya di 'tepi jalan' Wisma Negeri?
Mana pergi Musa Aman atau sekurang2nya Menteri Kanan Sabah?
Hina sungguh rakyat jelata diperlaku Kerajaan Bn!
Apa salahnya di bawa masuk wakil2 Ngo dan penduduk sekurang-kurangnya di ruang tamu Wisma Negeri?
Apa salahnya Kerajaan Negeri mendengar dulu isi hati dan derita rakyat?

Ada penduduk menempuh perjalanan selama 12 jam; hanya mampu makan nasi bungkus sepanjang perjalanan, tayar kereta pancit di tengah jalan dan macam-macam kesukaran yang di alami untuk sampai ke Pejabat Ketua Menteri. Begini kesudahan layanan Musa Aman. Mana slogan ' Rakyat di dahulukan, Pencapaian di utamakan?

Perjuangan rakyat akan di teruskan. Seperti slogan penduduk Sabah; 'Tanah adalah nyawa kami, tanah adalah kehidupan kami.' 
Kami tidak akan putus harapan dan patah semangat. Regim Musa Aman wajib di tumbangkan!


MAZLAN ALIMAN
AJK PAS PUSAT
Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah & Wilayah PAS Pusat
Presiden ANAK
0137130103

Friday, March 9, 2012

SPV akan ketepi hak peneroka dalam KPF?? tak serik2...

Written by Khairil Abdul Rahim  
Jumaat, 09 Mac 2012 07:39
BERA, 9 Mac: SPV atau Special Purpose Vehicle (Syarikat Tujuan Khas) yang akan ditubuhkan untuk mengambil alih tugas Koperasi Permodalan Felda Bhd (KPF) bertujuan untuk penyenaraian saham Felda Global Ventures Holding (FGVH) adalah mengenepikan hak peneroka.

Pakar ekonomi, Dr Rosli Yaakop berkata, ini disebabkan jika selama ini segala keputusan dan perancangan diambil melalui mesyuarat agung KPF kerana peneroka memiliki 51% saham, selepas itu peneroka tiada kuasa lagi.

“SPV sebuah syarikat ditubuh di bawah akta syarikat bukannya di bawah koperasi. Jadi harta yang dimiliki KPF apabila disenaraikan akan diletakkan di bawah SPV bukan lagi di bawah KPF, jadi ini mengenepikan hak peneroka.

“Hak peneroka akan diketepikan bermakna suara peneroka akan diambil alih jadi nampaklah belitnya di sini. Biasanya kepentingan peneroka, pembahagian dividen dan sebarang keputusan dibentang dalam mesyuarat agung tahunan.

“Tapi hak tuan-tuan ini akan diketepikan. Sebab itu saya harap ahli-ahli koperasi (KPF) buat memorandum supaya tuntut singkirkan Isa sebelum harta tuan-tuan dijadikan modal dalam perniagaan berisiko,” katanya.

Dr Rosli yang juga bekas pegawai Bank Negara menambah, KPF yang mempunyai aset berbilion tidak layak dijaga oleh Isa kerana dia baru dilantik ke dalam Felda dan bekas pesalah rasuah Umno yang mungkin diragui amanahnya.

Dr Rosli berkata demikian dalam majlis dialog bersama peneroka di Felda Purun, kelmarin.

Penubuhan SPV mula-mula diumumkan oleh Pengerusi Felda yang juga Pengerusi KPF, Tan Sri Isa Samad selepas gagal mengadakan mesyuarat agung khas (EGM) akhir bulan lalu bagi menyerahkan ekuitinya ke dalam FGVH.

Menurut perancangan Isa, SPV ditubuh bagi mengambil alih fungsi KPF secara perlahan-lahan dan tindakan itu jelas bertentangan dengan undang-undang dan mengkhianati peneroka serta kakitangan Felda selaku pemilik saham KPF.

Sementara itu seorang lagi ahli panel, Harris Abdullah, memberitahu pemilik saham dan harta benda sebenar dalam Felda ialah peneroka jadi sebarang tindakan mengenepikan peneroka jelas menyalahi undang-undang.

“Sekarang tauke Felda ialah peneroka, bukan Isa (Samad). Pemegang saham dalam Felda Holding ialah KPF iaitu sebanyak 51%. Patutnya kalau nak buat penyenaraian ke bursa saham patutnya melalui KPF, bukan Felda Holding yang buat keputusan bagi pihak KPF.

