Written by Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 29 Nov: Dewan Pemuda PAS Pusat menyokong penuh tindakan Majlis Peguam Malaysia dan Kumpulan Aktivis Occupy yang mengadakan perarakan membantah RUU Perhimpunan Aman di Parlimen hari ini.Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily, exconya, Mohd Sany Hamzan (gambar) berkata, sememangnya usaha menbantah undang-undang yang disifatkan 'kejam' itu wajar disokong oleh semua rakyat Malaysia.
"Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Majlis Peguam Malaysia, Kumpulan Aktivis Occupy yang telah melakukan bantahan secara serius terhadap Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 201.
"Seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan keamanan perlu melahirkan sokongan terhadap usaha untuk membantah dan memprotes cadangan Rang Undang-Undang perhimpunan Aman 2011 ini," katanya yang juga pengarah pilihan raya dewan itu.
No comments:
Post a Comment