KATA-KATA MANIS TETAMU, SIALAKAN!@

Saturday, October 29, 2011

Mati tercampak dari raga motor>> LAGI KISAH MENYAYAT HATI SEMUA MAK BAPAK!!

SUMBER

Oleh Zulfa Mohamad
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KEPALA BATAS: Hati seorang bapa hancur apabila melihat anak kesayangannya maut di depan mata selepas tercampak dirempuh sebuah kereta di Pasir Gebu, Penaga, dekat sini, semalam.
Mangsa, Nor Afina Khalida Mohd Zamri, 3, maut akibat parah di kepala selepas tercampak daripada raga motosikal bapanya ketika menunggu dua kakaknya keluar dari Sekolah Kebangsaan Pasir Gebu kira-kira jam 12.10 tengah hari.

Ajal ziarah pusara ibu>> BARU SAHAJA ISTERI MENINGGAL, ALLAH UJI DENGAN KEMATIAN ANAK BERUSI 7 TAHUN! SEDIH WOO

SUMBER

Oleh Zulfa Mohamad dan Azma Razana Johari
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
PILU...ahli keluarga mangsa tidak dapat menahan kesedihan.
PILU...ahli keluarga mangsa tidak dapat menahan kesedihan.
USUNG...polis mengangkat mayat mangsa di tempat kejadian, semalam.
USUNG...polis mengangkat mayat mangsa di tempat kejadian, semalam.
PRAI: Ketika kubur isterinya masih merah, seorang lelaki terpaksa menanggung kesedihan berganda apabila anak keduanya pula maut selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan merempuh pokok berhampiran Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang (JPP) di sini, semalam.
Kejadian berlaku jam 8 pagi ketika mangsa, Batrisyia, 7, bersama tiga adik-beradiknya menaiki Toyota Avanza dipandu bapa mereka, Osman Kerya, 42, dalam perjalanan dari Batu Uban, di sini, ke Grik, Perak, untuk menziarahi kubur isterinya, Norzita Mustafa, 37, yang meninggal dunia 12 hari lalu akibat kanser tulang.
Ketika tiba di tempat kejadian, kereta Osman dipercayai bergesel lori sebaik melepasi Plaza Tol JPP sebelum terbabas dan merempuh pokok di kiri jalan. Berikutan itu, mangsa tercampak keluar sebelum meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera teruk di kepala dan anggota badan.

Selain Osman yang cedera di kedua-dua tangan, tiga lagi anaknya, Balqis, 10, Baizatul Akmah, 6, dan Baizatul Husnah, 4, cedera dan menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini. Nenek mangsa, Fatimah Wan Chik, 70, yang juga ibu Osman berkata, pada awalnya anaknya merancang ke Grik hari ini, tetapi mengubah rancangan dengan bertolak pagi semalam.

Bekas tahanan berkahwin selepas bertunang 17 tahun >> SELEPAS 17 TAHUN TU BRO! BUKAN 17 HARII...


SUMBER

2011/10/29

SEMENANJUNG GAZA: Tahanan Palestin, Daher Kabha yang dibebaskan hasil pertukaran tahanan antara Hamas dan Israel baru-baru ini, melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya selepas berada dalam penjara Israel selama 17 tahun.

Dua minggu lalu, Israel bersetuju untuk membebaskan ratusan tahanan Palestin dalam pertukarannya dengan tentera Gilad Shalit yang ditawan militan Palestin pada 2006.
Perjanjian pertukaran antara Hamas dan Israel mencadangkan kira-kira 150 rakyat Palestin dari Tebing Barat akan dibebaskan di Semenanjung Gaza.

Pensyarah minta tubuh>> BILA YANG CERDIK SEAKAN BODOH PULAKK

Pensyarah minta tubuh

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim, Raja Noraina Raja Rahim dan Muhaamad Hafis Nawawi
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA LUMPUR: Pensyarah miang. Itulah gelaran buat seorang lelaki yang juga pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Lembah Klang berusia 50-an apabila mencabul seorang pelajar perempuan dalam biliknya di universiti berkenaan, kelmarin.

Lebih keji, pensyarah itu didakwa cuba memaksa pelajar berusia 23 tahun berkenaan melakukan aksi ringan-ringan dengan mengumpan untuk meluluskan pelajar itu dalam peperiksaan selepas mangsa enggan melayani kehendak seksualnya.

Kematian tragis : 3 tahun mati Tertonggeng dalam baldi.>> pengajaran : SESAL DAHULU!

LEMAS...anggota polis mengusung mayat budak ditemui lemas dalam baldi, semalam.
LEMAS...anggota polis mengusung mayat budak ditemui lemas dalam baldi, semalam.
IPOH: Tindakan seorang ibu meninggalkan anak perempuan berusia tiga tahun mandi bersendirian, berakhir dengan tragedi apabila kanak-kanak itu ditemui lemas dalam keadaan tertonggeng di dalam baldi di bilik air rumahnya di Taman Rasi, Menglembu, dekat sini, pagi semalam.
Kejadian kira-kira jam 10.20 pagi itu disedari wanita itu sejurus pulang ke rumahnya selepas keluar sebentar kerana mempunyai urusan.

Wednesday, October 26, 2011

BN Sabah digesa hormat lantikan oleh KM>> GAWAT JUGA BN SABAH JIKA BEGINI...

Timbalan Ketua Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak menggesa parti-parti komponen BN mengamalkan politik penyesuaian dan menghormati keputusan Ketua Menteri  Datuk Seri Musa Aman berhubung pelantikan politik, khususnya anggota Kabinet negeri.

Dalam membuat lantikan, beliau berkata Musa mengambil kira semua faktor termasuk perubahan landskap politik di negara ini dan merundingi rakan-rakan untuk memastikan setiap komuniti diwakili selaras dengan amalan perkongsian kuasa tulen.

"Musa turut memberi taklimat kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) mengenai keputusan-keputusan besar dan mendapatkan restu beliau. Ketua Menteri memerlukan pasukan yang boleh bekerja bersama-sama dalam Kabinet untuk memandu Sabah menuju masa depan lebih baik.

"Sekiranya kita menghadapi sebarang perbezaan pendapat, kita patut membincangkannya mengikut saluran yang betul dan pintu sentiasa terbuka. Sejak mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri, Barisan Nasional sentiasa mengamalkan formula perkongsian kuasa," katanya kepada Bernama, di Kota Kinabalu hari ini.
Salleh, yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri, mengulas gesaan beberapa pemimpin BN negeri, termasuk daripada Parti Liberal Demokratik (LDP), supaya Gerakan menumpukan usaha untuk memenangi kerusi bagi BN di Semenanjung daripada meletakkan calon di Sabah.
Beberapa pemimpin berkenaan turut dipetik sebagai berkata pemimpin-pemimpin Gerakan di Sabah, yang memegang jawatan menteri dalam Kabinet negeri, memperolehnya "secara teknikal" dan bukannya daripada sokongan rakyat.
Salleh berkata: "Kita tidak sepatutnya mentafsirkan pelantikan oleh Ketua Menteri secara sempit. Tidak wujud keadaan di mana jawatan tertentu diperuntukkan untuk "parti tertentu" dan malahan pada satu masa dahulu jawatan Ketua Menteri Sabah digilirkan".
"Semua pemimpin BN mempunyai peranan untuk dimainkan dan menyumbang bakti kepada rakyat dan memperkukuhkan parti. Kita sepatutnya menumpukan usaha untuk memenangi hati dan minda rakyat menjelang pilihan raya umum akan datang," katanya.
-- Bernama

Etika FB penyokong/pendokong PAS!! >> MESTI DIBACA DAN DIAMALKAN SELEPAS DIFAHAMI!!!

* MELALUI EMEL
 
Oleh: ZULKIFLI YAHAYA
Terlalu ramai penyokong Pakatan Rakyat yang bersemangat menyokong PR dan memerangi BN; tetapi hanya membazir tenaga dan masa dalam FB dalam kerja yang nampaknya bersungguh benar tapi hakikatnya hanya 'merosakkan' sokongan terhadap PR. Di samping terdapat segolongan besar lagi yang malas memanfaatkan peluang menyebarkan maklumat secara mudah yang terhidang dalam FB.