“Kalau nak senarai FGVH itu hak dia tapi gunakanlah aset syarikat itu. Tapi yang kita tak mahu bagi itu ialah harta peneroka dalam KPF dan juga tanah Felda Plantation. Kalau FGV tidak ada harta, mengapa perlu gunakan duit dari Felda Plantations dan KPF.

“Jadi sekarang ini SPV ini akan gunakan 360,000 hektar tanah Plantation untuk dipajakkan kepada FGVH dalam tempoh 99 tahun dan dalam masa yang sama RM3.13 bilion nilai aset KPF dalam Felda Holding diberi kepada FGVH,” ujarnya.

Katanya, selepas itu datang pula pegawai-pegawai Felda datang berjanji dengan peneroka mahu membahagikan ‘durian runtuh’.

“Di mana lojiknya?” soal beliau.

Serentak dengan itu Harris meminta peneroka tidak terpedaya dengan janji durian runtuh sehingga menyerahkan geran ladang dan rumah kerana itu boleh menjadi perangkap untuk peneroka seolah-olah menyerahkan hartanya untuk diniagakan dalan bursa saham.

Parlimen: Tumpuan akta ganti ISA, pinda Auku, PSC

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah akan berangkat merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Parlimen bagi Penggal Kelima Isnin ini.
  
Seri Paduka akan menyempurnakan majlis istiadat berkenaan buat pertama kali selepas dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 berkuatkuasa Disember lepas.
  
Pada majlis itu, Seri Paduka dijadual menyampai titah ucapan diraja yang akan dibahaskan oleh kesemua anggota Parlimen bermula Selasa.
  
Sidang Dewan Rakyat kali ini dijadual berlangsung selama 20 hari bermula Isnin hingga 12 April depan.
  
Dari perspektif politik, sidang itu dilihat amat signifikan kerana beberapa agenda penting, yang bakal mengubah landskap politik, ekonomi dan sosial di negara ini, dijangka dibentangkan pada mesyuarat itu.
  
Antaranya pembentangan dua undang-undang baru yang akan menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 pasti akan diberi fokus tambahan oleh pelbagai pihak, khususnya pemerhati politik.
  
Kerajaan sebelum ini dilaporkan akan membentangkan dua rang undang-undang baru yang sesuai bagi menggantikan ISA dalam sidang Parlimen kali ini.
  
Tugas berat menanti 222 anggota Dewan Rakyat yang menggalas harapan rakyat untuk memastikan undang-undang baru digubal itu mampu memelihara keamanan dan kesejahteraan rakyat dan negara.
  
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini memberi jaminan bahawa dua akta baru yang akan menggantikan ISA bakal mewujudkan perseimbangan antara hak asasi individu, kebebasan sivil dan menjaga keamanan awam.

Langkah itu, katanya, akan membolehkan Malaysia mengamalkan sistem demokrasi yang progresif dengan lebih baik dan dihormati negara lain.

Menurutnya undang-undang baru itu juga akan digubal di bawah 'semangat serta payung' Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.
  
Akta ISA hanya akan dimansuhkan selepas dua undang-undang baru itu diwartakan.
  
Selain itu, pindaan Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1974 yang akan memberi kebebasan kepada warga kampus untuk berpolitik, juga bakal mendapat perhatian anggota Dewan Rakyat.
Kerajaan secara dasarnya telah bersetuju untuk meminda AUKU dengan menekankan kepada dua prinsip iaitu membenarkan mahasiswa terlibat dalam aktiviti dan parti politik di luar kampus dan mengekalkan kampus sebagai entiti yang bebas daripada aktiviti politik kepartian.
  
Seksyen 15 AUKU 1971 menyebut pelajar atau pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar dilarang bersekutu dengan persatuan kecuali sebagaimana diperuntukkan di bawah Perlembagaan, atau diluluskan oleh Naib Canselor.

Tumpuan juga akan diberikan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Penambahbaikan Proses Pilihan Raya yang akan membentangkan laporan akhir mengenai syornya di Parlimen sebelum diwartakan menjelang minggu pertama April.
  
Ramai pasti menunggu seberapa banyak cadangan yang dikemuka jawatankuasa itu akan diterima Suruhanjaya Pilihan Raya untuk dilaksanakan.
  
