KATA-KATA MANIS TETAMU, SIALAKAN!@

Sunday, August 14, 2011

Kahwin sejenis tunjuk fahaman liberal makin menular - Jamil Khir?? ASTAGHFIRULLAH.. APA NAK JADI DI MALAYSIA.. SIAPA SALAH?

SUMBER

14/08/2011 9:38pm

KUALA LUMPUR 14 Ogos - Cadangan paderi gay rakyat Malaysia, Pastor Ou Yang Wen Feng, untuk mengahwini ‘kekasih’ sejenisnya di negara ini, menunjukkan bahawa fahaman liberal yang didokong segelintir pihak semakin menular di Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, walaupun tindakan itu kononnya dibuat atas dasar kebebasan hak asasi, ia satu kebebasan melampau dan boleh menjurus kepada gejala sosial lebih teruk pada masa akan datang.

"Dalam peraturan undang-undang sivil kita, berkahwin sama sejenis memang tidak dibenarkan. Sebab dalam undang-undang negara kita, lelaki mesti berkahwin dengan perempuan. Tidak boleh lelaki dengan lelaki, perempuan dan perempuan.
"Saya melihat (perkara) ini menunjukkan semakin menularnya fahaman liberal.
“Ia semakin berkembang di Malaysia dan fahaman liberal ini amat dibimbangi,” katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah surau baru Al-Hijrah di Lembah Pantai, dekat sini, hari ini. - Bernama

No comments:

Post a Comment