KATA-KATA MANIS TETAMU, SIALAKAN!@

Thursday, October 25, 2012

Pelajar buang anak baru lahir dalam tali air ditahan??

  • Bernama
  • 4:07PM Okt 25 2012
 
Polis menahan seorang pelajar berusia 17 tahun kerana dipercayai membuang bayi perempuan yang baru dilahirkannya ke dalam sebatang tali air di Kampung Behor Rotan Pahit, Simpang Empat, di Kangar awal hari ini.
  
Polis turut menahan tiga lagi individu termasuk teman lelaki pelajar berkenaan selepas mayat bayi itu ditemui mati kira-kira pukul 1 pagi dalam tali air yang terletak kira-kira tiga kilometer dari rumah pelajar itu.

Ketua Polis Perlis, SAC Zull Aznam Haron berkata siasatan masih dijalankan bagi memastikan sama ada bayi itu masih hidup semasa dibuang atau dibunuh sebelum dicampak ke dalam tali air itu.

Katanya polis menerima laporan seorang pegawai perubatan Hospital Tuanku Fauziah (HTF) yang curiga dengan pendarahan seorang pelajar perempuan yang telah dirujuk ke hospital itu kira-kira pukul 9.20 malam tadi.

Hasil laporan itu, polis dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat telah menjalankan gerakan mencari dan menyelamat bayi berkenaan setelah mendapat maklumat bayi itu dibuang ke dalam tali air.

Zull Aznam berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari untuk membantu siasatan.

- Bernama

Penganalisis: Pakatan belum mampu tewaskan BN Sabah?

  • Lu Wei Hoong
  • 3:46PM Okt 25 2012
 
Pakatan Rakyat tidak cukup kuat untuk menewaskan BN di Sabah walaupun gabungan pembangkang dari Semenanjung itu telah dapat menembusi negeri di Malaysia Timur itu, kata seorang penganalisis politik.

Bercakap dalam satu forum di Kuala Lumpur malam tadi, penganalisis tersebut yang tidak mahu namanya disiarkan, berkata parti-parti dalam Pakatan Rakyat tidak bekerjasama dengan baik dengan parti-parti di Sabah.


NONE"Saya fikir (bagi) pembangkang untuk menumbangkan BN di Sabah, ia
mesti bersatu dan membentuk pakatan pembangkang yang sangat kuat.

"(Bagaimanapun) saya tidak fikir ia sedang berlaku sekarang," katanya di forum yang diadakan untuk menandakan pelancaran buku Democracy at stake? Examining 16 By-election in Malaysia, 2008-2011 di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor.

Ahli akademik itu berkata kemungkinan berlaku pertandingan banyak penjuru di kalangan parti-parti pembangkang akan mengurangkan sebarang peluang mereka untuk menang.

Masalah ini mungkin dapat diselesaikan jika Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat memujuk orang kuat Sabah seperti Jeffrey Kitingan untuk bersama Pakatan.

NONEBagaimanapun, beliau merasakan adalah sangat sukar bagi Pakatan
untuk memujuk orang yang berfikiran bebas seperti Jeffrey (kanan).

"Jeffrey kata partinya (State Reform Party) mahu bertanding semua 60 negeri kerusi di Sabah dan empat hingga lima kerusi (parlimen) majoriti Kadasan Dusun," kata penganalisis lagi.

Jika perancangan Jeffrey itu diteruskan, maka ia akan menjejaskan peruntukan kerusi di kalangan parti-parti pembangkang yang mahukan pertandingan satu lawan satu dengan BN.

Beliau juga berkata tindakan dua ahli Parlimen (MP) BN Sabah keluar BN baru-baru ini tidak banyak menguntungkan Pakatan.

Katanya, Anwar sedang cuba menggunakan Wilfred Bumburing dan Datuk Lajim Ukin, tetapi beliau tidak fikir yang pengaruh mereka akan melampaui Tuaran.

Beliau menasihatkan Anwar supaya memberi perhatian yang lebih kepada isu-isu tempatan untuk meningkatkan peluang Pakatan Rakyat menang ke atas Sabah.

Pada bulan Ogos, MP Tuaran Bumburing dan MP Beaufort Lajim keluar dari BN untuk menyertai Pakatan.