Walaupun terdapat beberapa isu penting lain seperti penyenaraian Felda Global Venture Holdings Sdn Bhd (FGVH) ke Bursa Malaysia dan pertukaran saham MAS-Air Asia, namun ramai yang berpendapat, urusan-urusan kerajaan di atas perlu diselesaikan segera kerana ia sebahagian 'perisai' penting untuk Barisan Nasional (BN) berdepan 'musuh' dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.
Mandat semasa akan berakhir April 2013.

PEJABAT PELAJARAN DAERAH TAWAU RESPON ISU SURAT 1 MAC 2012.. TARIK BALIK SETELAH DITEKAN DI FB??????

DARI FB 'Awathangtak ketahwanhala' 

*** gambar> SURAT RASMI DARI PEJ PELAJARAN DAERAH TAWAU BERTARIKH 1 MAC 2012

TAJUK SURAT : SENARAI KAKITANGAN YANG BOLEH DIKATEGORIKAN SEBAGAI 'PUTIH', 'KELABU' DAN 'HITAM' PEJABAT PELAJARAN DAERAH TAWAU

SURAT INI KELUAR SUSULAN M/RAT KHAS JAB PELAJARAN SABAH BERTARIKH 29 FEB 2012 DAN PPD TAWAU 'DIARAHKAN' UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT BERKENAAN DARIPADA PENGETUA ATAU GURU BESAR

KATEGORI DI BAHAGIKAN SECARA WARNA

PUTIH
AKUR DASAR2 KERAJAAN
KRITIS TERHADAP DASAR KERAJAAN SECARA POSITIF DAN MEMBINA
BERSYUKUR AKAN KELEBIHAN YANG DIBERIKAN KEPADA KAKITANGAN KERAJAAN

KELABU-
MULA MENGKRITIK SECARA NEGATIF DAN TERBUKA AKAN DASAR2 KERAJAAN
MULA BERJINAK2 DENGAN PARTI PEMBANGKANG

HITAM-
AHLI BERDAFTAR DAN MEMEGANG JAWATAN DALAM PARTI PEMBANGKANG
BERGIAT CERGAS DALAM AKTIVITI BERKEMPEN MENENTANG KERAJAAN
ADA CUBAAN MEMPENGARUHI RAKAN SEJAWAT YANG LAIN SUPAYA TURUT SERTA DALAM SEBARANG AKTIVITI UNTUK MEMBENCI KERAJAAN

ISI SURAT BERNOMBOR 4 MENYATAKAN * PPD MEMOHON BORANG DIISI SDRI OLEH PENGETUA@GB AGAR KERAHSIAANNYA TERKAWAL DI BAWAH AKTA RAHSIA RASMI KERAJAAN (OSA)

SURAT DIBUAT S.K TIMB PGRH JAB PELAJARAN SABAH...
--------------------
DAN PADA 9 MAC KELUARLAH RESPON DI laman web : http://malaysiakini.com/news/191635

---------------------------------
Pejabat Pendidikan Tawau hari ini menarik balik arahan yang dikeluarkan kepada guru besar supaya merekodkan kecenderungan politik kakitangan mereka.

Arahan asal yang meminta guru besar mengkategorikan kakitangan mereka, termasuk guru, sebagai 'hitam', 'kelabu' dan 'putih' mengikut kecenderungan politik masing-masing, adalah satu "kesilapan", kata pegawai pendidikan daerah, Darman Shah Asakil kepada Malaysiakini hari ini.

Darman Shah berkata arahan itu adalah inisiatif Pejabat Pendidikan Tawau dan tiada kaitan dengan Kementerian Pelajaran atau Jabatan Pelajaran Sabah dalam apa jua cara.

"Ia adalah satu kesilapan dan surat itu tidak sepatutnya dihantar. Ia ditulis oleh kakitangan saya dan saya tidak semak betul-betul.

"Hasrat kami adalah semata-mata untuk menasihat guru-guru supaya memberi tumpuan kepada pengajaran dan tidak terlibat dalam politik," katanya.

Jabatannya, tambah Darman Shah, telah mengeluarkan surat pekeliling kepada semua guru besar memaklumkan kepada mereka tentang penarikan balik arahan asal itu.

