KATA-KATA MANIS TETAMU, SIALAKAN!@

Monday, November 7, 2011

Trajedi Taba tahun ke-5 Jihad diteruskan>>> ANTARA PUNCA BANJIR DI THAILAND MAKIN BURUK???

Trajedi Taba tahun ke-5 Jihad diteruskan

October 29, 2009
Alfatihah bagi semua para syhuhada
Genap lima tahun sudah trajedi pembunuhan beramai-ramai rakyat Patani di Taba 2004.Kejadian itu berlaku pada bulan ramadhan bersamaan 25 october 2004 di depan balai polis Taba.Beberapa tempat di Malaysia orang-orang Patani telah mengadakan majlis-majlis memperingati trajedi tersebut.Salah satunya majlis ceramah yang diadakan di Alor Star, Kedah
           
Hampir seribu orang telah syahid menjadi korban keganasan tentera Thai.Ada yang terkubur di dalam sungai Taba tanpa di temui mayat dan ada yang di bunuh beramai-ramai kemudian  ditanam beramai dikubur-kubur cina di Patani ,Nara dan Jala.Dan yang paling menyayat  hati seramai tujuh puluh lapan orang mati kerana ditindih oleh rakan tahanan di atas lori yang mengangkut mereka ka kem tahanan,dan yang dalam keadaan nyawa-nyawa ikan di tembak di kepala.Ada yang pecah kepala,perut dan muka kerana tertindih.Pendek kata keadaan yang menyayat hati ini tidak akan terjadi seandai nya mereka menganggap orang-orang tahanan ini manusia.Bayangkan kesalahan orang-orang ini hanya kerana berdemonstrasi  untuk mendesak kerajaan memberitahu apakah nasib pengawal-pengawal kampung yang telah ditangkap beberapa hari  sebelumnya.

              Beberapa bulan sebelumnya tentera Thai juga telah mengadakan pembantaian beramai-ramai  anak-anak muda yang berlindung di dalam masjud kerisik tanpa senjata api. 34 orang gugur syahid apabila pihak tentera mengepung masjid dan mengebom serta menyerang dengan pesawat udara kadalam masjid.Ini berlaku betul-betul dihadapan beribu-ribu orang kampung.

             Ketika berlaku tunjuk perasaan dari bangsa mereka di kota Bangkok selama berbulan-bulan dan menyerang rumah Perdana Menteri dan Parlimen penunjuk perasaan hanya disuraikan dengan gas-gas pemedih mata.Ini lah dalil dan bukti bahawa mereka hanya menganggap orang-orang Patani sebagai binatang yang harus di hapuskan dari muka bumi.

            Tapi bagi mujahidin-mujahidin Patani ini suatu hikmah yang tersembunyi supaya umat islam Patani meneruskan kebangkitan membebaskan diri dari  terus di jajah oleh penyembah-penyembah asnam(berhala).Walaupun kita bersendirian tanpa di bantu oleh mana-mana negara islam,badan-badan antarabangsa islam ; Negara-negara melayu,badan-badan antarabangsa melayu, tapi kita tetap yakin dengan janji dan pertolongan allah swt. Setiap ujian yang allah turun kan kapada umat islam Patani adalah kerana hendak mengangkat darjat kita disisi yang mahakuasa. Percaya lah ini antara dalil kemurnian perjuangan umat islam Patani.

            Walaupun begitu dahsyat kita di perlakukan oleh penjajah Thai, tapi masih ramai pemimpin masyarakat umat islam Patani menyebelahi gologan musyrikin Thai. Mereka-mereka ini terdiri dari ulama-ulama  su’ yang mendapat ilmu munkin dari syaitan.Mereka ini dibekalkan dengan segala kemewahan oleh penjajah Thai.Mereka diminta menjadi benteng dan mata telinga kapada pihak penjajah.

          Walaupun kemarahan kita meluap terhadap mereka tapi kita masih berdoa mudah2an allah swt membuka pintu hati mereka sebelum terlambat.

         Lebih lima ribu menjadi mangsa keganasan sejak kebangkitan; Seribu(1000) orang anak-anak yatim dari para syuhada’; dan beratus lagi balu-balu(bekas isteri syuhada’). Walau bagaimana pun allah telah mencampak kan beberapa hamba allah untuk menjaga dan mengambil tahu masaalah anak-anak yatim tersebut. Banyak juga diterima bantuan dari timur untuk urusan anak-anak yatim.