Saya ingin mengguna kesempatan ruangan ini untuk membetulkan golongan yang hanya bekerja keras (work hard) tetapi tidak bekerja secara baik (work smart) di FB.

Berikut adalah senarai KESILAPAN yang dilakukan oleh rakan FB penyokong PR:
  1. Kesilapan terbesar jurukempen alam siber ialah tidak memokuskan tugas utamanya iaitu cuba mengubah minda sasaran. Ramai yang berminat menyindir, mengutuk, menghina, memperlekeh dan merendahkan pihak lawan.

    Pihak lawan membalas balik dengan serangan yang lebih ganas, memaki hamun, mencarut, memberi gelaran buruk. Atau pihak lawan yang memulakan dan kita memberi reaksi serupa. Apa hasilnya? Kita adalah penyokong PR tegar manakala mereka adalah penyokong BN tegar. Tiada siapa akan berubah.

    Yang akan terubah persepsi ialah rakan-rakan atas pagar yang melihat kedua belah pihak sama saja, 2x5, 5x2. Jadi, betulkan nawaitu serta tujuan kita: Hendak mempengaruhi orang ramai atau hendak melepas geram.
  2. Jangan termakan provokasi lawan. Berhujah dengan lunak berasaskan dalil dan fakta. Hujah kita akan dinilai oleh golongan yang rasional. Biarkan pihak lawan melakukan serangan kotor kerana semakin celupar mereka 'berhujah' semakin hilang wibawa mereka. Kita yang untung.
  3. Jangan guna gelaran buruk untuk lawan. Contoh: Najis Tun Razak, Wak Sembab (Muhyiddin Yasin), Hisham Aww, Khir Toyol. Ingat tugas anda ialah mempengaruhi golongan atas pagar dan golongan rasional. Pihak lawan sering menggunakan N.ajis, Pork Nick, Aljuburi, Peliwat Tegar, Anugay, Mat Sabun, Mat Shabu, DAPig, hamPAS.. Biarkan, kerana ia 'sangat membantu' kita.
  4. Jangan memaki hamun, eg. Babi, anjing, bodoh, bengap, keldai, haramjadah, celaka. Jangan mengejek, eg. Wakakaka, perghh, huahhh. Jangan mencarut. Tiada sasaran yang akan terpengaruh dengan maki hamun dan ejekan, tetapi manusia terpengaruh dengan hujah dan fakta.
  5. Jangan menyerang penyokong atau pengikut. Tahap kesetiaan penyokong mana-mana parti adalah berbeza. Penyokong yang lemah dan rasional mempunyai keupayaan untuk berubah tapi jika kita menyerang penyokong BN secara borong, yang lemah pun akan terasa kuat.

    Jadi elakkan mengguna perkataan puak-puak tu, penganut UMNO, pengikut buta tuli UMNO, geng songkok tinggi dll. Yang mesti diserang ialah para pemimpin mereka di semua peringkat.
  6. Bagi segolongan rakan FB dari kalangan penyokong PR, mereka hanya gemar menjadi pembaca, langsung tidak mahu berperanan sebagai penyebar maklumat. Di luar sana, kita sibuk menyalahkan BN kerana media yang berat sebelah tetapi di alam siber yang beratnya berbelah-belah kita tidak memanfaatkan peluang yang terhidang. Jadilah pencetus dan pengkomen, bukan hanya sekadar pembaca.
  7. Masing-masing pemegang akaun FB mempunyai rangkaian rakannya tersendiri. Terlalu banyak bahan kempen yang sampai berupa nota, banner, kartun ataupun klip video. Lakukan 'share' (kongsi), hanya dengan satu sentuhan beribu rangkaian rakan kita akan memperolehnya. Lagi banyak maklumat yang sama disebarkan, lagi teguh kepercayaan orang terhadapnya. Sangat mudah untuk dilakukan mengapa tidak buat?

Hari ini ceramah tidak lagi mendapat sambutan seperti satu atau dua dekad lalu. Maklumat yang mudah diperolehi dari media baru mungkin menjadi sebab. Tenaga dan masa yang diperlu untuk mengatur satu program ceramah sangat besar. Tapi Tuan Guru Nik Aziz boleh 'berceramah' kepada lebih 400 ribu rakan mayanya hanya dengan sentuhan jari.

Kelebihan FB ialah rangkaian rakan-rakannya adalah golongan menengah dan terpelajar dalam masyarakat. Cakap mereka berwibawa dan didengari. Pengaruhi mereka, lalu biarkan mereka mempengaruhi masyarakat.

Murtad: Ke mana arah sasarannya>> KENAPA HIMPUN DILAYAN? BERSIH 2.0 TAK DILAYAN SEBEGITU? NAHH.. ADA APA2 KOTTT

