KATA-KATA MANIS TETAMU, SIALAKAN!@

Monday, November 7, 2011

7,000 bukan kroni Gaddafi tunai haji>> SEBELUM NI BANYAK KRONI GHADDAFI..

SUMBER


2011/11/07

  
  • Foto JEMAAH haji beramai-ramai bergerak menuju jamrah untuk melontar.
  • Foto JEMAAH tiba di Mina untuk ibadat seterusnya.
Jemaah Libya hilang ahli keluarga ditaja kerajaan baru

MAKKAH: Seramai 7,000 warga Libya terpilih mengerjakan haji tahun ini dengan ditaja sepenuhnya oleh pemerintah baru, Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC).
Mereka bersyukur dapat mengambil bahagian selepas sekian lama dinafikan peluang kerana selalunya tempat diberikan kepada kroni bekas pemimpin negara itu, Muammar Gaddafi.

Saya berdoa negara kami ditadbir oleh orang yang baik. - Abdul-Hamid Kashlaf, Pemeriksa bangunan
Permaidani merah menghiasi khemah jemaah haji Libya dan mereka yang diberi kesempatan mengisi kuota negara Afrika Timur itu adalah saudara mara pejuang yang maut ketika cuba menumbangkan Gaddafi.

Ramai mendoakan keamanan di tanah tumpah darah mereka ketika Asia Barat berdepan dengan arus bantahan antikerajaan yang menumbangkan pemerintahan kuku besi di Tunisia, Mesir dan Libya dan kini menggoyangkan rejim di Yaman, Bahrain dan Syria.

Keseronokan dapat dirasakan di khemah Libya lebih dua minggu selepas pembunuhan Gaddafi pada 20 Oktober lalu. Tiga belon menghiasi bendera revolusi berwarna merah, hijau dan hitam. Permaidani merah diletakkan berbanding permaidani hijau yang digunakan oleh rejim Gaddafi.

No comments:

Post a Comment