Awal hari ini, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Puad Zarkashi memberitahu Malaysiakini tiada arahan seumpama itu dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran.
---------------------------------------

banyak point MENGELIRUKAN!
-----------------------------

1) Darman Shah berkata arahan itu adalah inisiatif Pejabat Pendidikan Tawau dan tiada kaitan dengan Kementerian Pelajaran atau Jabatan Pelajaran Sabah dalam apa jua cara. << INISIATIF TAWAU SHJ.. PANDAI2.. LEPAS TU DLM SURAT DINYATAKAN PPD DIARAHKAN DAPATKAN MAKLUMAT.. APAKAH PPD TAWAU GUNA NAMA JPN SABAH UNTUK BUAT KERJA YANG SIA2???????
-----------------------
‎2) "Ia adalah satu kesilapan dan surat itu tidak sepatutnya dihantar. Ia ditulis oleh kakitangan saya dan saya tidak semak betul-betul. << SELAMA NI BANYAK YANG PPD TAK SEMAK BETUL2 SURAT KE SEKOLAH2????????
------------------------
3) "Hasrat kami adalah semata-mata untuk menasihat guru-guru supaya memberi tumpuan kepada pengajaran dan tidak terlibat dalam politik," katanya.>> BETULKAH HASRAT TU.. SELAMA NI GURU2 YG KERJA KERAJAAN PRO PEMBANGKANG TP BOLEH BERI SUMBGN PADA M/KAT TAWAU JUGA... agak tak berapa profeisonal la PPD...
------------------------------
4) Jabatannya, tambah Darman Shah, telah mengeluarkan surat pekeliling kepada semua guru besar memaklumkan kepada mereka tentang penarikan balik arahan asal itu. << macam SBPA juga.. kenapa kalut dan tergesa???????????????
---------------------------
5) Awal hari ini, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Puad Zarkashi memberitahu Malaysiakini tiada arahan seumpama itu dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran. << tengok tuuuuuu!!! KPM PON TAK BOLEH COVER ISU NI...
------------------------------
barangkali ada tangan 'ghaib' tekan JPN Sabah... tujuan jika guru 'Hitam' atau Staf 'Hitam' aktif berkempen atau bantu pembangkang dekat PRU nanti.. mereka akan dipindah ka?.. ditekan oleh SB ka? di itu di ini... emmm...

PMO: Majlis bertunang anak PM bukan dibiayai k'jaan??? >> dasyatt... banyak duit kan PM..

Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini menafikan dakwaan PKR bahawa kerajaan telah membiaya majlis pertunangan anak perempuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dalam satu kenyataan yang dihantar malam ini, PMO berkata pengarah strategik PKR, Rafizi Ramli perlu memohon maaf atas dakwaannya yang palsu, fitnah dan memburuk-burukkan reputasi perdana menteri.

Nooryana Najwa Najib and Daniyar NazarbayevMenurutnya, tiada dana awam digunakan untuk membiayai majlis pertunangan anak perempuan perdana menteri itu, sebaliknya telah dibayar sendiri oleh perdana menteri dan keluarganya.

Rafizi, dalam satu sidang akhbar petang tadi, mendakwa mempunyai bukti yang kerajaan telah membiaya majlis pertunangan anak perempuan perdana menteri itu.

Pengarah strategi PKR itu membuat dakwaan tersebut dengan merujuk kepada satu tempahan jamuan bankuet kepada Hotel Shangri La yang didakwa menyediakan katering untuk majlis berkenaan.

Rafizi mendakwa, kos berjumlah RM409,767 itu dibilkan kepada Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Menurut salinan dokumen yang diedarkan kepada media itu, majlis berkenaan diadakan pada 17 Jun 2011 di kompleks Perdana Putra.

Bernama melaporkan pada tahun lalu bahawa pertunangan anak Najib, Nooryana Najwa dengan warga Kazakhstan, Daniar Nazarbayev itu dilangsungkan di kediaman rasmi perdana menteri di Seri Perdana pada malam tersebut.

Monday, March 5, 2012

Empat 'lubuk' GRO digempur?? mengapa makin menjadi2???

sumber


Sebahagian gadis pelayan pelanggan ditahan dalam operasi Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat di Seremban, semalam.


SEREMBAN 4 Mac - Empat 'lubuk' pusat hiburan terbesar menyediakan gadis pelayan pelanggan (GRO) di Taman AST dekat sini di gempur polis lagi malam tadi dan hasilnya seramai 102 wanita warga asing ditahan.