SUMBER | Print |
Tuan Guru Abdul Hadi Awang   
Satu himpunan besar dikerah bagi menangani gejala murtad yang berlaku dalam masyarakat Islam di Malaysia. Kepada siapa ditujukan sekiranya ia adalah bantahan? Apakah pendekatan dan uslub yang akan diambil? Dua perkara ini perlu dilihat dan difahami sedalam-dalamnya, supaya kerja yang berjenama Islam mengikut landasannya yang sebenar dan menepati kebijaksanaan yang ditunjuk oleh Al Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W.
Kecintaan kepada Islam adalah wajib, sebagaimana mempertahankannya juga adalah wajib. Perlu difahami bahawa setiap langkah hendaklah berlandaskan mesej yang istiqamah. Bukan sahaja berjaya mempertahankan Islam dan memelihara iman yang ada dalam diri dan penganutnya, dalam masa yang sama berjaya menyampaikan dakwah kepada bukan Islam yang menjadi sasaran dakwah Islamiyyah.
Perlu diambil iktibar, mengapa generasi awal Islam yang menghukum dengan keras terhadap orang Islam yang murtad, dalam masa yang sama menarik orang lain masuk Islam beribu kali ganda tanpa paksaan. Ini kerana Islam mengharamkan paksaan terhadap penganut agama lain. Mengapa pula dizaman kita ini diwarwarkan ramai yang murtad sehingga membimbangkan dan diberitakan terlalu berkurangan orang yang berminat kepada Islam. Kalau ada sekalipun kelihatan berkeliaran menunjukkan lesen mengemis daripada Jabatan Agama. Sedangkan dizaman keemasan pemerintahan Islam, orang yang baru menganut Islam boleh memegang jawatan tinggi dalam negara dan ada yang menjadi ketua negara. Malah ada yang menjadi ulama dan ilmuan terbilang yang membina Hadarah Islamiyyah (Tamadun Islam) bukan Islam Hadari yang sudah hampir lenyap suaranya.
Satu masa yang masih dekat berlalunya, ada seorang hamba Allah berjawatan Mufti, mewarwarkan ribuan orang melayu menjadi murtad dan masuk agama kristian dan hindu. Sehingga ada orang yang dipanggil polis dan mufti itu juga dipanggil polis untuk disoal siasat. Namun beritanya hilang entah ke mana, entah diletak dibawah karpet atau di mana failnya. Wallahu’alam, terserah kepada pihak yang berkenaan  sama ada ia berita benar atau provokasi yang sengaja dicetuskan.
Media Islam antarabangsa melaporkan perkembangan pesat Islam di Eropah, Amerika, Asia Tengah dan Afrika. Di England sahaja mereka yang baru masuk Islam mencecah setengah juta orang dalam masa terdekat yang kebanyakannya kalangan terpelajar. Tiba-tiba masyarakat Islam di-Malaysia dilanda taufan murtad.
Kesalahan Murtad dimasukkan dalam perundangan Islam, dalam bahagian hukum jenayah berat. Adapun pendekatannya ditujukan kepada penganut Islam sahaja, tanpa disasarkan kepada penganut agama lain yang berada dalam masyarakat majmuk bersama masyarakat Islam. Orang Islam sendiri yang disalahkan sekiranya berlaku murtad, sama ada individu yang murtad atau kerajaan yang lemah dengan pegangan Islamnya dan tidak adil terhadap rakyatnya kerana tidak beramal dengan hukum-hukum Islam dan akhlaknya yang mulia. Ada pun kalangan bukan Islam diajak berdailog secara ilmiah dan dibuktikan  beramal dengan akhlak Islam dan hukumnya yang adil. Inilah nas Al Quran dan Hadith.
Para ulama sqidah dan Syariat menyatakan kepada umat Islam secara fardu Ain, bahawa batas-batas Iman dan Kufur, serta menegaskan takrif murtad apabila seseorang itu melakukan apa sahaja yang ,membatalkan Iman dan Islamnya atau membatalkan dua kalimah Syahadah secara ilmu dan yakin tanpa paksaan. Murtad itu bukan sahaja menganut agama yang lain daripada Islam, tetapi murtad juga berlaku walaupun tidak menganut apa-apa agama, atau menganut sebahagian ajaran Islam sahaja, iaitu dengan tidak percaya kepada mana-mana ajaran Islam atau menghinanya, sama ada perkara rukun  atau wajib dan sunat atau halal dan haram. atau harus.  Murtad juga boleh berlaku dengan mempersenda-sendakannya secara ucapan, tulisan, kartun, lakunan drama  dan sebagainya.
Adakah umat Islam hari ini diajar batas-batas Iman dan kufur dan perkara –perkara yang membatalkan dua kalimah syahadah? Atau sekadar mempelajari batal sembahayang puasa sahaja. Ini menunjukkan kejahilan boleh menempah murtad walau pun boleh dimaafkan kerana kejahilannya.
Rasulullah S.A.W. mengajar bangsa dan keluarganya batas sempadan diantara  iman dan kufur, dan sempadan kasih kepada Islam, bangsa dan keluarga. Walaupun semuanya wajib dicintai. Tetapi aqidah Islam asas kepada selamatnya keluarga dan bangsa. Sehingga kaumnya menyedari bahawa selamatnya arab dengan Islam, bukan selamat Islam dengan arab, sehingga melahirkan bangsa arab yang berpegang dengan Islam tidak berlaku zalim terhadap kaum lain. Slogan ‘Selamat Melayu Maka Selamat Islam’ menandakan masih kabur kefahaman terhadap batas-batas iman dan kufur.
Seluruh kajian orentalis yang dicatatkan menegaskan terlalu sedikit mereka mencapai kejayaan memurtadkan orang Islam sepanjang zaman penjajah, hanya segelintir sahaja penganut Islam yang berjaya dimurtad meninggalkan agama Islam. Maka dirancang melalui serangan pemikiran untuk memurtadkan umat Islam daripada mana-mana ajaran Islam melalui  pendidikan,  media  dan budaya nafsu yang melalaikan. Bukan melalui cara meninggalkan agama Islam dan masuk agama lain, tetapi melakukan kesalahan murtad dalam keadaan masih merasakan dirinya menganut Islam.
Apabila munculnya Kamal Atarturk yang dianggap bapa Turki Moden, dengan melaksanakan sekulerisme yang memisahkan politik daripada agama Islam saperti yang dimaktubkan dalam kitab Injil Mathew, tampil dengan gagah berani seorang tokoh besar Ulama Turki Shaikh Mustafa Sobri, yang pernah menjadi Shaikhul Islam kepada kerajaan Othmaniyyah. Beliau menegaskan dalam buku yang dikarangnya : “Bahawa teori sekulerisme yang memisahkan politik (urusan pemerintahan negara daripada agama Islam) adalah jalan pintas  paling terdekat menuju kearah murtad.  Fatwa ini dikuatkan oleh Al Marhum Mufti Arab Saudi Shaikh Abdul Aziz bin Baz dan Pengerusi Persatuan Ulama Antarabangsa Dr Yusuf Al Qardawi yang diberi tokoh Maal Hijrah oleh kerajaan Malaysia.
PAS  ingin mengambil contoh para Sahabat R.A. dan generasi awal umat Islam yang meneruskan perjalanan dakwah Rasulullah S.A.W.  dalam menghadapi peristiwa murtad yang paling mencabar dalam seluruh sejarah Islam, dengan kejayaan mengambalikan semula ratusan ribu mereka yang murtad kepada Islam dan ramai kalangan selepas murtad berjaya menegakkan Islam sehingga menumbangkan kuasa besar Parsi yang zalim.
PAS tidak bersedia bangkit laksana keluar beramai-ramai untuk menangkap hanya segelintir  pencuri yang berjaya melepaskan diri, dengan cara pencuri berada sama dikalangan orang ramai yang memburunya, sama-sama meneriakkan : Pencuri! Pencuri! Akhirnya pencuri hilang bersama suara laungan yang berkumandang.
PAS tetap mengambil kira jasa Al Marhum Tunku Abdul Rahaman yang menubuhkan Perkim dan berjaya mengIslamkan tokoh-tokoh besar dizamannya tanpa huru-hara, dan memerhati kalangan mereka yang gagal meneruskan perjuangannya dan Perkim hilang entah dimana. PAS juga mengambil kira kejayaan Al Marhum Tun Datu Mustafa yang berjaya mengIslamkan ribuan rakyat Sabah dengan pertubuhan USIA nya, dan memerhati mereka yang lupakan tugas dakwah susulan kerana ditindih oleh kayu-kayu balak di Sabah dan Serawak .
PAS memilih uslub menyampaikan mesej Islam dengan konsep yang ditunjukkan oleh Al Quran dan Rasulullah S.A.W. dengan cara memantapkan aqidah umat Islam sendiri secara istiqamah yang menghalang murtad dengan ilmu dan syariat yang tegas dan adil,  menghukum penganut Islam, dan menyampaikan dakwah kepada pihak lain tanpa paksaan  dengan uslub hiwar antara agama dan tamadun, serta berhujah dengan ilmu dan amal Islam yang adil dan sempurna.

Aziz Bari: Audit negara salah libatkan kabinet>> tu la.. BILA PAKAR NAK AJAR, DIANGGAP TAK HORMATI PIHAK ISTANALAH.. BELAJARLAH!

Pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari menegaskan, tindakan melibatkan kabinet dengan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) merupakan kesalahan dan bertentangan dengan semangat perlembagaan.

Katanya, Perkara 107 Perlembagaan Persekutuan menyebut LKAN perlu disediakan oleh ketua audit negara dan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong sebelum dibawa ke Dewan Rakyat.

NONE"Perkara ini salah dan saya percaya boleh dibawa ke mahkamah. Dalam perlembagaan, di mana ada kabinet disebut (terlibat)?

"Lagi pun, kabinet sebahagian daripada player," kata pensyarah kanan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu.

"Secara logiknya juga, kalau bentang pada kabinet, buat apa perlu ada (jawatan) ketua audit negara."

Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang pada 21 Oktober lalu menjelaskan, sejak 1982, LKAN dimaklumkan kepada kabinet sebelum dibentangkan supaya kerajaan dapat mengetahui isu yang dibangkitkan dan bersedia memberi penjelasan apabila diperlukan.

Beberapa anggota parlimen Pakatan Rakyat baru-baru ini mempersoalkan ketiadaan laporan itu semasa pembentangan Belanjawan 2012, antaranya anggota parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong yang mahu perdana menteri menjelaskan kelewatan itu.

Amat misteri

Liew yang juga anggota jawatankuasa eksekutif pusat DAP berkata, beliau tidak mempersoalkan amalan itu tetapi menjadi tanggungjawab kabinet memutuskan bila ia patut dibentangkan.

