ADUN Kota Siputeh boleh hadiri sidang DUN
PUTRAJAYA 14 Nov. - Selepas 21 bulan menunggu untuk menghadiri Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, wakil rakyat bagi kerusi DUN Kota Siputeh, Datuk Abu Hasan Sarif akhirnya dibenarkan menghadiri persidangan itu, esok.Ia berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini membenarkan permohonan ADUN itu untuk mengetepikan perintah Mahkamah Rayuan pada 2 November lalu yang melarangnya menghadiri sidang berkenaan.
Keputusan itu sekali gus menggantikan keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan permohonan Speaker DUN, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail untuk mengantung pelaksanaan satu keputusan mahkamah terdahulu yang mengembalikan kerusi berkenaan kepada Abu Hasan.Keputusan sebulat suara itu dicapai oleh panel tiga hakim diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin yang bersidang bersama Datuk Hashim Yusoff dan Datuk Ahmad Maarop.
No comments:
Post a Comment