Kali terakhir Taman AST diserbu polis adalah pada 9 Januari lalu yang berjaya menahan 14 GRO warga Vietnam.
Kejayaan terbaru polis itu kali ini melibatkan seramai 90 wanita warga China, 11 dari Vietnam dan Filipina, seorang.
Turut ditahan dalam operasi Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri itu ialah 103 pelanggan lelaki yang berusia 20 hingga 30 tahun, selain empat penjaga premis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid memberitahu, operasi dilancarkan pukul 9 malam itu diketuai Pegawai Turus D7 IPK negeri, Asisten Supritendan Yusharifuddin Mohd. Yusop.
Katanya, ketika serbuan beberapa GRO cuba menyorok di dalam beberapa 'lubang tikus' tetapi berjaya dikesan oleh anggota polis yang membuat serbuan.
Tambah beliau lagi, semua GRO yang berusia 21 hingga 45 tahun itu semasa ditahan sedang leka melayan pelanggan di empat pusat hiburan terbabit.
"Hasil siasatan awal mendapati wanita berkenaan masuk dengan cara sah tetapi menyalahgunakan pas untuk tujuan bekerja di negara ini secara haram," jelasnya.
Hamdan menjelaskan, ada juga antara GRO itu menyalahgunakan pas lawatan sosial, pas pelajar dan permit bekerja di bidang industri dengan bekerja sebagai GRO di pusat hiburan.
"Pelanggan yang ditahan itu dibebaskan selepas keterangan mereka diambil," ujarnya.
Menurut beliau, GRO tersebut ditahan mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan kerana mencari pelanggan bagi tujuan maksiat.

Kedah: Tolak mereka yang menangguk di air keruh?? >> ADA YANG AMBIK KESEMPATAN...

 SUMBER

Harakahdaily, 05 Mac 2012
KUALA LUMPUR, 5 Mac: Teras Pengupayaaan Melayu (Teras) mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Kedah di bawah kepimpinan Datuk Seri Ustaz Azizan Razak (gambar) yang berjaya keluar dari kemelut kepimpinan yang telah berakhir dengan permuafakatan  positif dan baik melalui keputusan kolektif di bawah kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Presidennnya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, khilaf kepimpinan adalah suatu yang lazim dalam mana-mana organisasi.

"Hanya kematangan dan hati yang ikhlas untuk bertanggungjawab langsung kepada Allah ketika menerajui organisasi dan kerajaan negeri, akan menelurkan kejernihan yang  cemerlang," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata, episod kekhilafan antara pemimpin yang berakhir itu seharusnya menambahkan tekad dan iltizam untuk kembali memperkukuhkan saf dengan lebih ampuh dan utuh.

Katanya, sesungguhnya rakyat akan terus memerhati gelagat kepimpinan kerajaan mana-mana gabungan parti politik.

Justeru, katanya tidak seharusnya diperkecilkan atau meremehkan arus rakyat yang akan sentiasa siap membuat perubahan apabila keyakinan dan kepercayaan rakyat terhakis.

Lebih berat lagi, ujarnya kepimpinan seharusnya lebih rasa takut dan gerun dengan persoalan yang bakal dilontarkan bila mana berhadapan dengan Allah SWT nanti ketika mana amanah dikhianati.

"Inilah rumusan yang sepatutnya dijadi ‘ibrah yang penting untuk semua yang terlibat dengan kepimpinan agar sentiasa mawas  dan sedar diri," katanya lagi.

Tambahnya, Teras sangat mengharapkan di saat rakyat meletakkan keyakinan bahawa sudah tiba masanya mandat memerintah diserahkan kepada mereka yang berjiwa Islam, kerja keras untuk menunjukkan hasil bahawa memang tawaran Islam jauh lebih ulung berbanding kerajaan yang berteraskan dasar asobiyyah dan sekularisme, hendaklah dizahirkan.

Kini, ujarnya lagi seluruh tenaga harus kembali kepada menentukan mandat rakyat disempurnakan dan amanah Allah ditunaikan.

"Tolak mereka yang cuba meraih kesempatan untuk menangguk di air yang keruh, semua aktivis Islam seharusnya kembali bermuhasabah dan siap mentarbiyyah diri dengan lebih intensif dengan kesedaran tinggi bahawa mehnah dan fitnah dalam perjuangan tidak mengenal sama ada seseorang itu menjadi aktor senior mahpun aktivis muda," katanya.