Ketika dihubungi Malaysiakini semalam, Aziz berkata, walaupun perlembagaan tidak menyatakan tempoh tertentu untuk LKAN dibentangkan di parlimen, tetapi demi menjaga integritinya, Jabatan Audit Negara patut melakukannya segera.

azlan"Jadi, ketua audit negara mesti jelaskan kenapa lambat," katanya sambil menegaskan kedudukan tinggi ketua audit negara yang dilantik Yang di-Pertuan Agong dengan persetujuan Majlis Raja-Raja itu.

Aziz menjelaskan, proses untuk laporan itu sampai ke Dewan Rakyat tidak memerlukan masa yang lama kerana baginda tidak perlu menyemak apa-apa kerana ia melibatkan perbelanjaan kerajaan.

Setakat ini, tambahnya, kelewatan itu masih "amat misteri".

Ditanya tentang gesaan Liew kepada perdana menteri, Aziz berkata kenyataan itu mungkin dibuat dalam konteks yang lain.

"Kalau perdana menteri (kena) perjelas, saya kira tidak betul," katanya lagi.

Jual pulau: Pemuda PAS Sabah cabar Musa Aman>> jual PULAU macam jual surat kabar di tepi jalan kerrr?

sumber | Print |
Mohd Firdaus   
KOTA KINABALU, 26 Okt: “Jika benar Musa Aman orang Sabah, maka beliau dicabar memberi penjelasan terbaik buat warga Sabah,” itulah cabaran Pemuda PAS Sabah kepada kerajaan negeri khususnya Keyua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dalam menangani isu berhubung penjualan tiga buah pulau Sabah yang diiklankan untuk dijual oleh sebuah laman web asing yang berpusat di Kanada.

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Lahirul Latigu (gambar) berkata, PAS mengambil pendirian serius berhubung isu berkenaan memandangkan ianya berkait mengenai kedaulatan dan keselamatan negara khususnya negeri Sabah pada masa kini dan akan datang.

“Kenapa pulau ini menjadi bahan dagangan, sedangkan ianya khazanah berharga kepada sesebuah negeri?” soalnya kepada sidang media di Pejabat PAS Sabah, Kota Kinabalu, semalam.

Kata Lahirul, PAS memberi tempoh tujuh hari untuk memberi peluang kepada Ketua Menteri itu bagi menjawab semua persoalan dan isu berhubung penjualan pulau tersebut.
“PAS juga akan membawa isu ini kepada kementerian yang bertanggungjawab serta Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dibahaskan di Parlimen,” ujarnya.
Tambahnya, kempen “Selamatkan Pulau-Pulau Sabah” yang dilancarkan pada 16 Oktober lalu akan diteruskan ke seluruh Malaysia dengan kerjasama bersama Pemuda PAS Malaysia.
“DPPNS menyeru agar masyarakat turut sama beramai-ramai membantah aktiviti penjualan khazanah negara ini dengan menandatangani petisyen secara online di laman http://www.thepetitionsite.com/1/save-sabahs-islands,” jelasnya.

Kempen mengumpul tandatangan sedang giat diadakan di pusat-pusat membeli belah seluruh Sabah yang kini telah digerakkan oleh seluruh ahli Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah.
Beliau juga mendakwa, isu tanah di Sabah terutama di kawasan pedalaman yang gagal ditangani oleh kerajaan Sabah sebagai punca ketirisan kepimpinan kerajaan pimpinan Musa Aman dalam mentadbir Sabah dengan baik.

Sebaliknya, beliau menganggap sekiranya kerajaan Sabah telus dan ikhlas memperjuangkan hak rakyat, maka golongan muda juga seharusnya diberikan hak pemilikan tanah.

Dalam sidang media itu juga, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Mohd Zulfikar Abd. Mijan pula menempelak Musa Aman yang jangan hanya pandai memerintah tetapi memekakkan telinga apabila berhadapan isu kedaulatan.
“Jangan tahu perintah saja, tapi orang jual pulau dia buat-buat tidak tahu,” sinisnya.
Sidang media tersebut turut dihadiri Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar dan kepimpinan Pemuda PAS Sabah.

Zul Noordin dilantik naib presiden PERKASA>> boleh tahan kawan ni!

Perhimpunanan agung PERKASA hari ini melantik ahli parlimen Kulim-Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin sebagai naib presidennya yang baru.
Zulkifli dilantik melalui usul tergempar yang dikemukakan oleh ahli dewan tertinggi PERKASA Muhammad Zahid Md Arip.
Usul berkenaan diluluskan sebulat suara.

perkasa agm crowdZulkifli (empat dari kanan) mengisi jawatan berkenaan yang sebelum ini dikosongkan Datuk Mokhtar Samad.

Sunday, October 23, 2011

Kedah buat persediaan awal hadapi kemungkinan banjir besar bulan depan

Kedah buat persediaan awal hadapi kemungkinan banjir besar bulan depan


2011/10/23

ALOR SETAR: Kerajaan Negeri Kedah telah membuat persediaan awal untuk menghadapi kemungkinan banjir besar berlaku di beberapa daerah pada bulan depan, kata Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Beliau berkata antara persediaan awal yang dibuat ialah memastikan bekalan bantuan makanan mencukupi untuk mangsa banjir dan logistik bagi memudahkan pemindahan penduduk ke kawasan selamat.

"Kita ada sedikit peruntukan dana untuk banjir dan kita juga minta kerjasama dari kerajaan pusat untuk membantu negeri ini jika berlaku banjir seperti tahun lalu," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2011 peringkat negeri di sini hari ini.

Katanya kerajaan negeri juga telah menyediakan 10 buah bot ringan untuk tujuan menyelamat di setiap daerah yang berisiko banjir seperti daerah Kota Setar, Padang Terap, Kubang Pasu dan Pendang.

BANJIR DI MYANMAR MEMBIMBANGKAN???

Lebih 100 orang korban banjir di Myanmar


2011/10/23

YANGON: Lebih 100 orang terkorban dalam banjir akibat hujan lebat di tengah Myanmar minggu ini, kata pegawai hari ini.

"Setakat ini, 35 mayat ditemui daripada 106 orang yang hilang. Seramai 71 orang dipercayai terbunuh dalam bencana alam itu pada Khamis dan Jumaat lalu," kata pegawai berkenaan. - AFP

ALL BLACKS JUARA RAGBI 2011! HAKA DANCE MENJADI?

All Blacks juara Piala Dunia Ragbi 2011

23/10/2011 6:06pm

AUCKLAND23 Okt. - New Zealand menamatkan penantian 24 tahun selepas merangkul kejuaraan ragbi Piala Dunia dengan melakar kemenangan tipis 8-7 ke atas Perancis pada perlawanan akhir di Eden Park, di sini hari ini.
Kemenangan tersebut memberikan gelaran dunia kedua buat All Blacks selepas muncul juara kali pertama pada 1987, juga di Eden Park dan menumpaskan lawan yang sama, Perancis. - AFP

Pakatan sertai piket MTUC 3 November> KENAPA TERJADI BEGITU???

Pakatan sertai piket MTUC 3 November | Print |
Hazayani Zakaria   
SHAH ALAM, 23 Okt: Pakatan Rakyat  akan bersama-sama Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dalam piket besar-besaran serentak di seluruh negara, 3 November depan.

Piket tersebut bagi membantah Akta Kerja (Pindaan) 2000 yang diluluskan Dewan Rakyat sebelum pembentangan Belanjawan 2012 baru-baru ini.

Akta ini membolehkan majikan mengambil pekerja secara kontrak melalui agensi yang dilantik sebagai orang tengah di antara majikan dan pekerja.

Agensi yang membekalkan pekerja secara kontrak akan dilembagakan dan dikitiraf kerajaan.

Bercakap pada sidang media di Pejabat PAS Selangor, dekat sini hari ini, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, PAS menyokong penuh tindakan MTUC menganjurkan piket tersebut kerana nasib pekerja bawahan semakin tidak terbela apabila semakin banyak pekerja kontrak diambil.

"Penentangan MTUC  memang ada asas dan PAS sokong MTUC supaya hak dan kedudukan pekerja lebih terjamin pada masa hadapan.