         Di pihak musuh pula mereka, sejak melakukan keganasan terhadap umat islam hampir setiap hari dilanda kesempitan dan perbalahan sesama sendiri. Sudah banyak kali kerajaan mereka bertukar ganti.Lepas satu ,satu masaalah yang baru menimpa mereka.Raja mereka sedang tenat dan menunggu untuk mati bila-bila masa sahaja.Hampir samua pihak meramalkan jika berlaku kematian negara Thai akan dilanda kekacauan yang dahsyat kerana satu perebutan kuasa antara mereka akan berlaku. Munkin membawa kapada peperangan sesama mereka.Inilah berkat  Qunut  Nazilah yang tidak putus-putus kita baca dalam solat-solat  kita.
        Beberapa hari yang lalu Perdana Menteri Thai Abhisit telah menyatakan kesanggupan untuk berjumpa dengan pihak mujahidin.Sebelum itu Perdana Menteri Malaysia juga memberi cadangan supaya diberi Autonomi kapada wilayah Patani. Beliau juaga mengulangi kesanggupan untuk terus membantu rakyat Patani dalam bidang-bidang tertentu.Beliau juga mendesak pihak Thai supaya menyelesaikan secara tuntas,supaya ASEAN boleh terus melaksanakan segala perancangan mereka.

       Sepatutnya sudah sampai masanya negara Thai dan ASEAN melihat masaalah ini secara kulli (keseluruhan).Terima lah hakikat bahawa bangsa Patani juga berhak menentukan nasib  sendiri. Terima lah hakikat bahawa mereka baru seratus(100) tahun merampas Patani dari kedaulatan nya.

       Ingat ! Kami masih dalam perancangan untuk meningkat kepakaran daya tempur kami.Munkin medan perang akan di perluskan lagi di seluruh negeri Thai.Kami juga mampu menggoncang bumi Thailand terutama nya di kota Bangkok.

      Juga harus diingat bahawa segala impian ASEAN tidak akan menjadi kenyataan selagi Patani tidak diberi kemerdekaan !!!!!!.

      Pihak yang menyambut seruan perundingan janganlah terlalu ghairah.Kerana pihak Thai tidak pernah ikhlas dalam tindak tanduk mereka. Apalagi puak-puak tentera sentiasa menentang perdamaian di Patani,kerana akan menjejaskan periok nasi mereka!

      Walaupun ada kesanggupan dari OIC  dan beberapa negara jiran menjadi orang tengah kita harus pasti apakah matlamat mereka sebenar. Mereka TIDAK PERNAH MERESTUI KEMERDEKAAN PATANI SECARA TOTAL

       Bagi kita apa yang diperlukan sekarang penyatuan yang lebih kemas dan kesabaran yang tinggi. Allah swt akan tetap bersama kita seandai kita benar-benar bersabar dan hanya mengharapkan pertolongan dari nya.Penduduk Gaza dan Selatan Lubnan telah diserang oleh Zionist begitu dahsyat. Tetapi mereka tetap mau bersama Hamas dan Hizbollah. Mereka mahu mati bersama pemimpin mereka dalam mempertahankan aqidah Islam ini.

       Kita haruslah dari sekarang sentiasa berwaspada terhadap jarum yang akan dimainkan oleh musuh-musuh kita dan rakan-rakan mereka.Kalau kita tak hati dan ghairah dengan janji-janji manis mereka maka percayalah kita akan mengundang perpecahan yang parah sesama kita.Bersabar dan bersitiqamahlah.Kerana apa yang kita sama-sama perjuangkan selama ini sudah hampir menampak kan hasil.

ps,

      Kapada pelayar-pelayar Patanikini teruslah menyumbang kan pandangan dan cadangan.Selama ini kami benar-benar berasa bangga diatas kesetiaan dan kesungguhan saudara semua bersama kami mengeluar pandangan dan kata –kata galakan.Kesemua pandangan saudara di teliti oleh pejuang-pejuang di barisan hadapan.Jika pihak kami terlambat memperbaharui artikel-artikel tu bukan apa. Kami berasa puas hati dan bangga dengan sumbangan yang telah di beri oleh sebahagian pelayar-pelayar.Memang banyak komen-komen yang cukup bermutu tinggi.Teruskan bersama kami.Pertahan kan hak kita dan marilah sama-sama kita menghambakan diri pada allah swt dan nescaya kita telah dan akan mencipta satu sejarah dan trend baru dalam perjuangan membebaskan tanah air.

No comments:

Post a Comment