Sehubungan itu, tambahnya Teras menyeru semua yang terlibat dalam episod kekhilafahan di kalangan kepimpinan negeri Kedah bersedia meletak ketepi segala persengketaan dan kembali mengukuh khittah perjuangan dengan istiqamah.

"Cukup rakyat telah meneliti kepincangan pemerintah yang sudah terlajak tua memerintah negara ini.

"Jika rakyat dikecewakan lagi dengan retorika perjuangan atas nama Islam tetapi gagal mencari jalan persepakatan, tidak ada yang seharus dipersalahkan selain diri sendiri," ujarnya.

Exco: Phahrolrazi, Ismail akur keputusan PAS Pusat

SUMBER

Harakahdaily, 05 Mac 2012
KUALA LUMPUR, 5 Mac: Isu pergolakan kerajaan negeri Kedah selesai apabila Timbalan Pesuruhajaya PAS Kedah, Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh  akan menyertai semula barisan Exco kerajaan negeri.

"Matlamat saya sudah tercapai, saya akan sertai semula Exco," kata Phahrolrazi kepada Harakahdaily.

Ketika ditanya, apa matlamat itu, Phahrolrazi berkata, beliau mahu pentadbiran negeri Kedah dijalankan secara berjamaah.

"Dengan penubuhan Jawatankuasa Pemandu, ini bermakna  akan ada pihak yang memantau pentadbiran negeri," kata beliau lagi.

Dr Ismail Salleh pula ketika dihubungi berkata, beliau juga menerima baik keputusan PAS Pusat dan akan menyertai semula exco sebagaimana yang diarahkan.

"Kami buat baru-baru ini macam kamikaze untuk meminta pimpinan memberikan perhatian kepada apa yang berlaku di Kedah ini. Sekarang semua dah beri perhatian dan mekanisma pentadbiran juga dibentuk melalui Jawatankuasa Pemandu, kami akan sertai semula exco selepas diarahkan," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau memberi jaminan akan bekerja bersungguh-sungguh untuk memperkuatkan PAS dan menjatuhkan Umno di negara ini.

"Kami tidak ada niat lain melainkan untuk kepentingan jamaah. Kami bukan nak jadi Hasan Ali. Tok Guru Haji Hadi  tok guru kami, ustaz kami. Kami hormati mereka," kata Dr Ismail yang bersama Phahrolrazi tidak mengangkat sumpah exco baru-baru ini.

Kedua-dua mereka mengulas keputusan PAS Pusat yang menubuhkan Jawatankuasa Pemandu untuk memantau semua kerajaan negeri yang ditadbir dan disertai PAS.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat di Alor Setar awal pagi semalam.

Meyuarat itu diadakan selepas pertemuan muhibbah PAS Pusat dan PAS Kedah yang diadakan sebelum itu iaitu mulai jam 10 malam Sabtu hingga jam 3.00 pagi semalam.
Pagi ini, di Kuala Lumpur, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mengumumkan keputusan mesyuarat JK Pusat di Alor Setar semalam.

"Dalam mesyuarat tersebut kita telah memutuskan bahawa Datuk Seri Diraja Azizan Razak akan meneruskan tugasnya seperti biasa sebagai Menteri Besar.

"Selain itu juga kedua-dua exco perlu kembali dalam Exco Pentadbiran Negeri Kedah.

"PAS akan menubuhkan satu JK Pemandu untuk membantu negeri-negeri yang PAS tadbir dan negeri yang PAS sertai," jelasnya ketika bercakap pada satu sidang media di Pejabat Agung PAS pagi ini.

KEPUTUSAN ISU DALAMAN PAS KEDAH??

Pagi ISNIN 5HB 3, di Kuala Lumpur, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mengumumkan keputusan mesyuarat JK Pusat di Alor Setar semalam.

"Dalam mesyuarat tersebut kita telah memutuskan bahawa Datuk Seri Diraja Azizan Razak akan meneruskan tugasnya seperti biasa sebagai Menteri Besar.

"Selain itu juga kedua-dua exco perlu kembali dalam Exco Pentadbiran Negeri Kedah.

"PAS akan menubuhkan satu JK Pemandu untuk membantu negeri-negeri yang PAS tadbir dan negeri yang PAS sertai," jelasnya ketika bercakap pada satu sidang media di Pejabat Agung PAS pagi ini.

Soalan buku latihan sejarah timbulkan kemarahan???