"Majikan lebih suka ambil pekerja secara kontrak bagi mengelak tanggungjawab  dan pembekal kontrak dilembagakan dan diktiraf kerajaan," kata beliau.

Pengerusi Biro Pekerja PKR, Abdullah Sani pula berkata, kerajaan BN mahu menghidupkan kembali perhambaan pekerja seperti pada tahun 1955 dahulu.

"Isyaratnya pindaan akta ini akan membunuh generasi akan datang.

"Umno menghalalkan perhambaan moden yang akan menyaksikan pekerja terus menjadi hamba kepada syarikat korporat.

"Sebanyak 277 agensi yang bergerak secara bebas dalam negara dan 42 peratus mereka merupakan kontrak yang bukan digajikan oleh syarikat utama, hampir 5,000 pekerja terlibat.

"Dengan adanya agensi perjanjian di antara majikan dan pekerja tidak ada yang banyak mengabaikan nasib pekerja termasuk tiada pemotongan Socso," katanya.

Mengulas lanjut mengenai Piket, beliau yang juga Ahli Majlis Am MTUC, berkata di Selangor piket akan diadakan di Seksyen 15 dan Teluk Panglima Garang.

Manakala di Wilayah Persekutuan kemungkinan akan diadakan di Jalan Raja Laut.

"Ini juga termasuk di Sabah dan Sarawak," katanya yang juga Ahli Paelimen Kuala Langat.

Sementara itu, Pengerusi Lajnah Pekerja PAS Pusat, Anuar Tahir berkata, pihaknya akan memobilisasi ahli agar turun bersama-sama pekerja dalam piket ini.

Menurutnya juga, siri penerangan kepada masyarakat akan bermula malam ini dengan ceramah di Ipoh, Perak.

Di peringkat Wilayah Persekutuan akan diadakan ceramah di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (Kuiszm), Taman Melewar pada 28 Oktober.

"Kita akan bagi sokongan penuh kepada MTUC seperti piket Nation White menuntut gaji minima tahun lalu.

"Pilihan raya umum akan datang, rakyat akan memilih samaada nak pilih pemimpin yang menghambakan pekerja atau memerdekakan pekerja," katanya.

Pelumba Honda mati akibat terjatuh di Litar Sepang

Pelumba Honda mati akibat terjatuh di Litar Sepang

PELUMBA AirAsia SIC Ajo, Zulfahmi Khairuddin (mendahului, no 63) berjaya mendapat tempat ketujuh pada perlumbaan 125cc Grand Prix Motosikal Malaysia 2011 di Litar Sepang, sebentar tadi. - Foto Yazit Razali
Oct 23, 2011 4:30 pm


2011/10/23

SEPANG: Penunggang Honda, Marco Simoncelli disahkan meninggal dunia selepas terjatuh dan kepalanya dilanggar dua pelumba lain pada perlumbaan kategori MotoGP di Litar Sepang, sebentar tadi.

Sebelum itu, perlumbaan kategori berkenaan dibatalkan berikutan kemalangan yang menimpa pelumba Itali berkenaan yang terjatuh dan dilanggar Colin Edwards dan Valentino Rossi pada pusingan kedua perlumbaan terbabit.

Topi keledar Simoncelli tercabut ketika kemalangan di selekoh 11 apabila beliau tergelincir dengan motosikalnya melintang di atas litar dan ketika itu menjadi laluan Edwards dan Rossi.
Perlumbaan itu terus diberikan bendera merah dan Simoncelli yang kaku di atas litar terus dibawa ke pusat perubatan menggunakan ambulans.

Edwards yang menunggang Yamaha turut terjatuh tetapi terselamat daripada sebarang kecederaan serius manakala Rossi berupaya dapat menunggang motosikalnya balik ke pit. - REUTERS

Friday, October 21, 2011

ASN, ASB: Beri perbezaan fatwa kebangsaan, negeri??

ASN, ASB: Beri perbezaan fatwa kebangsaan, negeri | Print |
Hazayani Zakaria   
KUALA LUMPUR, 21 Okt: Kerajaan diminta memberi penjelasan mengenai perbezaan fatwa di peringkat kebangsaan dan negeri berhubung pelaburan dalam Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Ahli Parlimen Kota Raja, Dr. Siti Mariah Mahmud (gambar) berkata, ini kerana Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 2/2011 yang bersidang pada 12 April lalu memutuskan bahawa Pelaburan ASN dan ASB dan seumpamanya adalah tidak halal kerana ia masih belum menepati hukum syarak.

Namun Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 hingga 3 Februari 2008 memutuskan ianya adalah harus.

"Sebahagian besar daripada pelaburan ASN dan ASB adalah di dalam faktor kewangan konvensional yang membabitkan keuntungan berasaskan riba dan pasaran wang. Apakah fatwa di peringkat Persekutuan berlainan daripada fatwa negeri Selangor? Hadis Rasulullah SAW bermaksud, “Tidak bercampur antara halal dan haram melainkan mengalahkan yang haram atas yang halal.," katanya ketika membahaskan belanjawan 2012 di dewan Rakyat kelmarin.

Siti Mariah yang juga Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat turut menggesa kerajaan menghapuskan sistem riba dengan tidak mengenakan faedah ke atas pinjaman yang dibuat namun cukup sekadar mengenakan yuran kepada rakyat.

"Sudah sampai masanya kerajaan tidak lagi terlibat dengan unsur riba. Semua pinjaman kerajaan perlulah diberi secara tanpa faedah. Kerajaan tidak boleh mengambil keuntungan daripada rakyatnya sendiri.Walau bagaimanapun yuran pengurusan yang berpatutan adalah wajar," katanya.

Katanya, bagi merealisasikan negara tanpa riba, kerajaan harus membuat perancangan berperingkat untuk tidak lagi terlibat dengan riba seperti yang dicadangkan Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat katanya pernah meminta Menteri Kewangan mengasingkan pendapatan haram dan halal.

"Ahli Parlimen di sebelah sini termasuk daripada DAP sendiri sudah beberapa kali meminta Menteri Kewangan untuk mengasingkan pendapatan dari sumber
haram daripada yang halal. Cukai arak, cukai judi, cukai perniagaan khinzir dan lain-lain yang sewaktu dengannya yang faedah diperolehi daripada pinjaman daripada kakitangan kerajaan perlu diasingkan dan digunakan untuk perkara-perkara yang dibolehkan oleh syarak," katanya.

Selain itu katanya, kerajaan juga harus memastikan syaraikat berkaitan kerajaan (GLC) mengamalkan pematuhan syariah dalam semua perkhidmatan dan perniagaan.

Wednesday, October 19, 2011

USIA 15 TAHUN SELUDUP PATI? SINDIKET MELIBATKAN USIA MUDA.. ADEHH

Remaja ditahan seludup 10 PATI


Supritendan Mohd. Nadzri Hussain memeriksa tempat duduk belakang sebuah kereta yang membawa sepuluh PATI di Ibu Pejabat Polis Daerah Arau di Arau, Perlis, semalam.


ARAU 19 Okt. - Walaupun usianya baru 15 tahun, namun seorang remaja lelaki telah ditahan kerana menyeludup 10 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar, semalam.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Mohd. Nadzri Hussain memberitahu, remaja tersebut ditahan ketika berhenti rehat di sebuah stesen minyak di Pauh, pukul 12.30 tengah hari.

Sebelum itu, kata beliau, pihak polis yang menjalankan rondaan jenayah terserempak dengan sebuah kereta Proton Wira Aeroback dalam keadaan mencurigakan berhenti di stesen minyak itu.
Menurutnya, hasil pemeriksaan di dalam kereta itu terdapat 10 PATI terdiri daripada daripada tujuh lelaki, dua wanita dan seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan.
"Polis mendapati kusyen di belakang kereta itu telah dikeluarkan supaya ia dapat memuatkan lebih ramai penumpang," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata, pihaknya percaya PATI tersebut dibawa dari sebuah kawasan tersembunyi di sempadan Padang Besar-Thailand sebelum mereka dihantar ke Perhentian Bas Changlun, Kedah untuk menaiki bas ke Kuala Lumpur.
Katanya, suspek bersama 10 PATI kemudian ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk siasatan lanjut.
Kata beliau, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 26 A Akta Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2010.
Mohd. Nadzri berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan cubaan menyeludup PATI itu didalangi sindiket tertentu.

