SUMBER | | Print | |
Nazri Abdullah |
KUALA LUMPUR, 3 Nov: Ekoran pengharaman program Seksualiti Merdeka oleh pihak polis, Dewan Pemuda PAS membatalkan rancangan mereka untuk mengadakan demonstrasi di seluruh negara esok. Perkara itu dimaklumkan Ketuanya Nasruddin Hassan ketika menghubungi Harakahdaily malam ini. "Ekoran pengisytiharan haram oleh pihak keselamatan itu, kita membatalkan hasrat membuat laporan polis dan mengadakan himpunan di seluruh negeri selepas solat Jumaat esok. "Kita juga mengucapkan terima kasih kepada pihak keselamatan yang telah mengambil tindakan sedemikian," katanya. Pada satu sidang media petang tadi, Timbalan Ketua inspektor-polis Khalid Abu Bakar mengisytiharkan pengharaman semua aktiviti penganjur 'Seksualiti Merdeka' yang dijadual akan diadakan pada 9 hingga 13 November. Menurutnya, tindakan itu dibuat atas faktor menjaga ketenteraman awam ekoran bayak aduan yang telah diterima pihak mereka. Sehubungan itu juga, Nasruddin menasihatkan penganjur program tersebut agar mematuhi arahan pihak polis tersebut. Beliau juga mengingatkan, Dewan Pemuda PAS tidak teragak-agak untuk terus mengadakan bantahan jika penganjur masih bertegas mahu melaksanakan program itu. "Kita harap penganjur akur arahan tersebut. "Jika mereka berdegil, dewan pemuda akan mengambil tindakan selanjutnya," katanya. Sebelum ini Dewan Pemuda PAS merancang akan membuat laporan polis serentak jam 10 pagi esok dan himpunan aman selepas solat Jumaat di seluruh masjid negeri. Seksualiti Merdeka 2011 dengan temanya Queer Without Fear akan berlangsung sehingga di The Annaxe Gallery. Program itu kononnya berteraskan perjuangan hak asasi, menuntut hak dan kebebasan golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual untuk mengamalkan gaya hidup pilihan mereka secara sah dan terbuka. Banyak pihak berpandangan, ianya sama sekali tidak sesuai dengan kehidupan masyarakat di Malaysia apatah lagi sangat bertentangan dengan ajaran agama Islam. Ianya juga adalah festival tahunan yang meraikan hak asasi manusia rakyat yang terdiri daripada pelbagai orientasi seksual dan identiti jantina. Ia dianjurkan oleh sekumpulan gabungan longgar NGO, artis, aktivis dan individu sejak 2008. |
No comments:
Post a Comment