Sebuah buku latihan sejarah bagi pelajar tingkatan lima yang memuatkan soalan tentang cara-cara mempertahankan status orang Melayu telah menimbulkan rasa tidak puas hati sesetengah pihak.

Salinan buku dan soalan itu dimuat-naikkan di Facebook pada 26 Februari dan telah dikongsi oleh hampir 3,000 pengguna lain.

NONEBuku latihan sekolah menengah itu adalah sebahagian daripada siri latihan topikal yang diterbitkan oleh Oxford Fajar untuk pelajar tingkatan lima di bawah tajuk “Effective Practise”.

Soalan yang dipertikaian adalah soalan pada halaman 31 yang berbunyi: "Sekiranya anda seorang pemimpin, nnyatakan dua langkah yang boleh anda lakukan untuk mempertahankan status quo Melayu."

Warga maya, Jack Lim yang memuat naikkan soalan itu, menulis di Facebook: "Saya singkap buku latihan sejarah anak gadis saya dan soalan itu menarik perhatian saya. Sedih anak-anak saya terpaksa belajar di negara ini. "

Selain itu, terdapat pelbagai bidasan dari pembaca lain berhubung soalan berkenaan.

"Ini adalah kerja mereka yang bersifat rasis tetapi bersembunyi di dalam sistem negara ini," kata Chin Yew Meng di Facebook, manakala Vincent Wong menambah: "Ini kerja orang sakit"

Walau bagaimanapun, ketika dihubungi, pengurus editorial unit sains sosial, Oxford Fajar Nurazizan Abdul Aziz menjelaskan bahawa soalan itu diambil dari luar konteks.

"Apabila soalan dibuat, ia dalam konteks 'orang Melayu menentang British', bukannya ‘orang  Melayu menentang mana-mana kaum-kaum lain.’

"Jangan salah faham, ia adalah mengenai Malayan Union, bukan Melayu seperti kedudukan mereka sekarang," katanya.

Menurut Nurazizan,  semua soalan telah dibuat berdasarkan buku teks yang ditetapkan oleh kerajaan kepada sekolah menengah, dan tidak ada niat di pihak penerbit untuk menyinggung sesiapa.

TRAGIS 2 KERETAPI BERTEMBUNG DI POLAND? MATI MACAM2...

TEMPAT nahas kereta api terburuk Poland dalam tempoh dua dekad di Szczekociny dekat Zawiercie (Silesia) di Poland semalam menjadi tumpuan orang ramai. Seramai 16 orang maut dan 58 lagi cedera apabila dua kereta api bertembung. - Foto EPA
Mar 5, 2012 10:24 am

SKILL BN / UMNO TARIK ANAK MUDA???

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerima gitar sebagai hadiah penghargaan daripada Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin di pertandingan BN Youth Music 2011 yang berlangsung di The Curve, Kota Damansara, semalam. - Foto Chan Wai Yew
Mar 5, 2012 6:41 am

100 TERBUNUH DI CONGO, APA SEBAB?

LETUPAN depot senjata di ibu negara Republik Congo, Brazzaville, mengakibatkan sekurang-kurangnya 100 orang terbunuh manakala beratus yang lain cedera parah. (berita lanjut) - Foto AP
Mar 5, 2012 10:15 am

DIAM DIAM.. TAUFAN MENYERANG USA!!!

MANGSA taufan di Henryville, Indiana, Amerika Syarikat, mencari barangan dalam runtuhan rumah mereka yang musnah hari ini. Sekurang-kurangnya 37 orang dilaporkan terkorban di Indiana, Ohio, Kentucky, Alabama dan Georgia. - Foto AFP
Mar 5, 2012 10:20 am

ngeri!!! KEMALANGAN DI GENTING LAGI...

KEMALANGAN bas persiaran di Kilometer 4.5, Genting Highlands menghala ke Kuala Lumpur pagi tadi. 24 pelancong warga India mengalami kecederaan dan seorang mangsa maut di tempat kejadian. - Foto Sairien Nafis
Mar 5, 2012 11:29 am

Saturday, March 3, 2012

Durian runtuh: Warga Felda buat laporan polis>> MINTA SERAH DOKUMEN PENTING KEPADA FELDA???


Khairil Abdul Rahim, 03 Mac 2012
TEMERLOH, 3 Mac: Lapan orang warga Felda sekitar Jengka hari ini membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah (IPD) di sini berikutan tindakan pengurusan Felda yang menghantar surat pekeliling meminta peneroka menyerahkan dokumen penting.