AKAN SAMPAI SATU MASA, TEMBAK MENEMBAK JADI 'KERJA GURAUAN'??

Penjual ayam ditembak lelaki tanya alamat


2011/10/20

TELUK INTAN: Seorang penjual ayam cedera selepas ditembak dari jarak dengan pistol oleh seorang lelaki di depan rumah mangsa di Jalan Feri, Simpang Empat, dekat sini, semalam.

K Sooria Theymudu, 39, ditembak seorang lelaki bermotosikal yang mendekatinya sebelum berpura-pura bertanyakan alamat sebuah rumah di situ, kira-kira jam 7.30 pagi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Mohamad Zaki Harun, berkata mangsa ditembak dari jarak antara dua hingga tiga meter dan siasatan polis di lokasi menemui empat kelongsong peluru jenis 9 milimeter.

TEBUS TALAK? LELAKI SANGGUP KELUARKAN RM20K BAYARKAN KEPADA 'BAKAL ISTERI' HUKUM???

JOHOR BAHRU: Untuk memastikan wanita dicintai menjadi milik mereka biarpun si dia sudah berkahwin, ada lelaki tidak kisah mengeluarkan puluhan ribu ringgit untuk membayar wang tebus talak.

Mungkin ada menganggap perbuatan itu ibarat `membeli isteri orang’ namun bagi lelaki dan wanita terbabit, itu bukan persoalan penting kerana segala urusan dilakukan mengikut prosedur termasuk proses di mahkamah.
Berkongsi pengalamannya, seorang wanita yang mahu dikenali sebagai Normah, 31, mengaku teman lelakinya membayar RM20,000 kepada mahkamah untuk kos tebus talak bagi mengesahkan perceraiannya dengan bekas suami.
Normah berkata, selepas diceraikan dia terus berkahwin dengan teman lelakinya itu dan kini mereka bahagia sebagai suami isteri.

SUMBER
Click Here

IPTS BERMASALAH? BANYAK MELIBATKAN JENAYAH?? MAKIN MENCABAR TUGASAN KERAJAAN...

Enam IPTS ditarik balik kelulusan

KUALA LUMPUR 19 Okt . - Sebanyak enam buah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) telah ditarik balik kelulusan pengambilan pelajar antarabangsa bagi tempoh 10 bulan pertama tahun ini oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) atas pelbagai kesalahan.

Menurut kenyataan yang dikeluar oleh Kementerian Pengajian Tinggi, penarikan itu dibuat berdasarkan kegagalan IPTS terbabit menguruskan pelajar antarabangsanya dengan berkesan.

"Selain itu, kementerian juga telah mengenakan syarat tambahan bagi pengambilan pelajar antarabangsa dari negara Sub Sahara dan menguatkuasakan pemakaian No Objection Certificate (NOC) kepada semua pelajar yang menggunakannya sebagai kelayakan kemasukan ke IPTS di negara ini.
"Perakuan ini diberikan melalui permohonan dalam sistem e-Student yang ditadbir urus oleh Jabatan Imigresen. Kelulusan pas pelajar dan tapisan keselamatan juga di bawah bidang kuasa imigresen berdasarkan perakuan kementerian," tambah kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu , bagi tindakan penguatkuasaan pula, pihaknya telah membuat pemantauan ke atas pelajar antarabangsa dengan mewajibkan IPTS mengemukakan laporan berkala setiap suku tahun mengenai status pelajar dan peratus rekod kehadiran mereka ke kelas.
"Operasi bersama Jabatan Imigresen ke atas IPTS dan pelajar antarabangsa sering dilakukan dari semasa ke semasa dan sekiranya ada institusi yang melakukan kesalahan, tindakan undang-undang akan diambil.
"Sehingga bulan ini, terdapat 189 IPTS berdaftar dengan Kementerian Pengajian Tinggi dan mempunyai kelulusan KDN dalam pengambilan pelajar.
"Bagi mengekang persepsi kurang sihat terhadap pelajar antarabangsa, usaha secara lebih bersepadu melibatkan pelbagai agensi seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen, Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Pelajaran akan diadakan," menurut kenyataan itu.
Selain itu, kementerian juga dalam usaha meminda akta dan peraturan berkaitan IPTS (Akta 555) serta mempertimbangkan untuk mengenakan tindakan tegas serta denda lebih tinggi terhadap IPTS yang disabitkan kesalahan.

PEMBANGKANG TAK JOIN 'HIMPUN'!

Pembangkang tak sertai HIMPUN


2011/10/20

Perhimpunan Sejuta Umat Islam selamat akidah tak untungkan parti

KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak akan menyertai Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) Sabtu ini di Stadium Shah Alam.

Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat selepas mengadakan mesyuarat semalam dan semua anggota pembangkang sebulat suara mendapati ia tidak akan memberi hasil yang positif kepada parti berkenaan.
PKR bimbang penyertaannya dalam HIMPUN kelak akan dipergunakan dan diperalatkan oleh pihak tertentu terutama daripada beberapa parti politik arus perdana, katanya pada sidang media di lobi Parlimen, semalam.
Anwar yang juga Ketua Pembangkang berkata, PAS turut mengikut langkah PKR dengan tidak menyertai himpunan itu.

PKR tidak mahu menimbulkan kegelisahan dan kecurigaan di antara agama dan kaum lain akibat penyertaannya dalam perhimpunan yang dijangka akan dihadiri seramai sejuta umat Islam di stadium itu, katanya.

Perhimpunan yang bertemakan Selamatkan Akidah itu anjuran bersama badan bukan kerajaan (NGO), NGO Islam, institusi pendidikan, warga korporat, kelab sukan dan riadah, persatuan seni mempertahankan diri, pasukan beruniform, kelab belia, ahli jawatankuasa masjid dan surau, tenaga guru dan beberapa lain-lain badan.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri tidak masuk campur dalam HIMPUN kerana ia dianjurkan oleh NGO.
Bagaimanapun, katanya, pada hari yang sama kerajaan negeri menganjurkan karnival anak muda membabitkan mahasiswa di seluruh negara di Stadium Malawati yang terletak bersebelahan dengan Stadium Shah Alam.

Katanya, program itu sudah dirancang lebih awal serta tiada kaitan dengan perhimpunan itu.

PAS Selangor juga tidak akan menyertai HIMPUN selaras dengan keputusan PAS Pusat.

Pesuruhjayanya, Dr Abdul Rani Osman berkata, perhimpunan berkenaan anjuran NGO dan tidak wajar parti politik seperti PAS untuk menyertainya.

Kita sudah mendapat arahan daripada pimpinan tertinggi PAS pada peringkat Pusat dan kita akur dengan arahan untuk tidak sertai perhimpunan.

Bagaimanapun, kita tidak menyekat mana-mana ahli parti untuk menghadiri perhimpunan itu atas atas kapasiti peribadi atau pembabitan mereka dengan mana-mana NGO, katanya ketika dihubungi di sini. BERNAMA








JIKA BERPELAJARAN, ARTIS DIHORMATI.. CUMA PELAJARAN AGAMA HENDAKLAH DIUTAMAKAN..