Tahniah pada DAP berani bidas MCA - TG Nik Aziz

sumber

Harakahdaily, 25 Okt 2012
KUALA LUMPUR:  Murshidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat hari ini mengutuskan surat ucapan penghargaan kepada DAP atas keberanian membidas MCA dalam serangan presidennya Datuk Seri Chua Soi Lek terhadap beliau.

Dalam satu surat yang diutuskan melalui setiausaha politik beliau Wan Nik Wan Yusoff kepada ahli parlimen Rasah Anthony Loke, dinyatakan bahawa Nik Aziz terasa terharu dan berterima kasih atas keberanian Loke membela beliau daripada tuduhan MCA bahawa beliau membenarkan merogol wanita bukan Islam.

"DAP berani bidas MCA, tetapi Umno takut. Tak boleh harap kepada Umno untuk jaga Islam, jaga Melayu pun tak ke mana," kata Nik Aziz.

Aksi Loke bangkit mempertahankan Nik Aziz di parlimen pada Oktober 22 yang lalu menjadi perbualan hangat di sosial media.

Friday, October 5, 2012

Debat: Ahmad Maslan tidak mahu layan Pengerusi Anak??? TAK MAHU LAYAN SEBAB TIADA ILMU ATAU TAKUT ATAU APA?

NURUL AINI MOHAMED ALI
5 Oktober 2012
Ahmad Maslan
Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan

SHAH ALAM - Datuk Ahmad Maslan hari ini menolak cabaran Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman agar berdebat dengannya berhubung status saham Felda Global Ventures Holding (FGVH) atas alasan ia hanya membuang masa.

Timbalan Menteri di  Jabatan Perdana Menteri menegaskan, tiada sebab untuknya harus menyahut cabaran Mazlan kerana tidak mempunyai sebarang kepentingan bagi berdebat berkenaan isu itu.
“Saya tidak mahu buang masa berdebat dengan beliau dan mereka yang sewenang-wenangnya mencipta fitnah tidak berasas ke atas Felda,” kata beliau kepada Sinar Harian Online.

Semalam, Mazlan mengajak Ahmad supaya berdepan secara berdepan atau sekurang-kurangnya mengadakan sesi dialog bagi sama-sama membincangkan status saham FGVH.
Ahmad turut menggesa Mazlan menghentikan tohmahan dan fitnah ke atas Felda dan jika tidak, akan berhadapan dengan tindakan undang-undang.

Menurutnya Mazlan, beliau mencabar timbalan menteri itu untuk berdebat secara terbuka dengannya bagi membuktikan status sebenar pegangan saham FGVH yang selama ini didakwa diselubungi kontroversi.
“Tindakan dia (Mazlan) mencabar saya untuk berdebat hanya sekadar mahu menutup kesilapan sendiri, jadi buat apa saya buang masa untuk menyahut cabaran mereka yang tidak masuk akal itu?” tegas Ahmad.
Beliau turut menambah yang Mazlan terdesak mengajaknya berdebat kerana tersepit dengan kesilapan beliau dan rakan-rakan yang lain menabur fitnah keatas Felda.
“Apa yang saya dapat lihat, mereka kini jelas berada dalam keadaan tersepit akibat fitnah yang mereka sendiri cipta,”ujarnya.
Sebelum ini, banyak tohmahan dinyatakan oleh Mazlan seperti dalam Harakah pada 10 September lalu bertajuk "400 juta unit saham FGVH dimiliki Genting".

Aidil Zafuan gagal dapat hak bertemu anak> KISAH PEMAIN BOLASEPAK NEGARA YANG SEDIH


26 Sep – Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Mohamed Fouzi Mokhtar telah menolak permohonan yang dibuat oleh pemain bola sepak negara, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak untuk mendapatkan hak bertemu serta bermalam bersama dua anaknya selepas menerima bantahan awal yang difailkan Rita Rudaini Mokhtar.
Menurut laporan daripada Bernama, Aidil, 24, hadir bersama peguamnya turut diarahkan membayar RM3,000 kepada Rita,36, sebagai kos mahkamah.

Terdahulu Aidil selaku plaintif telah menfailkan permohonan hak lawatan serta bermalam pada 20 Jun lepas. Bagaimanapun Rita melalui peguamnya Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain telah mengemukakan bantahan atas alasan mahkamah itu tidak mempunyai kuasa untuk mendengar kes berkenaan.