Laporan tersebut menamakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad dan pengurus-pengurus Felda yang mengeluarkan pekeliling berkenaan untuk disiasat.

Antara lain pekeliling tersebut meminta peneroka menyerahkan salinan kad pengenalan berwarna, geran ladang dan rumah, maklumat pentadbir tanah, maklumat anak-anak, status bank, salinan akaun Maybank dan nombor keahlian Koperasi Permodalan Felda (KPF).

Serentak dengan kekeliruan dihadapi peneroka berikutan pekeliling yang mula diedarkan sejak dua minggu lalu itu, mereka mendesak pihak polis menyiasat tujuan dokumen tersebut diperlukan.

Polis juga didesak menyiasat sejauh mana benarnya pekeliling berkenaan kononnya peneroka dijanjikan dengan durian runtuh (hasil penyenaraian saham) sedangkan mesyuarat (EGM) KPF telah dibatalkan.

Polis juga diminta menyiasat kebimbangan dan kemungkinan geran hak milik peneroka akan dicagar untuk tujuan tertentu di sebalik penubuhan Syarikat Tujuan Khas (SPV) seperti diumumkan Isa Samad.

Jurucakap warga Felda yang membuat laporan polis berkenaan, Aris Fezul Ismail berkata, mereka amat dukacita disogokkan dengan gambaran akan mendapat durian runtuh dalam bentuk saham dan wang tunai melalui pekeliling berkenaan.

“Peneroka terpedaya dengan menuruti semua kehendak pengurusan Felda tanpa memikirkan risiko apabila dokumen yang sangat penting seperti geran hak milik diberikan.

“Penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia masih samar-samar ekoran EGM KPF pada 22 Februari yang lalu dibatalkan sedangkan durian runtuh itu apabila disenaraikan.

“Jadi terdapat sebahgian warga Felda yang keliru dengan pekeliling tersebut, adakah pengurusan Felda hanya menjadi alat kepada agenda pemimpin tertentu (Ahmad Maslan dan Isa Samad) yang mempertegaskan penyenaraian FGVH akan tetap diteruskan,” katanya.

Tambah Aris, sehingga ke hari ini tidak ada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pegawai tertinggi Felda justeru polis diminta menyiasat sejauh mana kebenaran pekeliling tersebut bagi mengelakkan peneroka terpedaya dengan sandiwara pemimpin tertentu yang berselindung di sebalik tawaran durian runtuh.

Sementara itu, kira-kira 200 peneroka hadir memberi sokongan. Turut hadir Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman, peguam Harris Abdullah, Ketua Pemuda PAS Pahang Shahril Azman Abdul Halim serta ketua-ketua peneroka.

Dalam pada itu Mazlan menyokong tindakan warga Felda membuat laporan polis supaya siasatan dibuat kerana semua dokumen penting yang diminta boleh dimanipulasi untuk tujuan tertentu.

“Segala kemungkinan boleh berlaku, umpamanya mungkin dokumen penting yang diserahkan dibimbangi untuk tujuan tetap menyenaraikan Felda di bursa saham dan tidak mustahil geran hak milik ladang dan rumah dijadikan cagaran sebab geran besar tanah peneroka ada dalam simpanan Felda.

“Saya juga mendesak pekeliling yang amat mengeliru dan membimbangkan peneroka ini ditarik balik dengan segera oleh Felda atau laporan polis akan dibuat seluruh negara,” tegasnya.

Hasan: Pemecatan saya punca PAS akan tumbang??? >> hebat demo!!!

Bekas Pesuruhjaya PAS Datuk Hasan Ali hari ini mendakwa pemecatannya sebagai anggota PAS akan menjadi sebahagian daripada faktor yang menyebabkan kekalahan parti itu pada pilihan raya umum akan datang.

hasan ali, jati president pc at his house, klKatanya, faktor pemecatannya masih relevan dan akan menyebabkan "kekalahan teruk" PAS di samping pendirian Pakatan Rakyat terhadap isu-isu lain seperti Palestin-Israel dan masalah Kristianisasi.

"Dan isu-isu lain, termasuk pemecatan Hasan Ali masih relevan dan saya nampak ribuan tanya saya, yang disampaikan dengan begitu baik," katanya.