KATA-KATA MANIS TETAMU, SIALAKAN!@

Thursday, November 3, 2011

Perhimpunan Seks Bebas diharam>> MUKTAMAD

SUMBER

Oleh Muhammad Apendy Issahak
apendy@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA LUMPUR: Berkuat kuasa serta-merta, polis mengharamkan semua program Seksualiti Merdeka 2011 (Perhimpunan Seks Bebas) yang dirancang diadakan bermula hari ini (semalam) hingga 13 November ini.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, semua penganjur diarah menghentikan sebarang program berkenaan kerana terdapat banyak bantahan daripada pelbagai pihak serta menyalahi undang-undang dan jika masih berdegil tindakan tegas akan dikenakan.

Menurutnya, setakat ini, pihaknya sudah menerima dua laporan polis daripada beberapa badan bukan kerajaan (NGO) serta orang perseorangan yang membantah penganjuran program berunsur homoseksual itu.

“Susulan laporan itu, kami sudah melakukan siasatan dan mendapati ramai pihak tidak bersetuju serta membantah program itu termasuk daripada persatuan agama Islam, Kristian, Hindu dan Buddha.

No comments:

Post a Comment