Dakwaan monopoli AirAsia- MAS adalah 'gila'
Joseph Sipalan
Ogos 9, 11
7:15pm
Ketua dua syarikat penerbangan terbesar di Malaysia hari ini menolak kebimbangan bahawa rangka kerja kerjasama komprehensif (CCF) yang baru dimeterai mereka akan mewujudkan monopoli. Mereka sebaliknya mendakwa tindakan itu akan menjurus ke arah pertumbuhan dan meningkatkan daya saing dalam segmen pasaran masing-masing.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes berkata isu monopoli tidak timbul kerana perjanjian itu hanya melibatkan pertukaran saham antara syarikat penerbangannya dengan Penerbangan Malaysia (MAS).
"Ini bukan penggabungan ... dakwaan monopoli itu gila," katanya pada sidang akhbar selepas menandatangani CCF di sebuah hotel di Kuala Lumpur.
No comments:
Post a Comment