18 OKT. 2011: Pelakon terkenal, Rashidi Ishak menunjukkan ijazah Sarjana Muda Komunikasi yang diterima beliau kepada isterinya, pelakon dan pengacara, Vanida Imran selepas berakhirnya Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia ke-35, di kampus universiti itu di Serdang, Selangor. - Utusan/MOHD NOOR AMIN

BILA IZRAIL DATANG MEMANGGIL!!! MAUT DIPANAH PETIR

PENDANG: “Cucu saya teringin nak makan ikan puyu sambal. Dia sendiri pergi memancing ikan di sawah belakang rumah dan menyuruh saya masak sambal.
“Saya reda dengan kematiannya kerana dia sempat menjamah ikan puyu sambal itu sehari sebelum kejadian,” kata Aisyah Saad, 82, nenek kepada Mohd Hilmi Omar, 17, yang maut disambar petir ketika berteduh di bawah pokok kelapa di Kampung Alor Kumbang, Bukit Jenun di sini, petang kelmarin.


Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang, mangsa menemani bapa saudaranya, Awang Daud, 58, membajak sawah kira-kira 300 meter dari rumahnya.

Aisyah berkata, cucunya itu tinggal bersamanya sejak tiga bulan lalu kerana kesihatannya tidak mengizinkan untuk dia bergerak seorang diri.
Click Here

Tuesday, October 18, 2011

Cardiff City bangun komuniti Felda melalui bola sepak? > MANA JURULATIH TEMPATAN? JIMAT KOS KA???

Cardiff City bangun komuniti Felda melalui bola sepak

18/10/2011 4:02pm

CARDIFF 18 Okt. – Kelab bola sepak Cardiff City telah menandatangani memorandum persefahaman dengan Felda bagi membawa pembangunan komuniti melalui bola sepak di kalangan keluarganya.
Antara bidang utama yang diberi perhatian adalah bagi membangunkan satu kurikulum berasaskan sukan bagi pelajar sekolah menengah tinggi, kemahiran bahasa Inggeris dan kejurulatihan dan pendidikan akar umbi.
Perjanjian itu ditandatangani oleh Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abdul Wahab dan Pengerusi Cardiff City, Datuk Chan Tien Ghee di stadium kelab di sini, Isnin.
Projek perintis antara dua pertubuhan itu telah dimulakan pada 19 Sept di Felda Jengka di Pahang dengan penyertaan sekitar 70 pelajar.
Ketua Bahagian Pendidikan kelab itu Steven Ellis berkata sukatan pelajaran yang berdasarkan Majlis Pendidikan Perniagaan dan Teknologi (BTEC) United Kingdom adalah sama dengan kelulusan SPM-V dan akan bermula September tahun depan.
Dua jurulatih termasuk bekas pemain Kevin Cooper dan Matthew Holland telahpun berada di Malaysia untuk menunjuk ajar sejak Julai.

Filem Abuya 11 menghina Al Arqam???

APA PANDANGAN ANDA FILEM ABU YA 11 INI MENGHINA ARWAH ABUYA AL-ASY'ARI ATAU TAK DER MASALAH??? DAH TU ADEGAN BERAHI DILULUSKAN?

> Abu Ya II hasil garapan pengarah Imran Ismail terbitan Million Euphoria Sdn Bhd. Ia bakal ditayangkan di pawagam tempatan mulai 10 November depan.

Diklasifikasikan sebagai tontonan 18 tahun ke atas, filem ini turut menyelitkan elemen berahi tetapi diadun dengan aroma tempatan yang tidak melampaui norma masyarakat Malaysia.

Dua babak berunsur berani dalam filem ini katanya membabitkan Jue Aziz, Suhaillah Salam, Adrea Abdullah, Geena Alif dan Iqbal Mazlan.

Mendapat kelulusan daripada Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF), Imran percaya hasil karyanya itu akan diterima walaupun mungkin dikecam kerana nampak agak keterlaluan. Namun dia tetap berpegang kepada mesej pengajaran untuk diteladani penonton.

SUMBER > http://www.hmetro.com.my/articles/PerjuangansesatpengikutAbuYa/Article

HEBATNYA HAMAS! ALLAH MENOLONG... PERTUKARAN TAHANAN ISRAEL PALESTINE..

PEJUANG Hamas berkawal berdekatan sempadan Rafah di mana tahanan Palestin akan dibebaskan menerusi laluan selatan Tebing Gaza bagi program pertukaran tahanan antara Hamas dan Israel. Menurut sumber tentera Hamas, perjanjian itu menamatkan pertelingkahan kedua-dua pihak sejak lima tahun lalu. - Foto Reuters

Monday, October 17, 2011

25,000 buku 'kemewahan' Rosmah diedarkan!!!

Sebanyak 25,000 naskhah buku berkaitan dakwaan pemborosan isteri perdana menteri Rosmah Mansor akan diedarkan kepada orang ramai, terutamanya di kawasan pedalaman Melayu, kata penerbitnya NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

NONEBuku nipis 16 halaman bertajuk Penjelasan Isu Cincin: Imelda Rosmah Boros itu dilancarkan di Pejabat PKR di Rembau semalam.

Pengerusi NGO yang dekat dengan Pakatan Rakyat itu Badrul Hisham Shaharin berkata, buku itu menjelaskan urutan peristiwa berkaitan cincin RM24.45 juta yang memuatkan jawapan terhadap dakwaan beliau cuba memburukkan imej Rosmah.

Badrul Hisham juga menyenaraikan beberapa soalan yang didakwanya hanya Rosmah dan Jabatan Kastam Diraja dapat menjawabnya.

"Saya juga melampirkan bukti baru terhadap dakwaan saya berkenaan cincin tersebut dalam buki ini," Badrul Hisham yang juga bekas pengerusi Majlis Pimpinan Pusat PKR.

Tiada hak khusus untuk wanita dalam Bajet 2012??? YB ZAILAH

Tiada hak khusus untuk wanita dalam Bajet 2012 | Print |
Muhammad Faizal   
KUALA LUMPUR, 17 Okt: Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, belanjawan 2012 membuktikan kerajaan tidak menekankan hak kaum wanita secara khusus.

Tambahnya, sistem yang diamalkan oleh kerajaan sekarang masih lemah dalam memberi sokongan kepada pekerja-pekerja wanita seperti kemudahan, perlaksanaan dan juga tanggungjawab.

"Kita melihat kerajaan masih gagal uintuk meletakkan kebajikan kepada suri-suri rumah dalam menaiktaraf kehidupan mereka agar mereka tidak ketinggalan dalam arus pembangunan mereka selain membebaskan mereka dari kesempitan ekonomi," jelasnya ketika membahaskan Bajet 2012 di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau yang juga Ketua Muslimat PAS Pusat menekankan isu keselamatan wanita perlu diutamakan dalam belanjawan kerana wanita tidak pernah mendapat pembelaan sepenuhnya dan keadaan itu amat merisaukan apabila melihat kes rogol yang telah berlaku.

"Sebanyak 3,275 kes rogol telah berlaku sepanjang tahun 2010 dan ini adalah satu yang amat merisaukan kita semua terutamanya mereka yang berada di luar tidak kira yang bekerja mahupun tidak, selain itu juga kes simbahan asid yang semakin menjadi-jadi, dan saya ingin bertanya bilakah akta kawalan asid akan dibentangkan serta dilaksanakan bagi mengurangkan kejadian tersebut berulang.

"Apa yang kita lihat sekarang kaum wanita hanya digunakan sebagai alat untuk mempromosikan produk jualan sesetengah syarikat dan saya jelaskan di sini tindakan tersebut merupakan satu sikap yang tidak bertanggungjawab.
"Kita mahu wanita dibela dan diberi perhatian dalam soal ekonomi dan juga keselamatan bukannya menmgambil kesempat keatas setiap wanita dalam membuat promosi produk syarikat-syarikat kecil mahupun besar," katanya lagi.

Beliau juga merujuk tentang persetujuan Menteri Pengangkutan yang mahu menjadikan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu (LTSIP) agar dapat mengendalikan lebih banyak penerbangan keluar masuk terutama penerbangan antarabangsa dalam usaha menjadikannya sebagai hab penerbangan serantau.