Mohd Zaidi yang ditemui selepas prosiding menjelaskan bantahan yang dibuat anak guamnya itu adalah berhubung alamat rumah plaintif dimana Aidil menggunakan alamat rumah yang diduduki Rita iaitu di Damansara sedangkan dia mengakui sudah tidak tinggal disitu lagi sejak Januari lalu.
Sementara itu, Rita meluahkan rasa bersyukur selepas mendengar keputusan mahkamah itu.
"Jika Aidil beritahu saya dia nak jumpa anak, saya akan benarkan jika saya dan anak ada di rumah," katanya.

PKR cadang Rapid Pengerang pindah ke Terengganu> APA PENGERANG NI???

  • Ahmad Fadli KC
  • 1:36PM Okt 5 2012
 
PKR mencadangkan projek loji penapis petrokimia Rapid Pengerang dipindahkan ke Kertih, Terengganu seandainya kajian dan pertimbangan asas ekonomi mewajarkan ia diteruskan.
Ketua Biro Perdagangan dan Pelaburan PKR, Wong Chen dalam sidang media pagi tadi berkata projek itu perlu dinilai secara menyeluruh dan mengambil kira merit ekonomi, keuntungan, kesan sosial dan alam sekitar.

"Kita tidak boleh mengenepikan semua isu hanya kerana emosi semata-mata. Jika ia perlu diteruskan, ini sekurang-kurangnya yang kita boleh lakukan.

"Kami akan mempertimbangkan memindahkan lokasinya ke Kertih dari Pengerang. Kompleks Industri Petroleum Petronas memang sudah sedia ada di Kertih," katanya sambil menambah ia dilengkapi kemudahan dan tanah yang cukup serta hampir dengan pelabuhan Kuantan.

ROYALTI KELANTAN 2012, TUNTUTAN MAKIN HEBAT?

Royalti: Kelantan tuntut bayaran RM10.4 bilion

Harakahdaily, 05 Okt 2012
KUALA LUMPUR: Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Kelantan atau 'R' kelmarin turut menghantar memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Memorandum itu diserahkan ke Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya sejurus selesai Mahkamah Persekutuan membuat keputusan yang membenarkan Kerajaan Negeri Kelantan membuat rayuan terhadap tiga tuntutan.

Tuntutan itu adalah memohon agar mahkamah menolak permohonan Kerajaan Persekutuan sebagai pencelah serta memohon mahkamah menolak permohonan Petronas membatalkan saman kerajaan negeri.

Satu lagi tuntutan adalah memohon penzahiran dokumen keputusan penyelesaian kes saman Kerajaan Terengganu terhadap Petronas sebelum ini.

Dalam memorandum itu, NGO 'R' membuat resolusi menuntut Datuk Seri Najib memastikan pembayaran Wang Royalti dibuat secara tunai oleh Petronas kepada Kerajaan Negeri Kelantan sebagaimana Akta Pembangunan Petroleum 1974.

Mereka juga menuntut bayaran keseluruhan termasuk tunggakan iaitu berjumlah RM10.4 Billion dengan kadar segera mengikut Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan Perjanjian Kelantan dan Petronas pada 9 Mei 1975.

Dalam pada itu, mereka juga menggesa Perdana Menteri dan Petronas membina hab pengumpulan, pemprosesan dan pengangkutan gas di Kelantan kerana jarak Blok PM301 yang berada dalam perairan Kelantan hanya 140 kilometer sahaja ke Pantai Senok, Bachok.

Berbanding ke Kerteh, ianya lebih jauh dengan jarak pembinaan paip sepanjang 300 kilometer.

Menurut Pengerusi R, Nazri Deraman, pembinaan hab di Bachok itu secara tidak langsung dapat menjimatkan kos dan memberi impak ekonomi yang sangat baik kepada pertumbuhan Ekonomi Negeri Kelantan.

"Ianya juga selari dengan Titah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Kelima yang telah bertitah agar Gas didaratkan ke Pantai Bachok, memandangkan 4000 ekar tanah sudah disediakan sebagai Zon Industri Petroleum sejak 1990-an lagi," katanya.

Pembinaan itu juga ujarnya akan membuka peluang kerja yang sangat luas sekiranya projek gas itu berjaya didaratkan ke Kelantan.