"Walau bagaimanapun, pihak Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) diharap dapat memberi peruntukan tambahan untuk memanjangkan lagi landasan LTSIP dari 2,400 meter kepada sekurang-kurangnya 3,400 meter bagi membolehkan pengendalian pesawat lebih besar terutamanya B777-200 dan B747-400 sekali gus dapat menawarkan penerbangan haji terus ke Jeddah dan Madinah kelak.
"MOT juga diharap agar dapat mewartakan LTSIP sebagai sebuah lapangan terbang antarabangsa," sambungnya lagi.

Dalam pada itu beliau memberitahu melalui belanjawan yang telah dibentangkan masih wujud sikap pilih kasih Kerajaan Pusat yang telah menganaktirikan Kelantan dalam peruntukan kali ini yang mana segala projek-projek mega yang diumumkan Kelantan masih lagi diketepikan malah pembinaan Lebuhraya Pantai Timur yang menghubungkan Terengganu hingga ke Pengkalan Kubur juga tidak dilaksanakan.

"Rakyat Kelantan juga adalah pembayart cukai jadi jangan nafikan hak mereka, tindakan kerajaan memberi gambaran jelas bahawa kerajaan tidak meletakkan rakyat Kelantan sebagai rakyat Malaysia," ujarnya lagi.

Himpunan anti murtad: PAS beri sokongan bersyarat... jika penganjurannya bertujuan memantapkan akidah umat Islam dan bukannya menimbulkan ketegangan agama di negara ini.

PAS Selangor akan hanya menyokong konvensyen Himpunan Sejuta Umat pada 22 Oktober ini jika penganjurannya bertujuan memantapkan akidah umat Islam dan bukannya menimbulkan ketegangan agama di negara ini.

NONEBercakap pada sidang akhbar hari ini, pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman berkata PAS berharap penganjuran himpunan itu tidak dijadikan agenda politik yang bertujuan menyerang kerajaan Pakatan Rakyat.

“Sebarang usaha untuk melaga-lagakan antara penganut-peganut pelbagai agama dengan tidak terdapat sebarang bukti kesalahan yang diputuskan di mahkmah perlu dijauhi.

“Tindakan seperti ini hanya bertujuan untuk menutup masalah yang menimpa umat Islam, di mana akidah mereka dicemari oleh fahaman sekularisme dan sebagainya dan sebaliknya meletakkan kesalahan itu kepada pihak lain,” katanya.

Abdul Rani yang juga ADUN Meru berkata PAS pada dasarnya menyokong usaha memanatpkan akidah umat Islam kerana ia satu-satunya cara membina kekuatan Islam.

Bagaimanapun, pihak penganjur sepatutnya memfokus kepada ancaman sebenar Islam seperti “perkauman, sekularisme dan materialisme” dan membincangkan penyelesaian berhubung ancaman itu.

azlan“Adalah diharap pihak penganjur tidak akan terpengaruh dengan usaha pihak tertentu untuk menimbulkan ketegangan di antara agama di negeri Selangor ini.

“Tindakan sedemikian adalah satu agenda politik dan bertujuan menyerang kerajaan Pakatan Rakyat,” katanya.

Sekumpulan NGO Islam akan menganjurkan sebuah majlis yang dinamakan Himpunan Sejuta pada Sabtu ini dengan tema “Selamatkan Akidah Umat “.

Menurut laman web kumpulan itu, antara objektif himpunan itu adalah “mengukur tahap kesatuan dan semangat kekitaan di kalangan orang Islam khasnya terhadap gerak-kerja Kristianisasi termasuk peristiwa 3 Ogos 2011.”

azlanPada 3 Ogos lalu, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat pemeriksaan di premis gereja Methodist di Damansara Utama berikutan terdapat maklumat usaha memurtadkan umat Islam akan dilakukan.

Premis gereja itu digunakan oleh sebuah NGO, Harapan Komuniti bagi majlis makan malam yang turut dihadiri oleh beberapa umat Islam.

Setakat ini, 25 NGO telah mengikrarkan sokongan terhadap Himpunan Sejuta Umat yang dijadualkan di Stadium Shah Alam, termasuk PAS.

Belanjawan: Anwar cabar Najib debat.. > APA BEZA BAJET PR? .BUAT SIARAN LANSUNG MAA

Belanjawan: Anwar cabar Najib debat | Print |
Harakahdaily   
PETALING JAYA, 17 Okt: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempelawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berdebat berkaitan kedudukan ekonomi negara dan persoalan berkaitan belanjawan.
Katanya, adalah suatu kritikan yang dangkal oleh Najib menggelar Belanjawan Pakatan Rakyat 2012: Kesejahteraan Untuk Semua sebagai ‘belanjawan Republikan aliran kanan yang gagal memahami kehendak rakyat’.
"Ini membuktikan Datuk Seri Najib mengelak dari isu asas yang menjangkiti pentadbiran beliau seumpama tadbir urus yang goyah, rasuah berleluasa dan dasar Barisan Nasional yang memperkaya keluarga dan kroni,” ujarnya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.
Justeru, beliau mempelawa Najib berdebat yang seharusnya disiarkan secara langsung dan ditayangkan melalui televisyen ke seluruh negara.

Kristianisasi jadi isu perhimpunan 22 Okt> ISU MURTAD SAMPAI BILA AKAN SELESAI?

Ahli parlimen Kulim-Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin berkata beliau akan menimbulkan isu Kristianisasi ke atas orang Islam dalam perhimpunan yang akan diadakan pada 22 Oktober nanti.

Beliau mendakwa, isu tersebut perlu dibangkitkan demi "memperkukuh ukhwah dan kesatuan Islam."

Isu berkenaan juga akan ditimbulkannya untuk  "menangani isu murtad apabila timbul banyak isu dan serangan terhadap akidah umat Islam."

NONE"Saya akan rujuk beberapa kes termasuk cadangan penubuhan negara Kristian dan penglibatan gereja secara langsung.

"Sekarang gereja sudah berani terlibat dalam kes murtad. Dan kita ada bukti itu," dakwanya lagi ketika ditanya dalam sidang media di bangunan parlimen hari ini.

Ditanya sekiranya tindakan itu akan membangkitkan permusuhan antara penganut Islam dan Kristian, bekas pemimpin PKR itu berkata:

"Saya rasa sudah ada pihak pun yang mengapi-apikan isu agama ini untuk kepentingan politik mereka."

"Pada saya ini isu akidah umat Islam. Kalau kena pertahankan, kita pertahankanlah."

Bekas penyokong kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim itu berkata, salah satu bukti yang akan dikemukakannya berhubung kes Lina Joy.

"Isu seperti itulah yang menimbulkan kebimbangan PAS Selangor apabila perhimpunan itu akan dihadiri tokoh yang tidak sebulu dengan PAS, termasuk presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali.

Seorang lagi tokoh yang akan mengetuai perhimpunan itu ialah bekas penyokong kuat Anwar, Mohd Ezam Mohd Nor.

PAS Selangor tidak senang
PAS Selangor tidak senang dengan perkembangan berkenaan yang dibimbangi "bertujuan menimbulkan buruk sangka dan salah faham di antara agama," kata timbalan pesuruhjayanya Khalid Samad.

pakatan cij parliament pc 131108 khalid samad"Kalau kita baca dan dengar ucapan oleh orang tertentu maka nampak gaya itulah premis mereka.

"Kalau ia sebegitu ia bukan perhimpunan untuk mantapkan akidah umat Islam kerana caranya bukan dengan lagakan orang Islam dengan Kristian atau pihak lain," katanya dalam sidang media sebelum itu di parlimen.

Beliau turut mengingatkan penganjur supaya ambil kira perkara tersebut dan "jangan terpengaruh dengan permainan politik yang berlaku di negeri Selangor."

Khalid juga bimbang sekiranya sokongan ke atas kerajaan Selangor terjejas akibat isu yang ditimbulkan itu.

Tambahnya, PAS Selangor pada asasnya menyokong prinsip asas untuk mengadakan perhimpunan itu.

"(Tapi) kalau betul ada agenda untuk lagakan orang Islam dan Kristian, dan menimbulkan kesangsian di kalangan mereka, kemungkinan kita akan tarik diri," katanya.